Pages

Friday, October 31, 2008

::stress ditahap terkawal::

why kena belajar Asian Politics???
why? why?
why me?
why??

*02/11 - Final exam Asian Politics [pol 255]


me and myself~rose~

::the person that I MISS II::

My Family
~ Love and miss them very much~


me and myself~rose~

::kecamukan hati::

Arggghhhh!!!
perasaan kecamukan...
Benci!!!

kenapa,
harus ada...
Begini lagi??
Sangat benci...!!!!



me and myself~rose~

Thursday, October 30, 2008

::the person that I MISS::



~Wan Norzira Mohamed Abdul Rashid~

kak ira,
kangen banget mo ketemu sama dia...
rindu dia sangat-sangat...
dah hampir6 tahun terpisah tanpa khabar,
sedih ; (
rindu...

tiada photo untuk tatapan,
tiada nombor telefon untuk dihubungi,
tiada alamat untuk dijejaki,
semuanya hanya tersimpan sebagai memori...
kak ira kat mana?

aku rindu sngat sama kamu,
rindu yang teramat...
kak, dimanakah kamu?
sudah kawenkah kamu?
aku tahu kamu masih berpijak dibumi yang sama dengan aku cuma...
Malaysia ini terlalu besar buatku mencari kamu...
kak ira, rinduuuu....

orang kata bila kita rindu seseorang,
bermakna dia pun turut merindui kita...
adakah kak ira juga rindukan aku?

aku kenal kak ira masa kerja kat Sungai Petani dulu, kerja kilang jer [matsushita electronic motor sdn. bhd.]...dah lama,masa tu aku baru tamat tingkatan lima...jauhkan aku merantau, dari taiping ke sungai petani. Mungkin membawa diri setelah tiada satu pun panggilan dari 'u' menjengah...

And time tu baru belajar berjauhan dari family [tak pernah berjauhan dengan family and maybe a lil bit terkongkong sikit...dengan siapa berkawan pun mak aku akan awasi. katanya tak mahu dipengaruhi rakan-rakan. Mak, anakmu ini tidaklah sebaik manapun, no body perfect mak...bayangkan, kalau dikampung, nak bertandang ke rumah kawan-kawan sekampungpun mak aku susah nak izinkan...dia lebih suka aku duduk diam-diam dalam rumah..See, mana anaknya tak jadi pelik semacam...malu and tak pandai nak bergaul sangat..mak, mak..]... Haaiisshh dah melalut jauh pulak...

Berbalik kepada kak ira, sebenarnya, aku mengenali kakak dia, Junainah terlebih dahulu tapi bila bertemu sahaja dengan kak ira, kami jadi ngam...aku jumpa dia, sangat kelakar and tersangatlah baik [baik disini bukan bermakna sebaik ustazah, bertudung litup dan bersopan santun] She is an ordinary girl yang menyenangkan. Dia peramah, semua orang kenal dia. Bila waktu rehat jer, kami jarang pergi makan kat canteen macam orang lain, just beli roti rm0.50 kat koperasi pastu makan kat locker dengan dua lagi member aku [mardiyana~orang kata kami seiras~ dan amy, dua2 muda setahun dari aku]...aku rindu juga sama mereka berdua ni,huhuhu...

and diorang-diorang ni yang mula panggil aku ~mawar~, puas jugak dok pujuk suruh panggil aku rose tapi dia orang ni degil, so sampai sudah orang2 sana kenal aku dengan panggilan mawar...geli tapi nak buat macam mana, dah nasib...walaupun tiap-tiap hari jumpa, masih banyak benda nak dibualkan... kami banyak berkongsi cerita, kehidupan dan angan-angan...

She is the one yang mengajar aku mengenali orang-orang disekeliling aku...sebab selama ini aku mengangap dunia ini sngat indah, peaceful and tiada orang-orang yang kejam...dia banyak mengajar aku, reality kehidupan sebenar...kak ira ni kurus tinggi orangnya, berkulit sawo matang macam aku, hobi dia agak kelakar, suka gigit orang...ramai orang dah kena gigit dengan dia termasuklah kakak aku [kakak aku kerja kat situ jugak sebelum kami sama-sama masuk 'u']...memang berbekaslah kalau dia gigit, geram katanya...

OMG, I really miss her so much...kak ira, kat mana? Org rindu sangat kat akak...mungkinkah kita takkan pernah ketemu lagi? Tolong, aku mahu ketemu dia :( ...walaupun hanya di dalam mimpi, akanku peluknya sepuas hati, biar hilang rindu yang sarat di hati ni...



*pada siapa2 yang mengenali dia [aku tahu kedengaran agak mustahil]...bawalah aku ketemu dia coz I miss her so much...no word can describe! I miss her very badly...*
*alamat terakhir*
B76 Taman Sri Aman,
Carok Nau,
09100, Baling Kedah





me and myself~rose~

Tuesday, October 28, 2008

::surat untuk aku III::

Saya kena gigih..baru boleh pergi oversea [jepun/korea wait for me...]



kehadapan aku,

Arggghhh!!! tanda-tanda mengalami pembekuan otak dah menyerlah, tanda-tanda gangguan jiwa juga dah mula ketara, huhuhu...Sabar-sabar, itu perkara biasa bila exam melanda.....


Rosmawar, kuatkan fikiran...lapangkan minda. Minggu-minggu exam ni akan berakhir juga. Ya, itu pasti!!


Huhuhu...tetap rasa mo nangis, cam mana nih, tolong-tolong!!! [tarik nafas dalam-dalam...pastu hembus perlahan-lahan....] Okeh, its time tu start study balik....



yang benar...aku



*ps: kepada kawan-kawanku sekalian, selamat menduduki final exam, bila berdoa tu, jangan lupa doakan saya skali yea! kepada kak eida plak, cepat-cepat sihat dari demam tau...jangan malas nak makan ubat!*




me and myself~rose~

::peristiwa tengahari::


tengahari tadi...perut terasa lapar sngat [susah mo diet kalau macam ni]. Tiba-tiba Nona ajak pergi bawah beli makanan. Aku apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang la..terus capai towel dan masuk bilik air, mandiiiii.... Siap-siap apa yang patut [idaklah orang nampak selekeh nanti, walaupun hanya membeli makanan...penampilan kenalah jaga u ols, ye ke...??]

turun bawah, tak banyak yang aku bualkan dengan Nona [dia tengah menahan sakit perut disebabkan period pain, sian dia aku tengok...aku pulak dalam keserabutan] So, sepi je lah yang memenuhi ruang di antara kami berdua...

Alamak! ramai pulak orang yang membeli makanan kat akak tu...aku dan nona dah risau, takut makanan abes [gigit jari jer karang,huhuhu] Tadi sebelum turun pun, Liza kata lauk dah tak banyak...Cepat-cepat aku dan Nona melangkah menghampiri akak tu...Sedih! Memang lauknye dah tak banyak. So, ambik jer lah yang mana ada, asal kenyang huhuhu....

Dah beli, so decide mo terus balik rumah...dipertengahan jalan, kami terserempak lah dengan seorang gadis nih [tak tahulah adik atau kakak] dari jauh dia dah senyum kat aku and bila sampai dekat aku dengar macam dia cakap sesuatu. Tapi, otak aku boleh pulak terimagine yang dia tengah cakap dalam telefon pakai handsfree. So, aku jalan buat bodoh aje. Tiba-tiba bila nak sembang ngan Nona, Nona tak ada kat sebelah. Aku toleh belakang...rupa-rupanya gadis tadi tu tengah berborak dengan dia.

Nona hampiri aku. Aku tanya kenapa? Nona kata gadis tu tanya lif blok empat, dia tak tahu kat mana...So, maksudnya tadi, gadis tu tanya aku dulu la...tapi aku tak layan and terus menonong macam tu jer [Nona kata dia nampak gadis tu tanya aku tapi aku boleh buat dek jer...maaf aku tak sengaja,huhuhu...] Mesti dia kata aku sombongkan and lepas ni kalau dia jumpa aku mesti dia menyampah tahap gabankan.... nasib baik aku bukan artis, kalau tidak paper esok mesti tulis "ROSMAWAR, artis baru yang kekwat...." hahahaha....


*nak mintak maaf pada kakak/adik tu...saya rabun and tadi fikiran agak jauh melayang [kly kata, maybe terpengaruh dengan drama or movie yang aku tengok kot sampai boleh terimagine orang jalan kaki guna handsfree, ade ke??...hahahaha, maaf sekali lagi...*



me and myself~rose~

::aku dan stress::

Sekarang, stress study...namapun study week, so hari-hari kena study, study, and terus study..haaaiiisshh! nasib baik as'ment, presentation semua dah habis except untuk preview Tv Directing jer [kena produce our own program ~ Ola-Oli and then preview dalam kelas] entah bila nak preview tak tau la sebab date asyik postpone jer atas alasan yang tidak dapat dielakkan...

Final exam:
30th October - Mass Media Society (COM 354)
02nd November - Asian Politics (POL 255)
06th November - Titas (TITAS II)
11th November - Third Language - Japanese III (BJP 501)

anyway, bila dengar jer lagu kat bawah ni... nampaknye stress aku agak berkurangan sedikit [maybe ala2 dimotivasikan sikit oleh lagu ini kot]....

Laskar Pelangi - Nidji

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…


me and myself~rose~

Sunday, October 26, 2008

::jalan-jalan::




tadi siang,

jalan-jalan dengan kakak..smalam pun patutnya keluar dengan dia tapi ada hal sikit, so terpaksa tolak...rugi sbb dia dengan member dia [Qrune] nak belanja tengok wayang..Hari ni, no more wayang for me,huhuhu...dalam pukul 1, kami bertolak.. kakak aku ajak temankan dia cuci kereta, memang kotor gila...bz katanye, alasan la tuh...


aku temankan dia cuci kereta dekat seksyen 13 [tempat kelly dan nu'ui selalu cuci kereta] servis dia not bad la...time tengah cuci kereta tu cuaca kejap mendung, kejap panas..buat suspens jer tp at last panas jer memanjang. lepas tu pergi menjengah ke Giant kejap, saje jalan-jalan. Perut lapar gila, so decide pergi makan kat foodcourt...kakak aku tak nak makan nasik, bukan diet tapi sebab takut masuk angin. Pelik betul tapi kenyataan. Kalau dia makan nasik, sure aku kena urut badan dia kejap lepas tu, haaaiiisshhh...


aku dengan dia pilih gerai "nasik chop"...bukan nak makan nasik tapi nak makan spagetti dia...nampak macam menarik jer...aku dengan kakak pesan spagetti with lamb cutler tapi tetiba pulak tak ada. Why? lamb tak ada, huhuhu..So tukar ke spagetti with chicken cutler...Boleh tahan [if nak compare dengan harga dia yang rm5.90 tu, memang berbaloila]...


Dah kenyang, terus masuk dalam Giant, kakak mau beli sushi...aku plak tersengih-sengih sebab memang dah lama craving for sushi, wahahaha.... tapi dalam dok tengah shopping tu, mata masing-masing jadi ngantuk gila. ..mula-mula tak nak layan sangat mata tu tapi last-last tak boleh jadi. Semua barang kat dalam Giant tu nampak tak menarik hati dikala mata ni tengah mengantuk. Kakak aku kata, dia jadi tak ada mood nak shooping.


So, kami decide cari surau untuk lelapkan mata sekejap....[maaf! tau memang tak boleh tidur pun dalam surau tapi nak buat macam mana, ngantuk ni tak boleh ditahan-tahan lagi..] Kakak aku lelap setengah jam and pastu solat jap...Then, baru ada smangat balik nak shopping...yehuuuu!!! time for shopping, hahahaha..



*update : DONE! craving for sushi dah tercapai...my kakak belanja. Walaupun ianya hanyalah sushi dari Giant...for me, its ok!

me and myself~rose~


::mimpi semalam::


smalam,
susah mahu tidur...tapi setelah pusing sana sini, akhirnya aku terlelap juga.
walaupun tidur sngat lewat, aku masih sempat bermimpi...

mimpi aku,
aku melewati kawasan-kawasan sewaktu aku kecil...
lebih kurang 17 tahun yang lalu...sangat lamakan
aku seolah-olah kembali ke masa itu,
aku mampu mengingati hampir keseluruhan kawasan-kawasan itu...
bezanya cuma, aku disitu berumur 24 tahun dan bukannya 7 tahun...


aku masih ingat,
sekolah aku semasa darjah satu,
waktu rehat aku...
dihabiskan dibelakang sekolah, panjat bukit sebab nak beli ais krim malaysia kat rumah berhampiran belakang sekolah... rumah kawan kelas aku, Faizal Ismail. Ape ntah dia buat skarang ni?

Kami tunggu disebalik pagar, emak Faizal, kadang-kadang adik dia Faizah akan hantarkan ais krim pada kami.
ramai kawan-kawan aku panjat, berebut-rebut...takut tak dapat beli,

kadang-kadang, sempat mintak beli keropok atau gula-gula di kedai atuk Linda kat sebelah, [kawan baik aku sekolah rendah]...kedai tu kat belakang sekolah jugak...

Selepas itu, aku melewati kawasan luar sekolah yang ada deretan kedai runcit cina..
aku paling ingat kedai Kim Pao [color biru] dan kedai Chi Chai [color hijau]...aku lebih suka ke kedai Chi Chai sebab dia layan aku baik. Dia kenal datuk aku dan selalu panggil aku cucu chad [datuk aku nama Arshad] aku masuk kedai-kedai tu tapi perasaannya dah tak sama...aku cari Chi Chai tapi dia tak ada, mana dia?

Aku meneruskan perjalanan,
aku melalui lorong kecil ke rumah toksu mengaji...lorong dimana aku selalu berlumba-lumba dengan kawan aku untuk tentukan siapa yang akan mengaji dulu...penat tapi seronok. Mengaji awal, dapat balik awal...
tapi kawasan tu pun dah tak sama macam dulu,
nampak suram dan agak tidak terurus, kenapa?...dulu meriah dengan bunyi suara-suara kanak-kanak mengaji...

aku sedih...
kenapa aku dah tak merasai perasaan yang dulu tu,
perasaannya langsung tiada...mana perasaan yang dulu tu pergi?
mungkin kerana aku sudah meninggalkan kawasan itu hampir 17 tahun yang lalu...
kini, aku bukan kanak-kanak 7 tahun lagi,
tapi...gadis yang berusia 24 tahun....
mimpi aku meyedarkan aku bahawa aku sudah besar,
bukan kanak-kanak yang masih boleh merengek mahukan itu ini...
aku sudah besar...dan bermakna tanggungjawab aku juga semakin besar...
mungkinkah itu makna yang cuba disampaikan oleh mimpiku semalam?
Mungkin.....



me and myself~rose~


::surat untuk aku II::




kehadapan aku,


aku mahu lenyap... bukan lenyap dari bumi tuhan, kerna itu salah disisi agama. Tiada cium bau syurga aku nanti. Aku tetap mahu ke syurga walaupun tidak sebaik mana. Lenyapku beerti, tiada pada sesiapa. Aku mahu lenyap dari meyusahkan hidup kalian-kalian yang hadir dalam hidup aku. Terima kasih, kerna sudi mewarnai hidup aku...hidup gadis ini!


betulkah tindakan yang bakal aku ambil ini, aku mahu tinggalkan semua kenangan, mahu mengejar masa depan yang belum pasti..kuatkah aku? mampukah aku memadam memori, menggantikannya dengan yang baru? mereka-mereka bisik pada aku, kalau mahu mulakan kehidupan baru, kena kosongkan jiwa...sekadar bertukar persekitaran, tapi jiwa masih membawa yang lama, baik lupakan saja niat itu...


fikirku...ada yang berkata, itu pengalaman mematangkan diri. Buat apa dibuang, simpan sebagai ikhtibar. tapi kalau masih dibelenggu yang dulu, bagaimana hidup aku nanti? bersalah sepanjang hayat kerana memiliki hati sejahat ini. Siang malam sama sahaja nanti. Aku perlu berubah! Berubah menjadi insan yang lebih baik...yang tiada sekelumitpun perasaan jahat dihati pada mereka-mereka yang baik padaku....untuk sampai ke situ mungkin kedengaran agak mustahil, kerna manusia itu tiada yang sempurna..tapi aku akan cuba...


adakah tindakan aku ini betul? kadang-kadang bunyinya macam cuba lari dari masalah...sejauh mana pun berlari, pasti dikejarnya juga...tapi mungkin itu yang terbaik, lupakan semuanya...lenyapkan semuanya. Seksa tapi perlu... Perlukah aku ucap selamat tinggal pada mereka-mereka, kalian sangat baik...cuma aku yang kurang pandai menghargainya...


Selamat tinggal! Selamat tinggal semuanya! Mungkin....




me and myself~rose~

Saturday, October 25, 2008

::ketawa atau tangisan::


laughter is the best medicine? Benarkah?
Mungkin...

ketawa mampu menghilangkan kesedihan?
banarkah?
barangkali benar...

*fikir*

tapi mengapa orang seperti aku,
tetap memilih tangisan?
ketawa ternyata hilangkan masalah,
namun pada orang yang macam aku ini,
tawa hanya seketika cuma...
mungkin tangisan buat aku lebih puas...
24 tahun aku menyelesaikannya dengan tangisan,
berselang-selikan tawa...

mungkin sudah terbiasa barangkali...

*diam*

masalah?
mungkin tidak sebesar mana,
tidak dapat dibandingi teman-teman...tapi,
besar bagi aku kerana ia adalah masalah aku...
bukan masalah teman-teman...

aku mahu menangis sepuasnya...
biar hilang seluruh jiwa aku,
biar hancur lebur diri aku,
biar lenyap kedukaan aku,
kalau itu yang mampu memulangkan kegembiraan aku...
menangislah sepuasnya wahai jiwa,

tangisku bukan pada sesiapa,
aku lebih suka menangis sendiri dari dilihat teman-teman...
biar mereka tidak tahu hujung pangkalnya,
lebih baik begitu...
tangisan akan buat aku nampak lemah,
sangat lemah,
tapi itu yang aku perlukan...

*diam*

tangisan cara aku meluahkan emosi,
bukan pada teman-teman,
tapi pada alam sekeliling aku,
pada angin,
pada tasik,
pada pokok,
pada burung,
pada apa jua selain manusia...
mereka lebih memahami walaupun tiada bicara..
mereka setia mendengar tanpa sepatah kata,
hanya mendengar tanpa segala kritikan...
mereka tiada memandang hina pada aku,
bila berhamburan air mata,
itu yang aku perlukan..


*menangislah sepuasnya wahai jiwa*



me and myself~rose~

::ketiduran itu nyaman::



Dikala ini,
ketiduran adalah lebih baik...
dikala minda sarat masalah,
ketiduran adalah satu nikmat...
walaupun bangun nanti pasti semuanya kembali,
tapi ketiduran itu satu keasyikan...

Masalah?
Hilang bila ketiduran...
kita lenyap dari alam nyata bila ketiduran,
jadi aku mau ketiduran itu...
biar hilang kekusutan walau seketika...

Saat ini,
memang aku dambakan ketiduran,
bukan sahaja kerana hari sudah lewat malam,
tapi juga kerana aku mau lari dari kenyataan..
buat seketika ini,
biarlah aku ketiduran..biarkan,
aku mahu lenyap dari segalanya...
lenyap...




me and myself~rose~

Friday, October 24, 2008

::surat untuk aku::





Kehadapan aku,


Sihat? Entah...susah mahu mengerti. Hidup? Entah...kerana sukar untuk dimengertikan..Salahkah aku begini? Salahkah aku begitu? Begitu dan begini tetap perasaan aku..mungkin kau terlalu hipokrit wahai aku... Aku! mungkin kau mudah terpengaruh dengan dunia yang penuh dengan hipokrasi ini. Sudahnya, kau sudah hanyut jauh. Kalau pandai berenang kembali tak apa, ini tidak...Sempat lagikah untuk kau belajar berenang ni, wahai aku?


Aku,
jangan salahkan orang lain....belajar salahkan diri sendiri dulu. Mungkin pada mereka engkau itu tiada apa. Tapi kenapa mereka fikir kau begitu? Atau kau itu sendiri yang terlampau negatif fikirannya. Tanya diri kau, wahai aku...mungkin suatu hari kau akan temui jawapannya. Mungkin semuanya berpunca dari kau, tanpa kau sedari. Kau terlalu menyusahkan hidup mereka-mereka. Terlalu banyak harapan dan expectation sampai mereka mereka sudah naik jelak...Semua itu salah kau, bukan mereka-mereka...


Aku,
Kenapa kau rasa senang untuk pendam sahaja perasaan kau. kenapa bagi orang lain tidak..I just keep it to myself..why dont you? Namun, tanya diri kau...salahkah tindakan kau meluahkan. Pada kau mungkin senang menjadi hipokrit tapi sampai bila? Sampai hancur luluh hati kau, sampai sesak nafas kau menyimpannya atau sampai mati, mungkin....Namun aku, kau perlu ingat...kau hanya manusia biasa, lambat laun semuanya tak akan tersimpan selamanya....bila ia meledak semuanya dah tak guna. Dan kau, wahai aku...perlu menanggung akibatnya...


Aku,
kau mahu apa? Just hate me please....that's all I want...itukah yang kau mahu wahai aku. Mungkin! Mungkin dengan begitu, senang untuk kau membenci lalu melupakan kenangan. Dibenci mereka mereka mungkin menyakitkan dan memudaratkan lagi jiwa engkau, tapi itulah yang terbaik. Bukan mudah untuk membenci kenangan. manusia perlukan sesaat untuk mengenali, tetapi seumur hidup untuk melupakanya. Kalaulah kau bisa tekankan sahaja ctrl+alt+del untuk folder kenangan, pasti mudah kerja kau kan, wahai aku...delete folder-folder yang menyemakkan, biarkan hanya folder-folder yang menggembirakan.


Aku,
bagaimana hati kau? Sangat terguris..sangat sangat terguris. Itu salah kau, wahai aku. Mudah sangat terguris. Kau yang membiarkan hati kau terguris, itu pilihan kau..So, padanlah muka kau, wahai aku. kau kena ingat, hati manusia umpama kaca, sekali terhempas, retak..namun boleh ditampal semula walaupun kesannya tetap ada. Kalau kedua kalinya terhempas, mungkin susah diselamatkan..barangkali kaca itu sudah hancur berkecai, susah mahu mengagak mana kedudukan asalnya...kau leka membiarkan kaca itu jatuh untuk kali keduanya...nah, rasakanlah wahai aku!


Aku,
sekarang...terserlahlah keburukan kau yang satu nih! Hipokrit! Mulai sekarang, lebih baik jangan jadi hipokrit. Tengok! Kesannya sangat buruk. Pasti mereka-mereka tidak sangka betapa buruknya sikap kau. Bukankah kau ni pemalu? Bukankah kau ni, sangat baik? Bukankah kau ni senang mendengar arahan? Bukankah kau ni selalu berkata, ikut suka hatilah...ikut aje? Nampaknya kau bukan begitu. Kau baik diluar, di dalam jahat macam syaitan barangkali...Jahat sungguh kau ni rupanya, wahai aku! Mereka-mereka baik pada kau, kenapa kau begini pada mereka. Keputusan ditangan engkau, mahu jadi sebaik malaikat, atau sejahat iblis...


Aku,
sebenarnya kau tak tahu apa yang kau mahu...sebenarnya kau mahu jadi sebaik malaikat kan tapi kita manusia, tidak bersifat maksum seperti nabi. Manusia seringkali melakukan kesilapan, akhirnya menyesali...itu namanya lumrah dan fitrah manusia... tapi. kau mahu berubahkan...cubalah berubah walau tiada satu keyakinan pun akan dilontarkan pada kau..yesss! wahai aku, kau mahu berubah, aku tahu itu...Mungkin kau patut lenyap dari hidup mereka-mereka. Sekiranya itu yang terbaik untuk semua, aku tahu kau akan lakukannya...Lenyap dan terus lenyap!

"is not that easy to let sumone go but to NOT let them go for the sake of their happiness kill me more"


Aku,
kau mahu katakan pada mereka - mereka sesuatukan...kenapa perasaan kau jadi begitu. kenapa engkau bertukar dari gadis ini kepada gadis yang itu kan...

"people are not afraid of how bad you are, but people are afraid of how good you are"

Jadi kepada mereka-mereka...tahukan kenapa aku jadi begini. Aku mintak maaf...aku tidak mahu jadi begini tapi aku tetap juga jadi begini...gadis yang ini! Aku, selepas ini harapnya, tiada lagi gadis ini dalam hidup mereka-mereka. Tiada lagi gadis ini yang akan meyusahkan dan menyuramkan hari-hari mereka.


Aku,
sekali ini...cuma sekali ini, biarlah hidup kau tenang...jauhkan fikiran jahat yang senang menguasi diri kau tu. Tidak penatkah kau? Tidak sakitkah engkau, wahai aku? Mereka sangat baik pada kau, kenapa kau sebaliknya...Aku, kau kepingin kemaafan dari mereka-merekakan! Ikhlas dari lubuk hati kau yang paling dalamkan...kau ingin katakan:

"sorry and sorry and sorry, coz no words can describe it! Just a sincere sorry from the bottom of my heart"



yang benar,
aku




*ada dua tiga ayat yang kuambil dari blogger2 kegemaran...maaf kerana aku tertarik untuk mengambilnya [credit to fatinedan and fynn jamal]*




me and myself~rose~

Tuesday, October 21, 2008

::cinta::


~kadang-kadang orang yang paling kita sayanglah....
paling susah untuk disayangi~

::credit to CINTA::


me and myself~rose~

Monday, October 20, 2008

::hidup aku::


Smalam,
seharian tiada dirumah,
open house sana sini...pakai baju kurung raya...
pergi rumah nu'ui,
ada laksa johor dan popiah kegemaran...
sedap!
rumah karen dapat duit raya...
malu tapi mahu,
akhir...kenyang macam ular sawa

kemudian,
buat suprise sama kak eida di Secret Recipe, Alamanda...
tapi,
belated birthday,
dia terharu sampai mengalir air mata...
dulu,
advance birthday kena tepung sama whipe cream
terkejut juga...
on her birthday hanya sempat call,
'wish ucapan dan nyanyi lagu'
masing-masing tengah bz...
penat celebrate birthday,
tidur rumah kak eida dan nu'ui...
layan movie 'ironman' tp separuh jalan aje,
ngantuk!

Tadi pagi,
konon nak berbasikal di Bukit Cerakah,
tapi cuaca tak mengizinkan,
kejap panas,
kejap mendung,
jadi keputusan,
tengok movie di astro pagi sampai petang,
tengok drama 'cahaya lailatulqadar' sama kak eida, kelly...
sedih!
jiwa tersentuh!
teringat family di kampung
terus msg...
sihat-sihat aja...
lega!

petang,
pergi makan di TGI Friday, Subang Parade...
kenyang!
dan pergi summit,
terbeli beg tapi suka...
jalan sampai malam,
balik Summit,
ambil nona dan ina di Baiduri..
terus pergi lepak...minum-minum di Rafi...
sembang sekejap,
penat dan ngantuk...
jadi terus pulang...


::open house time::
[18 oct 2008]

baju kurung raya...idakler secantik mana pun [liplap liplap jer lebey]

mereka pakai baju kemeja jer...kalau tau ku pun nak pakai cam tu kn nona!


karen yang ayu masa kat umah nu'ui...sampai umah dia da tak ayu dah,[nampak mcm mak mertua org pun ade-kata kak eida,ehehe]


nona ayu, dah nampak macam mak dia dah...kelly plak asyik kata baju dia beso, ye ke?


::umah nu'ui [cheras]::

sempat posing...ku dah macam tenggelam dengan color dinding umah nu'ui tu kan...

::umah karen [putrajaya]::

dapat duit raya kat umah karen...mak dia bagi [mekasih makcik Salmah..]


::tengok wayang-max payne [alamanda]::


sempat lagi mereka ini berposing...tak gelap ke u ols,ehehe
::suprise birthday party [secret recipe,alamanda]::

happy besday dear....tau dah lambat 5 hari,huhuhu

senyum jer...tp dalam hati rase nak nangiskan, terharu sangat yea kak eida [tu yang nanges dalam keta tu kan]

sayang kamu sangat-sangat :D ..[thanks for being part of us]

air ni sangat sedap [green apple kasturi]...setiap kali pergi secret recipe mesti sy order [tak percaya cuba try test sendiri...sedap!]

::TGI Friday [subang parade]

[19 oct 2008]

nu'ui yang lapar...lunch kat TGI Friday walaupun hari tu bukan hari jumaat tapi hari ahad...

happy terlebih...sejuknye, terasa macam lunch kat oversea plak,hahaha

::advance birthday kak eida [kaw. parking kereta kedai kopi, shah alam]::

[10 0ct 2008]

advance besday...suprise [ 3 hari lebih awal sbb rase time ni aje yang sesuai...masing2 akn bz especially on her besday]

apa salahku...orang punye besday pun aku kena sama, ini tidak adil!..ini boleh mendatangkan kemarahan

who next...watch out!!!


*update - DONE craving for blueberry cake dah tercapai [makan time kat secret recipe alamanda...yumyum]

me and myself~rose~

Friday, October 17, 2008

::pasrahku::


berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan,
dan berpeganglah kepada Allah walau DIA tidak kelihatan.
[credit to Lehaizu's World~nona~]

::The meaningful word...A very-very meaningful one::
Aku gemar menelaah 'quotation-quotation' perangsang minda,
juga penulisan teman-teman yang memberi kekuatan kepada jiwa,
untuk terus menongkah arus hidup di gelombang dunia yang mengerikan ini...
I need some strength to go through all the unexpected things in life


me and myself~rose~

::kenapa dan kenapa::



Kenapa?
Kenapa orang yang kita sayang selalu sakitkan hati kita?
Sengaja atau tidak ia tetap mengguris hati...

Kenapa?
Kenapa walau selalu disakiti, kita tetap juga memaafkannya?
Mungkin kita sanggup disakiti kerana menyayangi dia...

Kenapa?
Kenapa kita tidak sampai hati untuk menyakiti dia, sedangkan dia sebaliknya?
Mungkin kerana kita terlalu sayangkan dia...

*feeling down + empty*


me and myself~rose~

Thursday, October 16, 2008

::beruk::


nak gelak ke...
nak nangis ni...
terkejut gila pun ada...

beruk masuk umah wei,
pastu curi kuih raya kat dapur...
makan sepah-sepah,
dah tu tak pandai pulak nak kemas balik,
tau la mood raya belum habes lagi,
tapi anda tak dijemput pun...haisshhh

habes gamat rumah aku sekejap,
sebab anda datang tak beri salam,
masuk pulak bukan melalui pintu,
tapi melalui celah grill tingkap...
itu namanya kurang ajar,
nampak sangat anda datang tanpa undangan...haiiisshh

aku yang tengah tidur nyenyak ni pun boleh terjaga,
gara-gara anda menakutkan roomate-roomate aku...nak kena nih,
otak aku terperanjat sekejap...tiba-tiba terus aku jadi tenang gila,
padahal roomate-roomate aku tengah lari menyelamatkan diri,
aku pulak terbangang-bangang kat tengah-tengah rumah
bukan apa,
aku calm sebab rasa kepala berdenyut-denyut,
gara-gara anda membuat suprise..
anda memang nak kena...haiiissshh

Lieza di temani nona,
cuba nak takutkan anda dengan teddy bear dia,
tapi anda buat muka sengal,
haiissh, beruk sekarang memang dah advance eh,
dah boleh buat filem beruk vs teddy bear ni,
diorang cuba nak tutup tingkap dapur tapi kejap-kejap anda menjengok,
terus lintang pukang diorang lari,
takut anda main kejar-kejar macam cerita hindustan...

karen, lari masuk bilik tak nak keluar...
pastu jerit-jerit suruh orang lain tutup tingkap dapur,
lagi suka la engkau yea beruk,
dia cuba nak taip msg kat encik majid dengan terketar-ketar,
ketua keselamatan baiduri,
tapi takut punya pasal, terus lupa nak send,
semua lari bertempiaran lepas nampak anda...haiiisshh
nana dan lily pulak,
berpeluh jantan bila anda main acah-acah nak masuk ke tak,
sampaikan kelly ambil keputusan nyorok kat sliding door jer,
dia tak tahu anda boleh jer muncul dari belakang kan,
anda memang nak kena...

Haiiisshh, nampaknya macam tak ada penyelesaian,
roomate-roomate aku still jugak lari sambil jerit-jerit...
tak berjaya nampaknya diorang nak tutup tingkap dapur tuh,
last-last aku yang masih terbangang-bangang ni,
perlahan-lahan pergi ke dapur,
dan zassss tarik tingkap tu cepat-cepat,
pastu dengan pantas aku belah dari kawasan kejadian,
bimbang nanti tiba-tiba anda ajak main cak-cak pulak dengan aku...

lepas semuanye selamat,
status kat ym mulalah berkisarkan anda,
sukalah anda kan...
aku,
[beruk sengaja jer kejutkan aku dari tido...sentap,huhuhu]
nona,
[berpeluh aku layan beruk makan kuih raya umah kita...huhuhuhu..beruk masuk umah kita wei!!]
karen,
[beruk beruk sbb ko, kecoh satu rumah aku!!]
kelly,
[rumah kena serangan beruk..habis kuih raya dia curi...beruk durjana!!]
wan, raje nana, zahid and beberapa orang yang tak ada kena mengena ni pun,
sibuk berstatuskan anda...haiishhh galmor anda sekejap,

nasib baik aku tiada facebook,
kalu tidak mesti aku dah join lieza, lily, nana,
dan yang lain berperang status...berkisarkan anda,
panjang jugakla, perperangan tu berlaku di facebook...
akhirnya semua kepenatan sbb penat menjerit and berlari,
kesian aku dan roomate-roomate aku,
semua nih gara-gara anda datang beraya...
lain kali jangan buat macam ni lagi yea encik beruk!

*anda refer khas kepada beruk*


me and myself~rose~

Wednesday, October 15, 2008

::tiba-tiba::


Haaiiisssh,
kenapa perasaan ini,
kenapa macam ni,
kenapa begini,
kenapa boleh mendominasi minda secara tiba-tiba ni...

Haiiissshh,
kenapa aku boleh tiba-tiba fikir nak kawen ni?
Kenapa? Kenapa?
Dah tua sangatkah aku sampai boleh fikir sampai ke tahap ni?
rasanya belum cukup tua lagi,
baru menginjak ke angka 24, tahun ni...

Haaiiisshhh,
kenapa?
Mungkin sebab ramai kawan kawan aku yang dah kawen,
tengok gambar tunang,
gambar nikah,
gambar sanding,
nampak bahagia sangat,
seronokkan bila ada orang ambil berat pasal kita, barangkali,
padahal kenyataannya kawen tu bukanlah benda mudah,
banyak tanggungjawab nak kena pikul...

Haaiiisshh,
tapi, aku mau selalu orang ambil berat pasal aku,
tengok kawan kawan semua,
aku jadi cemburu,
Macam aku ni,
entah bila la mau rasai perasaan macm tu,
tiada siapa pun yang nak ambil tahu....

Haaaiiisshh,
gilakah aku ni,
kenapa?
kenapa gedik sangat mau kawen nih?
kenapa kedengaran terdesak ni?
Hai la perasaan,
hilang lah cepat,
jangan asyik menerobos hati aku ni....

Haaiiisshh,
aku masih muda,
buat apa nak fikir semua ni,
tolonglah wahai perasaan,
lenyaplah dari minda,
kenapa?
kenapa?
mood mau kawen ni, mengganggu jiwa,
harap hari esok,
ianya dah pergi jauh,
jauh, tinggalkan minda aku...


me and myself~rose~

::melankoli jiwa::


::KITA::
almost 5 years, we know each other..so many thing we faced together [bitter and sweet] I believe, each of us tahu apa yang kita tempuhi...jatuh bangun kita semua kebanyakan bersama, hope our frienship will be lasting forever [photo : nona, me, nu'ui, kelly and karen][I luv nona so much, I love nu'ui so much, I love kelly so much, I love karen so much ~ Luv u guys so much]


::DIA::
although less than 5 years we know her [almost 2 years], dia yang membuatkan hubungan kita lebih kuat dan akrab She teach us about life, she support us to taste the life, she change me a lot...she is our dearest sister ever[photo: kak eida and me][I love kak eida so much~love u so much]


::kalian::

sudah menghampiri lima tahun hubungan kita kan...
sedarkah kalian? Sudah selama itu kita mengenali...
apakah tempoh itu cukup untuk menyelami diri masing-masing...
tahukah kalian aku ini bagaimana?
jahatkah aku?
baikah aku?
bodohkah aku?
naifkah aku?
gilakah aku?
pahamkah aku?

dan tahukah aku bagaimana kalian pula?
adakah aku membosankan kalian?
adakah aku menyakiti kalian?
adakah aku mengembirakan kalian?
jawapannya barangkali ya atau barangkali tidak...
tergantung pada diri masing-masing
mungkin dulu kita tidak terfikir kita akan sejauh ini,
takdir yang menemukan kita semua...
namun, adakah takdir akan terus menemukan kita selamanya...

*fikir*

dalam tempoh itu,
macam-macam yang kita lalui, bittersweet
mungkin itu yang menguatkan kita, barangkali...
dan hanya kita sahaja yang tahu...
bukan orang lain, bukan orang disekeliling kita, hanya KITA...

ingatkah kalian...
macam-macam yang kita tempuh dalam tempoh itu,
kita tertawa,
kita terasa,
kita berduka,
kita berendam air mata,
kita bermasam muka,
namun,
akhirnya kita bertaut semula...
mungkin kita tidak sanggup mengabaikan hubungan yang terbina,
yang kita rasakan amat berharga, walaupun pada orang lain...

*mengeluh*

kalian,
adakah kita akan terus berkekalan dulu kini dan selamanya...
atau masing-masing akan membawa haluan sendiri...
tanpa menoleh kepada sesiapa lagi...
jika difikirkan,
amat menggerunkan minda,
mengerikan jiwa,
mendukakan hati,
namun jika itu takdirnya,
kita hanya mampu berserah...

*menahan sebak*

kalian,
adakah kita akan seperti ini, dimasa akan datang?
atau semuanya akan berubah...
adakah sekelip mata hubungan ini akan lesap dibawa angin?
mahukah kalian ini yang terjadi?
tergantung pada kalian...

kalian,
adakah kita semua akan bernasib baik di masa akan datang?
atau adakah antara kita yang akan berduka dengan takdir hidup sendiri...
kadangkala takdir sengaja memainkan kita,
namun kita tidak boleh menyalahkan takdir,
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...

kalian,
takutkan untuk memikirkan masa depan kita,
entah apa akan kita tempuhi nanti..
dunia ini memang mengerikan...
seribu satu persoalan sukar dijawab kini...
tp satu persatu akan terjawab di masa akan datang...
takut untuk menantinya...
apakah akan jadi pada nasib aku?
dimanakah aku pada waktu ini dimasa akan datang?

*fikir+ sedih*

*inspirasi ~sex and the city*


me and myself~rose~

::perasaan ini::



malam ini,
diriku merasai suatu perasaan...
susah mau menggambarkan perasaan ini...
perasaan yang agak sukar untuk dikawal...
biarlah datang beribu orang untuk menghalangnya...
namun yang pasti aku tetap sukar untuk menghentikannya...

perasaan ini benar-benar menguasai diri...
beraja di hati...
sangat susah,
rupa-rupanya,
perasaan mengantuk ni memang begini,
susah mahu dibendung,
kenapa ia muncul dikala hidup dibebani asaiment,
ah, diluar hujan,
seolah-olah mengizinkan aku untuk terus dibuai perasaan
yang pasti...
hanya tidur yang mampu menjadi penawarnya

*sengih

::apsal la malam nih ngantuk sngat...dah la esok ada final oral jepun, tiada satu apa pun ayat-ayat jepun menerobos hati, mendominasi minda, haiiiisshhh....rosmawar gambatte ne::



me and myself~rose~

Tuesday, October 14, 2008

::worried::



Smalam...

kakak bgtau ayah batuk teruk
owh, teruk sngatkah.....tanyaku gusar
Dah tiga hari...asyik batuk-batuk
batuk keluar darah, banyak...balas kakak
Huh! darahku berderau...

*bimbang*

ayah pergi klinik?...aku diserang bimbang
Dah! doktor suruh hantar sample batuk tiap-tiap hari
mau kesan penyakit katanya

*bimbang + hairan*

langsung ayah tidak memberi kabaran pada aku...hanya pada kakak
kata kakak ayah tak mahu dirinya dibimbangi....
cuma doakan dia sihat sudah mencukupi

Baik, aku sentiasa mendoakanmu AYAH


*aku sayang ayah*



me and myself~rose~

Sunday, October 12, 2008

.::I miss someone::.


::the worst feeling in the world is to be missing someone
when your sitting right beside them knowing you cant have them::


me and myself~rose~

.::craving for::.


dah ngatuk but still nak tulis wat i am craving for

.:i am craving for :.


~lamb chop~

DONE! makan kat rumah kak kuza [kawan kak eida] masa bbq smalam
me try to request kat kak eida, xsangka ditunaikan [thanks]
dapat makan dua slice lamb chop...oishie desu, aaiite ;)
berjaya to influence ina to eat lamb chop jugak
but kena leter ngan karen sbb takut makan banyak-banyak nanti pening, katenye...




~blueberry cakes~

dah lama nak makan tp still tak dapat
td nyaris terbeli masa keluar ngan my sister
tp entah tiba-tiba tak jadi *sobsob
I want blueberry cakes...pleaseee



~sushi~

dah lama tak merasai keenakan sushi
tak boleh jadi nih
sushi!! wait for me...


me and myself~rose~

Friday, October 10, 2008

.::roses everyday::.


aku mau bunga rose setiap hari
aku mau hidup seindah [han jie ein]~song hye kyo~
mesti bestkan...so sweet!
.:influences by Korean Drama-full house:.



me and myself~rose~

Thursday, October 9, 2008

++head++


....sakit kepala sangat, berdenyut gila sebab terlalu banyak datelines menerpa ruang otak yang dah sememangnya tengah sarat *sobsob....
....So,now aku mau tido...mau rehatkan sedikit ruangan otak yang dah sesak ni....


me and myself~rose~

....makhluk yang diberi nama manusia....


kenapa manusia tak pernah puas.....?
Rasanya agak sukar menemukan 'puas' dalam istilah kamus manusia
Ada saja yang tak kena dimata..

kenapa manusia selalu saja mengeluh...?
Buat itu mengeluh, buat ini mengeluh...walhal memang dah lumrah manusia, selagi hidup perlu tempuh semuanya...suka atau tidak patutnya usah dipedulikan..

kenapa manusia selalu pentingkan diri sendiri...?
barangkali selfish lebih tepat ditujukan pada manusia manusia sebegini...
Entah dari mana datangnya manusia-manusia yang memakai name tag selfish ini

kenapa manusia selalu mengikut perasaan hati, cemburu tak tentu pasal, senang benar dikuasai hasad dengki...?
adalah lebih elok menggunakan logik akal yang waras, bukannya bedasarkan hawa nafsu hidangan syaitan..

kenapa manusia selalu hilang pedoman bila ditimpa musibah...?
mula salahkan takdir, padahal diri sendiri yang punya angkara...
sibuk bertanya, adilkah dunia padanya...patutnya ditanya, adakah adil dia pada dunia...

kenapa manusia sering menunding jari ke arah orang lain berbanding diri sendiri, bak kata pepatah 'kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak'...?
susah benar mencari manusia yang sejati suci...semuanya hanya plastik belaka

aku juga manusia...
sebagai manusia, aku juga tidak terlepas dari sifat-sifat alpa, angkuh...
aku bersyukur dilahirkan sebagi manusia
kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian...


me and myself~rose~

Wednesday, October 8, 2008

I luv myself


~I live, I love, I laugh, I cry.
I’m not perfect.

No one is,

not you or I~



me and myself~rose~

Tuesday, October 7, 2008

beautiful life


~Life is beautiful if you are willing to see it~
~Love sometimes can be magic...but magic sometimes can be an illusion~


me and myself~rose~

Thursday, October 2, 2008

::ketawa atau tangisan::

laughter is the best medicine? Benarkah?
mungkin...

*fikir*

ketawa terbaik untuk aku?
benarkah?
mungkin...

tapi,
kenapa aku rasakan yang aku perlukan tangisan?
sebati barangkali...
24 tahun aku menangis sendiri...
berselang-selikan tawa,
memang ketawa dapat menghidar masalah...tapi,
bagi aku yang begini,
ia cuma tahan seketika sahaja...
tangisan buat aku puas...

*diam*

aku mahu menangis sepuasnya...
biar orang tidak tahu hujung pangkalnya,
mungkin lebih senang begitu...
aku tidak suka orang tahu aku menangis...
nampak lemah,
lemah sangat...

biar segalanya tersemat pada jiwa aku sahaja...
masalahnya tiada besar,
jika dibandingi teman-teman...tiada apa-apa,
cuma besar pada aku kerana ianya masalah aku,
bukan masalah teman-teman...

tangisan,
cara aku meluahkan isi hati...
bukan pada sesiapa tapi pada alam sekeliling aku,
pada angin,
pada pokok,
pada tasik,
pada burung...
pada apa jua selain manusia...
mungkin mereka lebih fahami,
tiada perlu berkata-kata,
cuma dengar tanpa kritikan...

*menangislah sepuasnya wahai aku*



me and myself~rose~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...