Pages

Friday, October 12, 2012

Resepi mudah: Nasik Lemak Sambal ikan


Minggu lepas balik kampung..tetiba terasa macam nak masak something untuk family [Ok, lately ni macam terlebih-lebih rajinlah pulak dalam bab masak-memasak ni]. Dan seperti biasalah...resepi yang saya cuba haruslah yang simple-simple dan tak perlu memerah otak dan keringat yang banyak.

Btw, resepi ni untuk mereka-mereka yang baru sahaja nak belajar memasak yea! Sebab yang dah Tip-Top tu, for sure dah khatam 4 juta kali nak buat benda alah ni. Kan..kan? So, kali ni saya nak share cara-cara untuk membuat nasik lemak yang simple. Jom!

Nasik Lemak Sambal Tumis Ikan


Bahan-bahan A [Nasik]:
Beras
Kelapa parut - ambil santannya sahaja [Santan kotak pon ok tapi yang pure punya lagi sedap]
Daun pandan yang disimpul
Bawang merah yang dimayam [optional]
Halia dipotong halus [optional]

Bahan-bahan B [Sambal tumis ikan]:
Cili kering
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar [dipotong bulat]
Ikan Sardin / Kembung dipotong tiga bahagian [sebenarnya apa-apa ikan pon boleh.]
Garam / Gula / Penambah perisa
Asam keping / Asam jawa
Air

Bahan-bahan C [sampingan]:
Kacang tanah
Ikan bilis
Telur
Timun

Cara-cara membuatnya:
Bahan-bahan A: Basuh beras sehingga bersih dan setelah diyakini bersih, masukkan santan yang diperah tadi. [Sukatannya macam kita masak nasik biasa - air tu digantikan dengan santan]. Kemudian, masuk daun pandan, bawang merah yang dimayam tadi dan juga potongan halia. Sedia untuk masak.

Bahan-bahan B: Cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan diblender sehingga hancur [jangan lupa masukkan sedikit air ye. Karang tak pasal-pasal blender tu rosak]. Panaskan kuali, dan masukkan minyak mengikut kesesuaian. Bahan-bahan yang diblender tadi ditumis [tunggu sehingga pecah minyak]. Masukkan asam keping/air asam jawa . Kemudian, masukkan pula garam, gula, penambah perisa secukup rasa. Bila rasa sambal tu dah sebati dan rasa enak, masukkan potongan ikan [seelok-eloknya ikan tu digoreng dahulu] dan juga bawang besar yang di hiris bulat. Tunggu sehingga kuah mendidih.

Bahan-bahan C: Rebus telur dan bila dah masak toskannya dan boleh dipotong dua ataupon empat mengikut citarasa anda. Goreng ikan bilis & kacang sehingga garing. Timun pula di potong nipis-nipis.

Tada! Siap, dah boleh makan. Selamat mencuba yea kawan-kawan :)





4 comments:

MAU memberi buah FIKIRAN itu okay...tapi harapnya yang manis-manis aje ;)