Pages

Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Friday, September 16, 2016

476. Time to refresh!

Hi (kekok)

Well, its been a year since my last entry (one year 6 months precisely)

Yup! I'm back! Aku kembali!  for food good, I guess! Hahahaha

Still single!
Still available!
Still working with same company!
Still having the same stress!
Still stay in the same rented house!
Still having same life!
Still searching for my soulmate!
Still having a same dream!

Dalam tempoh silent itu, I have been to Thailand (Krabi), Pulau Redang, Indonesia (Banda Acheh/Pulau Sabang), Japan (Tokyo) and Pulau Pangkor. (Screaming! tang part Japan tu sebab I have been to my dream place since highschool) 

*senyum lebar sampai telinga*

Akhirnya, aku dah jumpa benda yang aku cinta!

T.R.A.V.E.L!

Kalau boleh aku nak jadi traveler, not a tourist! Kalau melancong, kita akan nampak dan nikmati benda yang kita mahu, benda yang kita rancang untuk lihat dan nikmati..tapi kalau kita mengembara kita akan jumpa benda yang kita tak rancang untuk rasai dan benda tu yang akan buatkan kita pandang dunia ni dalam sisi yang lain. Mungkin cantik, mungkin juga buruk! 

Sampai sini dulu ya semua! (Kalau ada yang baca la)


Wednesday, September 3, 2014

Love hurts isn't it?



entah!
tak rasa apa-apa pon...
I think i'm okay

but!
why i feel like something is missing...
deep down inside my heart

Aneh!
satu perasaan yang sukar untuk dimengerti...
sukar untuk ditafsirkan

heartbreak?
tapi orang lain punya heartbreak menangis bagai nak rak..
jerit sana-sini, merayu minta dikasihi, paling-paling ugut nak bunuh diri (minta simpang)

Aku!
i dont feel like crying, or shouting..
or hurting myself or anything else

Just!
I just feel like not doing anything...
Am i miserable?

statik!
masa seolah lambat berlalu...
Am i miserable?

I think!
this song suit me well...
my feeling is just like the melody itself..

Again!
Am i miserable?
which is I'm hoping that I'm not..










Wednesday, May 8, 2013

KJK Fan Meeting in Malaysia :)



News from Korea!
Kim Jong Kook will coming to Malaysia this coming June!

Sumber: KJKGlobal



 Finally :)





Saturday, August 18, 2012

helping hands


Dah tengok video iklan bernas tu? Sedihkan?!

By the way, tears alone will not bring away their sorrow. So, let us help those unfortunate ones on this joyous celebration by giving them a doa' and sedekah. 

You can click here to visit the link to all rumah anak-anak yatim [orphanage] in Malaysia. 

Hopefully, our sedekah will bring them happiness and also help us in the Hereafter. Insyallah^^

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Keindahan Ramadhan
Rose



Saturday, August 11, 2012

Tears


"Sometimes we must get hurt in order to grow; we must fail in order to know. 
Sometimes our vision only clears after our eyes are washed 
away with tears"







Never ending tears
Rose

Monday, March 19, 2012

::lagu yang indah, seindah liriknya::


..dan lebih indah lagi sekiranya kita dapat meluahkan perasan yang tersirat disebaliknya, dan kongsikannya bersama dengan mereka-mereka yang kita sayangi..

...so, to all my lovely friends, [you, you, you and you] this is for you...
<3 you guys will always in my heart...always <3


Christina Perri - A Thousand Years


maaf kerna memilih untuk berdiam diri dari kalian semua. Dari semuanya yang mengenali diri saya. Mungkin saya membuatkan kalian sedikit-sebanyak membenci saya kerna menganggap saya melupakan saya. Maaf! Saya betul2, perlukan masa untuk bersendirian. Dan saya yakin, kalian tak akan gemar untuk melihat wajah saya bila mana saya ditahap ini [anti sosial tahap maksima]. Jadi, biarlah begini dahulu.


M.U.C.H. L.O.V.E.
ME



Friday, September 23, 2011

::harapnya berjodoh::


Entry ni patotnya ditulis pada waktu siang di mana matahari pon masih belum lagi rasa nak memunculkan diri, tapi memandangkan saya ni career women, terpaksalah...jadi pada sesapa yang agak2 tengah baca entry ni pada waktu ni (yea! yea! andalah tu yang saya maksudkan), sila bayangkan anda tengah membacanya di pagi buta dan juga dihari jumaat. Sejuknya...oke?

Ceritanya bermula begini. Hari ni mood malas gila nak pegi keje. hurm, nasib baik dah JUMAAT! YEAY!! seronoknya, sambil lompat2 gembira (tapi dalam kepala hotak je lah) taknak bagi Jaja terjaga...kang dia pikir roomate dia ni gila pulak sebab terkinja2 tak tentu hala.

Bangun tido, gosok2 mata terus pegi mandi. Sudah mandi, main capai je baju apa yang saya rasa sesuai (sekali lagi bernasib baik sebabnya if hari jumaat, boleh pakai casual pegi keje). nampaknya T-shirt yang jadi pilihan saya, color hijau (feberet color). Pakai T-shirt ni senang sebab tak payah susah2 nak iron bagai (nampak sangatla pemalasnya tu kan) Pastu siap2 (kena la touch up apa yang patot kat muka ni sikit sebab muka saya xdelah secantik Juliana Evans tu. memang jauh panggang dari api la kan) akhirnya pegi keje macam biasa...

tetiba sampai je kat opis...
jeng! jeng! jeng!

nak tau tak uols!


crush saya tu pon pakai baju t-shirt color hijau jugak . hah? crush yang mana? ala, yang saya cerita kat dalam entry ni. Color baju kitorang lebih kurang sama je uols, so harap2nye berjodoh la yea haha~



oke nak cakap tu je sebenarnya. bye!







"SENGAL & PERASAN LEBIH"









nota kaki: oke! mari senyum ramai2 kerna besok adalah sabtu dan bukannya isnin, yeayyy!






Thursday, September 8, 2011

::lagi dari nuffnang...alhamdulillah::

kelik pic untuk tumbesaran yang sihat


mungkin ini namanya rezeki dalam mood raya. Seperti biasalah, tak banyak mana pon tapi saya tetap nak chewiii!! (org kedah mesti selalu guna perkataan chewii ni kan. saya first time dengar perkataan ni pon masa dok kat Sungai Petani dulu)

rasanya, nuffnang dok bermurah hati bg kat saya sebab saya rajin dok update survey tu kot. tak pon sebab saya ada jugak lah hantar ticket tanya soklan kat helpdesk. Eh! ye ke?!

Anyway, thank you NUFFNANG :)



nota kaki: tapi saya dok dapat campaign je...org lain dok dapat BE tu yang menjuju2 angka RM diorang. Hurm! camner nak bagi dapat BE ni eyh? ceciter. ceciter.
















Tuesday, August 23, 2011

::rezeki ramadhan...thanks nuffnang::



kelik gambar untuk tumbesaran



alhamdullillah :)


akhirnya dapat jugak BE dari nuffnang ni. THANK YOU SO MUCH NUFFNANG!

Excited gilos wooii! takdelah banyak mana pon tapi still nak teruja jugak [oke2, tau-tak-payah-nak-lebih2-sebab-orang-lain-dapat-lagi-banyak-dari-ni kau tau]

Anyway, thanks to kawan2, follower2, reader2 yang masuk and baca blog ni. siapalah saya tanpa anda [ceh! bajet femes. menyampah!] akhir kata, SAYANG YOU ALL KETAT2 hehe..



anneyong-gyesayo












Tuesday, July 19, 2011

::belahan jiwa remaja::





Akhirnya drama JUVANA dah tamat! Yeay!
[entry dah tulis lama tapi terbuat pekasam sebab takde masa]







dannnnnnnnnnnn...

.......saya amatlah berpuas hati dengan ending ceritanya. Nak bagi sepuluh bintanglah. ke nak bagi sepuluh ciuman (pikir jap) :)


Saya suka sangat drama ni! Sebab musababnya adalah (tetiba terkeluar ayat skema la pulak kan) drama ni lain dari yang lain kan kan? Jarang ada drama yang menekankan kepada sekumpulan pelakon atau watak. Dan pada saya ceritanya diolah dan digarap dengan baik. Isu utama adalah mengenai pelajar2 bermasalah yang cuba dipulihkan. Remaja. Gangsterism.


Drama ni ada dia punya main character tapi watak2 lain pon penting jugak. Senang cerita, fokus utama dia adalah semua orang. Ramai. Dan CINTA bukanlah tema utama cerita ni. Setiap pelakon dapat menghidupkan watak dengan jayanya.


Bagi yang ikuti cerita ni, mesti korang tau nama2 macam Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang, Encik Raja, Kedah, Cikgu Zakiah dan banyak lagi lah. Kalau korang nak tau, dalam ramai2 tu saya tertarik dengan watak botak [orangnya pon boleh tahan jugak hikhik]. Saya suka dia sebab dia sebenarnya baik tapi memberontak. So, bagi saya takde lah jahat sangat, cuma nakal2 je..



Pendek kata tak klise la kan...



antara babak dalam drama ni.




Selalunya cerita2 camni, orang jepun je yang selalu buat. Contohnya macam cerita Hanakimi/ Hanazakari no Kimitachi e. Cerita My Boss My Hero dan sebagainya (tetiba terkeluar ayat skema lagi)



Hanazakari no Kimitachi e



My Boss My Hero




Banyak lagi sebenarnya cerita2 Jepun yang bertemakan macam ni tapi takkan nak suruh saya senaraikan semuanya kot kan..tak terdaya nak menyenaraikan kesemuanya.Well, kalau ada cerita2 Jepun or Korea yang korang rasa best dan patut ditonton, kamu2 amatlah dialu-alukan untuk mensuggestkan cerita2 tu kat saya...nanti boleh lah saya layan lagi oke. suke2!


Antara semua, dua cerita ni je lah yang saya senaraikan sebab dua2 buat saya gelak guling2 [biasalah! adaptasi daripada komik...so mestilah tak masuk akal]


Tapi...If you all jenis yang serius and setiap perkara mesti ada logiknya, saya nasihatkan baik korang tak payah tengok. Nak tengok pon saya tak kisah la kan, kot2 la nanti you all you all yang sentiasa serius ni boleh bertukar jadi tak-berapa-nak-serius-sangat. Manalah tau kan. Sometimes kita tak boleh nak serius sangat. Life is to short to be wasted.


Alamak! Dah termembebel panjang berjela la pulak. Berbalik kepada cerita JUVANA tadi. Kesimpulan untuk drama ni, tak semua orang dilahirkan untuk menjadi jahat. Dan rasanya, setiap orang adalah sama taraf semasa dilahirkan [baby kan innocent, tak percaya pergi pandang muka baby2 sekarang]. Yang membezakan akhlaknya di masa akan datang adalah cara dia dibesarkan, pengaruh persekitaran dan pembawakan diri sendiri.


Setiap perbuatan, setiap kelakuan, pasti ada kejadian atau musibah disebaliknya. Hanya orang yang mengalaminya sahaja dapat merasakan. Tak akan ada orang jahat yang memang hidupnya bertujuan untuk menjadi jahat [eyh! ada kah?].


Mereka terdorong kearah kejahatan mungkin disebabkan kurangnya pedoman hidup, ingin memberontak, salah didikkan, rasa dipinggirkan, kurang kasih sayang atau pengaruh rakan sebaya. Tak payah nak tengok jauh2. Tengok je sekeliling kita. Adik2 kita. Jiran2 kita. Atau mungkin diri kita sendiri.


Satu je pesanan saya. Dalam banyak2 hal, yang paling penting jangan cuba melibatkan diri dengan dadah. Sebab kalau dah terjebak memang susahlah nak patah balik. Kalau kesalahan lain tu masih ada ruang untuk kembali. Banyak yang saya perhatikan, sekali terlibat, musnah semua. Mamat2 kat kampung saya contohnya, asyik keluar masuk keluar masuk pusat pemulihan. Ditangkap. Dilepaskan. Lepas tu ditangkap semula....dan seterusnya. Sedihkan!


Kebiasaannya masyarakat waima kita2 sekalipon kadang2 terdetik jugak jijik dihati, terlepas juga pandangan hina tak sudi pada orang-orang macam ni. Kejam kan kita? Belum tau hujung pangkal cerita, sudah berani membuat konklusi sendiri. Tapi apakan daya, inilah hakikat hidup.


* all pic taken from google


*thanks kepada yang sudi jengok blog saya ni...this week tersangatlah bz so xdapat nak blogwalking sangat. Xpe2, nanti saya jengah rumah2 anda pulak yea...I'll try my best!



Sunday, July 17, 2011

::Persahabatan. Cinta. Kepercayaan. Kejujuran::

korang ada tengok drama ANISSA tak? ala yang dok tayang kat TV3 dalam slot Samarinda tu. Mula2 saya pon malas nak layan tapi bila dah tengok...hambik kau! sekali melekat. Well, to tell you guys the truth, saya memang suka tengok drama. tak kisah la drama apa pon semua saya layan [terasa macam dah makcik makcik la pulak]. tapi sekarang ni dah agak terbatas sikit la sebab terlalu komited dengan kerjaya. ceh! padahal, terpaksa bekerja demi sesuap nasik kan...

oke. oke. berbalik kepada ANISSA. cerita dia kalau tak silap sayalah kan berkisarkan tentang persahabatan. cinta. kepercayaan. kejujuran. 4 org wanita bekerjaya menjadi rakan kongsi [pelakon utama dalan cerita ni hebat2 jugaklah: Fiza Elite as Anna, Rozita Che Wan as Balkis, Faradiya as Shila, Aida Aris as Sara & Zamarul Hisyam as Farid]



Anna ni masalah dia ialah dia tak boleh bagi zuriat dekat suami dia dan dia mengesyaki yang suami dia dah berkahwin lain. Balkis pulak, kahwin dengan suami Anna dalam diam padahal dialah kawan yang paling Anna sayang dan percaya. Shila ni okela, tapi dia tak boleh nampak duit. gelap mata. habis duit syarikat dia songlap. Sara pulak, pendiam. dia ada penyakit dan hampir mati tapi kawan2 dia ni semua tak tau pasal tu. So dia decide nak bawa diri jauh2 sampai lah dia mati. Bila si Sara ni nak bawa diri and nak quit dari job dia, Anna rasa curiga. Dia mengesyaki yang si Sara ni lah madu dia.

so far, saya suka tengok cerita ni sebab dia macam real life kita hari2. benda yang ditekan kan kadang2 tu nampak simple tapi in real life memang kita pernah buat and kita selalu buat. Dialog dia pon nampak bersahaja. tak percaya korang tengok la sendiri. tapi cerita ni mcm dah nak abes je la....

masa awal2 tengok, saya dan kengkawan sentiasa rasa nak emo...tapi bila tengok episod minggu lepas tetiba terasa sedih la pulak. tak pernah terpikir pon suami dia akan mati. sedih tau. yelah, cerita or drama2 kan selalunya klise. kalau suami curang mestilah dia dpt tau dulu...and bagi dulu pembalasan kat suami dia ke or apa-apa lah. Ini tak. tapi bagus jugak macam tu. bila kita tak jangkakan sesuatu itu akan berlaku, pasti kesannya akan lebih besar dan mendalam kepada kita. Things would be great, when we least expect it. betol tak? Well, bergenang jugak la air mata ni. nasib baik tak nanges. kalau tidak kantoi ngan kengkawan.

kalau saya nak tengok cerita sedih, saya lebih prefer tengok sensorang sebab kalau nak nanges keluar air mata darah sekalipon orang lain tak akan tau. malu gila kalau orang dapat tangkap tengah nanges sebab tengok cerita yang dah memang sah2 bukan cerita betol.

saya pernah terkantoi nanges 2 kali [ni yang besar punya la. yang kecik2 tak tau la dah berapa kali kantoi kan] satu kantoi dengan opah [panggilan untuk one of my friends masa zaman diploma dulu]. masa tu tengok Korean movie berdua je dengan Opah. tajuk movie: WINDSTRUCK. seingat saya opah dah tengok dulu dah cerita tu and dia ckp cerita tu sedih. So, saya ingatkan cerita tu sedih biasa2 aje. ala, sedih yang kita boleh kontrol. bila mata berair, cepat2 lap dengan hujung lengan baju. tak pon pandang tempat lain dulu bagi air mata yang bergenang tu kering kena angin.

tapi, sangkaan saya meleset. saya nanges tak ingat dunia. dan sebab malu punya pasal, masa nak start nanges tu sempat lagi saya cakap kat Opah sedihnya cerita ni, rasa macam nak nanges la pulak, lepas tu terus nanges teresak2 sampai mata merah. Opah pon jadi terkejut tengok. yelah, masa zaman diploma dulu semua cakap saya ni hati kering. macam takde perasaan.

second time, masa pegi tengok wayang cerita SEPI dengan Kak Eida, Nu'ui, Karen, Nona & Kelly. Karen dah cakap cerita tu sedih. Tapi macam cerita kat atas tadi la, ingatkan sedih sikit2 je. sekali kau! tersedu-sedan aku menanges! sampai keluar wayang pon dok nanges teresak2 lagi. terpaksalah kawan2 saya tu dok cover2 supaya orang yang lalu lalang tak nampak. diorang siap peluk saya bagai sebab nak pujuk suruh berhenti nanges. dah macam org yang kena tinggal dengan boifren pon ada.

kalau dikenang-kenangkan balik, memang malu gila tahap gaban time tu. tapi itulah saya. saya memang cengeng. cerita tipu2 pon boleh tertipu nak nanges2. adoiiii! tapi itu jugalah yang membuatkan saya tersenyum :)


*segala yang terjadi tak akan pernah dapat diulang sekali lagi...

Tuesday, June 21, 2011

::sudah JATUH, diTIMPA tangga::

disaat WAKTU terhenti
kosong...
disaat DIRI sendiri
bolong...
disaat HATI ternanti
lohong...

Ku pandang ke KANAN, tiada apa-apa...
Ku pandang ke KIRI, juga tiada apa-apa...
Lantas ku toleh ke DEPAN penuh berharap, masih tiada apa-apa...
Lalu ku toleh pula ke BELAKANG, tetap utuh dengan harapan walau sudah bersisa...
Hampa, kerna jawapan yang ada masih juga tetap sama...

Disetiap penjurunya yang ada hanya sepi...

Aku redha.

Empati menggunung membuahkan faham
Faham tentang ertikata;
Setiap manusia pasti punya kesulitan tersendiri,
Sejajar dengan kemampuan dirinya.
Cumanya dalam faham, kadangkala masih juga tetap terdetik...

Itu biasa! biasalah!
Lumrah manusia seperti kita!
Terlalu jauh dari sempurna!

Apa yang penting, dalam minda harus ada ini.
Setiap ujian mendatang, ada maknanya.
Setiap kesusahan yang datang, ada tandanya.
Itu semua, tandanya DIA sayangkan kita...

Bertabahlah. Bertabahlah.
Mungkin ini masih bukan apa-apa.
Mungkin ada yang lebih besar dari ini sedang menuju kemari
Atau mungkin juga, sudah ada sang pelangi yang sedang menanti
Siapa tahu kan?

Yang pasti, itu semua kerja TUHAN.
KITA, hanya mampu merancang,
Namun segalanya pasti berbalik kepada DIA.

Kuatlah. Kuatlah.
Bak kata pepatah;
Alah bisa, tegar biasa


Adios.
Perlu masa untuk diri sendiri.





Saturday, May 14, 2011

::entry nak memperkenalkan bakal kekasih hati::


F.I.N.A.L.L.Y....
....I have to admitt it
I'm in L.O.V.E.

ehem-ehem!
(cuba memperbetulkan intonasi suara sambil buat muka malu2 kuceng. padahal semua kuceng yang saye jumpa macam tak pernah tau erti malu je kan. lepas tu pipi blushing tahap dewa, tak payah susah2 nak tempek blusher banyak2 lagi)


well, tetiba terasa nervous plak.
gedik!


err..err... comel tak mamat kat bawah ni.

nak tau nama dia? nama dia kan Shahredza Minhat a.k.a si gigi besi
nampaknya lelaki ini telah berjaya mengkucar-kacirkan hidup saye sebab asek dok ingat2 je kat dia. (macam kejam la pulak guna ayat kucar-kacir tu kan. oke tukar.)
lelaki ini telah berjaya membuatkan saya angau siang dan malam.

SAYANG,
Luv you soo muchh!

*pipi blushing lagi


oke. enough with all that. saya nak buat satu lagi pengakuan ni.
.SANGAT PENTING.
lagi penting dari yang tadi

dup! dap!

dup! dap!


jeng! jeng! jeng!



...sebenarnya kan...
saya T.I.P.U. je.
HAHAHA

walaupon saye suka dia, belom tentu lagi dia akan suka saya.
dia kan retis bak kata cik epal

tapi kalau dia suka saye.. umpama, pucuk dicita ulam mendatang
redha kihkihkih

(feeling: cube menerima kenyataan)


well, ada ke sesiapa yang hampir2 terpercaya dengan cerita dongeng saye tadi? kalau ada baik ngaku cepat, hahaha

*tak sempat ngaku sebab semua tengah muntah hijau sekarang kan kan.

sebenarnya mamat ni belakon dalam cerita "Pisau Cukur". Bila tengok je cerita ni terus hati jadik cair. comel sunggoh si Faqir ni. bikin hati saye tertambat aje. dalam cerita ni watak fazura pon comel walupon gedik2 hehehe...



*semua gambar dicuri dr encik google..terima kasih atas gambar yang cantik2 :)
*entry gila berbaur psychosis sebab tengok semua kengkawan dah nak kawen@dah kawen@dah ada anak
*masih belom desprate...itu yang penting.

Life is to short to be wasted, so lets enjoy life to the fullest
gambatte ne :)

Thursday, April 28, 2011

::angin-berangin la jugak::


terkejut jugak bila mak call saye td...tapi rase nak gelak pon ada. ada pulak org yang datang mengaku dekat mak yang saye ni tengah dilamun chenta tahap dewa dengan dia.haishh!! tak masok akal betol. jangankan muka, nama pon saye tak pernah dengar oke.

"Hello, roih. Hang kenai dak oqang nama M****n?"

"Ha, sapa tu?" saye terpinga-pinga. rasanya lansung tak pernah kenal dengan orang nama M****n ni.

"Roih, hang habaq kat mak betol-betoi" bernada serius.

"dia penah call hang dak?" banyak pulak soalan mak kat saye time tu. itu ini semua dia nak tahu.

"awatnya? oqang tak kenai dia aiihh..." dalam hati dok terpikir mak aku ni nak kenen2 kan aku lagi kah?

"dia kerani baru kat tempat mak qeja. ada degree. dia kata dia kenai hang. dah lama dah hampa kenai. kot hang dok kenai2 dia kat intenet ka. dia ni memang suka dok main intenet" nada suara mak macam cemas semacam je.

hamboi2 ingat saye ni senang2 nak kenal2 dengan orang yang saye tak kenal ke. mak saye ni pon satu, senang sangat nak percaya2 benda ngarut2 macam tu. tapi dalam masa yang sama otak saye ni dok ligat berpusing cuba mencari kepastian. kompem. memang tak pernah kenal.

sambung mak lagi "tadi pon dia kata dia ada call hang dalam pukui satu macam tu tapi hang tak angkat. dia kata hang bizi qeja la tu. Roih, habaq la kat mak betoi2"

"eyh eyh! bila masa plak. mak, oqang nak habaq macam mana lagi..dah memang tak kenai"

saye try jugak check henphone...memang sunyi sepi dari tadi. mak saye siap suh adik saye, hawa forwardkan nombor org tu. dia suh saye check kalau2 ade nombor tu penah call saye.

"ala mak ni. dia nak main2 kan mak kot. betoi, orang tak kenai lansung. cer tanya dia, macam mana dia kenai oqang?"

"tak tau lah. dia tau nama penuh hang semua. dia kata kat mak, ni mak rosmawar kan? pastu macam2 la dia cerita. mak susah hati ni. takot la hang kena guna2 ka apa? depa cakap serius tak tipu."

"depa?" soal saye.

"kawan hang Jo pon dok cakap yang M****n tu cakap semuanya betoi"

saye dah start nak berhangin dah time tu.

"Jo mana?"

" ala, Johari yang dok B***k B*****a M***k tu.."

"Owh, Johari tu oqang kenai la...satu kelas ngan oqang dulu masa sekolah qendah. dia pon oqang dah tak penah jumpa dah lepas masuk sekolah menengah mak oii..."

dan perbualan saye dan mak diteruskan....

hangin betol saye. dah lah mengaku saya ni makwe dia. siap cakap lagi, saye ni sanggup nak kawen dengan dia dan duit hantaran kami dah bincang RM7500 dan akan dikongsi bayar half-half. kalau mahal sangat, kami akan kawen lari ja.

manalah mak saya tu tak susah hati. kang dibuatnya saye betoi2 kawen lari kan.
Tapi apa2 pon, saye memang tak kenal siapa itu Mr M****n pon okay. description yang mak saye bagi semuanya macam tak pernah saya tahu, adoiiii...

geramnya! grrrrr...

kalau nak melawak dengan mak saye pon biar bertempatlah. mak saye tu dah la ada darah tinggi, bengong. kang tak pasal2 masuk ward ke hapa, kan susah. kata belajar tinggi2 tapi otak letak kat lutut.. tak tau nak pikior...


ayat last mak saya sebelom letak talipon: " Roih, hang cari yang lain na. jangan dengan M****n tu tau. Cari sendiri, pilih yang elok2." dalam hati saye ni, sempat lagi mak aku ni...hadoiii la~



Wednesday, March 2, 2011

::al-kisah bila tak tahu nak tulis apa::



kisah 1:
kalau kite tetiba teringatkan seseorang, maksudnye orang tu tengah rindukan kite yea? Saye semenjak due menjak ni asek teringat2 je kat Mr. Sweet Talker. Maksudnye dia....(terlebih perasan)

kisah 2:
kalau kite kadang2 termimpikan seseorang, maksudnye orang tu tengah teringatkan kite yea? Kalau macam tu saye nak pikir pasal si chenta rahsia aka crush terbaru saye tu lah, biar setiap malam saye akan masuk dalam mimpi dia.... (muntah darah)

kisah 3:
kalau seseorang tu suka cari gaduh dengan kite, maksudnye orang tu sebenarnya suke dengan kite yea? Ye ke, kalau macam tu hanya orang yang saye suke je boleh cari gaduh dengan saye muahaha... (nak gaduh pon kena memilih)

kisah 4:
kalau seseorang tu ade iras2 macam muka kite, maksudnye orang tu berjodoh dengan kite yea? Tapi Mr. Sweet Talker mahupon crush terbaru saye ni lansung takde iras2 dengan muka saye, maksudnye huhu... (tak boleh terima kenyataan)

kisah 5:
kalau kite ade firasat yang kuat tentang perasaan chenta kite terhadap seseorang, maksudnye orang tu pon sebenarnya ade sedikit perasaan yang sama terhadap kite yea? Saye memang selalu ade firasat yang kuat pade setiap crush2 yang ade dalam list hati saye ni, tapi semuanye macam masuk angin keluar asap je...takde respon2 positif pon, respon2 yang membuatkan saye jadi keliru haru-biru ade la, haishhh.... (jiwa kompius)


banyak pulak soalan malam2 macam ni...xpelah, baik saye tido sebelom banyak lagi persoalan2 dalam diri saye ni memunculkan diri. bye semua. have a sweet dreams. agak2nye malam ni crush saye tu akan termimpikan saye tak? okelah, nite people!




Monday, January 17, 2011

::bila perasaan hati merapu-merepek datang lagi::




again?! adoiiiii!! bukannye tak suke tapi lebih kepada terseksa, so how?...I'm not supposed to like him. tak pernah bertegur sapa pon. totally a stranger. haih! susah jugak bile dah duduk dekat2 ni sebab saye akan selalu tercuri pandang. sekadar curi pandang jelah. itu aje yang termampu.

pade firasat saye la kan, dia tu nampak macam dah berpunya. nampaknye melepas la saye kalau mcm tu kan....asal suke je, mesti dah berpunya. asal berpunya je mesti saye suka. so, macam mana nak melekat, bengongkan hahaha.

macam mana boleh suke yea?! rasenye mula2 xdelah berapa suke sangat. just suke tengok dia. sama macam crush2 yang lain. bila selalu tengok akan semakin suke. tapi kalau lama tak bersua muka, lama2 perasaan tu akan hilang la. harap yang ni pon sama la kan.

well, saye rase die cute. comel la kot. tapi taktau la orang lain rase die comel ke tak kan. selalu nampak die sebab tu jadi suke. saye bertambah suke bila ade satu hari tu mase lunch hour dia dalam lif dengan kawan2 die, lepas tu mase saye nak meluru masuk pintu lif dah nak tutup jadik dia tahan gune tangan die. time tu rase macam 'wah!!'. walaupon padehal, sape2 pon akan buat macam tu kan (dan2 berangan macam dalam cite korea tu *ketuk2 kepala sebab cepat sangat terpengaruh ngan cite2 korea tu)

then bile dah masuk tu, saye konon2nye nak senyum and cakap thank you kat die tapi tetiba ade pulak kawan saye masuk and ajak sembang. banyak pulak soalan kawan saye tu. melepas =.="

tetiba saye terpikir, kalau lah saye ni lelaki sure saye dah kawen 4 agaknye eh. mane taknye senang sangat nak tercrush2 dekat orang ni kan. jap2. tapi tak juge sebab saye rase saye ni jenis yang setia kot. ala, bak kate pepatah 'berkawan biar beribu, bercinta biar satu'(macam tak berapa nak kena je kan) kalau macam tu saye nak modified sikitlah pepatah ni 'bercrush biar beribu, yang bertakhta dihati biar satu'...wakakaka~

kadang2 tu bile berselisih, ade jugak try2 nak senyum ke apa...tapi tu lah, bile bertentang mate je senyuman terus jadi kaku. so, apa yang dia nampak hanyalah muke ketat lagi sombong dari saye ni. dem!!

kan bagus kalau dapat buat macam Taylor Swift (artis kesayanganku) buat tu. tapi...nanti2. tak boleh tak boleh. mane boleh buat macam tu. tak baik meruntuhkan hubungan orang lain kan. kalau kite buat macam tu, mesti satu hari nanti orang pulak akan buat kat kite macam tu. what goes around comes around. that's karma.

Sunday, January 16, 2011

::friends::

to all my dearest friends,

ini kisah kesedaran. ini kisah saye (hahaha, macam poyo je bunyik mukadimah ni kan)

saye mahu mintak mahap sekiranya ada diantara kamu2 terasa yang saye ini seperti melupakan kalian. bukan. bukan. bukan. sedikit pon tak terniat melupakan, cume kehidupan saye kini tak berapa nak stabil, celaru, haru biru. macam2 la. saye seolah2 lemas dengan hal2 kerja kebelakangan ini. ibaratnya seperti: bangun tidur. pergi kerja. balik kerja. tidur. lansung tiada masa untuk sosial life (kadang2 tu sampaikan terasa anti sosial, boleh?)

seorang kawan telah ingatkan saye (ececeh! dah macam tajuk lagu ana raffali la pulak kan kan). saye ni asek berkerja je, sampaikan nak jumpa kawan2 pon susah. dan saye memang ade terperasan, lately ni memang saye kurang bersosial. sampaikan nak update status kt fb dan nak update blog pon malas. haishh!

kate2 yang paling terkesan di hati saye pade masa tu ialah bile kawan saye cakap "jangan sampai nanti bile awak mula tersedar semuanya sudah terlambat. cuba bayangkan bila awak terjaga je dari tidur, tetiba awak tersedar yang selama ini awak sebenarnya hidup keseorangan. pada mase tu semuanya sudah terlambat. awak akan terfikir apa yang sebenarnya awak buat selama ni." lebih kurang macam tu ler bunyinye.

terima kasih pade kawan saye tu atas bebelan bergunanya. saye harap saye masih tidak terlambat untuk semua tu. kalau tidak saye terpaksa berubah 360 degrees (ayat pinjam dari kawan saye). nak berubah 90 degrees pon payah, inikan pulak 360 degrees. pheww!!

akhir kate, saye sayang kawan2 saye :)

Friday, August 20, 2010

::marah sunggoh::


haih! marah sunggoh saye hari ni dengan perangai one of my colleague. hari ni die betol2 berjaya membuatkan saye naik angin tahap dewa oke. sile bayangkan perasaan marah saye time tu mcm mane eyh. badan saye waktu tu menggigil2 dok tahan marah. muka tak payah ckp lah, mmg terase darah berderau naik ke muka. saye sampaikan terpaksa pergi toilet, duduk lama2 sebab nak redakan kemarahan yang meluap2 tu.

marah saye tu sampai ke tahap tak boleh nak pandang muke dia, sbb kalau die ada betol2 kat depan muke saye time tu mmg habis la, makan pelempang la jawabnye. Yes, I cannot control my amarah bile dah hilang kesabaran mcm tu (saye sebenarnye mmg jarang marah - u should know that I'm the coolest person in the world hahaha, tapi kalau nak tengok sampai mane tahap kemarahan saye tu sile lah cube yea)


dont be a childish, boleh tak? dah kerje kot, xboleh la nak ikutkan manje awk tu saje. keje buat lah mcm keje, lagipon company tu bukannye bapak awk yg punye nak buat sesuka hati. and lagi satu, u're not a princess kat situ, u pon kuli batak jek kat situ...so, pls berhenti berharap yang semue orang akan menatang awk mcm minyak yang penuh eyh. (ni lah masalah bile awk tu anak bongsu dlm family orang kaya2- tapi saye rase xsemua mcm tu kot kan kan)


semue orang anggap awk tu lemah lembut, dan diorang rase saye ni kasar. oke, fine! ade aku kesah?!?? padehal pade saye awak tu bukannye lemah lembut tp lembik, sangat lembik sampai naik rimas tau tak! diorang semue tu tak tau yang awk ni jenis "kat depan pijak semut pon tak mati, tp kat belakang lidah lagi tajam pade pisau" . well, this is based on my observation la yea. and saye percaye dengan ape yang saye lihat, dengar dan rasekan. sebenarnye, saye tak kisah lah awak nak lembik ke apa kan, tp kalau sampai ade benda yang tak best dikaitkan dengan saye....sape tak naik angin kan!

saye malas dah nak layan perangai ngade2 awk tu. ikut angin jek. bile rase nak tegur2 saye, awk tegur. bila tak nak, awk buat bodoh. tp saye tak mati pon kalau awk nak buat macam tu. perbuatan awak tu tak terkesan pon pade saye because awak tak penting sangat pon dalam hidup saye ni, just orang2 yang hadir disepanjang hidup saye ni jek. tapi kadang2 perangai awak tu irritating jugak.

and yang paling buat saye marah tadi bile tetibe tengah dok email2 ramai2 ni (email pade rakan sekerje yang same level sbb nak hilangkan stress masing2), ade satu part tu awak excludekan name saye sorang jek and benda tu obviously la membuatkan saye terpikir yang awk nak mengutuk saye ke hapa kan. kalau tidak masakan nak exclude name saye sorang je kan kan.
email last yg saye dapat, awak ckp "depress dengan keje + less interest in work + unhappy in the office" and then one of our colleague plak balas "owh, meaning u're not happy working with us? so sad". right after that email, name saye ni diexcludekan, ape kes?

yang boleh saye detected benda tu bile saye nampak email2 notification dari awk masuk kat desktop budak sebelah saye. pelik pulak tetibe dlm inbox saye senyap sunyi tp email notification kat desktop org lain banyak masok. ofkos lah saye akan fikir bukan2. jangan pikir saye ni bodoh oke. (masalah orang2 kat sekeliling saye ni ialah mereka selalu anggap saye ni boleh diperbodohkan, tak tau ape2 and blur2. ke memang saye nampak mcm tu eyh)

lepas tu, one of budak lain terkantoi plak pergi reply email yang ade nama saye. memang lah saye tak tau ape isi kandungan die, tp ade something yang saye termissing apebila jawapan diorang tu mencurigakan. contoh: "on that day I puasa lah, cannot do party2" itu masih oke lg bg saye tapi bile ade satu lg email masok dari budak yang lain pulak: "bawak bersabarlah ******" saye dah jadik pelik. saye reply to all: "Am I missing something here?!?" lepas tu terus saye log pc and laju jek pergi toilet membawa perasaan marah yang membuak2.

saye tau, budak lain perasan air muke saye berubah, and diorang try to act natural with me. but I couldnt careless. When they asked me, why saye sangat diam dan tanye saye "are u oke?". dengan pantas saye jawab, I'm not oke. diorang try to buat lawak as usual nak bg saye gelak, but I dont care anymore. tp last2 saye try to control my anger la sbb bukan diorang punye sebab pon saye marah2 tp awak penyebab utamanye.

saye tak paham la kenapa awak macam tak puas hati sangat dengan saye lately ni. sbb saye baik dengan semue senior2 ke? hello, awk tu yang tak pandai nak hormatkan mereka oke, nak ikutkan sangat perangai diva awak tu. cube bayangkan, ade ke patot leader kene dengar ckp anak buah. tak boleh nak tegur sikit pon, padehal die ada hak kot nak tegur anak2 buah die kalu kite ni tak perform oke. and teguran akak tu pade saye takdelah teruk mane. and die antara org yang paling lembut ckpnye oke....awk boleh plak ckp die tegur tak kene cara, padehal die dah banyak pengalaman dalam bidang ni. itu satu hal la. banyak lg hal2 yang tak logik yang awk nak timbulkan supaya nampak awak tu tak salah, haihhhh!

for ur information, akak tu ade jugak la mengadu pasal awak dekat saye. and ramai jugak yang rase menyampah sebenarnye sampai dah tahap malas nak layan dah perangai awak yang mengade2 tu. tapi saye ni dengar jek la, tak nak tersalah komen ke hapa kan. tapi kalau ikutkan hati saye ni, mau jek saye cerite ape yang awk dok bising2 kat saye. pasal orang tu la, pasal orang ni lah. biar semue org tau perangai awk sebenarnye tp saye ni xdela sekejam tu.

pade saye....hal awk, hal awk. hal saye, hal saye. selagi orang tak masok cmpur urusan saye, and tak kacau hidup saye, selagi tu saye akan hormat die. tapi kalau dah jadik macam ni, sorry to say. muke awak pon saye malas dah nak pandang.

really pissed off!



*uishh, panjang sunggoh entry ni. well, benda baru yang saye belajar bile dah menempuh alam bekerjaya ni adelah, sifat bermuka2. sekian. adeh, dibulan2 mulia ni tak baik marah2...astaqfirullahalazim~



Tuesday, July 20, 2010

::sedih::



.tadik dpt sms dari ayah.
.ayah ckp JERRY dah takde.
.sedihnye.

.JERRY.
.ni name timangan yang Adam bg untuk kucing kecik kat dalam gambar tu.
(kucing kecik tu kucing kesayangan Adam)

.rase sedih sangat.
.nanti balik tepeng, dah tak dapat nak jumpa die dah.
.dah takde dah kemeriahan suara die bersama yang lain2 untuk sambut kepulangan kami nanti.
..JERRY, kamo akan tetap dirindui..

:'(


Tuesday, July 13, 2010

::bukan ahn nyong haseyo tapi annoying::


arghhh!! dah tak tahan sangat dah ni...tak kire nak jugak saye tulis pasal ni walaupon akal cakap jangan2. niat saye hanya untuk meluahkan bukannye mahu mengumpat, rasenye tak salah kot eyh. (kawan2, cepat anggukkan kepala anda tanda sokong)...

ceritanye begini, lately ni saye terasa semakin annoying dengan this one guy...I think no need to mention his name here la, because I dont want to hurt his feeling. baikkan saye (baiklah sangat, yang ko dok kutuk2 die kat dalam entry ni ape? ketok kepala 100 kali sbb mengutuk orang sesedap rase) harap2 die tak tau la kewujudan blog saye ni.

oke2, entry ni wujud sbb saye dah tak tahan and menyampah gile tengok die punye status2 update yang melambak2 tu. everyday he mention about things yang saye rase annoying. saye rase die memang sengaja mau menunjuk2 kat orang ramai kot (tak baik berperasangka buruk cik ros)


Well, die ni sebenarnya one of my friends la. I think he is a nice friends and a nice guy too because he likes to mention about his family, about GOD, about how to be a good boy. tapi ade benda yang saye tak berkenan and tak tahan about this guy.

hurm, benda apa tu yea, nak tau jom cekidaut:

1) he is so perasan,
cth: ramainye yang nak stalker I. Entahlah. ape yang buatkan diorang tertarik hati sangat dengan I ni pon I tak tau (adeh, tolonglah.....die tak tau ke yang ramai giler org tak suke die sbb perangai die macam ni)

2) suke menayang2 kekayaan,
cth: tengah pikir should I buy kereta jenama A ke or kereta jenama B (yang die mention mmg due2 jenama gah2 lah. yang kalau orang2 mcm saye ni nak merasa pegang dalam mimpi pon belum tentu dapat oke. well, maybe die anak orang kaye and mampu beli tp xpayah lah nak mention2 and mengwar2kan tak tentu pasal. cube jadi orang kaya yang merendah diri. boleh?)

3) suke sangat membangga diri,
cth: Nanti I nak pergi training kat overseas, lama la jugak so take care everyone. (tapi kalau tak silap saye sampai sekarang ni pon die asek terperap jek kat malaysia terchenta ni. takkan over the sea je kot. kalau die tau ni, mau makan pelempang saye ni...ampun pak!)

4) tersangatlah over confident,
cth: owh, company A, dah kompem nak ambik I (tp last2 habuk pon tadak. I suspected maybe company tu yang menipu die, atau pon die yang menipu kami2 ni)

dan paling saye tak boleh belah

5) he's G** (hello, secara terang-terangan kot)
cth: I cant live without him. Now, he's married.
oke tak kisahlah die nak jadik G** ke apa tp meluat tau tak bile everyday dok update pasal feelings (dah tahap macam perempuan yang dok emosi and asyik melayan perasaan sepanjang masa. Owh pleaseeeee)



contoh ayat2 kat atas ni adalah hasil nukilan saye sendiri. saye pon tak ingat ape yang kawan saye ni tulis. saye just merekacipta kembali untuk menunjukkan betapa annoyingnye saye terhadap benda2 yang die lakukan. akhir kate dari saye buat die: I nak mintak ampun sebab terbicara kasar pasal U kat entry ni eyh (ayat ni ditujukan khas kalau2 die terbaca entry ni. Eyh, dia baca ke? mcm tak jek kan kan. fuhh! selamat)


*adekah saye yang sebenarnye pelik bile annoying dengan orang lain tak tentu pasal?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...