Pages

Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Monday, October 27, 2014

471. Sahut cabaran!



Ohio!

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas kawan saya telah mencabar saya seperti di bawah ni:

'Makan hanya SEGENGGAM NASIK (untuk setiap kali makan) dan tidak boleh berlaukkan DAGING ataupun AYAM (other than these two, boleh), selama seminggu!'


Dalam kepala otak ligat dok pikir:

'A week?! Apa ada hal.' (senyum dalam hati) 
'Kejap je nih..Saya SAHUT!' (senyum lagi)


Tapi, 

Baru sehari dah rasa kejam macam ni (exaggerate!)


I can do it! Yes, I can do it! 
Gambatte ne~







Friday, October 24, 2014

469. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Jeruk Mangga Asam Boi!



Konnichiwa minna-san!

Terjebak sudah! Sekarang ni kan tengah dok famous dengan Jeruk Mangga Asam Boi! Saya pon tak terkecuali. Mudah gila nak buat hokay.


Jeruk Mangga Asam Boi!






Bahan-bahan:
1. Mangga Muda 4 biji (Lagi masam lagi bagus - contoh: mangga epal!)
2. Asam Boi (2 paket)
3. Gula ( ikut suka korang)
4. Cili Padi 5 biji (kalau suka pedas boleh letak lebih)
5. Sedikit garam


Cara-cara:
1. Basuh mangga bersih-bersih.
2. Kemudian, mangga tersebut dibuang kulit dan dihiris/dipotong panjang-panjang (atau ikut suka koranglah nak potong macam mana pon, janji happy hehe)
3. Gaulkan mangga dengan asam boi, gula, sedikit garam dan cili padi yang dihiris halus.
4. Gaulkannya sehingga bahan-bahan tadi sebati.
5. Akhir sekali, masukkan mangga tersebut ke dalam bekas (seelok-eloknya yang ada penutup) dan simpan di dalam peti sejuk. (sekiranya nak makan terus pon dah boleh dah!)


Nampak tak? Tak sampai 15 minit pon kan. So, selamat mencuba!








Thursday, October 23, 2014

468. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Mustard Baked Potatoes!



Morning uols! Ohio :)

Semalam, masa tengah blogwalking, tetiba ternampak resepi best kat blog FAMF Tower! So apa lagi, terus gigih pergi cari bahan-bahan nak buat benda-alah ni. 

Walaupon tiada oven di rumah, saya tetap meneruskan niat (sedih jer dengor kan). Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Berjaya! So pagi ni saya nak share resepi mudah ni kat sini. Boleh?



Kentang Bakar Mustard! 




Bahan-bahan:
1. Kentang
2. Bawang Besar (dihiris/dimayang mengikut citarasa masing-masing)
3. Mustard (apa jenis pon boleh)
4. Minyak Zaitun (Olive Oil)
5. Lada Hitam (ditumbuk halus)
6. Garam


Cara-cara:
1. Basuh kentang bersih-bersih dan potong mengikut saiz yang anda suka.
2. Kemudian, rebus kentang tersebut (masukkan sedikit garam semasa merebus)
3. Apabila kentang telah lembut/empuk, toskan air biarkan kering.
4. Gaulkan kentang tersebut bersama dengan bawang besar yang dihiris, lada hitam, olive oil, mustard dan garam sehingga rata.
5. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit (pada yang ada oven kat rumah)
6. Pada yang takdak oven macam saya ni, korang boleh balutkan kentang yang digaul dengan bahan-bahan lain tadi dalam aluminium foil dan panaskan di atas kuali leper dengan api yang sederhana  selama 15 ke 20 minit. 
7. Tutup permukaan kuali tersebut agar kentang tadi masak sekata. (Jangan lupa balik-balikkan aluminium foil tu ye untuk mengelakkan kentang tersebut hangit)


Kentang tu kalau taknak rebus pon boleh, tapi korang kena bakar lama sikitlah. Alternatif lain sekiranya korang takdak oven, kentang tersebut bolehlah digoreng dengan minyak yang sedikit. Amacam?! Senangkan..selamat mencuba korang :)








Tuesday, October 21, 2014

467. Seminggu cuti Raya Haji, 3KG naik! Apa dah jadi?



Ini lah antara sebab-musababnya. Seminggu saya beraya di kampung sambil ditemani makanan yang best-best. Tak sia-sia orang sedekahkan/beri daging korban, semua habis dimasak dalam masa seminggu. Sungguh efision keluargaku ini hahaha! 

Mau gila dibuatnya apabila makanan lazat-lazat dihidangkan di depan mata setiap hari. Tapi lebih gila lagi bila lepas makan berat badan naik sampai 3kg. Hambik kau! 

Lemah lutut sebab terkejut dengan kenaikan berat badan yang mendadak ini. Dem!



Malay's Salad / Kerabu Pucuk Paku prepared by my mom



Mom's homecooked Beef Soup Noodles / Mee Sup Daging! (Daging korban ni sedap dan manis rasanya!)



Beef cooked in Spicy Coconut Milk Gravy / Spicy Yellow Curry (Daging Masak Lemak Cili Api) prepared by my sister!


Beef in Soy Sauce or ( Daging Masak Kicap ) prepared by my sister



2nd day of Aidiladha, Special Beef Soup cooked/prepared by my Ayah (Dad). The best Beef Soup ever!



1st day of Aidiladha, my mom's homemade Chicken Curry with Lemang (Glutinous Rice or Sticky Rice)



1st day of Aidiladha, my sister's homemade Lontong (Coconut based soup- Sayur Lodeh) complemented with my mom's homemade rice cakes (Nasi impit) & Spicy Peanut Sauce (Kuah Kacang)



Mom's Recipe - my sister's homemade Mixed of Chicken & Beef 'Boiled' Noodles or (Mee Rebus Ayam & Daging) 



Ha! Nampak tak disitu yang saya ni hanyalah 'tukang makan' semata-mata. Semua masakan disediakan oleh ayah, mak or kakak saya!

Semoga azam saya nak kurus tercapailah yea. In Syaa Allah!














Sunday, October 19, 2014

464. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Maggi Ala Mee Kari!






Ha! Terliur ke idok tengok gambar kat atas ni? Saya gerenti la semua orang pon pandai buat Maggie Mee Curry ni kan. Resepi yang simple.


Bahan-bahan:
1. Maggi perisa Kari
2. Santan (Saya guna santan paket jer)
3. Telur
4. Udang
5. Sayur Kacang Panjang
6. Tauhu / Fish ball
7. Cili Flakes (yang ni saya beli yang dah dicampurkan dengan udang kering)
8. Bawang besar
9. Limau nipis / Cili besar


Cara-cara memasak:
- Potong bawang besar, sayur kacang panjang, tauhu, fish ball dan cili besar mengikut citarasa anda.
- Kemudian ketepikan semua bahan-bahan tadi.
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk / kuali dan tumis bawang sehingga wangi.
- Masukkan air mengikut kesesuaian maggie. (kalau korang guna banyak paket, air pon kenalah banyak yea)
- Masukkan perencah Maggi Kari, sedikit cili flakes, santan, udang, tauhu dan fish cake.
- Tunggu sehingga mendidih. 
- Kemudian masukkan maggie dan sayur kacang panjang dan sedia untuk dihidangkan.
- Tips: Maggi dan kacang panjang jangan di biarkan lama di atas api untuk mengelakkan maggie menjadi terlalu kembang dan sayur kacang panjang menjadi lecur.
- Telur direbus berasingan dan di potong dua.
- Akhir sekali hiaskan Maggi Ala Mee Kari dengan hirisan limau, telur dan cili besar yang telah di potong tadi.





Mudahkan! Tak sampai 10 minit pon nak menyediakan resepi ni. Sebenarnya tak kisah pon korang nak letak apa-apa bahan tambahan lain seperti taugeh, bunga kantan, daun sup etc. Terpulang pada citarasa korang nak menyedapkan lagi rasa Maggi Ala Mee Kari korang tu. Yang penting, semua bahan-bahan tu kita main campak-campak jer kat dalam. Senangkan! Selamat mencuba :)









Tuesday, October 8, 2013

Resipi Mudah Ala Cik Bunga: Banana Cheese Pancake with Nuttela Base


Hi all,

Lama tak conteng-conteng kat sini kan..ada yang rindu saya? *perasan*

Ok! Hari ni saya rasa nak share resipi mudah dengan kamu-kamu. Cepat sediakan pen dan kertas ok :)


Banana Cheese Pancake with Nuttela base 


Bahan-bahan:
Tortilla
Pisang / Banana
Nuttela
Shreded Cheese
Chocolate Syrup *tambahan*


Cara-cara:
1) Sediakan tortilla [saya beli dekat Giant je ni]
2) Sapu Nuttela rata-rata di atas tortilla tadi sebagai base.
3) Susunkan potongan pisang yang dihiris nipis-nipis [tak kisah nak letak banyak atau sikit, terpulang kepada citarasa masing-masing]
4) Taburkan cheese di atas tortilla yang berisi Nuttela dan pisang tadi [tabur biar sekata yea, barulah cantik tertarik kau memang debom haha]
5) Curahkan sedikit chocolate syrup di atas pancake [kalau rasa tak nak letak pon tak menjadi masalah]
6) Panaskan/bakar di atas kuali leper dengan suhu api yang perlahan untuk mengelakkan tortilla kita hangus [tapi kalau ada microwave lagi senang kerja kita]
7) Tutupkan permukaan kuali tadi supaya pancake dapat dipanaskan secara sekata
8) Apa lagi tunggu...makannlahhh!! Makan panas-panas lagi sedap ok :)



Selamat mencuba resipi yang mudah dan jimat masa ni yea :)


Sekian dari saya..Bai!




Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday: Me, Good Foods & Good Friends



ME




Good FOODS





 Good FRIENDS




happy day^^



 



Tuesday, November 6, 2012

Resepi Mudah: Masalodeh / Masala Vadai


Anneyong people^^

Tau tak apa itu kuih masalodeh? Ini bukan kuah masak Lodeh yea kawan-kawan, tapi kuih Masalodeh. Saya pon kompius sebenarnya dengan nama kuih ni. Dari kecik saya panggil Masalodeh (ini antara kuih feveret saya) dan dekat rumah saya pon semua orang panggil masalodeh.

Ha! Sempena musim hujan je sekarang ni kan, saya nak share macam mana nak buat kuih masalodeh cara simple. Resepi ni saya google kat internet jer. Dah lama buat sebenarnya (beberapa bulan yang lepas) tapi baru sekarang nak share kat sini. Dan disebabkan dah lama buat, so saya tak ingat saya ambil resepi ni dari blog siapa.

By the way, if dapat makan kuih ni panas-panas sambil disulami air kopi memang sedap kan time-time hujan macam ni^^


saya buat kecik-kecik je sebab senang nak makan and comel juge!


Bahan-bahan:
2 Cawan kacang Dhal
1-2 tangkai Daun Kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Kering - ini pun digunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Hijau - potong dadu [yang ni optional]
1 biji Bawang Besar- potong dadu
1 sudu kecik Jintan
Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:
Rendam kacang dhal semalaman. Kemudian toskan. Separuh dari kacang dhal tadi dikisar/blend halus dan sebahagiannya lagi dikisar kasar-kasar.

Campurkan kesemua bahan-bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak. If kamu-kamu tengok masalodeh tu dah timbul, maknanya ia dah masak. Done!

So, selamat mencuba kawan-kawan :)







Saturday, November 3, 2012

Snack ala Japan: Terung bersalut Telur & Oat


Anneyong^^

Hari ni saya nak share resepi yang sangat mudah. Saya dah cuba dan hasilnya amatlah memberansangkan. Ianya sesuai dibuat snack ketika minum petang :)

apa macam? Menarik tak?




Bahan-bahan:
1) Terung / Eggplant

2) Telur

3) Oat / Serbuk roti
 
4) Garam secukup rasa



Cara-cara membuatnya:
Potong terung nipis-nipis, kemudian ketepikannya dahulu. Ambil beberapa biji telur, pecahkan dan pukul sehingga sebati [letakkan garam secukup rasa yea, kalau tidak terung salut kita tu akan rasa sedikit tawar]. Sebolehnya, hanya gunakan putih telur sahaja untuk kesan yang lebih rangup. [tapi saya campur je dua-dua sebab malas nak asingkan...boleh?!]. 

Setelah telur menjadi sebati, ambil terung tadi dan celup ke dalam telur, kemudian dibalik-balikan pulak dalam bekas yang berisi oat [ulang proses ini sebanyak 2 kali - motif? Untuk tebalkan oat yang bersalut kat terung tu].

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, Tadaaaaaaa! Dah siap sedia untuk dimakan. Dihidang pulak bersama dengan kopi panas, perghh, nikmat!!



Selamat mencuba^^






Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday: Lesung Batu




masa tengah tumbuk bahan-bahan untuk perap daging korban..tetiba nampak cantik pulak gambar lesung batu ni. Apa lagi, snap la!








Sunday, October 21, 2012

Today breakfast: Recipe Ala Western :)


Anneyong haseyo and Salam guys^^

Semalam roomate saya demam, so hari ni plan buat breakfast untuk dia dan housemate yang lain jugak [tapi yang ada kat umah jelah kan].

Well, today breakfast saya buat ala-ala western gitu. Senang je nak buat. Jimat pon jimat. Jom tengok macam mana nak buat benda alah ni :)



Telur dadar/Omelette
Telur 4 biji
Tomato 1 biji dipotong dadu
Bawang Besar 1/2 biji dipotong dadu
Daun bawang dihiris halus
Lobak merah diracik halus
Mayonis 2 sudu besar
Sedikit garam / Penambah perisa

Sos Cili Mayonis  [recipe daripada my roomate- Khai]
Sos cili
Cili padi 2 biji dihiris halus
Daun Bawang dihiris halus
Mayonis
Sedikit lada sulah


Cara-cara membuat:
Mudah je. Telur dadar ni lain sikit dari yang SEBELUMNYA.  Untuk yang ini, campurkan kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga sebati. Kemudian, panaskan kuali leper dan goreng telur macam biasa.

Untuk sos pon sama, kesemua bahan dicampurkan sekali dan dikacau sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.

French Fries tu boleh didapati di kedai-kedai berhampian yea. Balik rumah, cuma perlu goreng dan tabur dengan sedikit garam. Cara-cara untuk buat potato salad pulak, kamu-kamu boleh klik dekat SINI yea.



Senangkan? So, selamat mencuba..Bye bye^^





Saturday, October 13, 2012

Resepi mudah: Omelette Cik Bunga!


Happy Saturday guys! 

Lapar tak? Dah makan pon lapar lagikan. Kalau lapar, meh sini...saya nak share satu resepi simple yet delicious. Memang sesuailah untuk kita-kita yang bujang-bujang ni. Nak tahu? Jom!

1st time - terlebih inti, so susah nak gulung!


 2nd time - barulah nampak rupa sebenar!


Bahan-bahan A [Base]:
2-3 Telur
1/6 Bawang besar yang diracik halus
Sedikit Garam / Penambah Perisa

Bahan-bahan B [Inti]:
Sedikit daging Cincang
Cheese / Keju [tak payah susah nak beli yang parut, beli je cheese yg kita makan ngan roti tu]
1/6 Capsicum / Cili Benggala dipotong dadu [saya suka mix warna, baru nampak meriah uolss]
1/6 Bawang besar yang dipotong dadu
Sedikit Garam / Penambah Perisa


Cara-cara membuatnya:
Tumis bawang besar dan cili benggala bersama-sama dengan daging cincang. Kemudian masukkan sedikit garam dan penambah perisa secukup rasa. Kalu nak letak blackpaper pon boleh,ikut suka anda. Apabila dah siap, ketepikan seketika.

Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati bersama sedikit garam dan penambah perisa. Kemudian masukkan bawang besar yang diracik halus tadi. Sediakan kuali leper [kalau ada] dengan kuantiti minyak yang sedikit, dan panaskan. Untuk kuali yang memang tak akan melekat tu, tak nak guna minyak lansung pon boleh. Goreng telur seperti biasa.

Apabila telur dadar kita tadi sudah separuh masak, letakkan cheese di atasnya. Kemudian letakkan pulak bahan-banhan B yang digoreng sebentar tadi. Akhir sekali, gulung/lipat telur tersebut dan sedia untuk dihidang!


*Bahan-bahan B tu optional. Tak kisah nak guna apa-apa pon. Kalau nak buat omelette sausage rasa blackpaper pon boleh. Pendek kata, mengikut kreativiti masing-masing lah, ok :)



Senangkan? Selamat mencuba :)




Friday, October 12, 2012

Resepi mudah: Nasik Lemak Sambal ikan


Minggu lepas balik kampung..tetiba terasa macam nak masak something untuk family [Ok, lately ni macam terlebih-lebih rajinlah pulak dalam bab masak-memasak ni]. Dan seperti biasalah...resepi yang saya cuba haruslah yang simple-simple dan tak perlu memerah otak dan keringat yang banyak.

Btw, resepi ni untuk mereka-mereka yang baru sahaja nak belajar memasak yea! Sebab yang dah Tip-Top tu, for sure dah khatam 4 juta kali nak buat benda alah ni. Kan..kan? So, kali ni saya nak share cara-cara untuk membuat nasik lemak yang simple. Jom!

Nasik Lemak Sambal Tumis Ikan


Bahan-bahan A [Nasik]:
Beras
Kelapa parut - ambil santannya sahaja [Santan kotak pon ok tapi yang pure punya lagi sedap]
Daun pandan yang disimpul
Bawang merah yang dimayam [optional]
Halia dipotong halus [optional]

Bahan-bahan B [Sambal tumis ikan]:
Cili kering
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar [dipotong bulat]
Ikan Sardin / Kembung dipotong tiga bahagian [sebenarnya apa-apa ikan pon boleh.]
Garam / Gula / Penambah perisa
Asam keping / Asam jawa
Air

Bahan-bahan C [sampingan]:
Kacang tanah
Ikan bilis
Telur
Timun

Cara-cara membuatnya:
Bahan-bahan A: Basuh beras sehingga bersih dan setelah diyakini bersih, masukkan santan yang diperah tadi. [Sukatannya macam kita masak nasik biasa - air tu digantikan dengan santan]. Kemudian, masuk daun pandan, bawang merah yang dimayam tadi dan juga potongan halia. Sedia untuk masak.

Bahan-bahan B: Cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan diblender sehingga hancur [jangan lupa masukkan sedikit air ye. Karang tak pasal-pasal blender tu rosak]. Panaskan kuali, dan masukkan minyak mengikut kesesuaian. Bahan-bahan yang diblender tadi ditumis [tunggu sehingga pecah minyak]. Masukkan asam keping/air asam jawa . Kemudian, masukkan pula garam, gula, penambah perisa secukup rasa. Bila rasa sambal tu dah sebati dan rasa enak, masukkan potongan ikan [seelok-eloknya ikan tu digoreng dahulu] dan juga bawang besar yang di hiris bulat. Tunggu sehingga kuah mendidih.

Bahan-bahan C: Rebus telur dan bila dah masak toskannya dan boleh dipotong dua ataupon empat mengikut citarasa anda. Goreng ikan bilis & kacang sehingga garing. Timun pula di potong nipis-nipis.

Tada! Siap, dah boleh makan. Selamat mencuba yea kawan-kawan :)





Sunday, September 23, 2012

Potato Salad - resepi mudah


Assalamualaikum! Hari ni saya nak share dengan awak-awak semua satu resepi. By the way, masa bulan puasa yang lepas saya ada berblogwalking ke blog apeqchan dan ternampak entri dia tentang potato salad, resepi dari blog Fatin Liyana. Tengok macam senang, so saya pon dengan gigihnye pegi lah membeli segala bahan-bahan. Alhamdullilah, menjadi! [memang ler menjadi sebab resepi senang gila kan] Jimat pon jimat :)

And raya hari tu pon saya ada buat untuk jamu tetamu-tetamu yang datang bertandang [kelas ada side dishes! makan makanan western time-time raye gitu]. Sekejap je habis licin and terpaksa buat lagi. Open house kat tempat kerja pon saya buat potato salad. Ramai pulak yang tanya macam mana nak buat benda alah ni [terasa macam top chef pulak..hakhak ptui!]

So, kat sini saya kongsi yea. Tapi resepi ni dah diubah sedikit mengikut citarasa saya [modified sikit-sikit je]


walaupon rupa dalam gambar ni nampak tak menarik, tapi rasanya Masyaallah! Marvelous!




Bahan-bahan:
Ubi kentang [potato]
Mayonis [apa-apa brand pon boleh]
Lemon [perahan jus]
Serbuk pati ayam
Air 
Garam secukup rasa
Daun bawang
Lobak merah [optional]
Bawang besar [optional]


Cara-cara membuatnya:
1) Kentang dipotong kiub. Kemudian dididihkan bersama dengan garam. Biarkan sehingga empuk [tapi jangan terlalu lembut] dan ditos kering.
2) Daun bawang, lobak merah dan bawang besar dipotong/dicincang halus.
3) Dressing: Campurkan bahan-bahan yang dicincang tadi bersama dengan mayonis, perahan lemon, serbuk pati ayam dan gaulkannya sehingga sebati.
4) Akhirnya, masukkan kentang yang sudah ditos dan digaulkan bersama dressing yang sudah tersedia.
5) Siap. Boleh dimakan terus ataupon disimpan di dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk lagi bertambah nikmatnya. 
 
 
 
Mudahkan. So, selamat mencuba!



Friday, December 19, 2008

::nasik lemak kakak saya::





tadi dijemput kakak,
dia bawak balik rumah dia lagi sebab buat nasik lemak untuk aku dan adik...
dua hari lepas dia buat laksa....

*senyum*

selamat ....
tak payah keluar duit untuk makan malam,
sekarang pun tengah pokai ni...
poket tengah kekeringan...tiada isi ='(

*sengih*

*fikir sebentar*

*tersedar*

abeslah!
mesti berat badan aku naik balik,huhuhu....

lepas makan2,
dia malas nak hantar balik rumah aku,
so terpaksa tidur rumah dia macam aritu jugak
and terpaksa pergi kerja dari rumah dia...
nasib baik esok dia tak keja,
jadi dia janji mau hantar....

*ngantuk*



Saturday, December 6, 2008

::mungkin ini hobi terbaru aku::


makan tart telur...mungkin ini hobi tebaru aku,
sejak dua tiga hari ini...asyik membelinya,
kerna kepingin mau menikmati keenakan tart telur...
SEDAP!!!
sangat SEDAP!!

*terliur*

hobi macam ni...memudaratkan kah?
boleh mendatangkan penyakitkah?
mungkin boleh mendatangkan kegemukan barangkali....TAPI
aku tetap mau..TART TELUR hari2 ;)

Thursday, November 20, 2008

::picnic tak terancang::


::09 November 2008::


ber'picnic' di tasik shah alam...tak dirancang pun.

Mula-mula aku terasa nak buat sandwich, so ajak diorang datang rumah untuk makan-makan...Tiba-tiba nu'ui suggest makan sandwich sambil pergi picnic kat mana-mana. Hurmm macam menarik!

Petang tu kami berpicnic sakanlah walaupun tak cukup korum [nona dengan karen xdok] Kak ieda bawak anak sedara dia [shira] join skali....

So, ini antara photo yang sempat di ambil ketika berpicnic ;)



p/s: walaupun ber'picnic'kan hanya berlatarkan tasik shah alam... tetapi 'memori'nya tetap indah


Friday, November 7, 2008

::craving for::



~rambutan~

td, pergi keluarkan duit kat ATM Bank Islam sebelah Jati..
pastu lalu kat satu rumah ni,
nampak buah rambutan bergayut2 kat pokok,
nampak macam sedap.....
sangat teringin mo makan buah ni
[kalau kat kpg, aku panggil 'buah moktan']

kepingin banget nih,mana nak cari ntah...
kat taiping pun dah abes musim sekarang,
hope kat pasar malam seksyen 6 ada la...


Sunday, October 26, 2008

::jalan-jalan::




tadi siang,

jalan-jalan dengan kakak..smalam pun patutnya keluar dengan dia tapi ada hal sikit, so terpaksa tolak...rugi sbb dia dengan member dia [Qrune] nak belanja tengok wayang..Hari ni, no more wayang for me,huhuhu...dalam pukul 1, kami bertolak.. kakak aku ajak temankan dia cuci kereta, memang kotor gila...bz katanye, alasan la tuh...


aku temankan dia cuci kereta dekat seksyen 13 [tempat kelly dan nu'ui selalu cuci kereta] servis dia not bad la...time tengah cuci kereta tu cuaca kejap mendung, kejap panas..buat suspens jer tp at last panas jer memanjang. lepas tu pergi menjengah ke Giant kejap, saje jalan-jalan. Perut lapar gila, so decide pergi makan kat foodcourt...kakak aku tak nak makan nasik, bukan diet tapi sebab takut masuk angin. Pelik betul tapi kenyataan. Kalau dia makan nasik, sure aku kena urut badan dia kejap lepas tu, haaaiiisshhh...


aku dengan dia pilih gerai "nasik chop"...bukan nak makan nasik tapi nak makan spagetti dia...nampak macam menarik jer...aku dengan kakak pesan spagetti with lamb cutler tapi tetiba pulak tak ada. Why? lamb tak ada, huhuhu..So tukar ke spagetti with chicken cutler...Boleh tahan [if nak compare dengan harga dia yang rm5.90 tu, memang berbaloila]...


Dah kenyang, terus masuk dalam Giant, kakak mau beli sushi...aku plak tersengih-sengih sebab memang dah lama craving for sushi, wahahaha.... tapi dalam dok tengah shopping tu, mata masing-masing jadi ngantuk gila. ..mula-mula tak nak layan sangat mata tu tapi last-last tak boleh jadi. Semua barang kat dalam Giant tu nampak tak menarik hati dikala mata ni tengah mengantuk. Kakak aku kata, dia jadi tak ada mood nak shooping.


So, kami decide cari surau untuk lelapkan mata sekejap....[maaf! tau memang tak boleh tidur pun dalam surau tapi nak buat macam mana, ngantuk ni tak boleh ditahan-tahan lagi..] Kakak aku lelap setengah jam and pastu solat jap...Then, baru ada smangat balik nak shopping...yehuuuu!!! time for shopping, hahahaha..



*update : DONE! craving for sushi dah tercapai...my kakak belanja. Walaupun ianya hanyalah sushi dari Giant...for me, its ok!

me and myself~rose~


Sunday, October 12, 2008

.::craving for::.


dah ngatuk but still nak tulis wat i am craving for

.:i am craving for :.


~lamb chop~

DONE! makan kat rumah kak kuza [kawan kak eida] masa bbq smalam
me try to request kat kak eida, xsangka ditunaikan [thanks]
dapat makan dua slice lamb chop...oishie desu, aaiite ;)
berjaya to influence ina to eat lamb chop jugak
but kena leter ngan karen sbb takut makan banyak-banyak nanti pening, katenye...




~blueberry cakes~

dah lama nak makan tp still tak dapat
td nyaris terbeli masa keluar ngan my sister
tp entah tiba-tiba tak jadi *sobsob
I want blueberry cakes...pleaseee



~sushi~

dah lama tak merasai keenakan sushi
tak boleh jadi nih
sushi!! wait for me...


me and myself~rose~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...