Pages

Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Izzue Islam - The many faces of him!



Salam semua! I know, it's been a long time since I last posted here. But now I'm back..Hellooooo readers [tu pon kalau ada lah kan]

Ok! Harini saya nak cerita pasal someone that I adore much! Do you know a guy named Muhammad Izzul Islam Mazlan? Siapa dia? Kalau saya sebut Izzue Islam mesti semua orang kenal kan..so, moh ler kite :)

Sejak belakangan ini, namanya seringkali disebut-sebut. Kenapa...? Mungkin penangan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Betul? Well, he's such a talented young artist. Bagi saya, disamping wajahnya yang cute, dia juga memiliki bakat yang cukup besar. Namanya pasti akan menjadi gah suatu hari nanti. Mungkin se'gah' dengan nama-nama besar macam Beto Kusyary [ni pon saya adore gila jugak heeee]. Siapa tahu kan..so, mari doakan!



Mula-mula kita tengok persepsi negatif dari saya buat dia,

Pada mulanya, saya tak ambil pusing pun pasal kewujudan mamat nama Izzue Islam ni. Tak kenal pon. Sehinggalah cerita Mimpi Cinderela di tayangkan kat TV3. Tapi dalam drama tu saya tak berkenan pon dengan that guy! Siap boleh cakap dengan roomate saya:

"Ala, kenapa hero dia tak hensem dan pendek! Nak hero lain!"

Masa tu kalau tak silap saya 2 episod permulaan kot. Dan saya tak tahu pun, si Izzue ni watak hero kedua aje. Time tu Afiq Muiz belom muncul lagi [ok, confirm kena bambu dengan peminat-peminat Izzue sebab kata dia tak hensem dan pendek hehe]. To be honest, dalam cerita tu dia nampak jambu sangat! and saya tak gemor sangat lelaki-lelaki jambu ni sebab nampak lembik haha. Dan saya juga ada persepsi dimana kalau orang Malaysia ni bila bergaya ala-ala Korea, confirm perasan ala-ala KPop la tu! Sorry Izzue!

Tapi apa-apa pon, saya memang mengikuti drama tersebut sampai habisla kan! Yang mana termiss out tu mesti lah saya tengok online jer...dan dari situlah saya perasan komen-komen orang lain yang suka-gila-kaw-kaw-punya kat Izzue ni! Dan kebanyakannya terdiri dari golongan remaja. Heh? Tertanya-tanya jugak kenapa ramai bebenor orang minat dekat dia sebab saya lebih sukakan Afiq Muiz. Rupa-rupanya dia salah seorang anggota Forteen. Apalagi, cepat-cepat saya khabarkan perihal tersebut pada kakak saya.

"Kak nak tau dak, qhupa-qhupanya hero kedua cerita ni kumpulan forteen.." sambil sambung balik tengok drama tu kat rumah kakak saya. Nada suara mestilah ala-ala minah Kepochi kan!

"La, ya ka! Patutlah Dayah suka cerita ni...dia fanatik gila kot dengan Forteen."

Cerita sebenarnya begini, kakak saya dan saya sering menganggap Forteen ni kumpulan ala-ala KPop gitu. Jadinya kami berpendapat bahawa, group-group mcm ni mestilah hanya bersandarkan pada raut wajah semata-mata..bakat lebih kurang! And jangan tak tahu...kebanyakan orang-orang seusia saya dan ke atas fikir macam tu [saya takdelah ckp semua, tapi kebanyakan yang saya kenal macam tu] Nak-nak pulak bila saya tertengok rancangan Ekspresi Kembara Forteen yang bersiaran di TV1. Gaya semua ala-ala KPop gitu kan, lagilah! Tak silap saya masa saya tengok tu Izzue yang sedang bercakap: dia kata tak sabar nak makan laksa [ni ayat hentam je sebab time tu kat depan dia ada laksa sepinggan kan]. Rambut ditocangkan sedikit. Dalam hati saya, terasa diri tu KPop la tu..Ish, tak gemor betul! [Alamak! sambil gigit jari-jemari] Baru saya sedar, banyak pulak yang negatifnya kan..mahu lunyai kalau kena belasah dengan peminat-peminat Forteen ni. Ampun!

Berbalik kepada cerita tadi, kat opis kakak saya ni ada seorang budak perempuan nama Dayah. Dia ni lebih kurang baya-baya adik saya lah. Dayah ni memang minat gilalah dekat Forteen. Dan disebabkan itu, dia selalu disakat oleh colleague yang lain [remember, yang lain kan dah berpangkat abang kakak kan so their taste memanglah different!] Tapi rasanya diorang tu saja-saja jer nak mengusik Dayah ni. Tapi Dayah ni, apa ada hal! Dia buat muka kering je kan. Memang Forteenagers sejati lah! Tabik spring haha [cerita ini berdasarkan sumber penceritaan semula dari kakak saya lah kan sebab saya tak kenal pun si Dayah ni]

Hal ini sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam diri saya [skema gila ayat, hentam sajalah] Saya hairan kenapa lah 'budak unk-unk' ni gemor gila kat Forteen. Fyi, 'Budak unk-unk' ni adalah gelaran saya dan kakak saya berikan kepada budak-budak sezaman dengan adik saya. Mana tidaknya mereka-mereka ni gemor bebenor menggunakan ayat-ayat yang sukar difahami oleh golongan-golongan dewasa muda seperti kami-kami ni. Mesti tertanya-tanyakan, mana dapat unk-unk tu? Unk tu kataganti untuk perkataan hang yang sering digunakan oleh adik saya bila bercakap dengan kengkawan dia, haha.  Migrain tau bila dapat mesej dari adik saya ni. Jenuh nak fahamkan satu-satu. Ok, nampaknya cerita dah melalut ke laut! Back to main topic...

Disebabkan tak puas hati punya pasal, saya pon buatlah penyelidikan secara intensif. Selidik punya selidik, tup-tup! Tahu-tahu aje..saya pon dah terikut minat sekali. Ibarat kata pepatah, kadangkala sesuatu perkara yang kita tak suka tu, mungkin akan menjadi perkara yang paling kita suka satu hari nanti. Ambik kau! Penangan Izzue Islam ok!



Persepsi positif dari saya buat dia pulak,

Hasil dari penyelidikan saya, barulah saya tahu bahawa karier Izzue Islam ni bermula dari seorang pelakon dan kemudian baru dilamar oleh Edry untuk mengangotai kumpulan Forteen. Kalau nak tahu lagi, Izzue ni ada group muzik dekat Kelantan nun dan tak hairanlah kenapa dia boleh menyanyi jugak kan. Saya juga pernah terbaca satu artikel di internet tentang bagaimana karier seninya bermula. Ada satu hari tu, kalau tak silap saya dia dan kawan dia datang KL semata-mata nak tengok persembahan 'gig' Kami! Masa tu cerita Kami kat TV8 memang tengah meletup la. Dan saya adalah salah seorang yang suka sangat tengok cerita tu. Tapi takde lah sampai pergi ke 'gig' bagai..sebab takde geng.

Sambung balik cerita Izzue tadi. Diorang menetap dua-tiga hari jugaklah kat sana. Tapi duit dalam poket dah tak ade. Kata Izzue, dia nak mintak duit dekat mak dia tapi malu...so, sebagai solutionnya dia offer diri bekerja di kedai makan, pernah juga menjual burger etc. Kalau nak tahu lebih lanjut tengok SINI dan SINI!

To be truth, saya tak tahu pun watak Tengku Azlan dalam drama Cita & Cinta adalah orang yang sama yang memegang watak Haikal dalam Mimpi Cinderella. Padahal tengok cerita Cita & Cinta dulu baru cerita Mimpi Cinderella ni. Dan saya ingat dua orang yang berbeza. Teruk betulkan! Tapi seriously, muka dia tak sama ok. Btw, saya tengok drama Cita & Cinta tu disebabkan oleh Beto..tapi lama-kelamaan saya mula tertarik dengan Watak Tengku Azlan tu. Dalam hati saya terdetik, pandai belakon mamat ni. Muka pun boleh tahan. Tambah-tambah bila tengok intro Cita & Cinta tu...melting habis!


Tapi untuk watak Haikal respon saya berlainan sama sekali. Bukan sebab dia tak pandai berlakon tapi saya rasa dia pendek and muka bajet hensem! Boleh! Namun, pendapat saya terbukti salah sama sekali apabila Dayah [budak perempuan yang saya cerita dekat atas tadi tu] dapat bergambar dengan Izzue masa malam ABPBH dua tiga hari lepas. Kakak saya cakap Dayah ni tinggi, dan bila kakak saya tengok gambar yang Dayah tunjuk, nampak Izzue lagi tinggi pada dia. Jadi, faham-faham sendiri lah kan..

Penyelidikan saya tentang Izzue Islam juga membawa saya kepada kumpulan Forteen. Lagu diorang boleh tahan dan saya mula memberi perhatian pada mereka dan lagu-lagu mereka. Suara Ariz Lufias Not bad! Tapi saya tak adalah war-warkan sangat sebab saya ni bukannya remaja lagi nak fanatik bagai benda-benda macam ni. Nanti orang cakap tak sedor diri pulak kan hahaha!

Tapi apa-apa pun Izzue Islam memang the best lah! Setiap watak yang dibawanya tidak klise dan dia benar-benar menjiwai. Bukan nak puji lebih-lebih, tapi ini realitinya. Kalau tak percaya, sekarang pergi tengok drama-drama atau filem-filem lakonan dia...cepat! Haha :) Dan dia seorang yang mesra peminat. [saya tak pernah jumpa lah, tapi tengok kat youtube tu memang dia sangat friendly lah dengan peminat-peminat dia] Extra points di situ okay :)

Tak nak membebel panjang-panjang lagi, so kita layan video dan gambar-gambar Izzue Islam pulak yea! All photos are taken from google anyway!

Watak Tengku Azlan dalam Cita & Cinta

Watak Irshad dalam Aku Tak Percaya Cinta

Hensem

Forteen!

Adorable

Cute

Watak Merah dalam Bunga Merah Punya

Watak Suhaimi dalam Si Tudung Tweet

Watak Greng dalam Hantu Kapcai

Stylo

Watak Haikal dalam Mimpi Cinderella


Watak Razak dalam 29 Februari

Watak Firash dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia

See! You guys got what I mean? Different faces for different character..kan? Siap boleh potong-potong rambut n buat style macam-macam lagi. Tak banyak artis yang sanggup buat macam ni. Anyway, banyak lagi cerita lakonan Izzue macam Cik Paris Diva Kampung, Getaran Jiwa - Tribute to P. Ramlee dan macam-macam lagi...tapi tak berdaya nak letak semuanya kat sini.

Dan baru-baru ni dia telah berjaya menggondol Anugerah Pelakon Harapan Lelaki dalam FFM ke 25. Bravo!

Menang untuk Filem 29 Februari - tahniah Izzue!


Saya doakan dia akan berjaya dan berdiri sebaris dengan nama-nama hebat dalam industri seni. Stay humble! Insyaallah!



Promo drama Cita & Cinta:




Promo drama Bunga Merah Punya:




Promo drama Sebenarnya Saya Isteri Dia:





Nota tambahan:
Twitter & Instagram @izzueislam



LOVE YOU MUCH IZZUE ISLAM!



Nota kaki - Perasan yang part solo Izzue dalam lagu-lagu Forteen macam takde. Hopefully KRU bagi la Izzue nyanyi part solo banyak sikit lepas ni oke!





Thursday, November 1, 2012

Men feel sad too


"It is about a man who wants to act tough when he is breaking up, but actually becomes weak and wants to cry". 

This is one of the new songs from our Han Namja Kookie 7th album. This song portrays men’s true feelings. 

By the way, the full track album will be officially released today, hoho! Well, after almost 3 years finally we'll get to hear his new song...I'm looking forward to it, suke^^.

sweet smile - melting



Here are some of the photos from his album jacket - promotional photos of his 7th album. Credit to KJKGlobal for the photos :)



 so handsome^^






Wednesday, October 17, 2012

Shila Amzah akan bertemu Wang Lee Hom hujung tahun ni?


Salam semua^^

Hari ni saya nak bergosip sikit dengan kamu-kamu. Cerita apa?! Ala, cerita pasal Shila Amzah nak dipertemukan dengan penyanyi pujaan hati dia. Kalau kamu-kamu pernah menonton episod yang Shila nyanyikan lagu "Forever Love" tu, mesti kamu-kamu tahu yang Shila ni memang minat habis kat Wang Lee Hom. [Ehem-ehem, saya pun minat jugak sebab dia hensem - melting! haha]  Kalau yang tak pernah tengok tu, kamu-kamu boleh tengok kat SINI


Btw, Shila belum pernah bersua muka dengan Wang Lee Hom dan dia sangat menantikan saat untuk dipertemukan dengan penyanyi pujaan hatinya itu. Wah! Bestnya...siapa yang tak gembira kalau dapat bertemu dengan penyanyi pujaan hati kan kan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan. Sekiranya jadi, mungkin pada hujung tahun ni.

"Belum ada sebarang pengesahan dalam pertemuan saya dengan Lee Hom tetapi sudah ada rancangan untuk kami dipertemukan di sebuah konsert sempena sambutan tahun baru di Shanghai penghujung tahun ini. Saya diundang membuat persembahan di konsert tersebut dan mungkin ada rencana untuk kami berduet bersama. Semua itu masih di peringkat awal, tetapi yang pasti saya akan bertemu dengannya satu hari nanti,"jelasnya teruja.

Wang Lee Hom turut menyuarakan hasrat untuk mencipta lagu buat Shila. Hasrat tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Shila di China.

"Saya dimaklumkan secara lisan bahawa Lee Hom berminat untuk menulis sebuah lagu untuk saya dalam bahasa Mandarin selepas dia melihat saya menyanyikan lagu Forever Love ketika final Asian Wave yang lalu. Sungguh terharu dan bersyukur apabila seorang penyanyi bertaraf antarabangsa seperti Lee Hom menyuarakan hasratnya untuk mencipta lagu untuk saya. Daripada zaman sekolah lagi saya sudah meminati lagu-lagunya."

Tetiba saya yang tereksaited lebih-lebih. Tu baru Wang Lee Hom nak jumpa Shila, kalau Wang Lee Hom nak jumpa saya maunya pengsan lapan juta kali...last-last cancel sebab lama sangat menunggu kehkeh :)

Untuk membaca cerita penuh, sila lawati Murai.com yea kawan-kawan :)



Monday, September 24, 2012

Yuna tercalon di MTV Europe Music Award 2012


Hebat-hebat artis Malaysia ni sebenarnya. Banyak dah artis yang go internationally. Antaranya, Dato' Shake, Zee Avi, Mizz Nina,Yuna dan banyak lagi. Dan yang paling terbaru, Shila Amzah. By the way, saya bukan nak cerita pasal Shila tapi Yuna. Kalau Shila mengharumkan nama Malaysia di China, Yuna pulak di USA. Another asian pride! You go girls :)




Baru-baru ini Yuna telah tercalon untuk MTV Europe Music Award 2012 yang akan berlansung pada 11 November di Frankfurt, Jerman untuk kategori "Best Asian Act". Saingannya pulak bukan calang-calang orang, antaranya Super Junior, EXILE, Han Geng dan Jolin Tsai. Namun, Yuna tidak meletakkan harapan yang tinggi dan merasakan Super Junior akan memonopoli untuk kategori tersebut. Owh! She's so humble.

Sebelum ini Yuna juga telah beberapa kali di calonkan dalam anugerah bertaraf antarabangsa seperti 25th Nickelodeon Kids' Choice Award dan MTV Iggy's Best New Bands in the World. Sekarang ini Yuna sedang bergiat aktif di US dan seringkali diundang untuk membuat persembahan dalam rancangan-rancangan ternama seperti Conan O'brien's talk show, National Geographic Music, KINK.FM - Bings Lounge, What's Trending dan banyak lagi. Penyanyi Rihanna pon pernah memuji Yuna di twitternya: "Yuna is topnotch".

Anyway, vote untuk MTV EMA 2012 tu akan tamat pada 9 November ni. Kalau nak vote, sila klik website rasmi MTV EMA 2012 . So Malaysian, please vote for Yuna guys :) Saya sudah! Anda bila lagi?





Lately ni banyak pulak saya up entry tentang artis dan industri muzik kan. Tentang diri sendiri? Well, I don't feel like talking about myself at the moment. Hurm, tak banyak benda yang menarik nak disharekan pon kat sini.



Friday, September 21, 2012

Shila Amzah dinobatkan Juara dalam Asian Wave 2012


Congratulation Shila! You made us proud!

Shila telah berjaya merangkul Juara Asian Wave 2012 yang berlansung di China semalam. Antara finalist yang bertanding adalah dari China, South Korea, India, Thailand, Singapore and Malaysia. Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gemilang, Grenade and Zheng Fu. Dia menjadi peserta favourite dikalangan peminat-peminat.

Juara dipilih berdasarkan Markah Juri-juri dan undian dari fans. Kebanyakan komen juri-juri bagus-bagus belaka and kalau kritik pon, kritikan yang membina. Actually, saya tak paham sepatah pon tapi kat youtube tu banyak orang tolong translatekan, so akhirnya pahamlah jugak. Saya hanya faham bila the Indian Judges beri komen coz she comment in English - nampaknya kena belajar mandarin la lepas ni :)

Anyway, semua judges beri sepenuh komitmen dan tidak bias serta tidak racism. Mereka sepakat memilih Shila kerana kualiti adalah keutamaan mereka. Thanks Judges! [Minwoo pon pilih Shila- melting]

Dengan ini, kita berjaya membuktikan bahawa walaupon bertudung, kita tetap boleh melangkah jauh ke persada antarabangsa as long as we are talented. Malaysia boleh!! Wah, lepas ni bertambah-tambahlah peminat Shila dari Oversea. Tak Gitu? Anyway, kat bawah ni saya ada letakkan video-video nyanyian Shila ketika pertandingan berlansung. Enjoy people!



1st Song - Gemilang by Jaclyn Victor




2nd Song - Grenade by Bruno Mars



3rd Song -Zheng Fu by Na Ying



So, how? Good isn't it?





Tuesday, September 18, 2012

Asian Wave 2012: Shila Amzah pon ada, hebat!




Tahniah Shila! sebab berjaya melangkah ke final untuk program realiti Asian Wave 2012. Asian Wave tu apa?! Nak tahu lebih lanjut  pasal Asian Wave ni, meh klik kat sini.

Ha, dah tau dah kan. Ianya bukanlah sejenis makanan-laut-asia atau pon trend terbaru-rambut-gelombang ke apa ke tetapi program nyanyi-nyanyi. Ala, yang macam AF tu..tak pon Malaysian Idol...tapi yang ni tahap antarabangsa la kan.

Pertandingan ini melibatkan artis-artis baru atau berkumpulan daripada Asia, termasuklah Jepun, Korea, Singapore, India, Malaysia, Thailand dan region-region lain di Asia ni. Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang aje yang layak ke final termasuklah Shila! Pertandingan ni telah berlansung di Shanghai, dimana pusingan awal telah pun diadakan dari 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu.

Judges pulak terdiri daripada Japan’s ‘Bossa Nova Queen’ Lisa Ono, Korea’s pioneer boy band Shinhwa’s core member Lee Min-woo [hensemnye-melting-terus - sempat lagi tu], India’s ‘Big Sister’ of the popular music industry Anaida, Canto pop legend Alan Tam, Hong Kong’s leading recording artiste Hacken Lee and over twenty top music representatives from the region.

Pada pusingan pertama, Shila menyanyikan lagu “Set Fire to the Rain” dan pusingan kedua pulak, dia menyanyikan lagu feveretnya iaitu ” Forever Love” by Wong Lee Hom [minat gila katanya]. Anyway, suara dia memang meletop sampaikan ada juri bangun lepas dia habis nyanyi.

Memang power giler lah suara dia. Muka pon comel :) Tak percaya cuba tengok tiga video kat bawah ni. Dua Shila nyanyi, satu lagi video nyanyian Liu Wan Ying, menyanyi untuk program yang sama. Ni pon bagus sebab berani nyanyi lagu melayu. Mari-mari:

Set Fire to The Rain - Shila Amzah


Forever Love - Shila Amzah



Bukan Cinta Biasa - Liu Wan Ying


Final Asian Wave 2012 ni akan berlansung pada 20 September ni. Apalagi, jom la pakat tengok ramai-ramai walaupon di Youtube sahaja mungkin. [tapikan, rancangan ni tak ada subtitle malay or english, so susah ler nak paham sikit]

Well, sampai sini dulu yea. If saya rajin,saya upload full video...tapi tu "if kalau saya rajin" lah kan...Oklah, gudnite ^^


Saturday, September 1, 2012

Happy 17th Anniversary Sparta Kookie^^


Hi semua^^
Ada banyak masa hari ni, so berfacebooking, berblogwalking dan juga terasa rajin pulak nak update entry kat blog ni. Anyway, today is the 17th Anniversary since Kim Jong Kook's debut. I just want to share the article that wrote by him in 2009.

 
 
Source: KJKGlobal 
Original article: click here
Translated by jklove_07@soompi

"Such a fast generation change, but young idol stars are pleasing" - Kim Jong Kook/Singer

It seems like a happy memory getting the warm feeling from collecting my favorite artist's albums. But now the value of an album is gradually falling due to the rapid growth of digital music market. This is the unfortunate reality. An album filled with clear and delicate music is slowly disappearing and songs are being reached to the public ears by servers that are full of music files. This is the reality of today's popular music market.

As a singer, I want to let the fans know how precious an album where many musicians worked on together is. But the reality is that there are increase in expectations of a perfect content of music and in comparison to this, the value of an album is falling.

Working as a member of a dance group 'Turbo' and becoming a solo singer later on, I have been successful growing as a ballad singer with 'Han Namja' being loved by people through the internet. Changes in digital environment brings a scary rate change. I have also received a lot of help on the internet but catching up on the world at this speed is pretty hard. I am worried.

It is pretty certain, that being a singer, you want to include as many style/genres of songs as you can in an album. But for now, it is concerning what would be acceptable to adapt into such a fast-changing market environment. So now, my mind cannot find peace.

TV programs that could deliver music have decreased and the flow of trend have become very fast. How to effectively deliver music to people's ears is always the problem that revolves around my head these days.

The generation change in music industry is fast. I feel distressed not seeing hyungs (older brothers) that I've been on stage with. The ones who filled their spaces are; young idol stars. Being on TV programs and stages together with them, their greatness was the first thing that came into my mind.

Different to past idol groups, today's idol stars are producing music that can be agreed by not just teenagers, but people in 20s and 30s. I admire how they could endure many problems and all the hard trainings before their debut. I hope the activities of the old singers and idol groups harmonize well and I also hope to have an environment that balances both digital music market and offline album market well together.

And in those environment, I want to keep making music that many people will remember with their own memories. That is the reason why I live as a popular music singer.

입력 : 2009.02.09 19:37 / 수정 : 2009.02.11 00:46

There are two more articles wrote by him. Maybe will share it later. So bye for now :)



Monday, January 11, 2010

::saye mau panggil ini, malam lagu2 berhantu::


Rajin plak saye menghupdate2 blog kesayangan saye ni kan...nampak sangat mase free saye berlebih-lebihan~

Anyway, AJL ke 24 smalam sangat hebat! Pengacara (Cheryl + Ally + Faizal FBI) memang meletop habis. Saye sangat suke yang amat :)


semue finalist pon hebat2 belaka
1. Misha Omar - Cinta Adam Dan Hawa
2. Hafiz - Masih Jelas
3. Akim - Bengang
4. Stacy - Pakai Buang
5. Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang
6. Black - Aku Rindu Sayang Kamu
7. Faizal Tahir - Bencinta
8. Aizat - Kau Aku & Pergi
9. Hujan - Aku Scandal
10. Bunkface - Situasi
11. Estrange - Aurora
12. Tomok - Rindu Terhenti
13. Yuna - Dan Sebenarnya


Paling saye kagum pade kesungguhan Faizal Tahir...sakit2 pon die mampu meraih tempat ketiga oke. Hope, die akan cepat sembuh~

Dan, tahniah pade Aizat sebab due2 lagu die memang meletop. Teruja giler dengar lagu kat bawah ni :)





Tuesday, November 18, 2008

::harap ini entry terakhir buat kamo::


Haiisshh!

tadi sambut birthday kelly kat TGI Friday subang parade..
walaupun biasa2 tapi meriah...
kelly kena buli,
pekerja2 TGI paksa dia nyanyi,hahahahah...

tiba-tiba mood aku agak hilang,
dah lah perut meragam
and sengal-sengal gigi masih terasa...

aku pandang pekerja2 TGI tu,
berbaju merah dan memakai cap..
memang itu uniform mereka tapi...
ia mengingatkan aku pada 'dia'
kerana photo terakhir yang aku lihat...
'dia' memakai baju merah dan memakai cap...

agak sedih...
memang sekarang aku sedang cuba melupakan,
namun bukan boleh sehari dua...
kena perlahan-lahan...
rosmawar,
pasti boleh!


::agnes monica~matahariku::

Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Reff:*
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh terhening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to Reff:*

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku

Back to Reff:**



Friday, November 7, 2008

::let the music heal your soul I::

don't speak~no doubt

You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend

I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

Our memories
Well, they can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening
As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

It's all ending
I gotta stop pretending who we are...
You and me I can see us dying...are we?

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)

Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Don't tell me cause it hurts!
I know what you're saying
So please stop explaining

Don't speak,
don't speak,
don't speak,
oh I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good,
I know you're good,
I know you're real good
Oh, la la la la la la La la la la la la

Don't, Don't, uh-huh
Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts

Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...