Pages

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

464. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Maggi Ala Mee Kari!






Ha! Terliur ke idok tengok gambar kat atas ni? Saya gerenti la semua orang pon pandai buat Maggie Mee Curry ni kan. Resepi yang simple.


Bahan-bahan:
1. Maggi perisa Kari
2. Santan (Saya guna santan paket jer)
3. Telur
4. Udang
5. Sayur Kacang Panjang
6. Tauhu / Fish ball
7. Cili Flakes (yang ni saya beli yang dah dicampurkan dengan udang kering)
8. Bawang besar
9. Limau nipis / Cili besar


Cara-cara memasak:
- Potong bawang besar, sayur kacang panjang, tauhu, fish ball dan cili besar mengikut citarasa anda.
- Kemudian ketepikan semua bahan-bahan tadi.
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk / kuali dan tumis bawang sehingga wangi.
- Masukkan air mengikut kesesuaian maggie. (kalau korang guna banyak paket, air pon kenalah banyak yea)
- Masukkan perencah Maggi Kari, sedikit cili flakes, santan, udang, tauhu dan fish cake.
- Tunggu sehingga mendidih. 
- Kemudian masukkan maggie dan sayur kacang panjang dan sedia untuk dihidangkan.
- Tips: Maggi dan kacang panjang jangan di biarkan lama di atas api untuk mengelakkan maggie menjadi terlalu kembang dan sayur kacang panjang menjadi lecur.
- Telur direbus berasingan dan di potong dua.
- Akhir sekali hiaskan Maggi Ala Mee Kari dengan hirisan limau, telur dan cili besar yang telah di potong tadi.





Mudahkan! Tak sampai 10 minit pon nak menyediakan resepi ni. Sebenarnya tak kisah pon korang nak letak apa-apa bahan tambahan lain seperti taugeh, bunga kantan, daun sup etc. Terpulang pada citarasa korang nak menyedapkan lagi rasa Maggi Ala Mee Kari korang tu. Yang penting, semua bahan-bahan tu kita main campak-campak jer kat dalam. Senangkan! Selamat mencuba :)









Tuesday, October 8, 2013

Resipi Mudah Ala Cik Bunga: Banana Cheese Pancake with Nuttela Base


Hi all,

Lama tak conteng-conteng kat sini kan..ada yang rindu saya? *perasan*

Ok! Hari ni saya rasa nak share resipi mudah dengan kamu-kamu. Cepat sediakan pen dan kertas ok :)


Banana Cheese Pancake with Nuttela base 


Bahan-bahan:
Tortilla
Pisang / Banana
Nuttela
Shreded Cheese
Chocolate Syrup *tambahan*


Cara-cara:
1) Sediakan tortilla [saya beli dekat Giant je ni]
2) Sapu Nuttela rata-rata di atas tortilla tadi sebagai base.
3) Susunkan potongan pisang yang dihiris nipis-nipis [tak kisah nak letak banyak atau sikit, terpulang kepada citarasa masing-masing]
4) Taburkan cheese di atas tortilla yang berisi Nuttela dan pisang tadi [tabur biar sekata yea, barulah cantik tertarik kau memang debom haha]
5) Curahkan sedikit chocolate syrup di atas pancake [kalau rasa tak nak letak pon tak menjadi masalah]
6) Panaskan/bakar di atas kuali leper dengan suhu api yang perlahan untuk mengelakkan tortilla kita hangus [tapi kalau ada microwave lagi senang kerja kita]
7) Tutupkan permukaan kuali tadi supaya pancake dapat dipanaskan secara sekata
8) Apa lagi tunggu...makannlahhh!! Makan panas-panas lagi sedap ok :)



Selamat mencuba resipi yang mudah dan jimat masa ni yea :)


Sekian dari saya..Bai!




Sunday, April 28, 2013

Ke mana menghilang...

 
 
Nafsuku,
Dulu adalah memerah otak bagi meraih bait kata terbaik yang akan diabadikan dalam bentuk yang lebih konkrit.
Lebih tepat maknanya, penulisan!
 
Tapi,
Entah ke mana hilangnya nafsu menulisku sekarang!
Sudah tidak bernafsukah aku pada setiap bait kata-kata yang meluncur dari otak pengembara tak bertepian aku.
Lebih mudah maksudku, berimaginasi tanpa batasan!
 
Namun,
Sebagai galang-gantinya, nafsu membaca yang aku cuba kerahkan sedaya mahu..
Yakinku, membaca juga boleh membawa aku melangkaui batas-batas yang tidak terjangkau!
Jadi, mari membaca dan meneroka sementara menunggu nafsu menulis menjengah minda.
Walau entah bila!
 
Biarkan begitu!
Setidaknya, otak aku masih boleh berfikir jauh melangkaui sempadan masa dan daerah-daerah nun yang jauh di sana. Bertemu mereka-mereka yang diperkenalkan melalui seseorang yang aku gelarkan penulis!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...