Pages

Tuesday, July 19, 2011

::belahan jiwa remaja::





Akhirnya drama JUVANA dah tamat! Yeay!
[entry dah tulis lama tapi terbuat pekasam sebab takde masa]







dannnnnnnnnnnn...

.......saya amatlah berpuas hati dengan ending ceritanya. Nak bagi sepuluh bintanglah. ke nak bagi sepuluh ciuman (pikir jap) :)


Saya suka sangat drama ni! Sebab musababnya adalah (tetiba terkeluar ayat skema la pulak kan) drama ni lain dari yang lain kan kan? Jarang ada drama yang menekankan kepada sekumpulan pelakon atau watak. Dan pada saya ceritanya diolah dan digarap dengan baik. Isu utama adalah mengenai pelajar2 bermasalah yang cuba dipulihkan. Remaja. Gangsterism.


Drama ni ada dia punya main character tapi watak2 lain pon penting jugak. Senang cerita, fokus utama dia adalah semua orang. Ramai. Dan CINTA bukanlah tema utama cerita ni. Setiap pelakon dapat menghidupkan watak dengan jayanya.


Bagi yang ikuti cerita ni, mesti korang tau nama2 macam Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang, Encik Raja, Kedah, Cikgu Zakiah dan banyak lagi lah. Kalau korang nak tau, dalam ramai2 tu saya tertarik dengan watak botak [orangnya pon boleh tahan jugak hikhik]. Saya suka dia sebab dia sebenarnya baik tapi memberontak. So, bagi saya takde lah jahat sangat, cuma nakal2 je..



Pendek kata tak klise la kan...



antara babak dalam drama ni.




Selalunya cerita2 camni, orang jepun je yang selalu buat. Contohnya macam cerita Hanakimi/ Hanazakari no Kimitachi e. Cerita My Boss My Hero dan sebagainya (tetiba terkeluar ayat skema lagi)



Hanazakari no Kimitachi e



My Boss My Hero




Banyak lagi sebenarnya cerita2 Jepun yang bertemakan macam ni tapi takkan nak suruh saya senaraikan semuanya kot kan..tak terdaya nak menyenaraikan kesemuanya.Well, kalau ada cerita2 Jepun or Korea yang korang rasa best dan patut ditonton, kamu2 amatlah dialu-alukan untuk mensuggestkan cerita2 tu kat saya...nanti boleh lah saya layan lagi oke. suke2!


Antara semua, dua cerita ni je lah yang saya senaraikan sebab dua2 buat saya gelak guling2 [biasalah! adaptasi daripada komik...so mestilah tak masuk akal]


Tapi...If you all jenis yang serius and setiap perkara mesti ada logiknya, saya nasihatkan baik korang tak payah tengok. Nak tengok pon saya tak kisah la kan, kot2 la nanti you all you all yang sentiasa serius ni boleh bertukar jadi tak-berapa-nak-serius-sangat. Manalah tau kan. Sometimes kita tak boleh nak serius sangat. Life is to short to be wasted.


Alamak! Dah termembebel panjang berjela la pulak. Berbalik kepada cerita JUVANA tadi. Kesimpulan untuk drama ni, tak semua orang dilahirkan untuk menjadi jahat. Dan rasanya, setiap orang adalah sama taraf semasa dilahirkan [baby kan innocent, tak percaya pergi pandang muka baby2 sekarang]. Yang membezakan akhlaknya di masa akan datang adalah cara dia dibesarkan, pengaruh persekitaran dan pembawakan diri sendiri.


Setiap perbuatan, setiap kelakuan, pasti ada kejadian atau musibah disebaliknya. Hanya orang yang mengalaminya sahaja dapat merasakan. Tak akan ada orang jahat yang memang hidupnya bertujuan untuk menjadi jahat [eyh! ada kah?].


Mereka terdorong kearah kejahatan mungkin disebabkan kurangnya pedoman hidup, ingin memberontak, salah didikkan, rasa dipinggirkan, kurang kasih sayang atau pengaruh rakan sebaya. Tak payah nak tengok jauh2. Tengok je sekeliling kita. Adik2 kita. Jiran2 kita. Atau mungkin diri kita sendiri.


Satu je pesanan saya. Dalam banyak2 hal, yang paling penting jangan cuba melibatkan diri dengan dadah. Sebab kalau dah terjebak memang susahlah nak patah balik. Kalau kesalahan lain tu masih ada ruang untuk kembali. Banyak yang saya perhatikan, sekali terlibat, musnah semua. Mamat2 kat kampung saya contohnya, asyik keluar masuk keluar masuk pusat pemulihan. Ditangkap. Dilepaskan. Lepas tu ditangkap semula....dan seterusnya. Sedihkan!


Kebiasaannya masyarakat waima kita2 sekalipon kadang2 terdetik jugak jijik dihati, terlepas juga pandangan hina tak sudi pada orang-orang macam ni. Kejam kan kita? Belum tau hujung pangkal cerita, sudah berani membuat konklusi sendiri. Tapi apakan daya, inilah hakikat hidup.


* all pic taken from google


*thanks kepada yang sudi jengok blog saya ni...this week tersangatlah bz so xdapat nak blogwalking sangat. Xpe2, nanti saya jengah rumah2 anda pulak yea...I'll try my best!



Sunday, July 17, 2011

::Persahabatan. Cinta. Kepercayaan. Kejujuran::

korang ada tengok drama ANISSA tak? ala yang dok tayang kat TV3 dalam slot Samarinda tu. Mula2 saya pon malas nak layan tapi bila dah tengok...hambik kau! sekali melekat. Well, to tell you guys the truth, saya memang suka tengok drama. tak kisah la drama apa pon semua saya layan [terasa macam dah makcik makcik la pulak]. tapi sekarang ni dah agak terbatas sikit la sebab terlalu komited dengan kerjaya. ceh! padahal, terpaksa bekerja demi sesuap nasik kan...

oke. oke. berbalik kepada ANISSA. cerita dia kalau tak silap sayalah kan berkisarkan tentang persahabatan. cinta. kepercayaan. kejujuran. 4 org wanita bekerjaya menjadi rakan kongsi [pelakon utama dalan cerita ni hebat2 jugaklah: Fiza Elite as Anna, Rozita Che Wan as Balkis, Faradiya as Shila, Aida Aris as Sara & Zamarul Hisyam as Farid]



Anna ni masalah dia ialah dia tak boleh bagi zuriat dekat suami dia dan dia mengesyaki yang suami dia dah berkahwin lain. Balkis pulak, kahwin dengan suami Anna dalam diam padahal dialah kawan yang paling Anna sayang dan percaya. Shila ni okela, tapi dia tak boleh nampak duit. gelap mata. habis duit syarikat dia songlap. Sara pulak, pendiam. dia ada penyakit dan hampir mati tapi kawan2 dia ni semua tak tau pasal tu. So dia decide nak bawa diri jauh2 sampai lah dia mati. Bila si Sara ni nak bawa diri and nak quit dari job dia, Anna rasa curiga. Dia mengesyaki yang si Sara ni lah madu dia.

so far, saya suka tengok cerita ni sebab dia macam real life kita hari2. benda yang ditekan kan kadang2 tu nampak simple tapi in real life memang kita pernah buat and kita selalu buat. Dialog dia pon nampak bersahaja. tak percaya korang tengok la sendiri. tapi cerita ni mcm dah nak abes je la....

masa awal2 tengok, saya dan kengkawan sentiasa rasa nak emo...tapi bila tengok episod minggu lepas tetiba terasa sedih la pulak. tak pernah terpikir pon suami dia akan mati. sedih tau. yelah, cerita or drama2 kan selalunya klise. kalau suami curang mestilah dia dpt tau dulu...and bagi dulu pembalasan kat suami dia ke or apa-apa lah. Ini tak. tapi bagus jugak macam tu. bila kita tak jangkakan sesuatu itu akan berlaku, pasti kesannya akan lebih besar dan mendalam kepada kita. Things would be great, when we least expect it. betol tak? Well, bergenang jugak la air mata ni. nasib baik tak nanges. kalau tidak kantoi ngan kengkawan.

kalau saya nak tengok cerita sedih, saya lebih prefer tengok sensorang sebab kalau nak nanges keluar air mata darah sekalipon orang lain tak akan tau. malu gila kalau orang dapat tangkap tengah nanges sebab tengok cerita yang dah memang sah2 bukan cerita betol.

saya pernah terkantoi nanges 2 kali [ni yang besar punya la. yang kecik2 tak tau la dah berapa kali kantoi kan] satu kantoi dengan opah [panggilan untuk one of my friends masa zaman diploma dulu]. masa tu tengok Korean movie berdua je dengan Opah. tajuk movie: WINDSTRUCK. seingat saya opah dah tengok dulu dah cerita tu and dia ckp cerita tu sedih. So, saya ingatkan cerita tu sedih biasa2 aje. ala, sedih yang kita boleh kontrol. bila mata berair, cepat2 lap dengan hujung lengan baju. tak pon pandang tempat lain dulu bagi air mata yang bergenang tu kering kena angin.

tapi, sangkaan saya meleset. saya nanges tak ingat dunia. dan sebab malu punya pasal, masa nak start nanges tu sempat lagi saya cakap kat Opah sedihnya cerita ni, rasa macam nak nanges la pulak, lepas tu terus nanges teresak2 sampai mata merah. Opah pon jadi terkejut tengok. yelah, masa zaman diploma dulu semua cakap saya ni hati kering. macam takde perasaan.

second time, masa pegi tengok wayang cerita SEPI dengan Kak Eida, Nu'ui, Karen, Nona & Kelly. Karen dah cakap cerita tu sedih. Tapi macam cerita kat atas tadi la, ingatkan sedih sikit2 je. sekali kau! tersedu-sedan aku menanges! sampai keluar wayang pon dok nanges teresak2 lagi. terpaksalah kawan2 saya tu dok cover2 supaya orang yang lalu lalang tak nampak. diorang siap peluk saya bagai sebab nak pujuk suruh berhenti nanges. dah macam org yang kena tinggal dengan boifren pon ada.

kalau dikenang-kenangkan balik, memang malu gila tahap gaban time tu. tapi itulah saya. saya memang cengeng. cerita tipu2 pon boleh tertipu nak nanges2. adoiiii! tapi itu jugalah yang membuatkan saya tersenyum :)


*segala yang terjadi tak akan pernah dapat diulang sekali lagi...

::Segmen Kenal Blogger Sampai Juling::

tengah-tengah blogwalking tadi, tetiba ternampak entry cik najihah ni.
hurm, terus jadi berminat [adoii! terpengaruh ngan si dieya la ni]
harap-harap la dapat tambah kenalan :)

So, this is my first time nak join segmen yang bloger lain buat.
[tetiba terasa berdebar-debar la pulak ]



NAMA PEMES: cik bunga mawar
TEMPAT KEJE: AIA Shared Services, Cyberjaya
KATA-KATA UNTUK Cik Najihah: Thanks cik najihah sebab buat segmen macam ni.sangat berguna pada bloger tak berapa nak pemes mcm saya ni...well, harap dapat kenal bloger-bloger lain.



..THANK YOU VERY MUCH..

Tuesday, June 21, 2011

::sudah JATUH, diTIMPA tangga::

disaat WAKTU terhenti
kosong...
disaat DIRI sendiri
bolong...
disaat HATI ternanti
lohong...

Ku pandang ke KANAN, tiada apa-apa...
Ku pandang ke KIRI, juga tiada apa-apa...
Lantas ku toleh ke DEPAN penuh berharap, masih tiada apa-apa...
Lalu ku toleh pula ke BELAKANG, tetap utuh dengan harapan walau sudah bersisa...
Hampa, kerna jawapan yang ada masih juga tetap sama...

Disetiap penjurunya yang ada hanya sepi...

Aku redha.

Empati menggunung membuahkan faham
Faham tentang ertikata;
Setiap manusia pasti punya kesulitan tersendiri,
Sejajar dengan kemampuan dirinya.
Cumanya dalam faham, kadangkala masih juga tetap terdetik...

Itu biasa! biasalah!
Lumrah manusia seperti kita!
Terlalu jauh dari sempurna!

Apa yang penting, dalam minda harus ada ini.
Setiap ujian mendatang, ada maknanya.
Setiap kesusahan yang datang, ada tandanya.
Itu semua, tandanya DIA sayangkan kita...

Bertabahlah. Bertabahlah.
Mungkin ini masih bukan apa-apa.
Mungkin ada yang lebih besar dari ini sedang menuju kemari
Atau mungkin juga, sudah ada sang pelangi yang sedang menanti
Siapa tahu kan?

Yang pasti, itu semua kerja TUHAN.
KITA, hanya mampu merancang,
Namun segalanya pasti berbalik kepada DIA.

Kuatlah. Kuatlah.
Bak kata pepatah;
Alah bisa, tegar biasa


Adios.
Perlu masa untuk diri sendiri.





Saturday, May 14, 2011

::entry nak memperkenalkan bakal kekasih hati::


F.I.N.A.L.L.Y....
....I have to admitt it
I'm in L.O.V.E.

ehem-ehem!
(cuba memperbetulkan intonasi suara sambil buat muka malu2 kuceng. padahal semua kuceng yang saye jumpa macam tak pernah tau erti malu je kan. lepas tu pipi blushing tahap dewa, tak payah susah2 nak tempek blusher banyak2 lagi)


well, tetiba terasa nervous plak.
gedik!


err..err... comel tak mamat kat bawah ni.

nak tau nama dia? nama dia kan Shahredza Minhat a.k.a si gigi besi
nampaknya lelaki ini telah berjaya mengkucar-kacirkan hidup saye sebab asek dok ingat2 je kat dia. (macam kejam la pulak guna ayat kucar-kacir tu kan. oke tukar.)
lelaki ini telah berjaya membuatkan saya angau siang dan malam.

SAYANG,
Luv you soo muchh!

*pipi blushing lagi


oke. enough with all that. saya nak buat satu lagi pengakuan ni.
.SANGAT PENTING.
lagi penting dari yang tadi

dup! dap!

dup! dap!


jeng! jeng! jeng!



...sebenarnya kan...
saya T.I.P.U. je.
HAHAHA

walaupon saye suka dia, belom tentu lagi dia akan suka saya.
dia kan retis bak kata cik epal

tapi kalau dia suka saye.. umpama, pucuk dicita ulam mendatang
redha kihkihkih

(feeling: cube menerima kenyataan)


well, ada ke sesiapa yang hampir2 terpercaya dengan cerita dongeng saye tadi? kalau ada baik ngaku cepat, hahaha

*tak sempat ngaku sebab semua tengah muntah hijau sekarang kan kan.

sebenarnya mamat ni belakon dalam cerita "Pisau Cukur". Bila tengok je cerita ni terus hati jadik cair. comel sunggoh si Faqir ni. bikin hati saye tertambat aje. dalam cerita ni watak fazura pon comel walupon gedik2 hehehe...



*semua gambar dicuri dr encik google..terima kasih atas gambar yang cantik2 :)
*entry gila berbaur psychosis sebab tengok semua kengkawan dah nak kawen@dah kawen@dah ada anak
*masih belom desprate...itu yang penting.

Life is to short to be wasted, so lets enjoy life to the fullest
gambatte ne :)

Saturday, May 7, 2011

::ini mak saya::



Special dedicated to my mum,
.DAHARAH AWANG.



walaupon mak tak secantik Rozita Che Wan,
..tapi mak tetap cantik dihati saya.

walaupon mak tak sepandai Tun Dr. Siti Hasmah,
..tapi mak tetap pandai dihati saya.
walaupon mak tak sekaya Datin Rosmah Mansor,
..tapi mak tetap kaya dihati saya.

saya tau...
saya bukanlah anak yang terbaik untuk mak...

saya selalu melawan cakap mak,
saya selalu sakitkan hati mak,
saya selalu lukakan hati mak,
saya selalu buat mak susah hati,
saya selalu endah tak endah bila mak membebel,

tapi saya nak mak tau...

betapa seringnya saya melawan mak,
betapa seringnya saya sakitkan hati mak,
betapa seringnya saya lukakan hati mak,
betapa seringnya saya susahkan hati mak,
betapa seringnya saya endah tak endah bila mak membebel,

jauh disudut hati saya ini,
saya sangat menyayangi mak.
seluruh hidup ini tidak dapat terbandingkan dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh mak.
terima kasih mak...

SELAMAT HARI IBU,
mak




dedicated from your lovely daughter,
.ROSMAWAR ABDUL MANAF.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...