Pages

Sunday, October 14, 2012

Bizarre R.E.D


Dulu, saya penggemar hijau...sekarang penggemar merah! Semua pon nak kaler merah....tapi hijau tetap tak pernah lupa^^

My new laptop. Sebab tu sekarang dah selalu online^^ Laptop lama dah tinggal sejarah selepas 7 tahun berkhidmat [Silver color - Hyundai]. Tetap ada dalam simpanan, Sayang!



 Dinner Office tahun lepas. Tema Glitz&Glam. Tahun ni tak pergi sebab takde mood nak bersosial. Sejak dua menjak ni, memang jarang bersosial dengan orang [kecuali orang-orang kat opis la].



Orang lain semua dah pakai smartphone...saya je yang masih setia dengan yang ini [ada Sentimental Value!] Bulan ni genap dah 2 tahun dia dengan saya^^



*Tu jelah nak cerita, bye!



Saturday, October 13, 2012

Resepi mudah: Omelette Cik Bunga!


Happy Saturday guys! 

Lapar tak? Dah makan pon lapar lagikan. Kalau lapar, meh sini...saya nak share satu resepi simple yet delicious. Memang sesuailah untuk kita-kita yang bujang-bujang ni. Nak tahu? Jom!

1st time - terlebih inti, so susah nak gulung!


 2nd time - barulah nampak rupa sebenar!


Bahan-bahan A [Base]:
2-3 Telur
1/6 Bawang besar yang diracik halus
Sedikit Garam / Penambah Perisa

Bahan-bahan B [Inti]:
Sedikit daging Cincang
Cheese / Keju [tak payah susah nak beli yang parut, beli je cheese yg kita makan ngan roti tu]
1/6 Capsicum / Cili Benggala dipotong dadu [saya suka mix warna, baru nampak meriah uolss]
1/6 Bawang besar yang dipotong dadu
Sedikit Garam / Penambah Perisa


Cara-cara membuatnya:
Tumis bawang besar dan cili benggala bersama-sama dengan daging cincang. Kemudian masukkan sedikit garam dan penambah perisa secukup rasa. Kalu nak letak blackpaper pon boleh,ikut suka anda. Apabila dah siap, ketepikan seketika.

Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati bersama sedikit garam dan penambah perisa. Kemudian masukkan bawang besar yang diracik halus tadi. Sediakan kuali leper [kalau ada] dengan kuantiti minyak yang sedikit, dan panaskan. Untuk kuali yang memang tak akan melekat tu, tak nak guna minyak lansung pon boleh. Goreng telur seperti biasa.

Apabila telur dadar kita tadi sudah separuh masak, letakkan cheese di atasnya. Kemudian letakkan pulak bahan-banhan B yang digoreng sebentar tadi. Akhir sekali, gulung/lipat telur tersebut dan sedia untuk dihidang!


*Bahan-bahan B tu optional. Tak kisah nak guna apa-apa pon. Kalau nak buat omelette sausage rasa blackpaper pon boleh. Pendek kata, mengikut kreativiti masing-masing lah, ok :)



Senangkan? Selamat mencuba :)




The Generosity of Kim Jong Kook




Original Source: HERE [Without translation]

"His manager, Son Hyung Min who has been Kim Jong Kook's manager since 2001 is getting married on the 14th. Kim Jong Kook is extremely happy for his manager and is showing his friendship by paying for all their wedding costs and buying them a car. Kim Jong Kook is going to sing at their wedding." Source form KJKGlobal/blog

----------------------------------------------------------

"One person is talking about KJK wedding rumor: people were talking about KJK getting married. This person thinks, this rumor started because KJK has been helping his manager get a wedding hall and plan the wedding" Source from one of KJKGlobal post.



So generouskan?

Hopefully, KJK pon akan bertemu dengan cinta hati dia cepat-cepat. Yelah, dia asik meraikan wedding orang lain je kan...wedding dia bila lagi? Umur tu pun dah meningkat...susah-susah sangat, pergi jelah meminang si cantik manis YEH tu. Tunggu lama-lama nanti kang melepas :)


 Yoon Eun Hye - digosipkan dengan KJK bermula dari rancangan X-Man [2003] lagi sehinggalah sekarang. BTW, Sampai sekarang ni tak tahu status. Dua-dua macam suka sama suka tapi tak nak mengaku tentang perasaan masing-masing.



Out of sudden: terlintas di fikiran, apalah hadiah yang Haha akan dapat nanti dari Hyung-nim dia ni....




Friday, October 12, 2012

Resepi mudah: Nasik Lemak Sambal ikan


Minggu lepas balik kampung..tetiba terasa macam nak masak something untuk family [Ok, lately ni macam terlebih-lebih rajinlah pulak dalam bab masak-memasak ni]. Dan seperti biasalah...resepi yang saya cuba haruslah yang simple-simple dan tak perlu memerah otak dan keringat yang banyak.

Btw, resepi ni untuk mereka-mereka yang baru sahaja nak belajar memasak yea! Sebab yang dah Tip-Top tu, for sure dah khatam 4 juta kali nak buat benda alah ni. Kan..kan? So, kali ni saya nak share cara-cara untuk membuat nasik lemak yang simple. Jom!

Nasik Lemak Sambal Tumis Ikan


Bahan-bahan A [Nasik]:
Beras
Kelapa parut - ambil santannya sahaja [Santan kotak pon ok tapi yang pure punya lagi sedap]
Daun pandan yang disimpul
Bawang merah yang dimayam [optional]
Halia dipotong halus [optional]

Bahan-bahan B [Sambal tumis ikan]:
Cili kering
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar [dipotong bulat]
Ikan Sardin / Kembung dipotong tiga bahagian [sebenarnya apa-apa ikan pon boleh.]
Garam / Gula / Penambah perisa
Asam keping / Asam jawa
Air

Bahan-bahan C [sampingan]:
Kacang tanah
Ikan bilis
Telur
Timun

Cara-cara membuatnya:
Bahan-bahan A: Basuh beras sehingga bersih dan setelah diyakini bersih, masukkan santan yang diperah tadi. [Sukatannya macam kita masak nasik biasa - air tu digantikan dengan santan]. Kemudian, masuk daun pandan, bawang merah yang dimayam tadi dan juga potongan halia. Sedia untuk masak.

Bahan-bahan B: Cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan diblender sehingga hancur [jangan lupa masukkan sedikit air ye. Karang tak pasal-pasal blender tu rosak]. Panaskan kuali, dan masukkan minyak mengikut kesesuaian. Bahan-bahan yang diblender tadi ditumis [tunggu sehingga pecah minyak]. Masukkan asam keping/air asam jawa . Kemudian, masukkan pula garam, gula, penambah perisa secukup rasa. Bila rasa sambal tu dah sebati dan rasa enak, masukkan potongan ikan [seelok-eloknya ikan tu digoreng dahulu] dan juga bawang besar yang di hiris bulat. Tunggu sehingga kuah mendidih.

Bahan-bahan C: Rebus telur dan bila dah masak toskannya dan boleh dipotong dua ataupon empat mengikut citarasa anda. Goreng ikan bilis & kacang sehingga garing. Timun pula di potong nipis-nipis.

Tada! Siap, dah boleh makan. Selamat mencuba yea kawan-kawan :)





Thursday, October 11, 2012

The reason behind my name: Rosmawar!


 
Dulu-dulu [masa kecik-kecik]...kalau orang tanya, nama awak siapa? Mesti saya lambat-lambat je nak bukak mulut. Lepas tu, nada suara pun akan guna volume yang terpaling rendah. Sebab apa? Sebabnya malu! Selalunya bila dah bagitau nama, mesti akan ada soalan-soalan susulan. Antaranya macam contoh-contoh kat bawah ni:

a) Ros dengan Mawar tu tak sama ke?
b) Mak awak mesti suka bunga kan? Sebab tu nama awak berbunga-bunga.
c) Kakak dengan adik-adik awak pon guna nama bunga jugak ke? Rosmelur? Roskekwa? Roscempaka?
d) Wah! melayu campur english...macam mana boleh terpikir nama tu?
e) Dan banyak lagi la [malas pulak nak senaraikan satu-persatu. Ok! Memang dasar pemalas]

Namun, sejak dah besar-panjang ni, saya makin suka pulak dengan nama tu. Saya rasa nama saya unik. Satu dalam seribu mungkin [walaupon tuan dia xdaklah satu dalam seribu sangat kan kan]. Tambah-tambah pulak bila ada selebriti yang namanya lebih kurang macam nama saya. Siapa? Kenal tak dengan Hunny Madu [walaupon itu hanyalah nama stage semata-mata, tapi saya tetap nak like hehe]  Oke, tetiba melalut kelain.

Berbalik kepada tajuk tadi: The reason behind my name. Seolah-olahnya cenderung kearah soalan (b). Kenapa saya cakap macam tu? Tengok jelah gambar-gambar kat bawah ni. Ni semua hasil tanaman mak/ayah saya di sekitar kawasan rumah. Tapi tu baru 30 percent je dari keseluruhan. Ada banyak lagi! Malas pulak nak letak banyak-banyak.

Kat bawah ni antara bunga-bunga yang mak saya tanam. Banyak! Antaranya Mawar, Daisy, Orchid, Bougainvillea, Bunga Kembang Pagi, Chrysanthemum etc.



















Ni pulak antara ulam-ulaman & sayur-sayuran yang mak ayah saya tanam. Ada cili, terung, betik, pegaga, ulam raja, pokok tebu dan banyak lagi.








So, bayangkanlah bertapa tenangnya rumah saya dipenuhi flora dan kehijauan alam. Dah macam tempat semaian bunga dah kalau sekali tengok, haha. Semua gambar-gambar ni saya curik dari fb kakak saya sebab dia rajin mensnap-snap dan buat koleksi kat sana. Siap cari nama saintifik untuk bunga-bunga tu lagi.

As a conclusion, I think that is the main reason why my mak ayah choose that name for me. [tapi mungkin juga hanya mitos semata-mata] 

So now..Hi, selamat berkenalan. Nama saya Rosmawar ^^



Monday, October 8, 2012

SEGMEN: Jom Blogwalking by Adamazralicious!



Dah lama saya tak join segmen dari blogger. Berkurun dah rasanya! So, harini rasa tergerak hati pulak nak menjoinkan diri. If kamu-kamu nak join pon boleh. Takde syarat dan sangat mudah.... Kalau nak join, sila klik gambar comel kat bawah ni yea!





...By the way, tarikh tutup untuk segmen ni... 
16 Oktober, 2012

So, hurry up guys :)

 Moh ler kite ramai-ramai meriahkan lagi segmen ni sambil menambah kenalan baru!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...