Pages

Monday, September 15, 2014

450. How to forget..



Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hati aku masih mengharap padanya!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari depan mata!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari dilayan baik-baik saja!

Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Aku patut lupa,
Sebab dia bilang tak pernah suka!

Aku patut lupa,
Sebab bukan salah dia tapi hati aku punya angkara!

Aku patut lupa,
Sebab jurang kami terlalu banyak bedanya!

Aku patut lupa,
Sebab perbezaan usia yang amat ketara!

Aku patut lupa,
Sebab kami berlainan bangsa dan agama!

Aku patut lupa,
Sebab itu yang sepatutnya!

Tolonglah hati,
Tolonglah lupakan dia!





Sunday, September 14, 2014

449. ALS Ice Bucket Challenge!



Good Morning Lovelies!

Happy Saturday!



Korang pernah dengar pasal #alsicebucketchallenge atau pon orang melayu sebut sebagai #cabaranmandiais tak? Harini saya nak share tentang pengalaman saya sahut cabaran ni. Sebenarnya saya dah buat cabaran ni pada 28 Aug hari tu tapi baru sekarang rajin nak share kat sini (memang dasar pemalas) haha.

Tapi sebelum tu, korang tau tak apa itu ALS? Dan apa kaitannya dengan cabaran mandi ais ni? 

ALS ni singkatan untuk Amyotrophic Lateral Sclerosis. Sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf atau lebih tepat lagi melibatkan sistem motor neuron. (macam doktor lah pulak rasanya guna ayat-ayat jargon macam ni. Btw, ini sebahagian kerja yang saya buat sekarang ni as a Medical Claims Assessor kat AIA shared services)

Simptom-simpton ALS ni pelbagai, antaranya otot-otot tidak dapat befungsi dengan baik (hilang upaya), keupayaan otot-otot merosot dengan cepat dimana ia menyebabkan kesukaran untuk bercakap, menelan makanan/air liur, bernafas dan sebagainya. Jangka hayat mereka yang disahkan mengalami ALS kebiasaanya adalah lebih kurang tiga ke empat tahun. (Wallahu a'lam, kerna ALLAH lebih mengetahui). Untuk pemahaman yang lebih lanjut sila rajinkan tangan korang untuk klik Amyotrophic Lateral Sclerosis ni :)

Pada yang pernah menonton drama bersiri Jepun 'One Litre of Tears' suatu ketika dulu, tentu korang tahu penyakit yang di alami oleh watak heroinnya yang dipegang oleh Erika Sawajiri. Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh seorang gadis Jepun bernama Aya Kito yang menghidap penyakit Atakasia Spinoserebelar (penyakit ni lebih-kurang sama dengan ALS kerana ia juga melibatkan neurodegenarative disorder - simptom yang di alami hampir sama). Beliau bermula menulis diari apabila disarankan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. 



Tentu korang tertanya-tanya apa kaitannya ALS ni dengan #icebucketchallange ni kan? Tujuan untuk cabaran ni tidak dinyatakan dengan jelas. Kempen ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang-ramai tentang penyakit ni dan mengutip derma bagi tujuan penyelidikan ALS. Tapi saya percaya, dengan melakukan Ice bucket challenge ni, sedikit-sebanyak kita dapat mendalami jiwa pesakit-pesakit ALS. Kita akan merasai simptoms-simptoms yang mereka alami seperti, numbness, brain freezing, tingling sensation etc.

Sehubungan dengan itu, department saya (Singapore Corporate Solution Claims) mengambil inisiatif untuk memulakan cabaran ini, And now..sampailah turn saya untuk sahut cabaran mandi aissssss ni :)




Lepas dah buat, jangan pulak tak donate ye kengkawan! Sebab nilah tujuan ALS yang sebenar-benarnya. Untuk menderma, sila klik ALS Donation

Ok, selamat mandi ais dan beramal ye semua...bye! 









448. #Kotex1minSelfV by Kotex!



Hai semua!




Hari ni saya nak share dengan semua orang kat sini tentang #Kotex1minselfV. Ala, mesti korang pernah dengarkan contest ni.. (uhuk! harap-harap ada-lah orang-orang yang singgah kat sini dan dengar apa yang aku tengah membebel ni)

Ceritanya macam gini, #Kotex1minselfV ni adalah contest yang diorganize oleh Kotex. Jangan pulak korang tak tahu, hadiah yang disediakan tersangatlah lumayan hokay! Tak caya, cuba tengok kat bawah ni..terbeliak bijik mata tak?! hehe

Jom cepat sertai untuk menangi hadiah-hadiah ini!


Macam mana nak sertai contest ni?! Mudah aje. Korang hanya perlu muatnaik gambar selfV korang dan ikuti 3 langkah-langkah mudah macam yang kat bawah ni. 

1. Klik link (https://www.kotexselfv.kotex.com.my/) dan muatnaik gambar selfV korang :)




2. Log in Facebook




3. Pilih gambar SelfV terbaik korang, Muatnaik gambar tersebut, Isi e-form dan Hantar!






Untuk info lanjut, sila layari laman web kotex (http://www.kotexselfv.kotex.com.my) atau klik sahaja DI SINI!

Ternyata terbukti keberkesanannya :)











Thursday, September 11, 2014

My baby Mika


In memory!

Allah hanya pinjamkan dia sebentar untuk temani aku..lapan bulan yang penuh makna. Mommy miss you so much Mika!

Wednesday, September 3, 2014

Love hurts isn't it?



entah!
tak rasa apa-apa pon...
I think i'm okay

but!
why i feel like something is missing...
deep down inside my heart

Aneh!
satu perasaan yang sukar untuk dimengerti...
sukar untuk ditafsirkan

heartbreak?
tapi orang lain punya heartbreak menangis bagai nak rak..
jerit sana-sini, merayu minta dikasihi, paling-paling ugut nak bunuh diri (minta simpang)

Aku!
i dont feel like crying, or shouting..
or hurting myself or anything else

Just!
I just feel like not doing anything...
Am i miserable?

statik!
masa seolah lambat berlalu...
Am i miserable?

I think!
this song suit me well...
my feeling is just like the melody itself..

Again!
Am i miserable?
which is I'm hoping that I'm not..










Monday, September 1, 2014

When U think HE's the ONE for you...



BUT he's NOT!
 
and I believe, ALLAH knows the best :)
 
 
Baru-baru ni, saya telah membuat sesi 'luahan hati' pada seseorang. Yup, confession of love! Benda yang kedengaran agak mustahil pada mereka-mereka yang mengenali diri saya.
 
Sifat pemalu saya yang sangat extreme, sering menjadi batu penghalang. Dan kerana itu, saya lebih memilih untuk memendamkan sahaja perasan dari membiarkan orang yang saya 'cinta rahsia' itu tahu. For me, saya boleh mati kalau mereka dapat tahu tentang itu (secara harfiah-nya)..such a coward!

Dan inilah pegangan saya selama ini, selama 30 tahun saya diberi nafas untuk hidup...Dan selama itu jugalah, satu-persatu mereka yang berjaya mencuri hati saya secara diam-diam...pergi dari hidup saya. Tanpa sempat saya tahu apa isi hati mereka. Mungkin suka! Mungkin juga tidak!
 
Namun akhirnya, saya lepaskan pegangan ini buat pertama kalinya. Untuk dia! Ya, untuk dia. Entah, apa yang merasuk diri saya sehinggakan saya punya keberanian seperti itu. Walau saya tahu jurang kami terlalu banyak dan terlalu besar untuk dihitung-kira, tapi...saya tetap teruskan niat. Instinc yang terlalu kuat! Saya sudah muak untuk menyesal tanpa usaha. Sekurang-kurangnya, saya akan mendapat  jawapan yang pasti kepada setiap persoalan hati ini.

Yes! I did it!

Unbelievable!..but I did it!

Saya sendiri pun seolah-olah tak percaya dengan semua ni! Well, the answer is 'NO'..something that I've expected! But I've prepared myself for this...its taking me months to prepared myself for the 'NO'. Btw, he's such a gentlemen. The answer he gave me and the way he make me feel after the rejection is such a good thing. And we both act like nothing happen between us..just like before the confession. I feel so relieve!

Lega! Tapi tipulah kalau saya cakap saya lansung tak rasa kecewa kan...but I take it positively!



it takes a minute to have
a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to
forget someone.





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...