Pages

Tuesday, October 21, 2014

467. Seminggu cuti Raya Haji, 3KG naik! Apa dah jadi?



Ini lah antara sebab-musababnya. Seminggu saya beraya di kampung sambil ditemani makanan yang best-best. Tak sia-sia orang sedekahkan/beri daging korban, semua habis dimasak dalam masa seminggu. Sungguh efision keluargaku ini hahaha! 

Mau gila dibuatnya apabila makanan lazat-lazat dihidangkan di depan mata setiap hari. Tapi lebih gila lagi bila lepas makan berat badan naik sampai 3kg. Hambik kau! 

Lemah lutut sebab terkejut dengan kenaikan berat badan yang mendadak ini. Dem!



Malay's Salad / Kerabu Pucuk Paku prepared by my mom



Mom's homecooked Beef Soup Noodles / Mee Sup Daging! (Daging korban ni sedap dan manis rasanya!)



Beef cooked in Spicy Coconut Milk Gravy / Spicy Yellow Curry (Daging Masak Lemak Cili Api) prepared by my sister!


Beef in Soy Sauce or ( Daging Masak Kicap ) prepared by my sister



2nd day of Aidiladha, Special Beef Soup cooked/prepared by my Ayah (Dad). The best Beef Soup ever!



1st day of Aidiladha, my mom's homemade Chicken Curry with Lemang (Glutinous Rice or Sticky Rice)



1st day of Aidiladha, my sister's homemade Lontong (Coconut based soup- Sayur Lodeh) complemented with my mom's homemade rice cakes (Nasi impit) & Spicy Peanut Sauce (Kuah Kacang)



Mom's Recipe - my sister's homemade Mixed of Chicken & Beef 'Boiled' Noodles or (Mee Rebus Ayam & Daging) 



Ha! Nampak tak disitu yang saya ni hanyalah 'tukang makan' semata-mata. Semua masakan disediakan oleh ayah, mak or kakak saya!

Semoga azam saya nak kurus tercapailah yea. In Syaa Allah!














Monday, October 20, 2014

466. 'I want to touch a dog' campaign!



Islam itu mudah.
Tapi jangan pula dipermudahkan.

Yang haram,tetap haram.
Kerna matlamat tidak pernah menghalalkan cara

Wallahualam.








465. Simpanan - Ungu, Turquoise, Oren, Merah, Hijau dan Biru!






Morning lovelies!

Just want to share something which I think might be useful to you guys too :)

Basically its about our saving! Tapi ni bukan saving yang korang put aside everymonth after dapat gaji tu tau! Yang tu of course wajib simpan untuk masa depan kita kan kan :)

Semalam terbaca enrty kawan saya Rodiah Amir tentang simpanan color-color ni! It sounds interesting to me. Apakah simpanan color-color ni? 

Sebagai contoh saya ambil Simpanan Oren. Definasi simpanan oren ni bermaksud, saya perlu menahan diri dari mengunakan wang kertas berwarna oren (benilai RM20) yang diterima oleh diri sendiri. Tak kisahlah samaada  wang itu saya dapat semasa mengeluarkan duit dari mesin ATM atau menerima pulangan wang baki setelah membeli barang-barang etc. So setiap kali berjumpa dengan si Oren, wajib masuk  ke dalam tabung Simpanan!

Disiplin dan kejujuran pada diri sendiri amatlah penting dalam menjayakan misi Simpanan ini. Hurm, akan saya praktikan cara simpanan ni and probably I''ll choose an Orange color. In Syaa Allah! Gambatte kudasai Rose-chan! 

Nak tau lebih lanjut lagi pasal kaedah simpanan ni, korang boleh visit page En. Hilmi - simpanan Hijau dan En Freddie - simpanan Oren. 

Kalau korang rasa tak mampu nak beri komitment untuk nilai yang tinggi, korang boleh bermula dengan simpanan biru. Tiada paksaan pon, dan yang penting korang mestilah disiplin okay.

So, which color are you?












Sunday, October 19, 2014

464. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Maggi Ala Mee Kari!






Ha! Terliur ke idok tengok gambar kat atas ni? Saya gerenti la semua orang pon pandai buat Maggie Mee Curry ni kan. Resepi yang simple.


Bahan-bahan:
1. Maggi perisa Kari
2. Santan (Saya guna santan paket jer)
3. Telur
4. Udang
5. Sayur Kacang Panjang
6. Tauhu / Fish ball
7. Cili Flakes (yang ni saya beli yang dah dicampurkan dengan udang kering)
8. Bawang besar
9. Limau nipis / Cili besar


Cara-cara memasak:
- Potong bawang besar, sayur kacang panjang, tauhu, fish ball dan cili besar mengikut citarasa anda.
- Kemudian ketepikan semua bahan-bahan tadi.
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk / kuali dan tumis bawang sehingga wangi.
- Masukkan air mengikut kesesuaian maggie. (kalau korang guna banyak paket, air pon kenalah banyak yea)
- Masukkan perencah Maggi Kari, sedikit cili flakes, santan, udang, tauhu dan fish cake.
- Tunggu sehingga mendidih. 
- Kemudian masukkan maggie dan sayur kacang panjang dan sedia untuk dihidangkan.
- Tips: Maggi dan kacang panjang jangan di biarkan lama di atas api untuk mengelakkan maggie menjadi terlalu kembang dan sayur kacang panjang menjadi lecur.
- Telur direbus berasingan dan di potong dua.
- Akhir sekali hiaskan Maggi Ala Mee Kari dengan hirisan limau, telur dan cili besar yang telah di potong tadi.





Mudahkan! Tak sampai 10 minit pon nak menyediakan resepi ni. Sebenarnya tak kisah pon korang nak letak apa-apa bahan tambahan lain seperti taugeh, bunga kantan, daun sup etc. Terpulang pada citarasa korang nak menyedapkan lagi rasa Maggi Ala Mee Kari korang tu. Yang penting, semua bahan-bahan tu kita main campak-campak jer kat dalam. Senangkan! Selamat mencuba :)









463. Blogwalking mode activated!




Ohio!

Hari ni saya nak BLOGWALKING sampai lebam!

Bersedialah korang!












Saturday, October 18, 2014

462. Chick Beep! Bakal jadi viral macam Gwiyomi ke idok?



Ohio gozaimasu :)

Minggu ni saya busy sikit, so tak sempat nak update blog. Ni pon curi-curi masa nak update sebab lepas ni nak gerak pegi main bowling jap dengan rakan-rakan sekerja.

(bz bebenor..lols)

Btw, korang pernah dengar or tengok tak video kat bawah ni? Kawai ne! Watashi wa suki desu :)

Korang agak-agak, lagu ni akan jadi pemes macam lagu Gwiyomi tu tak? Mesti ramai nak memparodykan lagu ni kan kan. Tapi nampak mcm susah jer nak buat sebab lagu ni cepat betul sebutan dia. Siapa yang berjaya buat parody lagu ni, kira hebat gilalah! Gambatte kudasai!


Chick Beep Song!






Saya dok tengok ulang-ulang banyak kali sebab rasa comel-gila-benda-alah-ni :)


Okaylah. Saya kena gerak dah ni. 

Ja ne!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...