masa tengah tumbuk bahan-bahan untuk perap daging korban..tetiba nampak cantik pulak gambar lesung batu ni. Apa lagi, snap la!
Wednesday, October 31, 2012
Monday, October 29, 2012
Segmen Colour Monster by Nisha
Anneyong^^
Wah! Ada orang ajak main kaler-kaler gambar lah!. Haruslah saya menjoinkan diri ok. Ini hobi kesukaan saya masa kecik-kecik dulu...Hobi sejak azali hehe
If kamu-kamu rasa nak join jugak, sila klik gambar kat atas ni yea. Tarikh tutup, 31 Oktober 2012 tepat jam 12 tengah malam. Cepat-cepat! masih sempat lagi ni :)
Ok, dekat bawah ni saya tempekkan doodle monster yang menjadi pilihan hati saya untuk dikaler-kaler kan. So cute!! Kan kan?!
Yang ni pulak, lepas saya dah siap kaler. Macam mana? Ok tak? Kaler guna paint je sebab photoshop tak instal lagi dalam laptop ni. Gigihkan.
Ok. Itu sahaja untuk hari ni. Bye.
Monday, October 22, 2012
Cerita pasal Nuffnang lagi?!
Cuba tengok angka dia? Dah makin bertambahkan. Baru minggu lepas angka dia RM64.25. Sekarang dah jadi RM80.00. So, kat sini saya nak ucap terima kasih pada awak-awak, kamu-kamu dan korang semua yang rajin datang singgah sini and klik kat iklan-iklan tu. Don't worry, bila saya berblogwalking pon saya akan singgah di blog kamu-kamu sambil klik-klik nuffnang tu.
THANK YOU KORANG :)
*Saya perasan bila time cuti-cuti especially time raya-raya mesti trafik kurang sikit....maka nuffnang pon tak akan gerak banyak
Labels:
duit,
Iklan,
me and myself,
nuffnang,
rezeki
Sunday, October 21, 2012
Today breakfast: Recipe Ala Western :)
Anneyong haseyo and Salam guys^^
Semalam roomate saya demam, so hari ni plan buat breakfast untuk dia dan housemate yang lain jugak [tapi yang ada kat umah jelah kan].
Well, today breakfast saya buat ala-ala western gitu. Senang je nak buat. Jimat pon jimat. Jom tengok macam mana nak buat benda alah ni :)
Telur dadar/Omelette
Telur 4 biji
Tomato 1 biji dipotong dadu
Bawang Besar 1/2 biji dipotong dadu
Daun bawang dihiris halus
Lobak merah diracik halus
Mayonis 2 sudu besar
Sedikit garam / Penambah perisa
Sos Cili Mayonis [recipe daripada my roomate- Khai]
Sos cili
Cili padi 2 biji dihiris halus
Daun Bawang dihiris halus
Mayonis
Sedikit lada sulah
Cara-cara membuat:
Mudah je. Telur dadar ni lain sikit dari yang SEBELUMNYA. Untuk yang ini, campurkan kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga sebati. Kemudian, panaskan kuali leper dan goreng telur macam biasa.
Untuk sos pon sama, kesemua bahan dicampurkan sekali dan dikacau sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.
French Fries tu boleh didapati di kedai-kedai berhampian yea. Balik rumah, cuma perlu goreng dan tabur dengan sedikit garam. Cara-cara untuk buat potato salad pulak, kamu-kamu boleh klik dekat SINI yea.
Senangkan? So, selamat mencuba..Bye bye^^
Labels:
banyak masa,
foods,
friends,
Omelette,
Potato salad,
recipe,
Salad
Saturday, October 20, 2012
What's Your Pleasure?
Tengahari tadi, tekak terasa benor nak makan benda sejuk dan manis. Cuba teka apa dia? Jawapannya mestilah Aiskrimmmmmmmm. So, terus decide pergi kedai depan rumah and browsing the ice-cream! Browse punya browse, suddenly something brown in color caught my eyes. Nak tahu apa dia? Well, I set my eyes on the Magnum Almond Ice cream . Apalagi, sambar dan terus bayar! Hmmm, totally indulging myself in pleasure^^
Btw, for those who really like to indulge yourself with the ice-cream especially Magnum, there are GOOD news awaiting you guys. I don't want to talk much, so pls read below:
How often do you buy a stick of Magnum Ice Cream? If you enjoy them as often then the better the chance of you discovering the pleasure codes to win some really cool prizes!
Indulge in a MAGNUM and be rewarded with pleasurable goodies by Magnum. Simply seek for the Magnum coded sticks then register the code!!
If interested nak join, sila klik gambar kat atas ni. Caranya mudah je. Ikut je step-step yang ada kat sana, tapi nak register tu kena ada Magnum codes dulu yea.
Baiklah, sekarang saya nak cerita tentang Magnum Codes Sticks saya. Seperti yang kamu-kamu nampak kat bawah ni, nampaknya this time bukan rezeki saya. Maybe next time kot (Ceh! Macamlah selalu beli, padahal once in a while je bila tekak mengidam-ngidam hehe)
Apa-apa pun. benda-benda macam ni selalunya bergantung kepada nasib masing-masing. Nak dapatkan code Magnum ice-cream stick ni bukannya senang. Tak semestinya, 1st time beli dah boleh dapat code dia, unless you are very-very-the-lucky-person. Pendek kata, selalu-selalulah membelinya, ok?
Till then, bye^^
Labels:
ais krim,
banyak masa,
Contest,
craving,
Magnum,
me and myself,
mood
Wednesday, October 17, 2012
Shila Amzah akan bertemu Wang Lee Hom hujung tahun ni?
Salam semua^^
Hari ni saya nak bergosip sikit dengan kamu-kamu. Cerita apa?! Ala, cerita pasal Shila Amzah nak dipertemukan dengan penyanyi pujaan hati dia. Kalau kamu-kamu pernah menonton episod yang Shila nyanyikan lagu "Forever Love" tu, mesti kamu-kamu tahu yang Shila ni memang minat habis kat Wang Lee Hom. [Ehem-ehem, saya pun minat jugak sebab dia hensem - melting! haha] Kalau yang tak pernah tengok tu, kamu-kamu boleh tengok kat SINI
Btw, Shila belum pernah bersua muka dengan Wang Lee Hom dan dia sangat menantikan saat untuk dipertemukan dengan penyanyi
pujaan hatinya itu. Wah! Bestnya...siapa yang tak gembira kalau dapat bertemu dengan penyanyi pujaan hati kan kan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan. Sekiranya jadi, mungkin pada hujung tahun ni.
"Belum ada sebarang pengesahan dalam pertemuan saya dengan Lee Hom tetapi sudah ada rancangan untuk kami dipertemukan di sebuah konsert sempena sambutan tahun baru di Shanghai penghujung tahun ini. Saya diundang membuat persembahan di konsert tersebut dan mungkin ada rencana untuk kami berduet bersama. Semua itu masih di peringkat awal, tetapi yang pasti saya akan bertemu dengannya satu hari nanti,"jelasnya teruja.
Wang Lee Hom turut menyuarakan hasrat untuk mencipta lagu buat Shila. Hasrat tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Shila di China.
"Saya dimaklumkan secara lisan bahawa Lee Hom berminat untuk menulis sebuah lagu untuk saya dalam bahasa Mandarin selepas dia melihat saya menyanyikan lagu Forever Love ketika final Asian Wave yang lalu. Sungguh terharu dan bersyukur apabila seorang penyanyi bertaraf antarabangsa seperti Lee Hom menyuarakan hasratnya untuk mencipta lagu untuk saya. Daripada zaman sekolah lagi saya sudah meminati lagu-lagunya."
Tetiba saya yang tereksaited lebih-lebih. Tu baru Wang Lee Hom nak jumpa Shila, kalau Wang Lee Hom nak jumpa saya maunya pengsan lapan juta kali...last-last cancel sebab lama sangat menunggu kehkeh :)
Untuk membaca cerita penuh, sila lawati Murai.com yea kawan-kawan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)



