Pages

Sunday, January 27, 2013

Futsal punya pasal



Salam dearist :)

Dah lama saya tak menulis kan? Tetiba mood rajin datang malam-malam macam ni. Baiklah! Seharusnya saya tidak mensia-siakan peluang sebegini. Maklumlah, mood rajin selalunya datang tak kira masa. 

Ok. Last weekend saya ada Futsal Tournament anjuran company. Each department kena hantar peserta dan wajib diwakili oleh lelaki dan perempuan. Maksudnya Mix team member. Mula-mula saya malas nak join sebab dah lama tak sertai aktiviti-ativiti macam ni. Al-maklumlah, badan pun semakin sihat dengan jayanya. Jadi mana mau sertai aktiviti-aktiviti yang bakal membakar lemak-lemak peliharaan kan kan. Tetapi, memandangkan orang lain lagi lah tak ada semangat kesukanan yang tinggi, maka akhirnya OK lah jawapan dari saya. 


2009 - solid lagi time ni, stamina pun tinggi

Dulu masa time-time belajar adalah jugak main benda alah ni. Seingat saya kali terakhir main futsal 2009 ketika di FSTEP dulu. Wow, empat tahun yang lalu! Tapi, masa tu badan masih solid, tough dan berjiwa kental. Sekarang....hurmmm!


2013 - tengok pun dah tahu, stamina tahap apa. (Tapi ada jugak yang kata saya tough)

Dipendekkan cerita, saya diletakkan di posisi pertahanan. Maka, bermainlah saya secara membuta-tuli. Dengan tidak tahu rules dan regulationnya, saya tetap bermain dengan bersungguh-sungguh. Untuk game yang pertama sahaja, saya telah dicederakan oleh tiga lelaki dari team yang berlawanan. Mereka telah diingatkan supaya tidak bermain kasar dengan wanita-wanita, namun semuanya hampas belaka.

Lelaki pertama, memijak kaki saya dan menyebabkan buku lali saya merah dan bengkak. Saya bertahan. Yang kedua, saya jatuh terlentang bersamanya kerana berebut bola. Dan yang ketiga, melanggar dirusuk kanan. Saya tetap jugak bertahan sehingga ke game yang terakhir. 

Pada mulanya, team saya menjangkakan yang kami hanya akan bermain sampai game keempat sahaja kerana game seterusnya adalah mereka-mereka yang berjaya ke peringkat suku akhir. Namun, nasib menyebelahi kami. Mahu tak mahu, saya terpaksalah jugak bertahan walaupun ketika itu sakit sudah mula menerobos setiap inci badan. 

Akibat dari aktiviti tersebut, buku lali saya bengkak dan jalan juga terhincut-hincut dek lutut terseliuh. Berlanjutan jugaklah selama 3 4 hari. Tulang rusuk kanan saya jugak mula menampakkan kesakitan yang amat. Sakit yang tidak terhingga. Bayangkan, saya terpaksa menahan kesakitan terlampau apabila, ketawa atau sneezing. Menggerakkan tangan kanan juga terpaksa berhati-hati.

Apabila sudah tidak tertanggung kesakitannya, saya cuba mendapatkan rawatan di klinik. Doktor menyediakan referral letter untuk saya melakukan ujian xray di klinik pakar bagi memastikan tulang rusuk saya tidak retak/patah. 

Saya ke DEMC Shah Alam untuk membuat x-ray dan keputusannya tidaklah membimbangkan. Menurut hasil x-ray, kesakitan yang saya alami bukanlah berpunca dari patah/keretakan. Kata doktor, no fracture seen. Sakit tu mungkin berpunca dari keradangan (inflamation) atau pun hairline fracture yang tidak dapat dipastikan dalam x-ray. Doktor hanya menyarankan untuk mengambil ubat tahan sakit kerana sakit tersebut akan pulih dengan sendirinya. Mungkin dalam seminggu dua dan dalam tempoh tersebut saya tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lasak. Ok, baiklah encik doktor.

Btw, walaupun sakit-sakit tapi saya tetap enjoy each moments. Dah lama tak buat aktiviti-aktiviti macam nilah katakan. Somehow, I really miss my good old days. Zaman-zaman rajin buat itu ini dengan kengkawan semua.

Komen dari kakak saya: Tu lah, ingat badan tu muda lagi ke nak buat aktiviti-aktiviti macam dulu-dulu tu. Langsung tak memberansangkan kan. Komen dari rakan-rakan pula: Wow, superb! The skill are there though baru 2 3 kali trainingMacam tu lah yang nak kita dengar kan kan. Barulah ada semangat hehe...

Ok. Tu saja yang saya nak share. So see you next time ^^





Sunday, December 16, 2012

Special For Him [Entry yang tertangguh]


Birthday present for a very special Man in my life.


To ayah,

This is for you! Hadiah yang tak seberapa dari anak-anak ayah. Seumur hidup ayah, orang tak pernah nampak ayah pakai barang-barang yang berjenama. Mungkin duit gaji ayah, ayah habiskan untuk menyara anak-anak ayah yang lima ni. Hanya berbekalkan gaji lapan ke seribu sebulan, ayah tetap berjaya menyara kami setiap satunya sampai ke menara gading. 

Alhamdullilah! Walaupun, ada suara-suara sumbang dari jiran-jiran dan saudara mara, ayah tetap teruskan niat. Bagi ayah, istilah perempuan akhirnya ke ceruk dapur itu sudah tidak releven. Biarlah, bersusah-susah dahulu kerana ayah dan mak percaya sinar kebahagian pasti akan menyusul selepas itu. Terima kasih ayah! mak! Kerana memberi kehidupan kepada kami.

Nampaknya November dah tiba. Dan ini bermakna, hari lahir ayah pon akan menjelang tak lama lagi. Bila anak-anak ayah tanya, ayah nak hadiah apa untuk birthday present tahun ni, ayah cakap apa-apa pon boleh. Tapi kami anak-anak ayah memang dah ada perancangan untuk belikan ayah jam tangan baru, menggantikan jam tangan uzur ayah yang menanti masa untuk putus talinya. 

Kebanyakan jam-jam ayah semuanya di beli di pasar malam yang tahannya cuma seketika. Jadi kali ini, kami mahu belikan jam yang lebih berbaloi untuk ayah. Ayah cakap, kalau nak beli jam tangan dekat tesco ada banyak. Tapi mahal-mahal lah. Dalam lima ke enam puluh ringgit.

Orang terdiam bila ayah cakap macam tu. Betapa besarnya nilai note lima puluh di mata mak dan ayah. Bagi kami, yang hidupnya sentiasa  dihabiskan di hutan batu ni, nilai wang lima puluh itu tidaklah sebesar mana. Boleh hilang dalam sekeli mata. Betapa nilai kesusahan mengajar kita menghargai hidup ini. So ayah, this is for YOU!

Ayah, orang sayang ayah banyak-banyak :)


From Anakmu,
Oih (Panggilan manja family untuk saya)




Saturday, December 15, 2012

Kini segalanya dihujung jari anda sahaja


Hanya berbekalkan software notes dalam Samsung Galaxy Tab dan juga jari telunjuk...maka terhasillah lukisan macam kat bawah ni. No more brush! No more water color! Dunia semakin maju kan?

 *takda lah cantik mana pon, tapi tetap oklah tu kan. 
Ianya hanya mengambil masa kurang dari 10 minit.





Btw, bila tengok TV commercial by Samsung ni macam gempak je. Siap boleh lukis-lukis lagi. That's why, tetiba rasa nak melukis jugak walaupun kaedahnya tak sama. Dia menggunakan Samsung Galaxy Note. Saya pulak hanya berbekalkan Samsung Galaxy Tab. Tu pun hasil pinjaman dari adik saya, Hawa. 

Well, semua orang pon dah pakai smartphone sekarang ni kan. So, saya bila lagi? Insyallah! Jika diizinkan Allah dan punya rezeki lebih...dapatlah.Pray Hard, Rosmawar ^^





Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday: Me, Good Foods & Good Friends



ME




Good FOODS





 Good FRIENDS




happy day^^



 



Saturday, December 1, 2012

Finally...Haha & Byul wedding



Ingat tak pasal entry INI? So, today is the day.

Sorry, no english sub for this one and video pon kecik aje (Okelah tu daripada tak ada lansung kan) Saya try jugak cari kat youtube kot-kot dapat yang besar sikit berserta dengan english subtitle tapi malangnya tiada. Mungkin tak upload lagi kot sebab tak sampai sehari lagi dia kawen kan kan hehe.

So, buat2 je lah faham yea and enjoy the video!


Taken from KJKGlobal fanpage
Credit to TV daily

 


 smile :)





Friday, November 30, 2012

Lunch Treats^^


Anneyong Haseyo! Assalamualaikum! 

Wah, dah lama tak jengok blog and blog walking ke blog2 lain. Limited connection sebab jarang ada kat rumah. Last 2 weeks, ke Terengganu. Bertandang ke majlis kahwin sebagai 'pengapit' kepada teman baik. 

Bila tengok balik gambar-gambar semua rasa macam nak nangis la pulak. Bukan sedih sebab kawan kawen tapi sedih sebab badan makin kebaboom debabbbbb! Double chin tu tak payah nak cerita lah dah memang sejak azali ada huhu. Oke2, enough cerita pasal kawen-kawen ni. Later saya cerita kat entry lain, special^^

Well, hari ni saya nak cerita pasal makan-makan. Topik feveret saya ni (pastu whining pasal berat badan yang degil tak mau turun-turun. Nak kena ketuk kepala gamaknya saya ni). Back to the main topic! Today is my company Financial Year End. Soooooooooo, semua orang dapat makan free!! Yeayyy!! 

Oke, first dengar je 'makan' terus saya senyum sampai telinga. Then, dengar pulak 'free' lagilah bertambah senyuman saya ni hehe.

Nando's Lunch treat from Company to everyone :)


That's all for today. By the way, mungkin saya akan berjauhan dari connection semula. Till then, adios.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...