Pages

Tuesday, October 28, 2014

472. My heart says!








































Soon!






Monday, October 27, 2014

471. Sahut cabaran!



Ohio!

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas kawan saya telah mencabar saya seperti di bawah ni:

'Makan hanya SEGENGGAM NASIK (untuk setiap kali makan) dan tidak boleh berlaukkan DAGING ataupun AYAM (other than these two, boleh), selama seminggu!'


Dalam kepala otak ligat dok pikir:

'A week?! Apa ada hal.' (senyum dalam hati) 
'Kejap je nih..Saya SAHUT!' (senyum lagi)


Tapi, 

Baru sehari dah rasa kejam macam ni (exaggerate!)


I can do it! Yes, I can do it! 
Gambatte ne~







Saturday, October 25, 2014

470.Hijrah!



Salam Maal Hijrah 1436H untuk semua :)

Semoga setiap dari kita menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

As for me, Hijrah bermaksud perubahan dari segala aspek. Rohani mahupun jasmani.  Dan kita sentiasa berusaha untuk membawa diri kearah kebaikan dari pelbagai aspek, pelbagai sudut. Sudut hati, sudut pemikiran, sudut percakapan, sudut perlakuan, sudut pemakaian dan sebagainya.

Semoga kita menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara! In Syaa Allah :)








Friday, October 24, 2014

469. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Jeruk Mangga Asam Boi!



Konnichiwa minna-san!

Terjebak sudah! Sekarang ni kan tengah dok famous dengan Jeruk Mangga Asam Boi! Saya pon tak terkecuali. Mudah gila nak buat hokay.


Jeruk Mangga Asam Boi!






Bahan-bahan:
1. Mangga Muda 4 biji (Lagi masam lagi bagus - contoh: mangga epal!)
2. Asam Boi (2 paket)
3. Gula ( ikut suka korang)
4. Cili Padi 5 biji (kalau suka pedas boleh letak lebih)
5. Sedikit garam


Cara-cara:
1. Basuh mangga bersih-bersih.
2. Kemudian, mangga tersebut dibuang kulit dan dihiris/dipotong panjang-panjang (atau ikut suka koranglah nak potong macam mana pon, janji happy hehe)
3. Gaulkan mangga dengan asam boi, gula, sedikit garam dan cili padi yang dihiris halus.
4. Gaulkannya sehingga bahan-bahan tadi sebati.
5. Akhir sekali, masukkan mangga tersebut ke dalam bekas (seelok-eloknya yang ada penutup) dan simpan di dalam peti sejuk. (sekiranya nak makan terus pon dah boleh dah!)


Nampak tak? Tak sampai 15 minit pon kan. So, selamat mencuba!








Thursday, October 23, 2014

468. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Mustard Baked Potatoes!



Morning uols! Ohio :)

Semalam, masa tengah blogwalking, tetiba ternampak resepi best kat blog FAMF Tower! So apa lagi, terus gigih pergi cari bahan-bahan nak buat benda-alah ni. 

Walaupon tiada oven di rumah, saya tetap meneruskan niat (sedih jer dengor kan). Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Berjaya! So pagi ni saya nak share resepi mudah ni kat sini. Boleh?



Kentang Bakar Mustard! 




Bahan-bahan:
1. Kentang
2. Bawang Besar (dihiris/dimayang mengikut citarasa masing-masing)
3. Mustard (apa jenis pon boleh)
4. Minyak Zaitun (Olive Oil)
5. Lada Hitam (ditumbuk halus)
6. Garam


Cara-cara:
1. Basuh kentang bersih-bersih dan potong mengikut saiz yang anda suka.
2. Kemudian, rebus kentang tersebut (masukkan sedikit garam semasa merebus)
3. Apabila kentang telah lembut/empuk, toskan air biarkan kering.
4. Gaulkan kentang tersebut bersama dengan bawang besar yang dihiris, lada hitam, olive oil, mustard dan garam sehingga rata.
5. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit (pada yang ada oven kat rumah)
6. Pada yang takdak oven macam saya ni, korang boleh balutkan kentang yang digaul dengan bahan-bahan lain tadi dalam aluminium foil dan panaskan di atas kuali leper dengan api yang sederhana  selama 15 ke 20 minit. 
7. Tutup permukaan kuali tersebut agar kentang tadi masak sekata. (Jangan lupa balik-balikkan aluminium foil tu ye untuk mengelakkan kentang tersebut hangit)


Kentang tu kalau taknak rebus pon boleh, tapi korang kena bakar lama sikitlah. Alternatif lain sekiranya korang takdak oven, kentang tersebut bolehlah digoreng dengan minyak yang sedikit. Amacam?! Senangkan..selamat mencuba korang :)








Tuesday, October 21, 2014

467. Seminggu cuti Raya Haji, 3KG naik! Apa dah jadi?



Ini lah antara sebab-musababnya. Seminggu saya beraya di kampung sambil ditemani makanan yang best-best. Tak sia-sia orang sedekahkan/beri daging korban, semua habis dimasak dalam masa seminggu. Sungguh efision keluargaku ini hahaha! 

Mau gila dibuatnya apabila makanan lazat-lazat dihidangkan di depan mata setiap hari. Tapi lebih gila lagi bila lepas makan berat badan naik sampai 3kg. Hambik kau! 

Lemah lutut sebab terkejut dengan kenaikan berat badan yang mendadak ini. Dem!



Malay's Salad / Kerabu Pucuk Paku prepared by my mom



Mom's homecooked Beef Soup Noodles / Mee Sup Daging! (Daging korban ni sedap dan manis rasanya!)



Beef cooked in Spicy Coconut Milk Gravy / Spicy Yellow Curry (Daging Masak Lemak Cili Api) prepared by my sister!


Beef in Soy Sauce or ( Daging Masak Kicap ) prepared by my sister



2nd day of Aidiladha, Special Beef Soup cooked/prepared by my Ayah (Dad). The best Beef Soup ever!



1st day of Aidiladha, my mom's homemade Chicken Curry with Lemang (Glutinous Rice or Sticky Rice)



1st day of Aidiladha, my sister's homemade Lontong (Coconut based soup- Sayur Lodeh) complemented with my mom's homemade rice cakes (Nasi impit) & Spicy Peanut Sauce (Kuah Kacang)



Mom's Recipe - my sister's homemade Mixed of Chicken & Beef 'Boiled' Noodles or (Mee Rebus Ayam & Daging) 



Ha! Nampak tak disitu yang saya ni hanyalah 'tukang makan' semata-mata. Semua masakan disediakan oleh ayah, mak or kakak saya!

Semoga azam saya nak kurus tercapailah yea. In Syaa Allah!














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...