언니,
naega gotong-eul jwossdamyeon jeongmal mian haeyo : (
salang-eulo
여동생
Thursday, February 2, 2012
::언니, 정말 미안 해요::
Labels:
emotion,
heart,
kakak saya,
korea
Friday, September 23, 2011
::harapnya berjodoh::
Entry ni patotnya ditulis pada waktu siang di mana matahari pon masih belum lagi rasa nak memunculkan diri, tapi memandangkan saya ni career women, terpaksalah...jadi pada sesapa yang agak2 tengah baca entry ni pada waktu ni (yea! yea! andalah tu yang saya maksudkan), sila bayangkan anda tengah membacanya di pagi buta dan juga dihari jumaat. Sejuknya...oke?
Ceritanya bermula begini. Hari ni mood malas gila nak pegi keje. hurm, nasib baik dah JUMAAT! YEAY!! seronoknya, sambil lompat2 gembira (tapi dalam kepala hotak je lah) taknak bagi Jaja terjaga...kang dia pikir roomate dia ni gila pulak sebab terkinja2 tak tentu hala.
Bangun tido, gosok2 mata terus pegi mandi. Sudah mandi, main capai je baju apa yang saya rasa sesuai (sekali lagi bernasib baik sebabnya if hari jumaat, boleh pakai casual pegi keje). nampaknya T-shirt yang jadi pilihan saya, color hijau (feberet color). Pakai T-shirt ni senang sebab tak payah susah2 nak iron bagai (nampak sangatla pemalasnya tu kan) Pastu siap2 (kena la touch up apa yang patot kat muka ni sikit sebab muka saya xdelah secantik Juliana Evans tu. memang jauh panggang dari api la kan) akhirnya pegi keje macam biasa...
tetiba sampai je kat opis...
jeng! jeng! jeng!
nak tau tak uols!
crush saya tu pon pakai baju t-shirt color hijau jugak . hah? crush yang mana? ala, yang saya cerita kat dalam entry ni. Color baju kitorang lebih kurang sama je uols, so harap2nye berjodoh la yea haha~
oke nak cakap tu je sebenarnya. bye!
nota kaki: oke! mari senyum ramai2 kerna besok adalah sabtu dan bukannya isnin, yeayyy!
Labels:
artis,
crush,
feelings,
Juliana Evans,
myself
Saturday, September 10, 2011
::Yeah! kat depan opis saya dah ada Tutti Frutti. Dem! bakal jahanam duit gue::
ofkoslah sedap. mahal weh!(agak mahallah bagi org2 macam saya ni) apa2pon, benda mahal mestilah kena sedap kan kan. kalau tidak..pasti akan aku amukkan!
Bulan Julai hari tu, Tutti Frutti mengadakan grand opening outlet baru kat area opis saya, betul2 depan opis saya ni. Kalau nak jalan kaki tu rasanya tak sampai 5 minit kot. Outlet ni satu2nya kat cyberjaya. Dengar cite masa opening hari tu, Tutti Frutti ada bagi 50% discount pada setiap pelanggan.Untungnya!
Tapi time tu saya tak pulak rasa nak makan sebab asek dengar cerita dari teman2 benda alah ni mahal tahap babun. Bayangkan 100g harga dia RM5++. Dan2, saya rasa macam tak berbaloi la pulak! tapi sekali cuba, ambik kau! sedap tak hengat.Dapat pulak makan ketika waktu panas terik, sluuurrppp!perghhh! Huhu, rugi tak pegi masa hari opening tu. Kalau tak boleh makan puas2.


first time beli, saya and manje ajak Hani sebab dia expert sket (ade step woo nak beli benda alah ni. yea, saya JAKUN!).

Disebabkan mahal, saya ambik sikit je...takut terover bajet (sila refer gambar 1st. sikitkan? setengah cup tu je. tu pon dah harga RM12++) patutnya, kena ambik banyak2 macam gambar bawah ni...barulah meriah kan kan.


second time pulak org belanja tapi kena beli sendiri. sekali silap ambik flavor la pulok. Ingatkan nak ambik vanilla, tetiba terambik original yogurt. masam! rugi2!(saya kalau air yogurt bliss tu bolehlah diterima tekak, tapi kalau yogurt...adoiii! rasa macam makan susu basi yang dah masam, uwekkk.



anyway, Tutti Frutti ni lebih sihat berbanding ais krim sebab dia adalah sejenis yogurt yang dibekukan.

Thursday, September 8, 2011
::lagi dari nuffnang...alhamdulillah::
mungkin ini namanya rezeki dalam mood raya. Seperti biasalah, tak banyak mana pon tapi saya tetap nak chewiii!! (org kedah mesti selalu guna perkataan chewii ni kan. saya first time dengar perkataan ni pon masa dok kat Sungai Petani dulu)
rasanya, nuffnang dok bermurah hati bg kat saya sebab saya rajin dok update survey tu kot. tak pon sebab saya ada jugak lah hantar ticket tanya soklan kat helpdesk. Eh! ye ke?!
Anyway, thank you NUFFNANG :)
nota kaki: tapi saya dok dapat campaign je...org lain dok dapat BE tu yang menjuju2 angka RM diorang. Hurm! camner nak bagi dapat BE ni eyh? ceciter. ceciter.
Wednesday, August 24, 2011
::Kim Kardashian jual gambar dengan harga berjuta-juta?::
Siapa Kim Kardashian ni? Ada ke yang tak kenal? Actually saya pon tak berapa nak kenal sangat...rasanya yang berlakon dalam siri TV Keeping Up With The Kardashians tu la kan.
Okelah, sekarang saya nak cerita pasal dia. Tanggal August 21, 2o11, Kim telah selamat melansungkan perkahwinan secara rasmi dengan pemain bola keranjang Kris Humpries.
Kalau korang nak tau Kim Kardashian ni telah menjual hak eksklusif photo majlis perkahwinan dia kepada majalah People dengan harga USD 1.5 juta atau RM4,483,200 (sengaja bold kan amount tu sebab nak-tunjukkan-betapa-terbeliaknya-bijik-mata-saya ni tengok angka tu. Dasat giler lah) Kalau nak tau cerita selanjutnya sila kelik murai.com ni.
Mak ai! Gambar kahwin pon boleh buat duit sekarang ni. Seronok betol la kalau dapat jadi artis pemes ni kan. Rasa2nya harga photo tu je, dah boleh cover balik segala perbelanjaan perkahwinan dia tu. Gila lah! Yang kaya terus kaya..yang miskin? Sendiri mau ingatlah....
Well, tak sabar nak tunggu majlis perkahwinan Norman & Memey September ni. Mesti meletop jugak. Fully sponsored tu. Tetiba saya terpikir, sapalah yang nak taja bila saya kahwin nanti kan. Ada ke? Sedih....
Labels:
artis,
cantik,
heart,
kahwin,
kim kardashian,
life,
memey,
norman hakim
Tuesday, August 23, 2011
::sebab mereka ini sangat rajin jawab teka-teka saya, jadi saya nak...::
ini lah dua orang bloger yang rajin menjawab teka teki saya haritu. Ala, teka-teki pasal kuih tu. Tak ingat?! ha, kalau tak ingat cuba kelik SINI. Haritu saya dah janji, siapa yang jawab teka-teki tu saya akan promote blog dia kat sini...so, this it is!
Dia ni kawan sekolah saya masa sekolah menengah dulu. Rasanya, dekat sepuluh tahun kot tak jumpa dia, alih2 dalam blog pulak boleh terjumpa. What a small world kan kan. Anyway, dalam blog dia ni...dia banyak ceritakan perihal anak dia. Ibu mithali la nih. Sedar tak sedar dah dua orang dah anak dia rupanya. Comel seyh si Amir & Azri tu, macam nak gigit2 pipi diorang (tetiba rase jeles, haha)...
Ni pulak kawan saya masa diploma, merangkap ke degree. Saya selalu panggil dia dengan nama "jiran" sebab masa degree dulu dia berjiran dengan bilik saya (Kolej Melati, UiTM). Okelah, dia punya blog berkisarkan tentang hidup dia. Sangat comel oke sebab dia ni gadis klasik and hidup dia selalu je nampak happy. Susah tau nak nampak dia down walaupon dia sedih2 (rasa jeles jugak haha *hantuk kepala)...
dua2 xde header nak tepek kat sini, so saya letakkan link diorang je lah eyh. Okelah, kalau korang rajin, singgah2 lah blog diorang tau :)
Labels:
banyak masa,
friends,
myself,
teka-teki
Subscribe to:
Posts (Atom)