Pages

Showing posts with label kakak saya. Show all posts
Showing posts with label kakak saya. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

The reason behind my name: Rosmawar!


 
Dulu-dulu [masa kecik-kecik]...kalau orang tanya, nama awak siapa? Mesti saya lambat-lambat je nak bukak mulut. Lepas tu, nada suara pun akan guna volume yang terpaling rendah. Sebab apa? Sebabnya malu! Selalunya bila dah bagitau nama, mesti akan ada soalan-soalan susulan. Antaranya macam contoh-contoh kat bawah ni:

a) Ros dengan Mawar tu tak sama ke?
b) Mak awak mesti suka bunga kan? Sebab tu nama awak berbunga-bunga.
c) Kakak dengan adik-adik awak pon guna nama bunga jugak ke? Rosmelur? Roskekwa? Roscempaka?
d) Wah! melayu campur english...macam mana boleh terpikir nama tu?
e) Dan banyak lagi la [malas pulak nak senaraikan satu-persatu. Ok! Memang dasar pemalas]

Namun, sejak dah besar-panjang ni, saya makin suka pulak dengan nama tu. Saya rasa nama saya unik. Satu dalam seribu mungkin [walaupon tuan dia xdaklah satu dalam seribu sangat kan kan]. Tambah-tambah pulak bila ada selebriti yang namanya lebih kurang macam nama saya. Siapa? Kenal tak dengan Hunny Madu [walaupon itu hanyalah nama stage semata-mata, tapi saya tetap nak like hehe]  Oke, tetiba melalut kelain.

Berbalik kepada tajuk tadi: The reason behind my name. Seolah-olahnya cenderung kearah soalan (b). Kenapa saya cakap macam tu? Tengok jelah gambar-gambar kat bawah ni. Ni semua hasil tanaman mak/ayah saya di sekitar kawasan rumah. Tapi tu baru 30 percent je dari keseluruhan. Ada banyak lagi! Malas pulak nak letak banyak-banyak.

Kat bawah ni antara bunga-bunga yang mak saya tanam. Banyak! Antaranya Mawar, Daisy, Orchid, Bougainvillea, Bunga Kembang Pagi, Chrysanthemum etc.



















Ni pulak antara ulam-ulaman & sayur-sayuran yang mak ayah saya tanam. Ada cili, terung, betik, pegaga, ulam raja, pokok tebu dan banyak lagi.








So, bayangkanlah bertapa tenangnya rumah saya dipenuhi flora dan kehijauan alam. Dah macam tempat semaian bunga dah kalau sekali tengok, haha. Semua gambar-gambar ni saya curik dari fb kakak saya sebab dia rajin mensnap-snap dan buat koleksi kat sana. Siap cari nama saintifik untuk bunga-bunga tu lagi.

As a conclusion, I think that is the main reason why my mak ayah choose that name for me. [tapi mungkin juga hanya mitos semata-mata] 

So now..Hi, selamat berkenalan. Nama saya Rosmawar ^^



Saturday, September 1, 2012

Buku Masakan Saya^^

 
Semua ni adalah hadiah sempena birthday saya yang lepas. Dah lama dah dapat sebenarnya. Dari kakak dan adik saya. Diorang tanya nak apa untuk birthday present and tanpa banyak fikir terus cakap nak buku masakan. Banyak!
 
Konon-kononnya dah mula nak active belajar masak-masak^^
 
Nah! Diorang bagi dengan harapan dapat makan makanan yang sedap-sedap macam dalam buku ni..err!
 
Anyway, seronok tengok orang yang pandai masak-masak ni. Saya? Jangan haraplah nak masak yang hebat-hebat. Kalau yang simple-simple boleh la tahan.
 
ok! sekarang buku dah ada...Tengah tunggu keyakinan dan kerajinan la pulak.
So, kawan-kawan, jom kita main masak-masak!
 

 
 
*orang tua-tua cakap kena pandai masak dulu, baru boleh kawen...eyh?
 
 
 
 

Thursday, February 2, 2012

::언니, 정말 미안 해요::


언니,


naega gotong-eul jwossdamyeon jeongmal mian haeyo : (



salang-eulo
여동생


Wednesday, August 10, 2011

::Happy Birthday Kakak::


Semalam, harijadi kakak saya Rozita. Disebabkan kakak saya ni suka sangat Korea (macam adik dia ni jugak), saya nak dedikasikan video Happy Birthday dalam Bahasa Korea ni dekat dia.

Ucapan saya: Semoga kak berjaya menjadi orang yang berjaya dalam hidup, berjaya menjadi kakak yang baik pada adik2, berjaya menjadi anak yang taat pada kedua orang tua, berjaya menjadi individu yang baik pada masyarakat, berjaya menjadi rakyat yang baik pada negara & berjaya menjadi umat yang soleh di dunia dan akhirat. Amin!

Comel oke video ni. Kalau tak percaya cuba korang dengar tengok...




So? Amacam?!! Oke tak?!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...