Btw, korang kenal tak diorang ni siapa? Kalau dah tengok tajuk kat atas nun, sure la korang kenal kan kan. Hari ni saya nak letak gambar selfie ngan diorang jer dulu.
Ni throwback masa saya pegi event sempena Episode Akhir Drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'ni. Cerita pasal event tu nanti eh! Lain hari bila saya rasa rajin nak karang ayat panjang-panjang, saya buat entry pasal ni okay :)
Indah Halina and Me! (Izreen Azminda)
Abang Zen and Me! (Amar Baharin)
Fahin and Me! (Syafiq Kyle)
Okaylah saya dah ngantuk *menguap sambil tutup mulut*
Jumpa lagi di lain entry! Sayang korang ketat-ketat
How are you doing today? Pls make sure to stay positive all day long, ok. (penat cakap omputih, so switch mood to bahasa melayu - INI SEMUA POYOS! padahal tak nak mengaku diriku ini tak berapa nak pandai sangat speaking-speaking)
Hari Khamis lepas adalah hari terakhir untuk Drama Bunga Merah Punya di TV9. Dan bersempena dengan hari tersebut, Izzue menjanjikan untuk 'let go'RANTAI yang di pakai Merah dalam drama tersebut.
Dan melalui twitternya, Izzue pun dengan senang hatilah mengumumkan cara-cara macam mana nak dapatkan Rantai Merah ni.
Rupa-rupanya sambutan amatlah menggalakkan! Semua orang pun berpusu-pusu nak dapatkan Rantai Merahni termasuklah saya (datang sawan apa ntah nak jugak hantar penyertaan - dulu masa muda-muda belia dulu takda pulak aku nak terhegeh-hegeh buat benda-benda camni kan. Nampaknya, semakin tua, semakin ku gila!) Penyertaan tak kisah nak hantar berapa banyak sekali pon, yang penting tepat je jam 12 tengah malam, no more! So, ini antara penyertaan yang saya hantar. Beria-iakan! Sebenarnya eksaited jugak, manalah tahu kot-kot dapat rezeki terpijak.
1st attempt!
2nd attempt!
Tiba-tiba ada selitan dari Izzue!
3rd attempt! Hantar lagi bila Izzue cakap semua slogan best-best, tercabar siot! haha~
The last one! Pastu terus surrender~
Masih menanti pemenangnya! seriously, terasa macam menunggu pemenang pilihanraya bakal di umumkan pulak. Eksaited!
Terlalu banyak katanya - OK! Harapan merudum. Mungkin sudah senipis kulit bawang~
Oh! Penantian satu penyeksaan ok :(
Cepat! Cepat! Tapi tup-tup kena tunggu besok pulak~
Malam yang dijanjikan! Sungguh teruja menanti..Sebenarnya bukan eksaited nak menang sangat pon, cuma I love the feeling - the feeling is different! Its not about the winning thingy actually. Its more to..entahlah, sukar nak diungkapkan :)
Masih belum?! Kena tunggu lagi la nampak gayanya hoho~
Apa kes! Kena tunggu dan tunggu lagi..baiklah, ku masuk tido sekarang :/
Dan,
Pemenangnya adalah,
Jeng!
Jeng!
Jeng!
Jeng!
Ini dia, the lucky winner tu. Darkside @MsLailaSoraya ..Jap! Jap! Slogan dia lebih kurang macam slogan saya je kan (yang 3rd attempt tu), tapi kenapa Izzue pilih dia dan bukannya saya! (ececeh! tadi kata masuk bukan sebab nak menang sangat pon..sekarang apa sudah jadi? Siap tak boleh terima kekalahan bagai kan - ok! lagi sekali nak cakap dekat diri sendiri, INI SEMUA POYOS! hahaha)
Btw, saya rasa saya tahu kenapa Izzue pilih dia sebagai pemenang. Ini menurut firasat saya ajelah. Dalam banyak-banyak penyertaan, Darkside ni punya jer lain dari yang lain. Bayangkan, orang lain semua sibuk hantar slogan guna normal tweet, dah tu berkoyan-koyan banyaknya, tapi Darkside ni relaks jer, dia tweet slogan bergambar - siap ada lukisan lagi. Lain dari yang lain kan? Sebab tu lah dia boleh capture attention Izzue. Unik dan kreatif. Ha! Kau ade?!
Btw, congrates adik! Anda memang creative :)
Tahniah dik.. @awin_nurin dah call ke? Btw, jaga rantai tu baik-baik k :)
NOTA KAKI: Pengajarannya di sini adalah, dare to be different! Barulah orang akan notis
kita. Tapi be different in a good way lah, bukan be different tahap yang
bukan-bukan tu. Anyway, benda ni sebenarnya, boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian kita. Di sekolah! Di tempat kerja! Dan di mana-mana
jua :)
Dapat tahu di pagi-pagi jumaat pulak tu bila Izzue war-warkan yang dia akan berkahwin dengan pengurusnya sendiri di twitter. Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan! Insyaallah! Majlis akan berlansung pada June 02, 2013 bersamaan tarikh lahir Izzue..So sweet! Selalu perempuan jer yang suka buat benda-benda cengitu kan :) Btw, majlis akan diadakan di Shah Alam..Hurmm, dekat dah tu hehe.
Salam semua! I know, it's been a long time since I last posted here. But now I'm back..Hellooooo readers [tu pon kalau ada lah kan]
Ok! Harini saya nak cerita pasal someone that I adore much! Do you know a guy named Muhammad Izzul Islam Mazlan? Siapa dia? Kalau saya sebut Izzue Islam mesti semua orang kenal kan..so, moh ler kite :)
Sejak belakangan ini, namanya seringkali disebut-sebut. Kenapa...? Mungkin penangan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Betul? Well, he's such a talented young artist. Bagi saya, disamping wajahnya yang cute, dia juga memiliki bakat yang cukup besar. Namanya pasti akan menjadi gah suatu hari nanti. Mungkin se'gah' dengan nama-nama besar macam Beto Kusyary [ni pon saya adore gila jugak heeee]. Siapa tahu kan..so, mari doakan!
Mula-mula kita tengok persepsi negatif dari saya buat dia,
Pada mulanya, saya tak ambil pusing pun pasal kewujudan mamat nama Izzue Islam ni. Tak kenal pon. Sehinggalah cerita Mimpi Cinderela di tayangkan kat TV3. Tapi dalam drama tu saya tak berkenan pon dengan that guy! Siap boleh cakap dengan roomate saya:
"Ala, kenapa hero dia tak hensem dan pendek! Nak hero lain!"
Masa tu kalau tak silap saya 2 episod permulaan kot. Dan saya tak tahu pun, si Izzue ni watak hero kedua aje. Time tu Afiq Muiz belom muncul lagi [ok, confirm kena bambu dengan peminat-peminat Izzue sebab kata dia tak hensem dan pendek hehe]. To be honest, dalam cerita tu dia nampak jambu sangat! and saya tak gemor sangat lelaki-lelaki jambu ni sebab nampak lembik haha. Dan saya juga ada persepsi dimana kalau orang Malaysia ni bila bergaya ala-ala Korea, confirm perasan ala-ala KPop la tu! Sorry Izzue!
Tapi apa-apa pon, saya memang mengikuti drama tersebut sampai habisla kan! Yang mana termiss out tu mesti lah saya tengok online jer...dan dari situlah saya perasan komen-komen orang lain yang suka-gila-kaw-kaw-punya kat Izzue ni! Dan kebanyakannya terdiri dari golongan remaja. Heh? Tertanya-tanya jugak kenapa ramai bebenor orang minat dekat dia sebab saya lebih sukakan Afiq Muiz. Rupa-rupanya dia salah seorang anggota Forteen. Apalagi, cepat-cepat saya khabarkan perihal tersebut pada kakak saya.
"Kak nak tau dak, qhupa-qhupanya hero kedua cerita ni kumpulan forteen.." sambil sambung balik tengok drama tu kat rumah kakak saya. Nada suara mestilah ala-ala minah Kepochi kan!
"La, ya ka! Patutlah Dayah suka cerita ni...dia fanatik gila kot dengan Forteen."
Cerita sebenarnya begini, kakak saya dan saya sering menganggap Forteen ni kumpulan ala-ala KPop gitu. Jadinya kami berpendapat bahawa, group-group mcm ni mestilah hanya bersandarkan pada raut wajah semata-mata..bakat lebih kurang! And jangan tak tahu...kebanyakan orang-orang seusia saya dan ke atas fikir macam tu [saya takdelah ckp semua, tapi kebanyakan yang saya kenal macam tu] Nak-nak pulak bila saya tertengok rancangan Ekspresi Kembara Forteen yang bersiaran di TV1. Gaya semua ala-ala KPop gitu kan, lagilah! Tak silap saya masa saya tengok tu Izzue yang sedang bercakap: dia kata tak sabar nak makan laksa [ni ayat hentam je sebab time tu kat depan dia ada laksa sepinggan kan]. Rambut ditocangkan sedikit. Dalam hati saya, terasa diri tu KPop la tu..Ish, tak gemor betul! [Alamak! sambil gigit jari-jemari] Baru saya sedar, banyak pulak yang negatifnya kan..mahu lunyai kalau kena belasah dengan peminat-peminat Forteen ni. Ampun!
Berbalik kepada cerita tadi, kat opis kakak saya ni ada seorang budak perempuan nama Dayah. Dia ni lebih kurang baya-baya adik saya lah. Dayah ni memang minat gilalah dekat Forteen. Dan disebabkan itu, dia selalu disakat oleh colleague yang lain [remember, yang lain kan dah berpangkat abang kakak kan so their taste memanglah different!] Tapi rasanya diorang tu saja-saja jer nak mengusik Dayah ni. Tapi Dayah ni, apa ada hal! Dia buat muka kering je kan. Memang Forteenagers sejati lah! Tabik spring haha [cerita ini berdasarkan sumber penceritaan semula dari kakak saya lah kan sebab saya tak kenal pun si Dayah ni]
Hal ini sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam diri saya [skema gila ayat, hentam sajalah] Saya hairan kenapa lah 'budak unk-unk' ni gemor gila kat Forteen. Fyi, 'Budak unk-unk' ni adalah gelaran saya dan kakak saya berikan kepada budak-budak sezaman dengan adik saya. Mana tidaknya mereka-mereka ni gemor bebenor menggunakan ayat-ayat yang sukar difahami oleh golongan-golongan dewasa muda seperti kami-kami ni. Mesti tertanya-tanyakan, mana dapat unk-unk tu? Unk tu kataganti untuk perkataan hang yang sering digunakan oleh adik saya bila bercakap dengan kengkawan dia, haha. Migrain tau bila dapat mesej dari adik saya ni. Jenuh nak fahamkan satu-satu. Ok, nampaknya cerita dah melalut ke laut! Back to main topic...
Disebabkan tak puas hati punya pasal, saya pon buatlah penyelidikan secara intensif. Selidik punya selidik, tup-tup! Tahu-tahu aje..saya pon dah terikut minat sekali. Ibarat kata pepatah, kadangkala sesuatu perkara yang kita tak suka tu, mungkin akan menjadi perkara yang paling kita suka satu hari nanti. Ambik kau! Penangan Izzue Islam ok!
Persepsi positif dari saya buat dia pulak,
Hasil dari penyelidikan saya, barulah saya tahu bahawa karier Izzue Islam ni bermula dari seorang pelakon dan kemudian baru dilamar oleh Edry untuk mengangotai kumpulan Forteen. Kalau nak tahu lagi, Izzue ni ada group muzik dekat Kelantan nun dan tak hairanlah kenapa dia boleh menyanyi jugak kan. Saya juga pernah terbaca satu artikel di internet tentang bagaimana karier seninya bermula. Ada satu hari tu, kalau tak silap saya dia dan kawan dia datang KL semata-mata nak tengok persembahan 'gig' Kami! Masa tu cerita Kami kat TV8 memang tengah meletup la. Dan saya adalah salah seorang yang suka sangat tengok cerita tu. Tapi takde lah sampai pergi ke 'gig' bagai..sebab takde geng.
Sambung balik cerita Izzue tadi. Diorang menetap dua-tiga hari jugaklah kat sana. Tapi duit dalam poket dah tak ade. Kata Izzue, dia nak mintak duit dekat mak dia tapi malu...so, sebagai solutionnya dia offer diri bekerja di kedai makan, pernah juga menjual burger etc. Kalau nak tahu lebih lanjut tengok SINI dan SINI!
To be truth, saya tak tahu pun watak Tengku Azlan dalam drama Cita & Cinta adalah orang yang sama yang memegang watak Haikal dalam Mimpi Cinderella. Padahal tengok cerita Cita & Cinta dulu baru cerita Mimpi Cinderella ni. Dan saya ingat dua orang yang berbeza. Teruk betulkan! Tapi seriously, muka dia tak sama ok. Btw, saya tengok drama Cita & Cinta tu disebabkan oleh Beto..tapi lama-kelamaan saya mula tertarik dengan Watak Tengku Azlan tu. Dalam hati saya terdetik, pandai belakon mamat ni. Muka pun boleh tahan. Tambah-tambah bila tengok intro Cita & Cinta tu...melting habis!
Tapi untuk watak Haikal respon saya berlainan sama sekali. Bukan sebab dia tak pandai berlakon tapi saya rasa dia pendek and muka bajet hensem! Boleh! Namun, pendapat saya terbukti salah sama sekali apabila Dayah [budak perempuan yang saya cerita dekat atas tadi tu] dapat bergambar dengan Izzue masa malam ABPBH dua tiga hari lepas. Kakak saya cakap Dayah ni tinggi, dan bila kakak saya tengok gambar yang Dayah tunjuk, nampak Izzue lagi tinggi pada dia. Jadi, faham-faham sendiri lah kan..
Penyelidikan saya tentang Izzue Islam juga membawa saya kepada kumpulan Forteen. Lagu diorang boleh tahan dan saya mula memberi perhatian pada mereka dan lagu-lagu mereka. Suara Ariz Lufias Not bad! Tapi saya tak adalah war-warkan sangat sebab saya ni bukannya remaja lagi nak fanatik bagai benda-benda macam ni. Nanti orang cakap tak sedor diri pulak kan hahaha!
Tapi apa-apa pun Izzue Islam memang the best lah! Setiap watak yang dibawanya tidak klise dan dia benar-benar menjiwai. Bukan nak puji lebih-lebih, tapi ini realitinya. Kalau tak percaya, sekarang pergi tengok drama-drama atau filem-filem lakonan dia...cepat! Haha :) Dan dia seorang yang mesra peminat. [saya tak pernah jumpa lah, tapi tengok kat youtube tu memang dia sangat friendly lah dengan peminat-peminat dia] Extra points di situ okay :)
Tak nak membebel panjang-panjang lagi, so kita layan video dan gambar-gambar Izzue Islam pulak yea! All photos are taken from google anyway!
Watak Tengku Azlan dalam Cita & Cinta
Watak Irshad dalam Aku Tak Percaya Cinta
Hensem
Forteen!
Adorable
Cute
Watak Merah dalam Bunga Merah Punya
Watak Suhaimi dalam Si Tudung Tweet
Watak Greng dalam Hantu Kapcai
Stylo
Watak Haikal dalam Mimpi Cinderella
Watak Razak dalam 29 Februari
Watak Firash dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia
See! You guys got what I mean? Different faces for different character..kan? Siap boleh potong-potong rambut n buat style macam-macam lagi. Tak banyak artis yang sanggup buat macam ni. Anyway, banyak lagi cerita lakonan Izzue macam Cik Paris Diva Kampung, Getaran Jiwa - Tribute to P. Ramlee dan macam-macam lagi...tapi tak berdaya nak letak semuanya kat sini.
Dan baru-baru ni dia telah berjaya menggondol Anugerah Pelakon Harapan Lelaki dalam FFM ke 25. Bravo!
Menang untuk Filem 29 Februari - tahniah Izzue!
Saya doakan dia akan berjaya dan berdiri sebaris dengan nama-nama hebat dalam industri seni. Stay humble! Insyaallah!
Promo drama Cita & Cinta:
Promo drama Bunga Merah Punya:
Promo drama Sebenarnya Saya Isteri Dia:
Nota tambahan:
Twitter & Instagram @izzueislam
LOVEYOUMUCHIZZUEISLAM!
Nota kaki - Perasan yang part solo Izzue dalam lagu-lagu Forteen macam takde. Hopefully KRU bagi la Izzue nyanyi part solo banyak sikit lepas ni oke!
"It is about a man who wants to act tough when
he is breaking up, but actually becomes weak and wants to cry".
This is one of the new songs
from our Han Namja Kookie 7th album. This song portrays men’s true feelings.
By the way, the full track album will be officially released today, hoho! Well, after almost 3 years finally we'll get to hear his new song...I'm looking forward to it, suke^^.
sweet smile - melting
Here are some of the photos from his album jacket - promotional photos of his 7th album. Credit to KJKGlobal for the photos :)
"His manager, Son Hyung Min who has been Kim Jong Kook's manager since
2001 is getting married on the 14th. Kim Jong Kook is extremely happy
for his manager and is showing his friendship by paying for all their
wedding costs and buying them a car. Kim Jong Kook is going to sing at
their wedding." Source form KJKGlobal/blog
"One person is talking about KJK wedding
rumor: people were talking about KJK getting married. This person
thinks, this rumor started because KJK has been helping his manager get a
wedding hall and plan the wedding" Source from one of KJKGlobal post.
So generouskan?
Hopefully, KJK pon akan bertemu dengan cinta hati dia cepat-cepat. Yelah, dia asik meraikan wedding orang lain je kan...wedding dia bila lagi? Umur tu pun dah meningkat...susah-susah sangat, pergi jelah meminang si cantik manis YEH tu. Tunggu lama-lama nanti kang melepas :)
Yoon Eun Hye - digosipkan dengan KJK bermula dari rancangan X-Man [2003] lagi sehinggalah sekarang. BTW, Sampai sekarang ni tak tahu status. Dua-dua macam suka sama suka tapi tak nak mengaku tentang perasaan masing-masing.
Out of sudden: terlintas di fikiran, apalah hadiah yang Haha akan dapat nanti dari Hyung-nim dia ni....
Hebat-hebat artis Malaysia ni sebenarnya. Banyak dah artis yang go internationally. Antaranya, Dato' Shake, Zee Avi, Mizz Nina,Yuna dan banyak lagi. Dan yang paling terbaru, Shila Amzah. By the way, saya bukan nak cerita pasal Shila tapi Yuna. Kalau Shila mengharumkan nama Malaysia di China, Yuna pulak di USA. Another asian pride! You go girls :)
Baru-baru ini Yuna telah tercalon untuk MTV Europe Music Award 2012 yang akan berlansung pada 11 November di Frankfurt, Jerman untuk kategori "Best Asian Act". Saingannya pulak bukan calang-calang orang, antaranya Super Junior, EXILE, Han Geng dan Jolin Tsai. Namun, Yuna tidak meletakkan harapan yang tinggi dan merasakan Super Junior akan memonopoli untuk kategori tersebut. Owh! She's so humble.
Sebelum ini Yuna juga telah beberapa kali di calonkan dalam anugerah bertaraf antarabangsa seperti 25th Nickelodeon Kids' Choice Award dan MTV Iggy's Best New Bands in the World. Sekarang ini Yuna sedang bergiat aktif di US dan seringkali diundang untuk membuat persembahan dalam rancangan-rancangan ternama seperti Conan O'brien's talk show, National Geographic Music, KINK.FM - Bings Lounge, What's Trending dan banyak lagi. Penyanyi Rihanna pon pernah memuji Yuna di twitternya: "Yuna is topnotch".
Anyway, vote untuk MTV EMA 2012 tu akan tamat pada 9 November ni. Kalau nak vote, sila klik website rasmi MTV EMA 2012 . So Malaysian, please vote for Yuna guys :) Saya sudah! Anda bila lagi?
Lately ni banyak pulak saya up entry tentang artis dan industri muzik kan. Tentang diri sendiri? Well, I don't feel like talking about myself at the moment. Hurm, tak banyak benda yang menarik nak disharekan pon kat sini.
At first I saw this notification from Runningman Malaysia Fans and couldn't believe it 100% as it stated 'rumors only' at the bottom of the notification. But then the KJKGlobal also post something similar to this. Should I believe it?
Here I put the recent tweet from Gil's regarding the issue. For your info, Gil is also a member of Leessang [South Korean Hip-hop Duo]
Gil's Tweet translated:
"Hello, this is Gil. I bow my head in apology in regards to the
cancellation of the Super 7 Concert however I have to make some last
comments as I believe that is the right thing to do and so I’m posting
this message. Early this year we finally decided to hold the Super 7
concert and LeeSsang, even thou we only provided them a small bit of
help, also started practicing as one with the members and our time spent
together was really happy.....
....Finally I will be leaving due to my guilt.
Gary has also decided to leave his programs due to guilt as well. These
last 3 years were spent sincerely loving Infinity Challenge and being
thankful for the love I got from the viewers. Thank you.
After read the news from various sources [other than these two], maybe I should believe it. So sad! Really hope it's only a rumors. Gary, don't leave RM because it will be different without you!