Pages

Saturday, May 18, 2013

Kuiz by Izzue Islam! Sempena berakhirnya Drama Bunga Merah Punya



Salam lovelies,

How are you doing today? Pls make sure to stay positive all day long, ok. (penat cakap omputih, so switch mood to bahasa melayu -  INI SEMUA POYOS! padahal tak nak mengaku diriku ini tak berapa nak pandai sangat speaking-speaking)

Hari Khamis lepas adalah hari terakhir untuk Drama Bunga Merah Punya di TV9. Dan bersempena dengan hari tersebut, Izzue menjanjikan untuk 'let go' RANTAI yang di pakai Merah dalam drama tersebut.


Dan melalui twitternya, Izzue pun dengan senang hatilah mengumumkan cara-cara macam mana nak dapatkan  Rantai Merah  ni. 



 


Rupa-rupanya sambutan amatlah menggalakkan! Semua orang pun berpusu-pusu nak dapatkan Rantai Merah ni termasuklah saya (datang sawan apa ntah nak jugak hantar penyertaan - dulu masa muda-muda belia dulu takda pulak aku nak terhegeh-hegeh buat benda-benda camni kan. Nampaknya, semakin tua, semakin ku gila!) Penyertaan tak kisah nak hantar berapa banyak sekali pon, yang penting tepat je jam 12 tengah malam, no more! So, ini antara penyertaan yang saya hantar. Beria-iakan! Sebenarnya eksaited jugak, manalah tahu kot-kot dapat rezeki terpijak.


1st attempt!

2nd attempt!


Tiba-tiba ada selitan dari Izzue!

3rd attempt! Hantar lagi bila Izzue cakap semua slogan best-best, tercabar siot! haha~

The last one! Pastu terus surrender~

Masih menanti pemenangnya! seriously, terasa macam menunggu pemenang pilihanraya bakal di umumkan pulak. Eksaited!

Terlalu banyak katanya - OK! Harapan merudum. Mungkin sudah senipis kulit bawang~

Oh! Penantian satu penyeksaan ok :(

Cepat! Cepat! Tapi tup-tup kena tunggu besok pulak~

Malam yang dijanjikan! Sungguh teruja menanti..Sebenarnya bukan eksaited nak menang sangat pon, cuma I love the feeling - the feeling is different! Its not about the winning thingy actually. Its more to..entahlah, sukar nak diungkapkan :)

Masih belum?! Kena tunggu lagi la nampak gayanya hoho~

Apa kes! Kena tunggu dan tunggu lagi..baiklah, ku masuk tido sekarang :/

Dan,

Pemenangnya adalah,


Jeng!


Jeng!



Jeng!




Jeng!






Ini dia, the lucky winner tu. Darkside @MsLailaSoraya ..Jap! Jap! Slogan dia lebih kurang macam slogan saya je kan (yang 3rd attempt tu), tapi kenapa Izzue pilih dia dan bukannya saya! (ececeh! tadi kata masuk bukan sebab nak menang sangat pon..sekarang apa sudah jadi? Siap tak boleh terima kekalahan bagai kan - ok! lagi sekali nak cakap dekat diri sendiri, INI SEMUA POYOS! hahaha)

Btw, saya rasa saya tahu kenapa Izzue pilih dia sebagai pemenang. Ini menurut firasat saya ajelah. Dalam banyak-banyak penyertaan, Darkside ni punya jer lain dari yang lain. Bayangkan, orang lain semua sibuk hantar slogan guna normal tweet, dah tu berkoyan-koyan banyaknya, tapi Darkside ni relaks jer, dia tweet slogan bergambar - siap ada lukisan lagi. Lain dari yang lain kan? Sebab tu lah dia boleh capture attention Izzue. Unik dan kreatif. Ha! Kau ade?!

Btw, congrates adik! Anda memang creative :)


Tahniah dik.. @awin_nurin dah call ke? Btw, jaga rantai tu baik-baik k :)



NOTA KAKI: Pengajarannya di sini adalah, dare to be different! Barulah orang akan notis kita. Tapi be different in a good way lah, bukan be different tahap yang bukan-bukan tu. Anyway, benda ni sebenarnya, boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Di sekolah! Di tempat kerja! Dan di mana-mana jua :)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...