Pages

Showing posts with label mustard baked potatoes. Show all posts
Showing posts with label mustard baked potatoes. Show all posts

Friday, September 16, 2016

476. Time to refresh!

Hi (kekok)

Well, its been a year since my last entry (one year 6 months precisely)

Yup! I'm back! Aku kembali!  for food good, I guess! Hahahaha

Still single!
Still available!
Still working with same company!
Still having the same stress!
Still stay in the same rented house!
Still having same life!
Still searching for my soulmate!
Still having a same dream!

Dalam tempoh silent itu, I have been to Thailand (Krabi), Pulau Redang, Indonesia (Banda Acheh/Pulau Sabang), Japan (Tokyo) and Pulau Pangkor. (Screaming! tang part Japan tu sebab I have been to my dream place since highschool) 

*senyum lebar sampai telinga*

Akhirnya, aku dah jumpa benda yang aku cinta!

T.R.A.V.E.L!

Kalau boleh aku nak jadi traveler, not a tourist! Kalau melancong, kita akan nampak dan nikmati benda yang kita mahu, benda yang kita rancang untuk lihat dan nikmati..tapi kalau kita mengembara kita akan jumpa benda yang kita tak rancang untuk rasai dan benda tu yang akan buatkan kita pandang dunia ni dalam sisi yang lain. Mungkin cantik, mungkin juga buruk! 

Sampai sini dulu ya semua! (Kalau ada yang baca la)


Thursday, October 23, 2014

468. Resepi Mudah Ala Cik Bunga: Mustard Baked Potatoes!



Morning uols! Ohio :)

Semalam, masa tengah blogwalking, tetiba ternampak resepi best kat blog FAMF Tower! So apa lagi, terus gigih pergi cari bahan-bahan nak buat benda-alah ni. 

Walaupon tiada oven di rumah, saya tetap meneruskan niat (sedih jer dengor kan). Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Berjaya! So pagi ni saya nak share resepi mudah ni kat sini. Boleh?



Kentang Bakar Mustard! 




Bahan-bahan:
1. Kentang
2. Bawang Besar (dihiris/dimayang mengikut citarasa masing-masing)
3. Mustard (apa jenis pon boleh)
4. Minyak Zaitun (Olive Oil)
5. Lada Hitam (ditumbuk halus)
6. Garam


Cara-cara:
1. Basuh kentang bersih-bersih dan potong mengikut saiz yang anda suka.
2. Kemudian, rebus kentang tersebut (masukkan sedikit garam semasa merebus)
3. Apabila kentang telah lembut/empuk, toskan air biarkan kering.
4. Gaulkan kentang tersebut bersama dengan bawang besar yang dihiris, lada hitam, olive oil, mustard dan garam sehingga rata.
5. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit (pada yang ada oven kat rumah)
6. Pada yang takdak oven macam saya ni, korang boleh balutkan kentang yang digaul dengan bahan-bahan lain tadi dalam aluminium foil dan panaskan di atas kuali leper dengan api yang sederhana  selama 15 ke 20 minit. 
7. Tutup permukaan kuali tersebut agar kentang tadi masak sekata. (Jangan lupa balik-balikkan aluminium foil tu ye untuk mengelakkan kentang tersebut hangit)


Kentang tu kalau taknak rebus pon boleh, tapi korang kena bakar lama sikitlah. Alternatif lain sekiranya korang takdak oven, kentang tersebut bolehlah digoreng dengan minyak yang sedikit. Amacam?! Senangkan..selamat mencuba korang :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...