Pages

Showing posts with label love life. Show all posts
Showing posts with label love life. Show all posts

Friday, September 16, 2016

476. Time to refresh!

Hi (kekok)

Well, its been a year since my last entry (one year 6 months precisely)

Yup! I'm back! Aku kembali!  for food good, I guess! Hahahaha

Still single!
Still available!
Still working with same company!
Still having the same stress!
Still stay in the same rented house!
Still having same life!
Still searching for my soulmate!
Still having a same dream!

Dalam tempoh silent itu, I have been to Thailand (Krabi), Pulau Redang, Indonesia (Banda Acheh/Pulau Sabang), Japan (Tokyo) and Pulau Pangkor. (Screaming! tang part Japan tu sebab I have been to my dream place since highschool) 

*senyum lebar sampai telinga*

Akhirnya, aku dah jumpa benda yang aku cinta!

T.R.A.V.E.L!

Kalau boleh aku nak jadi traveler, not a tourist! Kalau melancong, kita akan nampak dan nikmati benda yang kita mahu, benda yang kita rancang untuk lihat dan nikmati..tapi kalau kita mengembara kita akan jumpa benda yang kita tak rancang untuk rasai dan benda tu yang akan buatkan kita pandang dunia ni dalam sisi yang lain. Mungkin cantik, mungkin juga buruk! 

Sampai sini dulu ya semua! (Kalau ada yang baca la)


Friday, October 31, 2014

473. One fine day!







I can't wait for the day 
when I get to look at you & feel
absolutely nothing!













Tuesday, October 28, 2014

472. My heart says!








































Soon!






Monday, October 13, 2014

459. Sudah sejauh ini kakiku mengorak langkah





I'm proud of myself! 

(pat on the back!)

From a clueless-young-girl-which-always-lack-of-confident-and-afraid-to-face-the-future-alone, to what I'm today :)

(senyum selebar-lebarnya)

Thanks to all my-precious-previous-entry. They have thought me a lot. I have learned to appreciate more! and not to take people/things for granted.

Kita selalu diajar: Jangan dikenang perkara yang lepas, sebab takut-takut merosak diri. Tapi kadangkala kita perlu juga menoleh kebelakang; bukan untuk memberatkan jiwa dan fikiran, tapi untuk sentiasa menjadi pegangan kita untuk lebih beringat, dan untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

Membaca entry-entry yang lepas, especially those in 2008 and 2009 (most of the entry yang berendamkan-air-mata) membuatkan saya ketawa. Too naive maybe! 

And I just realize that I have a lot of crush! (Erk! tapi sampai sekarang pon masih single). Crush to remains as a crush! Ohhh Ohhh..By the way, the biggest progress/changes in my-love-life-matter (so far) is.....that I've made a love confession (once) to my crush! and It didn't killed me! Though it's a one-side-love (rejected - and I'm struggling to get over him right now), I still can smile widely and live my life confidently. Couldn't agree more with the below quote: 

"sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya"

Daejoubou Rose-chan! Everything happen for a reason. And there is always a silver lining in every dark cloud. 

Whatever it is, I'm celebrating the past and embracing the future! May Allah ease everything and always guide us! Let's live life to the fullest guys!

Gambarimasu Rose-chan!! Fight-on!

(smile widely)

























Friday, September 19, 2014

453. Perjalanan Blog Bersama Nur As!



Hellllloooo!

Haish, nampaknya, malam ni, malam saya rajin nak join segmen-segmen bloger lain. First of all, terasa nak join segmen by CAHAYA ALAM MAYA ni sebab terpandang akan bannernya yang cantik. Seriously terpukau! :)




Cantikkan banner ni? Kalau korang nak join jugak segmen ni, sila lah rajin kan jari anda tu untuk klik banner kat atas nun.

Okayla, thats all from me! Bye and adios :)







Monday, September 15, 2014

450. How to forget..



Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hati aku masih mengharap padanya!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari depan mata!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari dilayan baik-baik saja!

Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Aku patut lupa,
Sebab dia bilang tak pernah suka!

Aku patut lupa,
Sebab bukan salah dia tapi hati aku punya angkara!

Aku patut lupa,
Sebab jurang kami terlalu banyak bedanya!

Aku patut lupa,
Sebab perbezaan usia yang amat ketara!

Aku patut lupa,
Sebab kami berlainan bangsa dan agama!

Aku patut lupa,
Sebab itu yang sepatutnya!

Tolonglah hati,
Tolonglah lupakan dia!





Wednesday, September 3, 2014

Love hurts isn't it?



entah!
tak rasa apa-apa pon...
I think i'm okay

but!
why i feel like something is missing...
deep down inside my heart

Aneh!
satu perasaan yang sukar untuk dimengerti...
sukar untuk ditafsirkan

heartbreak?
tapi orang lain punya heartbreak menangis bagai nak rak..
jerit sana-sini, merayu minta dikasihi, paling-paling ugut nak bunuh diri (minta simpang)

Aku!
i dont feel like crying, or shouting..
or hurting myself or anything else

Just!
I just feel like not doing anything...
Am i miserable?

statik!
masa seolah lambat berlalu...
Am i miserable?

I think!
this song suit me well...
my feeling is just like the melody itself..

Again!
Am i miserable?
which is I'm hoping that I'm not..










Monday, September 1, 2014

When U think HE's the ONE for you...



BUT he's NOT!
 
and I believe, ALLAH knows the best :)
 
 
Baru-baru ni, saya telah membuat sesi 'luahan hati' pada seseorang. Yup, confession of love! Benda yang kedengaran agak mustahil pada mereka-mereka yang mengenali diri saya.
 
Sifat pemalu saya yang sangat extreme, sering menjadi batu penghalang. Dan kerana itu, saya lebih memilih untuk memendamkan sahaja perasan dari membiarkan orang yang saya 'cinta rahsia' itu tahu. For me, saya boleh mati kalau mereka dapat tahu tentang itu (secara harfiah-nya)..such a coward!

Dan inilah pegangan saya selama ini, selama 30 tahun saya diberi nafas untuk hidup...Dan selama itu jugalah, satu-persatu mereka yang berjaya mencuri hati saya secara diam-diam...pergi dari hidup saya. Tanpa sempat saya tahu apa isi hati mereka. Mungkin suka! Mungkin juga tidak!
 
Namun akhirnya, saya lepaskan pegangan ini buat pertama kalinya. Untuk dia! Ya, untuk dia. Entah, apa yang merasuk diri saya sehinggakan saya punya keberanian seperti itu. Walau saya tahu jurang kami terlalu banyak dan terlalu besar untuk dihitung-kira, tapi...saya tetap teruskan niat. Instinc yang terlalu kuat! Saya sudah muak untuk menyesal tanpa usaha. Sekurang-kurangnya, saya akan mendapat  jawapan yang pasti kepada setiap persoalan hati ini.

Yes! I did it!

Unbelievable!..but I did it!

Saya sendiri pun seolah-olah tak percaya dengan semua ni! Well, the answer is 'NO'..something that I've expected! But I've prepared myself for this...its taking me months to prepared myself for the 'NO'. Btw, he's such a gentlemen. The answer he gave me and the way he make me feel after the rejection is such a good thing. And we both act like nothing happen between us..just like before the confession. I feel so relieve!

Lega! Tapi tipulah kalau saya cakap saya lansung tak rasa kecewa kan...but I take it positively!



it takes a minute to have
a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to
forget someone.





 

Monday, October 15, 2012

Sebuah kisah klasik untuk masa depan


Sandarkan pada kenangan....

Entri ini ada kaitanya dengan kisah yang lalu. Pada bulan persis begini empat tahun yang lalu, aku merungkaikan sezarah rasa hati di alam maya. Ianya biasa-biasa sahaja. Ya, biasa-biasa sepertimana tuan blognya yang juga seorang gadis biasa-biasa. 

Tentang apa ya? Tentang sesuatu yang biasa-biasa aja. Entri tentang kita-kita. Hurm, masih tetap tersimpan teguh dalam entri yang lalu. Insyaallah, selagi aku termampu akan aku cuba untuk simpan selama-lamanya. Pasti rugi besar kalau mahu dideletekan kenangan-kenangan itu. Entri-entri terdahulu mengingatkan kita betapa gembira, alpa, phatetic, berhati kuat waima naifnya kita dahulu. Suatu perasaan yang tak akan dapat dijual beli walau dengan wang ringgit sekalipon. Mungkin boleh..tapi tahannya pasti seketika cuma. Does not last forever!

Biar pahit. Biar manis. Biar terdera hati. Biar senyuman tak lekang di bibir. Biar kita tahu bahawasanya itu semua yang mencorakkan diri kita menjadi kita yang ini. Berjaya? Mungkin masih terlalu jauh. Namun, sedikit sebanyak sudah boleh bawa secebis senyuman dalam hati. Bersyukur! Itu yang paling utama.

Tentang entri itu, aku telah akhirinya dengan satu persoalan. Persoalan yang tidak bisaku jawab ketika itu, namun akan terjawab di masa depan. Macam back to the future pulak rasanya. Apa-apa pon, dalam tempoh empat tahun ini pelbagai peristiwa aku lalui and I believe same goes to everybody. Kita dah semakin matang. Betulkan? Sekarang aku sudah sedikit jelas dengan persoalan-persoalan yang timbul waktu dulu-dulu itu. Jawapan-jawapannya semakin terbuka luas di depan mata. Just have Faith in HIM. Kerna DIA pasti sudah punya rencana untuk kita-kita. Oleh itu , Smile!

Oklah. Seperti entri yang lalu, entri ni juga mahu diakhiri dengan persoalan. Siapakah aku dimasa akan datang? Mungkin dalam tempoh masa dua tahun? lima tahun? atau sepuluh tahun lagi? Adakah, aku akan tetap menjadi orang yang sama? Mari berimaginasi :)


Your Truthfully,
masih gadis yang sama



Saturday, July 10, 2010

::hati yang emosi::


.bila rindu bertamu pada si dia yang tak tahu.
...haisshh...




Saturday, March 20, 2010

::saye pikir saye baru saja retakkan dua hati lelaki::


..MAAFKAN SAYA..
.menolak kalian.
.kerana.
..saye belom sedia..
..seseorang terlupe untuk kembalikan hati saye setelah die mencuriknye tanpa sengaja..

kamo...
kamo mungkin baca blog saye ni...sbb kamo pernah beritahu saye dulu yang kamo pernah terbaca,
jadi kalau kamo sedang baca ini, saye betol2 mintak maaf...mungkin hati saye bukan untuk kamo. lagipon kita tidak saling kenal, hanya mengenali atas dasar keluarga...jadik maaf yea.

kamo yang satu lagi...
saye tak pasti kamu sedar atau tidak tentang kewujudan blog saye ni,
tapi tetap juga mahu cakap sorry pada kamo...dan berhenti berharap please. mungkin saye terima sekiranya kawan yang kamo hulurkan...tapi untuk lebih dari yang itu, maaf...saye memang tak boleh.


jadi kepada kalian berdua,
...hanya maaf seikhlasnya yang mampu saye katakan...

..beribu-ribu maaf..


Thursday, October 15, 2009

::kehairanan bertandang atas sikapnye::



kenape dengan die...??

knape die buat macam tu...??

ape maksud die...??
ade maksud tersirat yang mahu die sampaikan pade saye ke...??

die marah...??
die benci...??
tapi kenapa die perlu marah...??
kenapa perlu die benci...??
kecuali lah kalau die....

ke die buat semue tu sebab nak tunjukkan rase ketidakpuasan hati die kat saye ni...??
atau mungkin die berkecil hati dengan sikap saye...??

saye ke yang salah...??
tak, saye tak salah...die yang salah! saye jauhkan diri sebab sikap die.
Salah saye mungkin cume sepi tanpa berita. Sepi tanpa beritahu salah die. Tapi die patot tahu kenapa saye menjauhkan diri. Sikap macam tu susah nak diterima okay. Mak selalu pesan, kawan kawan juge...sikap kaum adam yang macam tu harap-harap dijauhi, sebab nanti merana hati...

ekceli..is he refering all those thing to me...??
betol-betolkah die tujukan untuk saye...??

pelikkkk....
atau mungkin saye yang terlebih sensitip gamaknye...
ntah ntah, langsung tiade kaitan dengan saye kot...perasan lebih jek cik rosmawar ni,

bluweekkk...
kalau die tahu pasti die muntah darah atas tahap keperasanan saye yang tinggi ni...adoiiyaiii!

ape lah yang saye merepek ditengah-tengah malam ni...

okay fine, saye ngaku saye rindu die...benci la ade perasaan macam ni pade seseorang seperti die~!



Friday, July 31, 2009

::nak senyum ke tak nak::



...the day before yesterday, and today...

HE really made my day...walaupun sebenarnye budak tu tak tau pon bahawasanye die dengan secara tak sengajanye telah membahagiakan hari2 saye,ececeh~!

=)



* tibe2 terlintas kate2 ni kat dalam kepala otak saye nih...friends should be stick together not to be stuck together, so rosmawar~! move on please, jangan stuck lame2 nanti jauh ketinggalan...semue org dah maju kedepan oke,

Owh anyway...kalu mcm tu, ade sesiape mo jadik org2 kesayangan saye yg baru~? p/s: yang lame TETAP tersemat erat kat dalam hati saye ni, siyesly~! cume kadang2 mo juga nikmati angin hidup yang baru =)



Thursday, July 16, 2009

::S.I.L.L.Y. me::



Adoiyaiii…tak tau kenape, malam ni tetibe jek saye teringatkan Mr. Sweet Talker. Angen apa ntah yang buatkan saya terkenangkan die. Penangan novel yg saye baca tadik barangkali (saye nih cepat jek terbawak2 cerite ke movie ke, dalam hidup)...Haaaiiisshhh, saye rendu banyak same die,huhuhu…rase2, die rendu tak same saye? Entahla, dah lama gila jugak kami tak mesej2, sejak dari hari itu sampailah saat ni... merembes jugaklah air mate saye nih dalam sebaldi dua bile memikirkan die (saje jek nak exaggeratekan cerite lebey-lebey,hahaha)…Haiishh, wahai sang hati kenapelah maseh dok ingat-ingat lagi kat die~! Ku pikir dah lama die hilang, rupanya tidak, masih lagik tidak melupakan die sepenuhnya...Tapi, mungkin lebey elok begini. Perasaan rendu ni lebey baik dari perasaan sakit hati bila membiarkan die terus-terusan mempergunakan saye…As conclusion, Cik Rosmawar... sila lupakan dia oke~!

Bercakap soklan rendu-rendu nih banyak pulak idea saye nak merepek meraban kat sini. Anyway, dah lamakan saye tak cerite pasal budak tu~? Maseh ingat lagi pada budak tu~? Hurmm, nak tau ape yg terjadik kat die tak? Hahaha, ekceli xdok la berlaku apa2 pun antara kami...seperti biasa, saye asyik dok menahan perasaan saye supaya tak terus-terus suke same die walaupon semaken hari jadik semaken suke jek...dan budak tu pulak macam biasalah, tidak banyak menunjukkan reaction2 yang boleh membuatkan saye perasan yang die suke same saye (hurmmm...ada la empat lime perkara sbenarnya yang terjadik sepanjang saya tidak berblog-blog ni... lalu membuatkan saya kompius2 selalu)...Apa-apa pun, keadaan seolah2 sengaje jek nak menemukan kami, hahaha (dah macam cerite dalam novel la pulak, exaggerate lagik).

Haaissshh, dalam dok suke2 budak tu yang belum tentu suke same saye...ade la pulak masalah laen yang timbul (dah la masalah2 dalam hidup saye ni dah sememangnye banyak) Poning-poning kepala nih memikirkan, hoho~! Ceritenye begini, ade kawan saye nih macam dah tersuke kat saye. Betolkah~? kuang kuang kuang...Hal ini diperkukuhkan lagi oleh seorang lagi rakan saye yang pernah terdengar bahawasanye Mr. x ini pernah menyuarakan pendapatnya nak mengorat saye (baru2 ni)...owh tidakkkk~! Saye ingat die maen-maen jek tapi bile saye dah rase Mr. x ni dah berubah sikap saye jadik percaya...alamak ai~! camner nak buat nih~! Mati kutu seketika...

Saye boleh dikatakan kawan baik jugaklah dengan si Mr. x ni. He's a nice guy oke cume saye je yang tak oke sbb boleh anggap die stakat kawan jek... Mula2 saye ingat biase-biase tapi perlakuan dia memang laen macam, awal2 kenal dulu selamber jer tapi sekarang nih dah tak macam selalu, agak kontrol2 sket......the worst thing is seminggu dua nih dia asek layan saye semacam jek...ajak gi tengok wayang berdue lah, sembang pun nak rapat2.

Adoiiiyaiii~! memang tak selesa gile oke...dulu saye boleh selambe jek depan Mr. x ni, macam saye layan kawan-kawan lelaki yang laen (yang mane rapat dengan saye je lah, yang tak rapat saye akan malu2 tak tentu pasal sampai nak bukak mulut nak bercakap pun tak berani...macam mana tu..), saye siap boleh buat lawak bodo and boleh bertepuk tampar lagi tapi skang nih macam terpaksa kontrol2 la pulak, saye maseh cube act seperti biase di depan die tapi ade jugak part2 yang saye tak boleh nak bendung kejanggalan saye itu, contohnye bile dok berdue jek dengan die, gile tak tau nak pandang mana, nak cakap apa, serius macam org tak keruan...Saye takot, mungkin layanan saye kat die membuatkan die salah paham kot, I dun know,huhu... Saye memang macam nih, bile dah kenal rapat jadik perangai over2 sket (tak caye tanye kawan2 yang kenal saye), kawan2 lelaki pun saya layan macam kawan2 perempuan jek...Salah saye barangkali~

apa patot saye buat~? Gile buntu dibuatnye...harap2 die tak suke kat saye lah, senang sket cerite tapi kalu Mr. x ni betol2 suke saye macam mana~? Apa harus saye buat~? Kalau masa zaman2 sekolah dulu, senang jek...bile saye tak suke, saye akan cube mengelak seboleh yang mungkin Kesian jugak kat kawan sekolah saye yang sorang nih...Bile saya dapat tau jek die suke saye, terus saya tak nak jumpa die...kalau saye nampak die dari jauh saya akan patah balik atau melarikan diri supaya tak berselisih (naseb baik kami laen2 kelas). Saye tau die tahu saye cube mengelak...kejamkan saye~! (maklumlah zaman tak matured lagik) . Entah apalah yang firdaus buat sekarang nih yeah...

Berbalik kepada cerite Mr. x tadi, takkan saya nak buat perkara yang sama...Patotkah saye berterus-terang dengan die..tapi saye takot die terluke (saye tak nak kehilangan kawan sebab hal yang remeh nih...dah lah saye tak banyak kawan lelaki, maklumlah tahap malu saya sangat besar oke). Adoiii susahnye la mau cari jalan penyelesaian. Saye rase saye patot berterus-terang dengan die tapi saye tau kat depan die nanti mesti tak terluah punyelah,huhu (ini berdasarkan kepada beberapa masalah saye yang masih lagi belom selesai... semuanya gara2 saye maseh takleh nak luahkan apa2 jek yang tersirat kat hati saye nih) Ya Allah, Kau berilah keberanian dan kekuatan untuk aku berbuat demikian, permudahkanlah segala urusanku AMIN...





wah, entry kali ini memang agak panjang dan mungkin boleh mengundang kemeluatan atau kebosanan pada minda-minda anda, BEWARE~!

padahal saye nak cakap pasal satu benda ni jek,

sebenarnye...saye RENDUkan semue ORANG yang saye SAYANG~!



Friday, June 12, 2009

::sialan~! harap bunyiknya tidak kasar::



"Mr. Sweet Talker" sms aku...
tanya soklan yang rasanya takdak kaitan pun...

aku campak anset jauh2,
aku takmo pandang lansung ke arah itu...

aku cuba bertahan~!
jangan balas~!
takmo balas~!

perlu bertahan~!




5 minit...







10 minit...









15 minit...











20 minit...













sejam...












tapi akhirnya,
kekunci anset daun aku tu...tetap jugak aku tekan,
dan...

aku membalasnya~!
demmit~!


T_______________T




itulah aku~! lemah~! sangat lemah~! Mudah sangat mengalah dan mengaku kalah~! Sebenarnya, aku tak sampai hati biarkan org2 yg msg aku tertunggu2 tanpa balasan walaupun ketika itu aku tengah marah gila2 atau merajuk muncung2 panjang sekalipun~! Sebab aku tak suka perasaan tertunggu2 itu jugak...Jadik, aku pasti akan membalasnya...penentu untuk menerima balasan sms dari aku hanya cepat atau lambat sahaja...

same goes to phone call...walaupun aku taknak angkat, tapi last-last aku akan jawab jugak~! That is ME~! Aku menci~! Kunun2nya nak merajuk lama2...nak marah2 tahap dewa...nak protest2 tunjuk perasaan hati...nak melupakan certain2 people yang kununnya telah sakitkan hati aku... tapi last2 aku tetap akan mengalah~! Hati aku mudah sejuk dengan pujukan, mudah disogok dengan ayat2 manis...menci~! Mereka yang rapat dengan aku, tahu aku ini orang yang bagaimana...betul tak~!

anyway, aku akan tetap mengalah dan terus mengalah~! tak sampai hati nak buat orang sakit hati sebab tindakan aku...tak sampai hati nak buat org sedih sebab percakapan aku...tak sampai hati nak buat org itu dan ini walaupun sometimes aku tetap juga sampai hati buat perangai kat org2 tertentu, tapi tak lama dan tak selalu okay...[agaknya, bila kita sayang kat certain2 org, kita memang selalu jek nak buat perangai dengan diorng yeah~? susah mo mengerti sikap itu...apa-apa pun, AMPUN yea~!

adushhhhh~! perasaan ini memang selalu buat aku lemah dan kompius~ aku menci~!





* maaf kawan2...aku memang tengah dalam proses melupakan "Mr. Sweet Talker" itu...walaupun aku pernah cakap aku belum betul2 jatuh hati pada dia tapi tetap juga perlukan waktu... aku tak kuat dan tak tetap pendirian, aku akan cuba lupakannya secepat mungkin~!




Thursday, June 11, 2009

::ada apa denganmu::



hahahaha~!!
adushhhh~!!




Haiisshhh~!! ujian...ujian. rosmawar...kuatkan hati kamu~! apa lah naseb, dalam dok mau lari-lari dari budak ni, tup tup, terkena satu kumpulan la pulak, damn~! Ini sudah dikira simpton-simptom bahaya nih...bisa mengundang nahas kat hati akuh ni~! huhu..

apakah ini satu lawak, owh~! owh~! atau...permainan hidup agaknye...tapi siyesly, permainan ni tak beshhh okay, langsung tak mendatangkan gembira...kalau kalah, hati hancur macam debu. Kalau menangpun, mesti terasa mcm sedikit tak best jugak...sebab aku tengah kompius tahap gaban.

Nak kata suka, macam menyampah..tapi nak kata tak suka, kadang-kadang macam suka. so,
SUKA atau TAK SUKA~? kalau suka, SUKA BANYAK ke SUKA SIKIT~! Kalau tak suka, TAK SUKA BANYAK ke TAK SUKA SIKIT~! neenooong neeenoonggg~!! pening-pening... (cik rose, jangan nak merepek panjang berjela okay)

T______________T


Haaiiishhhh~! tapi nape disaat2 aku cuba menghindar, semakin dekat pulak dia nak datang...shoooowhhh~! shooooowhh~! pergi main jauh-jauh...jangan rapat-rapat okay,
~_^


saya mahu menang dalam pertarungan ini walaupun pertarungan ni hanya pertarungan sebelah pihak sahaja, lagipun budak tu tak tau pun hati kuh tengah bertarung sebab dia, kalau dia tau pasti dia gelak sakarstik...gelak guling-guling atas lantai kebanggaan sambil kembang-kembang idung, damn~! ....apa-apa pun, hati~! jangan biar cair okay, chaiyok-chaiyok~!



* hati SAYA masih belum sembuh, gara-gara MR. SWEET TALKER~! He takes me for granted, hate him~!




Sunday, June 7, 2009

::tentang seseorang lelaki yang lain::



7.56 am
"....bgn.bgn. ada hal neh"

"Bgn3, pat"


".... terlanggar kete org nih...bla,bla,bla,..."

hahahahahahahahah
hahahahahahhahaha
hahahahahahhahahah
hahahahahahahahha
hahahahahhaahhaha
hahahahahahahahaha



T_______T




terasa BODOH sangat~! Bodoh kerna membiarkan diri dipermainkan..sekali lagi~! bukan sekali 'kamu' buat macam tu...masuk tadi, dah dua tiga kali okay. And now, tetiba macam tersedar......aku terasa 'kamu' sengaja mahu mempergunakan 'aku'...rapat 'kamu' ada kepentingannye kan~? Please..tell me the truth, 'Mr. Sweet Talker~!

I feel bad right now
='(

I hate you 'Mr. Sweet Talker',
Hate you very much...


Ouch~!
Damn~!


(a bit heartbreak...by the way, thank GOD~! I'am not fully/totally falling in luv with you, 'Mr. Sweet Talker')

adakah aku terlalu negative pemikirannya...mungkin kali ini tidak~! Aku pasti tentang itu~!

'Mr. Sweet Talker'~!
this time, you are too much...


Do I look STUPID to you, 'Mr. Sweet Talker' ~?
Do I look so naive to be foolish by you, 'Mr. Sweet Talker' ~?
Do I look I am so easily to be used all the time by you, 'Mr. Sweet Talker'~?


owh,
I dunt want to be STUPID anymore~!
again and again...


and you, 'Mr. Sweet Talker'~!
Dun you ever2 try to think that you can foolish me again..
JANGAN HARAP 'this loving girl' AKAN BIARKAN KAMU GUNAKAN DIRINYA LAGI
kamu ingat, dengan mulut manis kamu tu...
aku akan terus hulurkan bantuan~!

Na~!!

pergi B*RAMB*S~!
pergi J*HAN*M~!
pergi M*MP*S~!
[...keluarga saya tak ajar saya untuk memaki hamun orang...]
anyway,
no more loving and caring girl, 'Mr. Sweet Talker'



....



maybe I should say GUD BYE to you...
GUD BYE to my 'Mr. Sweet Talker'...




* why! why, I'm always found lelaki2 yang macam tu...I know, manusia tak perfect but...urghhhh~! Anyway, because of this, ari nih... I'm shopping like HELL~! I bought 5 t-shirt, 1 sweater and 2 kemeja [I think, shopping satu terapi yang baik kan~!]



Monday, December 8, 2008

::Salam Aidiladha::


kepada semua blogger2...
dan juga seluruh umat ISLAM disetiap pelusuk dunia,
salam AIDILADHA saya titipkan disini,
di blog ini...

Semoga AIDILADHA kali ini membuka lembaran baru buat kita semua ;)

Sunday, October 12, 2008

.::I miss someone::.


::the worst feeling in the world is to be missing someone
when your sitting right beside them knowing you cant have them::


me and myself~rose~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...