Pages

Monday, October 15, 2012

Sebuah kisah klasik untuk masa depan


Sandarkan pada kenangan....

Entri ini ada kaitanya dengan kisah yang lalu. Pada bulan persis begini empat tahun yang lalu, aku merungkaikan sezarah rasa hati di alam maya. Ianya biasa-biasa sahaja. Ya, biasa-biasa sepertimana tuan blognya yang juga seorang gadis biasa-biasa. 

Tentang apa ya? Tentang sesuatu yang biasa-biasa aja. Entri tentang kita-kita. Hurm, masih tetap tersimpan teguh dalam entri yang lalu. Insyaallah, selagi aku termampu akan aku cuba untuk simpan selama-lamanya. Pasti rugi besar kalau mahu dideletekan kenangan-kenangan itu. Entri-entri terdahulu mengingatkan kita betapa gembira, alpa, phatetic, berhati kuat waima naifnya kita dahulu. Suatu perasaan yang tak akan dapat dijual beli walau dengan wang ringgit sekalipon. Mungkin boleh..tapi tahannya pasti seketika cuma. Does not last forever!

Biar pahit. Biar manis. Biar terdera hati. Biar senyuman tak lekang di bibir. Biar kita tahu bahawasanya itu semua yang mencorakkan diri kita menjadi kita yang ini. Berjaya? Mungkin masih terlalu jauh. Namun, sedikit sebanyak sudah boleh bawa secebis senyuman dalam hati. Bersyukur! Itu yang paling utama.

Tentang entri itu, aku telah akhirinya dengan satu persoalan. Persoalan yang tidak bisaku jawab ketika itu, namun akan terjawab di masa depan. Macam back to the future pulak rasanya. Apa-apa pon, dalam tempoh empat tahun ini pelbagai peristiwa aku lalui and I believe same goes to everybody. Kita dah semakin matang. Betulkan? Sekarang aku sudah sedikit jelas dengan persoalan-persoalan yang timbul waktu dulu-dulu itu. Jawapan-jawapannya semakin terbuka luas di depan mata. Just have Faith in HIM. Kerna DIA pasti sudah punya rencana untuk kita-kita. Oleh itu , Smile!

Oklah. Seperti entri yang lalu, entri ni juga mahu diakhiri dengan persoalan. Siapakah aku dimasa akan datang? Mungkin dalam tempoh masa dua tahun? lima tahun? atau sepuluh tahun lagi? Adakah, aku akan tetap menjadi orang yang sama? Mari berimaginasi :)


Your Truthfully,
masih gadis yang sama



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...