Pages

Sunday, October 21, 2012

Today breakfast: Recipe Ala Western :)


Anneyong haseyo and Salam guys^^

Semalam roomate saya demam, so hari ni plan buat breakfast untuk dia dan housemate yang lain jugak [tapi yang ada kat umah jelah kan].

Well, today breakfast saya buat ala-ala western gitu. Senang je nak buat. Jimat pon jimat. Jom tengok macam mana nak buat benda alah ni :)



Telur dadar/Omelette
Telur 4 biji
Tomato 1 biji dipotong dadu
Bawang Besar 1/2 biji dipotong dadu
Daun bawang dihiris halus
Lobak merah diracik halus
Mayonis 2 sudu besar
Sedikit garam / Penambah perisa

Sos Cili Mayonis  [recipe daripada my roomate- Khai]
Sos cili
Cili padi 2 biji dihiris halus
Daun Bawang dihiris halus
Mayonis
Sedikit lada sulah


Cara-cara membuat:
Mudah je. Telur dadar ni lain sikit dari yang SEBELUMNYA.  Untuk yang ini, campurkan kesemua bahan-bahan dan pukul sehingga sebati. Kemudian, panaskan kuali leper dan goreng telur macam biasa.

Untuk sos pon sama, kesemua bahan dicampurkan sekali dan dikacau sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.

French Fries tu boleh didapati di kedai-kedai berhampian yea. Balik rumah, cuma perlu goreng dan tabur dengan sedikit garam. Cara-cara untuk buat potato salad pulak, kamu-kamu boleh klik dekat SINI yea.



Senangkan? So, selamat mencuba..Bye bye^^





4 comments:

Aishah Jahirah said...

yg penting senang n cepat dimasak....:)

Cik bunga mawar said...

jimat pon jimat hehe^^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah ada resepi kt sini...boleh try ni hiks

Cik bunga mawar said...

cer la try..senang je nih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...