Showing posts with label emotion. Show all posts
Showing posts with label emotion. Show all posts
Tuesday, October 14, 2014
461. Fainted
Seminggu cuti, 3 KG naik!
Gila.
Seriously!
Monday, October 13, 2014
459. Sudah sejauh ini kakiku mengorak langkah
I'm proud of myself!
(pat on the back!)
From a clueless-young-girl-which-always-lack-of-confident-and-afraid-to-face-the-future-alone, to what I'm today :)
(senyum selebar-lebarnya)
Thanks to all my-precious-previous-entry. They have thought me a lot. I have learned to appreciate more! and not to take people/things for granted.
Kita selalu diajar: Jangan dikenang perkara yang lepas, sebab takut-takut merosak diri. Tapi kadangkala kita perlu juga menoleh kebelakang; bukan untuk memberatkan jiwa dan fikiran, tapi untuk sentiasa menjadi pegangan kita untuk lebih beringat, dan untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.
Membaca entry-entry yang lepas, especially those in 2008 and 2009 (most of the entry yang berendamkan-air-mata) membuatkan saya ketawa. Too naive maybe!
And I just realize that I have a lot of crush! (Erk! tapi sampai sekarang pon masih single). Crush to remains as a crush! Ohhh Ohhh..By the way, the biggest progress/changes in my-love-life-matter (so far) is.....that I've made a love confession (once) to my crush! and It didn't killed me! Though it's a one-side-love (rejected - and I'm struggling to get over him right now), I still can smile widely and live my life confidently. Couldn't agree more with the below quote:
"sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya"
Daejoubou Rose-chan! Everything happen for a reason. And there is always a silver lining in every dark cloud.
Whatever it is, I'm celebrating the past and embracing the future! May Allah ease everything and always guide us! Let's live life to the fullest guys!
Gambarimasu Rose-chan!! Fight-on!
(smile widely)
Labels:
banyak masa,
crush,
emotion,
feeling,
Forever Love,
friends,
hati,
heart,
love,
love life,
me and myself,
memori,
soal hati,
someone
457. I'm getting over him
Its easier said than done!
Susah (titik)
Monday, September 15, 2014
450. How to forget..
Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!
Bagaimana nak lupa,
Kalau hati aku masih mengharap padanya!
Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari depan mata!
Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari dilayan baik-baik saja!
Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!
Aku patut lupa,
Sebab dia bilang tak pernah suka!
Aku patut lupa,
Sebab bukan salah dia tapi hati aku punya angkara!
Aku patut lupa,
Sebab jurang kami terlalu banyak bedanya!
Aku patut lupa,
Sebab perbezaan usia yang amat ketara!
Aku patut lupa,
Sebab kami berlainan bangsa dan agama!
Aku patut lupa,
Sebab itu yang sepatutnya!
Tolonglah hati,
Tolonglah lupakan dia!
Labels:
banyak masa,
confession,
crush,
emotion,
feeling,
Forever Love,
heart,
life,
love,
love life,
me and myself,
soal hati,
someone,
wish
Wednesday, September 3, 2014
Love hurts isn't it?
entah!
tak rasa apa-apa pon...
I think i'm okay
but!
why i feel like something is missing...
deep down inside my heart
Aneh!
satu perasaan yang sukar untuk dimengerti...
sukar untuk ditafsirkan
heartbreak?
tapi orang lain punya heartbreak menangis bagai nak rak..
jerit sana-sini, merayu minta dikasihi, paling-paling ugut nak bunuh diri (minta simpang)
Aku!
i dont feel like crying, or shouting..
or hurting myself or anything else
Just!
I just feel like not doing anything...
Am i miserable?
statik!
masa seolah lambat berlalu...
Am i miserable?
I think!
this song suit me well...
my feeling is just like the melody itself..
Again!
Am i miserable?
which is I'm hoping that I'm not..
Labels:
confession,
emotion,
feelings,
hati,
heart,
journey,
love,
love life,
me and myself,
myself
Monday, September 1, 2014
When U think HE's the ONE for you...
BUT he's NOT!
and I believe, ALLAH knows the best :)
Baru-baru ni, saya telah membuat sesi 'luahan hati' pada seseorang. Yup, confession of love! Benda yang kedengaran agak mustahil pada mereka-mereka yang mengenali diri saya.
Sifat pemalu saya yang sangat extreme, sering menjadi batu penghalang. Dan kerana itu, saya lebih memilih untuk memendamkan sahaja perasan dari membiarkan orang yang saya 'cinta rahsia' itu tahu. For me, saya boleh mati kalau mereka dapat tahu tentang itu (secara harfiah-nya)..such a coward!
Dan inilah pegangan saya selama ini, selama 30 tahun saya diberi nafas untuk hidup...Dan selama itu jugalah, satu-persatu mereka yang berjaya mencuri hati saya secara diam-diam...pergi dari hidup saya. Tanpa sempat saya tahu apa isi hati mereka. Mungkin suka! Mungkin juga tidak!

Namun akhirnya, saya lepaskan pegangan ini buat pertama kalinya. Untuk dia! Ya, untuk dia. Entah, apa yang merasuk diri saya sehinggakan saya punya keberanian seperti itu. Walau saya tahu jurang kami terlalu banyak dan terlalu besar untuk dihitung-kira, tapi...saya tetap teruskan niat. Instinc yang terlalu kuat! Saya sudah muak untuk menyesal tanpa usaha. Sekurang-kurangnya, saya akan mendapat jawapan yang pasti kepada setiap persoalan hati ini.
Saya sendiri pun seolah-olah tak percaya dengan semua ni! Well, the answer is 'NO'..something that I've expected! But I've prepared myself for this...its taking me months to prepared myself for the 'NO'. Btw, he's such a gentlemen. The answer he gave me and the way he make me feel after the rejection is such a good thing. And we both act like nothing happen between us..just like before the confession. I feel so relieve!
Lega! Tapi tipulah kalau saya cakap saya lansung tak rasa kecewa kan...but I take it positively!
Yes! I did it!
Unbelievable!..but I did it!

it takes a minute to have
a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to
forget someone.
Monday, January 28, 2013
Detik-detik terakhir seorang hamba ALLAH - Siti Hajar
Saya terbaca kisah ini di blog Di Sini Bermula. Subhannallah! Menurut admin Di Sini Bermula, cerita ini ditulis oleh ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Semoga perkongsian ini dapat membawa kebaikan kepada kita semua.
6 Jan 2013 (Ahad)Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.“Orang azan kot” tingkah saya.Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.Kami tanyakan "kenapa senyum?”Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”."Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI HAJAREngkau bermula dengan sengsaraDalam mencari bahagiaTerasa bagai bayang bayangGelap walau di suluh cahayaPepasir pantai pun berubahPabila HAKIKAT melandaKetenangan yang kau cariTerpancar di lorong sufiKelunakan tangisan kasihmuDalam simpuhan ketaatanBagi mengharapkan keredhaanDarimu TUHAN pencipta AlamSungguh agung pengabdianmuKau berjaya menjadi iktibarAyuh bersama kita susuriPerjalanan kekasih Allah
Usai sahaja cerita ini saya baca, air mata mengalir laju tanpa dapat diseka. Betapa besarnya kekuasaan Allah. Dan betapa jahilnya diri saya ini dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Kisah Siti Hajar benar-benar membuka mata saya tentang betapa jauhnya saya dari syukur. Dari Redha. Baru diberi sakit sedikit, sudah mengaduh berlebih-lebihan. Walhal, banyak lagi insan di luar sana yang lebih besar dugaannya. Masyaallah! Ampunkan hamba mu ini Ya Allah!
Insyaallah, arwah pasti punya tempat tersendiri di sana. Marilah kita sama-sama menghadiahkan AL-FATIHAH untuk al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Semoga ia tenang di alam sana.
Monday, October 15, 2012
Sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sandarkan pada kenangan....
Entri ini ada kaitanya dengan kisah yang lalu. Pada bulan persis begini empat tahun yang lalu, aku merungkaikan sezarah rasa hati di alam maya. Ianya biasa-biasa sahaja. Ya, biasa-biasa sepertimana tuan blognya yang juga seorang gadis biasa-biasa.
Tentang apa ya? Tentang sesuatu yang biasa-biasa aja. Entri tentang kita-kita. Hurm, masih tetap tersimpan teguh dalam entri yang lalu. Insyaallah, selagi aku termampu akan aku cuba untuk simpan selama-lamanya. Pasti rugi besar kalau mahu dideletekan kenangan-kenangan itu. Entri-entri
terdahulu mengingatkan kita betapa gembira, alpa, phatetic, berhati kuat waima naifnya kita dahulu. Suatu perasaan yang tak akan dapat dijual beli walau dengan wang ringgit sekalipon. Mungkin boleh..tapi tahannya pasti seketika cuma. Does not last forever!
Biar pahit. Biar manis. Biar terdera hati. Biar senyuman tak lekang di bibir. Biar kita tahu bahawasanya itu semua yang mencorakkan diri kita menjadi kita yang ini. Berjaya? Mungkin masih terlalu jauh. Namun, sedikit sebanyak sudah boleh bawa secebis senyuman dalam hati. Bersyukur! Itu yang paling utama.
Tentang entri itu, aku telah akhirinya dengan satu persoalan. Persoalan yang tidak bisaku jawab ketika itu, namun akan terjawab di masa depan. Macam back to the future pulak rasanya. Apa-apa pon, dalam tempoh empat tahun ini pelbagai peristiwa aku lalui and I believe same goes to everybody. Kita dah semakin matang. Betulkan? Sekarang aku sudah sedikit jelas dengan persoalan-persoalan yang timbul waktu dulu-dulu itu. Jawapan-jawapannya semakin terbuka luas di depan mata. Just have Faith in HIM. Kerna DIA pasti sudah punya rencana untuk kita-kita. Oleh itu , Smile!
Oklah. Seperti entri yang lalu, entri ni juga mahu diakhiri dengan persoalan. Siapakah aku dimasa akan datang? Mungkin dalam tempoh masa dua tahun? lima tahun? atau sepuluh tahun lagi? Adakah, aku akan tetap menjadi orang yang sama? Mari berimaginasi :)
Your Truthfully,
masih gadis yang sama
Wednesday, September 26, 2012
Wordless Wednesday: Rindu!
Labels:
emotion,
friends,
heart,
journey,
tempat belajar
Saturday, August 18, 2012
helping hands
Dah tengok video iklan bernas tu? Sedihkan?!
By the way, tears alone will not bring away their sorrow. So, let us help those unfortunate ones on this joyous celebration by giving them a doa' and sedekah.
You can click here to visit the link to all rumah anak-anak yatim [orphanage] in Malaysia.
Hopefully, our sedekah will bring them happiness and also help us in the Hereafter. Insyallah^^
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Keindahan Ramadhan
Rose
Friday, August 17, 2012
BERNAS: Iklan Raya 2012 - The Journey
This video really touched me. Speecless! As I watching it, tears began to stream down my face.
Moral of the story: Jangan sia-siakan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu-bapa kita selama ni. Hargai mereka sementara mereka masih ada.
Nota raya: Salam Idul Fitri to all and for those who will be going back to your hometown, have a safe journey
Jom balik kampung^^
Keindahan Ramadhan
Rose
Thursday, February 2, 2012
::언니, 정말 미안 해요::
언니,
naega gotong-eul jwossdamyeon jeongmal mian haeyo : (
salang-eulo
여동생
Labels:
emotion,
heart,
kakak saya,
korea
Friday, August 20, 2010
::marah sunggoh::
haih! marah sunggoh saye hari ni dengan perangai one of my colleague. hari ni die betol2 berjaya membuatkan saye naik angin tahap dewa oke. sile bayangkan perasaan marah saye time tu mcm mane eyh. badan saye waktu tu menggigil2 dok tahan marah. muka tak payah ckp lah, mmg terase darah berderau naik ke muka. saye sampaikan terpaksa pergi toilet, duduk lama2 sebab nak redakan kemarahan yang meluap2 tu.
marah saye tu sampai ke tahap tak boleh nak pandang muke dia, sbb kalau die ada betol2 kat depan muke saye time tu mmg habis la, makan pelempang la jawabnye. Yes, I cannot control my amarah bile dah hilang kesabaran mcm tu (saye sebenarnye mmg jarang marah -
dont be a childish, boleh tak? dah kerje kot, xboleh la nak ikutkan manje awk tu saje. keje buat lah mcm keje, lagipon company tu bukannye bapak awk yg punye nak buat sesuka hati. and lagi satu, u're not a princess kat situ, u pon
semue orang anggap awk tu lemah lembut, dan diorang rase saye ni kasar. oke, fine! ade aku kesah?!?? padehal pade saye awak tu bukannye lemah lembut tp lembik, sangat lembik sampai naik rimas tau tak! diorang semue tu tak tau yang awk ni jenis "kat depan pijak semut pon tak mati, tp kat belakang lidah lagi tajam pade pisau" . well, this is
saye malas dah nak layan perangai ngade2 awk tu. ikut angin jek. bile rase nak tegur2 saye, awk tegur. bila tak nak, awk buat bodoh. tp saye tak mati pon kalau awk nak buat macam tu. perbuatan awak tu tak terkesan pon pade saye because awak tak penting sangat pon dalam hidup saye ni, just orang2 yang hadir disepanjang hidup saye ni jek. tapi kadang2 perangai awak tu irritating jugak.
and yang paling buat saye marah tadi bile tetibe tengah dok email2 ramai2 ni (email pade rakan sekerje yang same level sbb nak hilangkan stress masing2), ade satu part tu awak excludekan name saye sorang jek and benda tu obviously la membuatkan saye terpikir yang awk nak mengutuk saye ke hapa kan. kalau tidak masakan nak exclude name saye sorang je kan kan.email last yg saye dapat, awak ckp "depress dengan keje + less interest in work + unhappy in the office" and then one of our colleague plak balas "owh, meaning u're not happy working with us? so sad". right after that email, name saye ni diexcludekan, ape kes?
yang boleh saye detected benda tu bile saye nampak email2 notification dari awk masuk kat desktop budak sebelah saye. pelik pulak tetibe dlm inbox saye senyap sunyi tp email notification kat desktop org lain banyak masok. ofkos lah saye akan fikir bukan2. jangan pikir saye ni bodoh oke. (masalah orang2 kat sekeliling saye ni ialah mereka selalu anggap saye ni boleh diperbodohkan, tak tau ape2 and blur2. ke memang saye nampak mcm tu eyh)
lepas tu, one of budak lain terkantoi plak pergi reply email yang ade nama saye. memang lah saye tak tau ape isi kandungan die, tp ade something yang saye termissing apebila jawapan diorang tu mencurigakan. contoh: "on that day I puasa lah, cannot do party2" itu masih oke lg bg saye tapi bile ade satu lg email masok dari budak yang lain pulak: "bawak bersabarlah ******" saye dah jadik pelik. saye reply to all: "Am I missing something here?!?" lepas tu terus saye log pc and laju jek pergi toilet membawa perasaan marah yang membuak2.
saye tau, budak lain perasan air muke saye berubah, and diorang try to act natural with me. but I couldnt careless. When they asked me, why saye sangat diam dan tanye saye "are u oke?". dengan pantas saye jawab, I'm not oke. diorang try to buat lawak as usual nak bg saye gelak, but I dont care anymore. tp last2 saye try to control my anger la sbb bukan diorang punye sebab pon saye marah2 tp awak penyebab utamanye.
saye tak paham la kenapa awak macam tak puas hati sangat dengan saye lately ni. sbb saye baik dengan semue senior2 ke? hello, awk tu yang tak pandai nak hormatkan mereka oke, nak ikutkan sangat perangai diva awak tu. cube bayangkan, ade ke patot leader kene dengar ckp anak buah. tak boleh nak tegur sikit pon, padehal die ada hak kot nak tegur anak2 buah die kalu kite ni tak perform oke. and teguran akak tu pade saye takdelah teruk mane. and die antara org yang paling lembut ckpnye oke....awk boleh plak ckp die tegur tak kene cara, padehal die dah banyak pengalaman dalam bidang ni. itu satu hal la. banyak lg hal2 yang
for ur information, akak tu ade jugak la mengadu pasal awak dekat saye. and ramai jugak yang rase menyampah sebenarnye sampai dah tahap malas nak layan dah perangai awak yang mengade2 tu. tapi saye ni dengar jek la, tak nak tersalah komen ke hapa kan. tapi kalau ikutkan hati saye ni, mau jek saye cerite ape yang awk dok bising2 kat saye. pasal orang tu la, pasal orang ni lah. biar semue org tau perangai awk sebenarnye tp saye ni xdela sekejam tu.
pade saye....hal awk, hal awk. hal saye, hal saye. selagi orang tak masok cmpur urusan saye, and tak kacau hidup saye, selagi tu saye akan hormat die. tapi kalau dah jadik macam ni, sorry to say. muke awak pon saye malas dah nak pandang.
*uishh, panjang sunggoh entry ni. well, benda baru yang saye belajar bile dah menempuh alam bekerjaya ni adelah, sifat bermuka2. sekian. adeh, dibulan2 mulia ni tak baik marah2...astaqfirullahalazim~
Saturday, July 10, 2010
::hati yang emosi::
...haisshh...
Friday, February 12, 2010
::'second' yang membencikan::
tp....
*sad*
selalu macam ni. silap sikit saja. tapi mampu mengaburi, menutupi seribu kebaikan.
*penat*
hati saye sakit. tolonglah faham. saye benci menjadi yang 'second'. 'second' itu menyedihkan. 'second' itu membencikan.
Sunday, January 17, 2010
::peterpan akan sentiase menjadik pujaan hatiku::
saye tak suke duduk diam2 sebab saye akan banyak pikir...mungkin badan saye dapat rehat secukupnye tapi pale hotak saye tak akan pernah berhenti berehat, lepas tu mule la saye jadik emo2 tak tentu hala, huhu...yang ni memang part yang paling saye tak suke gile, jadi sile tampar muke saye 100 kali oke...
haih, layanlah bideo klip kat bawah ni. Trase macam kene jek ngan jiwe saye ketika ini....zassss!
haih, layanlah bideo klip kat bawah ni. Trase macam kene jek ngan jiwe saye ketika ini....zassss!
saye suke ini bideo klip sebab saye rasa Aril tersangat lah kacak oke:)
sekarang saye memang sangat perlukan pekerjaan, supaye saye akan bizi2 selalu dan tak payah pikir tentang hal2 yang macam ini..Mungkin saye perlukan pekerjaan2 yang bizi terok macam hari tu, pukul 8 ataupun 9 malam masih lagi di opis. Waktu sampai rumah dalam kul 11 atau 12 malam (yang ni bergantung kepada transport yang saye naik oke). Time saye sampai tu sure saye dah penat tahap dewa...dan boleh terus tido saje...
Friday, January 8, 2010
::tentang seseorang...sayelah tu::

hidup saye sentiasa dirundung stress tak henti-henti...penat, memang penat. Sometimes trase macam heroin dalam cite2 Korea plak kan, hahahaha...perasan dowh :) Lantak ler saye nak perasan tahap ape pon...bukannye saye tulis2 kat blog org len kan, ahaks (sile muntah darah kalau nak oke...saye tamarah)...
tadik selesai menghadiri interview, saye banyak berfikir...macam-macam yang singgah kat dalam pale hotak saye ni, kalau ikut kan hati mau saje jalan sensorang di Bukit Bintang atau Pavillion... Jalan2 tak tentu hala sensorang memandangkan dah ade kat situ kan...

TAPI, saye ni bute sikit bab2 jalan di KL nih (ekceli, jalan2 di Malaysia la secara am nye,hoho), nanti kang kalau ade orang chulik saye macam mana?! hakhakhak... (itu pon sempat singgah kat dalam pale hotak ni oke)
Jadik, saye padamkan niat saye tu dan terus pulang ke Shah Alam smule. Haishhh, masih tak puas hati lagi..sebabnye hati saye masih mahu belom pulang. Apa yea?! Hurmm....tetibe saye buat keputusan nak memanjakan diri seketika. Saye singgah di PKNS dan dengan konfidennye saye teros pergi melakukan facial treatment, hahaha (buat yg biase2 ajek..facial + die ade wat urutan kat bahu skali)...terasa sangat lega oke, wiu~
Well, mase saye buat facial tu die pasang puisi kat bawah ni..tetiba saye trase ianye seperti sedang mengrefleksi pemikiran saye pade mase itu....
Labels:
emotion,
feelings,
heart,
me and myself
Monday, December 28, 2009
::ini sambungan cerita cinta yang dulu::
Aku dan Cinta...
Sambungan-Aku dan Cinta...
Sambungan ke 2 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 3 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 4 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 5 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 6 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 7 - Aku dan Cinta...
Tamat - Aku dan Cinta...
Tahun 2007 sehingga penghujung 2009,
Tahun 2007, sedikit demi sedikit aku cuba lenyapkan E-dil dari hidup aku. Memang sudah mustahil lelaki itu bakal jadi milik aku lagi. Sedih, memang sedih tetapi itu semua sudah tersurat yang dia bukan milikku. Tahun pertama perkahwinannya, E-dil tetap bertandang kerumahku bila hari raya menjelang, namun kali ini dia membawa isterinya bersama untuk dikenalkan pada mak dan ayah aku. Bayangkan perasaan aku diwaktu itu. Sedih. Mungkin selama ini E-dil tidak pernah menyimpan perasaan padaku. Aku yang lebih-lebih barangkali.
Ketika E-dil bertandang, aku berada di dapur menolong kak Ita memotong sayur-sayur untuk dibuat kuah lontong. Tiba-tiba mak bersuara. Mak suruh aku hidangkan air pada mereka. "ros...pi hantaq ayaq kat depan tu, E-dil datang,"
Aku toleh sedikit ke arah ruang tamu. Kelihatan ayah dan E-dil sedang berbual-bual. Wajah isterinya aku tak nampak kerana terselindung di balik langsir.
Aku enggan sebab aku tak mahu bersedih tentang itu. "ala, malas la...oqang tengah hodoh ni." Kebetulan ketika itu aku masih memakai baju biasa-biasa. Terasa begitu malas sekali mahu mengenakan baju raya.
Macam-macam alasan aku bagitau mak. Akhirnya Ida yang jadi mangsa untuk hidangkan air serta ketupat rendang. Aku tarik nafas lega. Ya, aku langsung tidak berkesempatan untuk melihat wajah isterinya. Mungkin lebih baik begini, bisik ku.
Dan selepas hari itu, aku sudah tidak ketemu sama dia lagi. Cerita tentang dia pon sudah tidak kedengaran lagi. E-dil juga sudah jarang pulang ke rumah neneknya. Mungkin sangat jarang sehinggakan aku tak pernah melihatnya lagi selepas 2007 itu. Kadangkala pernah juga berharap agar dia datang bertandang setiap kali raya menjelang tetapi hampa. Hanya saudara maranya sahaja yang selalu bertandang.
Dan ketika itu aku sudah mulai meneruskan kehidupanku seperti biasa. Menghabiskan degree Penyiaran di UITM pada 2008. Memasuki Program yang disponsor IBBM / BNM selama setahun. Kemudian intership di AIA. Keluargaku juga berpindah ke rumah baru kami yang kini sudah agak jauh dari rumah neneknya. Banyak pengalaman suka duka aku tempuhi sepanjang tempoh itu.
Namun, di penghujung 2009...kisah E-dil muncul kembali. Tiga minggu sudah, mak bagitau yang dia nak datang ke KL. Aku hairan. Kenapa tiba-tiba sahaja. Rupa-rupanya, mak mahu menghadiri majlis perkahwinan Ko'ei, abang E-dil di Keramat. Mak mahu kami turut serta di majlis itu. Kak Ita setuju. Aduh, aku sebolehnya tak mahu pergi tetapi apa alasan yang kukuh perlu aku beri.
"Oqang tak boleh pegi sebab oqang belajaq kereta hari ahad tu," Aku harap alasan aku diterima.
"Alah, tunda hari sabtu la..." alamak, aku baru teringat yang aku pernah bagitahu kak Ita yang aku belajar hanya hari ahad sahaja untuk minggu tersebut.
"Ala, kalau oqang tak pi pon bukannya oqang lain kisah kan. Kak nak pi, pi je la."
"Tak boleh. Hang kena jadi co-pilot kak. Kalau sesat, atleast ada hang skali...kita sesat sama-sama." Kak Ita sengih. Boleh pulak macam tu kan.
"Nanti cikgu orang marah...asyek dok tunda-tunda ja." Aku sudah kekeringan idea. Mana mungkin cikgu memandu marah kalau diberitahu dia awal-awal mahu tunda kelas. Jadi, nak taknak aku terpaksa ikutkan juga kemahuan kak Ita.
Pagi 27 haribulan, dalam pukul 10.00 aku seperti biasa melayari internet sambil mendengar lagu-lagu bagi merehatkan minda. Tenang. Sangat tenang kerana cuti tiga hari ini, aku habiskan dengan memanjakan diri dirumah.
Tiba-tiba kak Ita bagi sms. 'mak tanye jadi ka kita pi kenduri cucu mak long weh tu. Mak dah ada kat sana dah, dia sampai tengah malam tadi. Hang call kak sat, kak takdak kredit tak topup lagi'.
Aku balas kembali sms tersebut. "Entah...macam malas ja! Sat orang pon takdak kredit...nak pi topup sat". Aku cuba mencari ikhtiar supaya aku tak perlu hadirkan diri aku di majlis itu nanti.
Ah, dalam hati aku jadi ribut seketika. "Alamak, jadi ke ni...ingatkan tak jadi sebab senyap je masing-masing. Mak pon tak kata apa-apa dah hari tu. Aduh, macam mana nak buat ni". Bukan aku tak mahu menghadirkan diri cuma aku sangat tidak senang bila mengenangkan yang aku bakalan jumpa sama E-dil. Itu sudah pasti. E-dil pasti hadir kerana itu kenduri abangnya si Ko'ei... Pikirku, pasti aku akan sedih bila melihat E-dil dan isterinya nanti.
Aku telefon kak Ita. "Hello kak...awat kak nak pi ka? Oqang macam malas ja. Ingat kan tak jadik sebab mak pon senyap ja hari tu.."
Kak Ita jawab. " Kak pon malas sebenarnya tapi kak nak jumpa mak...Mak pon tak paksa tapi dengaq suara macam nak suruh kita pi jugak".
"Ala, orang malas la..dah la tengah gemok sekarang, malu nak jumpa sesapa".
"La, pakaila baju yang longgaq-longgaq sikit supaya tak nampak berisi sangat. Jomla..."
"Mana ada..semua dah jadi sempit-sempit, ala malas la nak pi," Alasan apa lagi yang patut aku beri. Memang badan aku sedikit berisi sekarang ni tapi masih ada baju-baju yang boleh dipakai kerana dulu aku pernah berisi macam ni jugak...
"Ala tak pa...kita pi bukan nak jumpa sesapa pon, kita pi nak jumpa mak. Kak rindu kat mak.."
"Ala....." Aku sudah benar-benar kehabisan idea bila kak Ita cakap macam tu. Tak kan aku nak cakap aku tak nak jumpa mak bila mak dah ada kat sini kan. "Ha, yelah-yelah...kul brapa nak siap. Eee, malas la.." Aku setuju dengan berat hati.
"Dalam pukul 12 kak pi umah hang...siap tau" Kak Ita terus mematikan talian.
Lemah longlai sahaja aku merapati baju-baju yang bakal aku pakai untuk kenduri itu. Aku malas mahu pikir panjang jadik terus sahaja aku capai baju kurung coklat yang pernah aku pakai waktu konvo dulu. Besar pon besar, selesa pon selesa.
Aku dan kak Ita bertolak dalam pukul 1 lebih. Sampai sahaja area KL, kak Ita suruh aku telefon mak guna handset dia. Kak Ita suruh aku tanya mak jalan ke Keramat. Aku terus dail nombor mak. Empat lima kali jugak lah aku mendail nombor mak ni. Yang kali ke lima baru mak jawab.
"Hello mak, oqang ni. Kami dah on da way dah ni, macam mana nak pi sana?" Aku tanya mak.
"Sat-sat. Sat lagi hangpa call balik, mak suruh anak kak Piah cakap."
"Anak kak Piah." Tuntasku didalam hati. Aku berdebar sebab aku dapat rasakan yang mak akan suruh E-dil tunjukkan arah ke sana.
"Mak kata apa?" Soal Kak Ita.
"Ha.." Aku tersentak sedikit. " Mak kata nanti dia suruh anak sapa ntah bagi direction. Mak tak tau nak cerita."
Tiba-tiba nombor yang tidak dikenali call kakak aku. Aku pas kat kak Ita sebab aku rasa tak sedap hati.
"Hang la cakap, kak kan tengah drive ni..." Kak Ita jeling pada aku.
Aku cuba cadangkan sesuatu agar aku tak perlu menjawab panggilan tersebut. " Kalau macam tu oqang buat loud speaker je lah." Terus aku tekan button angkat dan loud speaker lalu halakan telefon ke arah Kak Ita.
"Hello..." Kedengaran suara lelaki di talian, dan serasa aku suara itu milik E-dil.
"Aa, hello...ni kak Ita. Aa...macam mana nak pegi sana eyh?"
Suara itu memberi arah-arah menuju ke sana. Kemudian kak Ita mengakhiri perbualannya.
"Ingat tak dia cakap masuk mana?" Kak Ita tanya aku.
Aku geleng kan kepala. Mana mungkin aku mendengarnya bila hati aku melayang jauh entah ke mana.
Tiba-tiba kami termasuk lorong yang salah. Akhirnya berpusing-pusing di Pavillion. Tak semena-mena nombor tadi call lagi, bertanyakan keadaan kami. Sekali lagi dia menjadi pemandu arah kami. Kali ini dia menunjukkan jalan yang lain pula sejajar dengan tempat kami berada sekarang. Tetapi sekali lagi kami sesat. Kali ini di Bukit Bintang pula. Aku sudah tiada mood mahu ke sana. Kak Ita juga.
"Lepas ni kalau sesat lagi kita balik shah alam terus je la...malas ladah nak pegi" Nampaknya Kak Ita memang sudah hilang sabar. Aku tersenyum sebab ini juga membawa maksud aku tak perlu ketemu sama E-dil. Tiba-tiba Kak Ita ternampak akan signboard seperti yang diberitahu oleh lelaki itu tadi. Ah, Kak Ita mengikuti signbord-signboard tersebut dan kini kami sedang menuju ke arah Keramat.
Lelaki itu call lagi. "Macam mana? Dah sampai mana dah?" Soalnya.
"Dah, dah...kami dah jumpa jalan nak ke sana dah ni." Jawab Kak Ita.
"Owh oke," kata lelaki itu.
"Lepas tu apa?" Soal Kak Ita mahu kan sign-sign yang seterusnya. Lelaki itu, memberitahu dengan panjang lebar.
Aku dan Kak Ita tiba di sana kira-kira pukul 2.45 petang. Sesampai sahaja kami di dewan yang dimaksudkan, Kak Ita suruh aku call mak supaya mak datang jemput kami di kereta yang diparkir diluar kawasan dewan. Aku dan Kak Ita malu memulakan langkah sendiri. Beberapa minit kemudian mak kelihatan datang menjemput kami. Aku nampak E-dil dari kejauhan, sangat mencairkan hati.....Walaupun aku sedikit rabun tapi aku memang boleh agak itu adalah dia melalui ciri-ciri fizikalnya. E-dil juga turut pandang ke arah kami, aku yakin tentang itu. Kak Ita jalan beriringan dengan mak manakala aku mengekori dari belakang, malu.
"Nanti pi salam dengan E-dil, pastu cakap terima kasih kat dia. Dia dok risau takut hangpa sesat," kata mak.
"Lah, mak ni...ada pulak suruh pi salam ngan oqang tu, mana elok kalau oqang tengok," gerutu Kak Ita. Aduh, mak aku ni pon satu, ada ke patut kami yang malu-malu ini disuruh bersalaman dengan lelaki.
"Ha, kalau tak salam pon, jangan dok menyombong dengan dia...senyum sikit."
Aku hanya diam. Kalau boleh aku mahu menghilangkan diri ketika itu juga. Namun apabila aku menghampiri dewan, E-dil memusingkan badannya ke arah lain. Ke arah yang tiada apa pon disana untuk ditatap. Hanya pokok-pokok menjadi santapan mata. Langsung tiada pandangan dilontarkan pada aku dan Kak Ita yang baru tiba. Walhal, menurut mak dia yang paling risau bila aku dan Kak Ita sesat-sesat sehinggakan berjam-jam nak sampai ke situ...Kenapa macam tu? Ah, lantaklah dia...Aku seboleh mungkin cuba membuang fikiranku yang bukan-bukan itu jauh-jauh.
Kami bersalaman dengan Mak Long Weh, dan sedara mara pengantin. Ada yang kenal, ada yang tidak. Kemudian mak bawa kami bertemu pengantin pula. Nampaknya Ko'ei memang dah banyak berubah. Nampak lebih serius, tak macam dulu-dulu...nakal tak ingat dunia. Selesai sesi beramah mesra, kami ke meja makan untuk menjamah juadah kenduri yang nampak enak. Mak long Weh dan anaknya kak Nora sibuk melayan aku dan Kak Ita. Aku hanya menjamah sedikit sahaja makanan dihadapan, selera makan sudah tiada. Hilang sama sekali. Dari jauh aku nampak E-dil mendukung seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan setahun lebih. Aku dapat rasakan itu anaknya, comel. Tiba-tiba, hati aku menjadi sayu.
Selesai makan kami ke meja mak. Di situ ada dua tiga sedara mara E-dil sedang berborak dengan mak. Mereka bertanyakan itu ini pada aku dan Kak Ita. Aku nampak E-dil dan anaknya serta isterinya duduk di meja yang hanya selang sebuah sahaja dari kami. Kebetulan, kedudukan kerusi aku benar-benar bertentangan dengannya, aduh! Wajah isterinya masih tak kelihatan kerana isterinya duduk membelakangi aku. Ketika itu aku berasa kurang selesa jadi cepat-cepat aku pindah duduk ke kerusi yang menghadap ke arah lain.
Tidak lama kemudian. Kak Ita ajak aku menemaninya ke tandas. Seboleh-boleh mungkin aku tak mahu.
Tiba-tiba mak bersuara. "Pi la teman kak hang sat,"
Aku jalan seiringan dengan Kak Ita. Tiba-tiba, aku nampak kelibat E-dil sedang mendukung anaknya dihadapan. E-dil turut berjalan di laluan yang sama. Aduh! Mahu patah balik juga sudah terlambat. Lagi pula aku tak mahu kelakuan aku itu dikesan Kak Ita atau sesiapa sahaja. Nafas kutarik sedalam yang mungkin lalu kugagahi untuk berjalan. Tiba saat aku dan E-dil berselisihan, mata kami bertentangan tetapi cepat-cepat aku larikan ke lantai. Namun aku sempat melemparkan sedikit senyuman kepadanya. Aku sangat sedih. Aku cuba menahannya. Air mata mula bermain ditubir mata, cepat-cepat ku sapu agar tiada yang perasan tentang itu.
Sepanjang majlis, aku cuba tersenyum bagi mengelakkan orang-orang disekeliling tahu tentang perasaanku. Mujur ada orang yang dikenali untuk aku sembang-sembang. Majlis tersebut selesai lebih kurang pukul 5.30 petang. Selesai sahaja majlis, aku lihat E-dil cepat-cepat meminta diri untuk pulang. Sekali lagi timbul tanda tanya di benakku. Kenapa? Ah, sudah lah Rosmawar...dia bukan untuk kamu selama-lamanya.
Aku harap selepas ini, aku tak akan pernah berjumpa dengannya lagi....

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
-Tamat-
arghhhhhhhhh!!!!
jam menunjukkan ke angka 1.30 pagi...saye terjaga dari tido. Hati saye tak tenang, saye tak boleh melelapkan mate sangat. Di fikiran asek terbayang die.
Nampaknye, kali ini terapy tido tidak begitu sukses...walau tido, wajah die tetap datang menjelma dalam mimpi, so how?? Sekarang ini tido dan jaga tetap membawa maksud yang sama...saye mahukan die. Saye tetap mahukan die. Kalau ikutkan akal yang kurang waras, mau saje saye
Hati saye sudah tidak tertanggung...jadi pade teman-teman tempat saye mengadu. Terima kasih kamo-kamo, saye hargai setiap kate-kate dari kalian. Memang kata-kata kalian ada benarnye tapi....
Ade teman2 berkata, (bunyiknye lebih kurang la sebab saye xingat sangat)
"please move on. You just have a crash on him. He's not yours anyway so tak payah la nak sedih-sedih."
yes, he's not mine. And die memang bukan pernah jadik boifren saye pon tapi hati saye terlalu lama suke kan die...sedari saye dibangku sekolah rendah lagi. Saye terseksa sebab langsung tak pernah luahkan hati saye pade die...mungkin kesudahan bakal berlainan kalu saye pernah bgtau tentang perasaan yg terbuku ini. Mungkin saye direject atau mungkin saye bakal rase sedikit bahagia. Kemungkinan terlalu banyak yang akan saye perolehi sekiranya saye luahkan. dan itu lebih baik dari tiada satu pon kemungkinan bila tak meluahkan.
"Buatkan semue tu jadi pengajaran...ade lebih baik yang sedang menanti kamu"
Yes...saye amat berharap tentang yang satu itu! Tapi sebelum yang itu tiba saye mesti buang sikap saye yang pelik ni jauh2...saye harus ade keberanian untuk meluahkan. Sebabnye, selepas die juga saye ade crash on someone yang akhirnye turut kejinjang pelamin. Tapi seksanye sekejap sahaja kerana tempoh sukekannye tidaklah selama yang ini.
"So that's the starting point. So, jangan tunggu lelaki yang approach..."
ini masalah saye, saye terlalu malu sehinggakan lelaki akan mengangap saye ni jual mahal, ego, or what soever. Susah!
"lupakan lelaki macam tu...entah2 die langsung xingat kat ko"
Tak...die bukan lelaki yang macam tu. Die tak pernah tahu pon saye suke kan die sebab kawan kamo ni pelik sikit dalam bab2 begini. Die memang memenuhi kriteria lelaki idaman saye. Mungkin orang akan cakap, bile dah suke semue nampak indah. Tak, bukan begitu. Die dan abang die memang lain. Die sangat hormati orang tua sampaikan mak dan ayah saye pon suke. Makcik2 kat kampung saye memang selalu puji2 die sebab die tak macam abang die. Mase saye kecik-kecik dulu...kebanyakan kawan-kawan kampung saye mesti ade sedikit crash pade die. Bila saye tahu tentang itu saye hanye diam, saye hanya simpan perasaan saye sendiri dan tak akan biarkan sesiapon tahu tentang itu.
"Entah2...ko yang perasan lebih-lebih kot ros! Kalau tidak masakan die kahwin dengan isteri die. Unless kalu family die yang aturkan semuenye, hahaha" (Adeh, ayat ini memang betol-betol menusuk ke jantung saye oke. Jujur betol kawan saye yang sorang ni, hahaha)
Saye terkesima sebentar. Entah! Saye benar-benar tak tahu. Mungkin juge ade betolnye kate-kate kawan saye tu. Mungkin saye yang perasan lebih-lebih. Tapi, sometimes kite boleh tahu bile seseorang tu juge ade menaruh perasaan pade kite kan. Mungkin kelakuan die...mungkin dari care percakapan die atau mungkin ape-ape sahaja hint dari die. It's hard to explain anyway. So, mungkin bagus jugak kalau saye pegang saje kate-kate kawan saye yang sorang ni...mungkin saye saje yang lebih-lebih sebenarnya~
Semalam, bile saye terpandangkan die...saye masih dapat rasekan yang die masih tetap org yang same seperti tiga tahun yang lalu. He's gentleman type, yang sekiranya sesiapun pandang pasti akan terpaut hati padanya.
adeh, sudah tiga tahun berlalu...tiga tahun oke. Tapi........saye masih tak dapat lupakan die. Kenapa? Ini yang saye takuti bile perlu ketemu sama die lagi. Jangkaan saye, saye hanye akan luangkan masa sejam due sahaja di sana tapi rupanye sehingga tamat acara...Bayangkan hati saye sepanjang majlis itu...memang pedih.
sepanjang majlis, saye menahan tangis...
Depan mak dan my sister dan depan semue hadirin saye cube tersenyum walau kadang2 air mata berlinang tak semena-mena....cepat2 saye kesatkan dengan tangan. Tapi bile mate sedikit merah, saye khabarkan habuk termasuk mata...dan mereka percaya!
~Munajat Cinta by Dewa~
Labels:
drama,
emotion,
heart,
love,
me and myself
Monday, December 21, 2009
::hearty rhapsody::
tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.
tapi perlu hari2 ingat.
tak perlu hari2 dekat.
yang penting --
yang peduli.
...ini bait-bait yang saye petik dari one of my feveret blog -
fynn jamal cakap
I love her writing style, memang meresap jauh pade jiwe saye...
bait-bait ini sangat endah
kerna mengingatkan saye tentang suatu perasaan manes dulu-dulu...
bait-bait ini sangat asek
kerna saye juge pernah merasainye, memilikinye suatu ketika dulu...
tapi, semue itu dulu...
mereka itu mungkin kisah lampau saye,
ataupon saye ini mungkin kisah lampau mereka,
sekarang ini saye dalam fasa penafian,
saye cube nafikan..saye cube keraskan hati,
saye cube jadi selfish...saye cube untuk melupakan
someone told me,
lantaklah orang nak kate ape pon, padehal diorang yang selfish because putting u (me) at the same position...
tapi hati saye tak tegar....
hati saye hancur luluh, seperti ditumbuk lumat,
bila saye pura-pura tidak rindu tatkala nama mereka disebut..
hati saye keronyok, bagai kertas contengan digumpal-gumpal,
bila saye pura-pura tidak pedulik walhal saye terlalu pedulik tentang mereka...
hati saye remuk, umpama tin aluminium kosong dihenyak kaki,
bila saye pura-pura happy sedangkan hampir separuh jiwa saye masih lagi ade pade mereka...
mulut saye berbohong tapi hati saye berkata yang benar...
saye berbohong bila saye kate saye sudah tidak pedulik akan semuanye...
kerna yang sebenarnye, saye masih pedulik tentang itu semue...
andai waktu boleh diputar kembali...akan saye putar pade kenangan bahagie dan slowkannya sehinggakan waktu seolah terhenti.
Ya! saye jahat, sebab kalau boleh saye mahu kemahuan saye dituruti...kalau boleh saye mahu paksa kesemua mereka-mereka kembali kepada mereka yang dulu-dulu itu...bukan yang sekarang-sekarang ini. Tapi saye bukan TUHAN, saye hanye manusie biase, saye tak boleh putar kembali dan terus hentikan waktu...
lumrahnye setiap manusie perlukan perubahan. Namun, berubahlah kalian ketahap apa pon, saye percaye...hati saye masih tetap mahu pedulik...
yang penting...yang pedulik
Labels:
emotion,
friends,
heart,
me and myself
Subscribe to:
Posts (Atom)