Pages

Monday, December 28, 2009

::ini sambungan cerita cinta yang dulu::


ini kisah dulu-dulu yang pernah saye tuliskan di blog frenster saye. Ini kisah saye:

Aku dan Cinta...
Sambungan-Aku dan Cinta...
Sambungan ke 2 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 3 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 4 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 5 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 6 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 7 - Aku dan Cinta...
Tamat - Aku dan Cinta...


Rupenye masih tidak berkesudahan ceritera cinta ini! dan mungkin ini sambungan ke 8-Aku dan Cinta...


Tahun 2007 sehingga penghujung 2009,

Tahun 2007, sedikit demi sedikit aku cuba lenyapkan E-dil dari hidup aku. Memang sudah mustahil lelaki itu bakal jadi milik aku lagi. Sedih, memang sedih tetapi itu semua sudah tersurat yang dia bukan milikku. Tahun pertama perkahwinannya, E-dil tetap bertandang kerumahku bila hari raya menjelang, namun kali ini dia membawa isterinya bersama untuk dikenalkan pada mak dan ayah aku. Bayangkan perasaan aku diwaktu itu. Sedih. Mungkin selama ini E-dil tidak pernah menyimpan perasaan padaku. Aku yang lebih-lebih barangkali.

Ketika E-dil bertandang, aku berada di dapur menolong kak Ita memotong sayur-sayur untuk dibuat kuah lontong. Tiba-tiba mak bersuara. Mak suruh aku hidangkan air pada mereka. "ros...pi hantaq ayaq kat depan tu, E-dil datang,"

Aku toleh sedikit ke arah ruang tamu. Kelihatan ayah dan E-dil sedang berbual-bual. Wajah isterinya aku tak nampak kerana terselindung di balik langsir.

Aku enggan sebab aku tak mahu bersedih tentang itu. "ala, malas la...oqang tengah hodoh ni." Kebetulan ketika itu aku masih memakai baju biasa-biasa. Terasa begitu malas sekali mahu mengenakan baju raya.

Macam-macam alasan aku bagitau mak. Akhirnya Ida yang jadi mangsa untuk hidangkan air serta ketupat rendang. Aku tarik nafas lega. Ya, aku langsung tidak berkesempatan untuk melihat wajah isterinya. Mungkin lebih baik begini, bisik ku.

Dan selepas hari itu, aku sudah tidak ketemu sama dia lagi. Cerita tentang dia pon sudah tidak kedengaran lagi. E-dil juga sudah jarang pulang ke rumah neneknya. Mungkin sangat jarang sehinggakan aku tak pernah melihatnya lagi selepas 2007 itu. Kadangkala pernah juga berharap agar dia datang bertandang setiap kali raya menjelang tetapi hampa. Hanya saudara maranya sahaja yang selalu bertandang.

Dan ketika itu aku sudah mulai meneruskan kehidupanku seperti biasa. Menghabiskan degree Penyiaran di UITM pada 2008. Memasuki Program yang disponsor IBBM / BNM selama setahun. Kemudian intership di AIA. Keluargaku juga berpindah ke rumah baru kami yang kini sudah agak jauh dari rumah neneknya. Banyak pengalaman suka duka aku tempuhi sepanjang tempoh itu.

Namun, di penghujung 2009...kisah E-dil muncul kembali. Tiga minggu sudah, mak bagitau yang dia nak datang ke KL. Aku hairan. Kenapa tiba-tiba sahaja. Rupa-rupanya, mak mahu menghadiri majlis perkahwinan Ko'ei, abang E-dil di Keramat. Mak mahu kami turut serta di majlis itu. Kak Ita setuju. Aduh, aku sebolehnya tak mahu pergi tetapi apa alasan yang kukuh perlu aku beri.

"Oqang tak boleh pegi sebab oqang belajaq kereta hari ahad tu," Aku harap alasan aku diterima.

"Alah, tunda hari sabtu la..." alamak, aku baru teringat yang aku pernah bagitahu kak Ita yang aku belajar hanya hari ahad sahaja untuk minggu tersebut.

"Ala, kalau oqang tak pi pon bukannya oqang lain kisah kan. Kak nak pi, pi je la."

"Tak boleh. Hang kena jadi co-pilot kak. Kalau sesat, atleast ada hang skali...kita sesat sama-sama." Kak Ita sengih. Boleh pulak macam tu kan.

"Nanti cikgu orang marah...asyek dok tunda-tunda ja." Aku sudah kekeringan idea. Mana mungkin cikgu memandu marah kalau diberitahu dia awal-awal mahu tunda kelas. Jadi, nak taknak aku terpaksa ikutkan juga kemahuan kak Ita.

Pagi 27 haribulan, dalam pukul 10.00 aku seperti biasa melayari internet sambil mendengar lagu-lagu bagi merehatkan minda. Tenang. Sangat tenang kerana cuti tiga hari ini, aku habiskan dengan memanjakan diri dirumah.

Tiba-tiba kak Ita bagi sms. 'mak tanye jadi ka kita pi kenduri cucu mak long weh tu. Mak dah ada kat sana dah, dia sampai tengah malam tadi. Hang call kak sat, kak takdak kredit tak topup lagi'.

Aku balas kembali sms tersebut. "Entah...macam malas ja! Sat orang pon takdak kredit...nak pi topup sat". Aku cuba mencari ikhtiar supaya aku tak perlu hadirkan diri aku di majlis itu nanti.

Ah, dalam hati aku jadi ribut seketika. "Alamak, jadi ke ni...ingatkan tak jadi sebab senyap je masing-masing. Mak pon tak kata apa-apa dah hari tu. Aduh, macam mana nak buat ni". Bukan aku tak mahu menghadirkan diri cuma aku sangat tidak senang bila mengenangkan yang aku bakalan jumpa sama E-dil. Itu sudah pasti. E-dil pasti hadir kerana itu kenduri abangnya si Ko'ei... Pikirku, pasti aku akan sedih bila melihat E-dil dan isterinya nanti.

Aku telefon kak Ita. "Hello kak...awat kak nak pi ka? Oqang macam malas ja. Ingat kan tak jadik sebab mak pon senyap ja hari tu.."

Kak Ita jawab. " Kak pon malas sebenarnya tapi kak nak jumpa mak...Mak pon tak paksa tapi dengaq suara macam nak suruh kita pi jugak".

"Ala, orang malas la..dah la tengah gemok sekarang, malu nak jumpa sesapa".

"La, pakaila baju yang longgaq-longgaq sikit supaya tak nampak berisi sangat. Jomla..."

"Mana ada..semua dah jadi sempit-sempit, ala malas la nak pi," Alasan apa lagi yang patut aku beri. Memang badan aku sedikit berisi sekarang ni tapi masih ada baju-baju yang boleh dipakai kerana dulu aku pernah berisi macam ni jugak...

"Ala tak pa...kita pi bukan nak jumpa sesapa pon, kita pi nak jumpa mak. Kak rindu kat mak.."

"Ala....." Aku sudah benar-benar kehabisan idea bila kak Ita cakap macam tu. Tak kan aku nak cakap aku tak nak jumpa mak bila mak dah ada kat sini kan. "Ha, yelah-yelah...kul brapa nak siap. Eee, malas la.." Aku setuju dengan berat hati.

"Dalam pukul 12 kak pi umah hang...siap tau" Kak Ita terus mematikan talian.

Lemah longlai sahaja aku merapati baju-baju yang bakal aku pakai untuk kenduri itu. Aku malas mahu pikir panjang jadik terus sahaja aku capai baju kurung coklat yang pernah aku pakai waktu konvo dulu. Besar pon besar, selesa pon selesa.

Aku dan kak Ita bertolak dalam pukul 1 lebih. Sampai sahaja area KL, kak Ita suruh aku telefon mak guna handset dia. Kak Ita suruh aku tanya mak jalan ke Keramat. Aku terus dail nombor mak. Empat lima kali jugak lah aku mendail nombor mak ni. Yang kali ke lima baru mak jawab.

"Hello mak, oqang ni. Kami dah on da way dah ni, macam mana nak pi sana?" Aku tanya mak.

"Sat-sat. Sat lagi hangpa call balik, mak suruh anak kak Piah cakap."

"Anak kak Piah." Tuntasku didalam hati. Aku berdebar sebab aku dapat rasakan yang mak akan suruh E-dil tunjukkan arah ke sana.

"Mak kata apa?" Soal Kak Ita.

"Ha.." Aku tersentak sedikit. " Mak kata nanti dia suruh anak sapa ntah bagi direction. Mak tak tau nak cerita."

Tiba-tiba nombor yang tidak dikenali call kakak aku. Aku pas kat kak Ita sebab aku rasa tak sedap hati.

"Hang la cakap, kak kan tengah drive ni..." Kak Ita jeling pada aku.

Aku cuba cadangkan sesuatu agar aku tak perlu menjawab panggilan tersebut. " Kalau macam tu oqang buat loud speaker je lah." Terus aku tekan button angkat dan loud speaker lalu halakan telefon ke arah Kak Ita.

"Hello..." Kedengaran suara lelaki di talian, dan serasa aku suara itu milik E-dil.

"Aa, hello...ni kak Ita. Aa...macam mana nak pegi sana eyh?"

Suara itu memberi arah-arah menuju ke sana. Kemudian kak Ita mengakhiri perbualannya.

"Ingat tak dia cakap masuk mana?" Kak Ita tanya aku.

Aku geleng kan kepala. Mana mungkin aku mendengarnya bila hati aku melayang jauh entah ke mana.

Tiba-tiba kami termasuk lorong yang salah. Akhirnya berpusing-pusing di Pavillion. Tak semena-mena nombor tadi call lagi, bertanyakan keadaan kami. Sekali lagi dia menjadi pemandu arah kami. Kali ini dia menunjukkan jalan yang lain pula sejajar dengan tempat kami berada sekarang. Tetapi sekali lagi kami sesat. Kali ini di Bukit Bintang pula. Aku sudah tiada mood mahu ke sana. Kak Ita juga.

"Lepas ni kalau sesat lagi kita balik shah alam terus je la...malas ladah nak pegi" Nampaknya Kak Ita memang sudah hilang sabar. Aku tersenyum sebab ini juga membawa maksud aku tak perlu ketemu sama E-dil. Tiba-tiba Kak Ita ternampak akan signboard seperti yang diberitahu oleh lelaki itu tadi. Ah, Kak Ita mengikuti signbord-signboard tersebut dan kini kami sedang menuju ke arah Keramat.

Lelaki itu call lagi. "Macam mana? Dah sampai mana dah?" Soalnya.

"Dah, dah...kami dah jumpa jalan nak ke sana dah ni." Jawab Kak Ita.

"Owh oke," kata lelaki itu.

"Lepas tu apa?" Soal Kak Ita mahu kan sign-sign yang seterusnya. Lelaki itu, memberitahu dengan panjang lebar.

Aku dan Kak Ita tiba di sana kira-kira pukul 2.45 petang. Sesampai sahaja kami di dewan yang dimaksudkan, Kak Ita suruh aku call mak supaya mak datang jemput kami di kereta yang diparkir diluar kawasan dewan. Aku dan Kak Ita malu memulakan langkah sendiri. Beberapa minit kemudian mak kelihatan datang menjemput kami. Aku nampak E-dil dari kejauhan, sangat mencairkan hati.....Walaupun aku sedikit rabun tapi aku memang boleh agak itu adalah dia melalui ciri-ciri fizikalnya. E-dil juga turut pandang ke arah kami, aku yakin tentang itu. Kak Ita jalan beriringan dengan mak manakala aku mengekori dari belakang, malu.

"Nanti pi salam dengan E-dil, pastu cakap terima kasih kat dia. Dia dok risau takut hangpa sesat," kata mak.

"Lah, mak ni...ada pulak suruh pi salam ngan oqang tu, mana elok kalau oqang tengok," gerutu Kak Ita. Aduh, mak aku ni pon satu, ada ke patut kami yang malu-malu ini disuruh bersalaman dengan lelaki.

"Ha, kalau tak salam pon, jangan dok menyombong dengan dia...senyum sikit."

Aku hanya diam. Kalau boleh aku mahu menghilangkan diri ketika itu juga. Namun apabila aku menghampiri dewan, E-dil memusingkan badannya ke arah lain. Ke arah yang tiada apa pon disana untuk ditatap. Hanya pokok-pokok menjadi santapan mata. Langsung tiada pandangan dilontarkan pada aku dan Kak Ita yang baru tiba. Walhal, menurut mak dia yang paling risau bila aku dan Kak Ita sesat-sesat sehinggakan berjam-jam nak sampai ke situ...Kenapa macam tu? Ah, lantaklah dia...Aku seboleh mungkin cuba membuang fikiranku yang bukan-bukan itu jauh-jauh.

Kami bersalaman dengan Mak Long Weh, dan sedara mara pengantin. Ada yang kenal, ada yang tidak. Kemudian mak bawa kami bertemu pengantin pula. Nampaknya Ko'ei memang dah banyak berubah. Nampak lebih serius, tak macam dulu-dulu...nakal tak ingat dunia. Selesai sesi beramah mesra, kami ke meja makan untuk menjamah juadah kenduri yang nampak enak. Mak long Weh dan anaknya kak Nora sibuk melayan aku dan Kak Ita. Aku hanya menjamah sedikit sahaja makanan dihadapan, selera makan sudah tiada. Hilang sama sekali. Dari jauh aku nampak E-dil mendukung seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan setahun lebih. Aku dapat rasakan itu anaknya, comel. Tiba-tiba, hati aku menjadi sayu.

Selesai makan kami ke meja mak. Di situ ada dua tiga sedara mara E-dil sedang berborak dengan mak. Mereka bertanyakan itu ini pada aku dan Kak Ita. Aku nampak E-dil dan anaknya serta isterinya duduk di meja yang hanya selang sebuah sahaja dari kami. Kebetulan, kedudukan kerusi aku benar-benar bertentangan dengannya, aduh! Wajah isterinya masih tak kelihatan kerana isterinya duduk membelakangi aku. Ketika itu aku berasa kurang selesa jadi cepat-cepat aku pindah duduk ke kerusi yang menghadap ke arah lain.

Tidak lama kemudian. Kak Ita ajak aku menemaninya ke tandas. Seboleh-boleh mungkin aku tak mahu.

Tiba-tiba mak bersuara. "Pi la teman kak hang sat,"

Aku jalan seiringan dengan Kak Ita. Tiba-tiba, aku nampak kelibat E-dil sedang mendukung anaknya dihadapan. E-dil turut berjalan di laluan yang sama. Aduh! Mahu patah balik juga sudah terlambat. Lagi pula aku tak mahu kelakuan aku itu dikesan Kak Ita atau sesiapa sahaja. Nafas kutarik sedalam yang mungkin lalu kugagahi untuk berjalan. Tiba saat aku dan E-dil berselisihan, mata kami bertentangan tetapi cepat-cepat aku larikan ke lantai. Namun aku sempat melemparkan sedikit senyuman kepadanya. Aku sangat sedih. Aku cuba menahannya. Air mata mula bermain ditubir mata, cepat-cepat ku sapu agar tiada yang perasan tentang itu.

Sepanjang majlis, aku cuba tersenyum bagi mengelakkan orang-orang disekeliling tahu tentang perasaanku. Mujur ada orang yang dikenali untuk aku sembang-sembang. Majlis tersebut selesai lebih kurang pukul 5.30 petang. Selesai sahaja majlis, aku lihat E-dil cepat-cepat meminta diri untuk pulang. Sekali lagi timbul tanda tanya di benakku. Kenapa? Ah, sudah lah Rosmawar...dia bukan untuk kamu selama-lamanya.

Aku harap selepas ini, aku tak akan pernah berjumpa dengannya lagi....


~Tinggal Kenangan by Caramel Band~

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih






-Tamat-




*****************************************************************************

arghhhhhhhhh!!!!

jam menunjukkan ke angka 1.30 pagi...saye terjaga dari tido. Hati saye tak tenang, saye tak boleh melelapkan mate sangat. Di fikiran asek terbayang die.

Nampaknye, kali ini terapy tido tidak begitu sukses...walau tido, wajah die tetap datang menjelma dalam mimpi, so how?? Sekarang ini tido dan jaga tetap membawa maksud yang sama...saye mahukan die. Saye tetap mahukan die. Kalau ikutkan akal yang kurang waras, mau saje saye mengofferkan diri menjadi kekasih gelapnye....Gile! Memang gile! Ye, saye sedang gileeeee....
Tapi kenyataannye, saye tidak sekejam itu...saye tersangatlah mahukan die tapi saye tahu saye tidak pernah bisa dapatkannya lagi. Die sedang berbahagia bersama isteri dan putera hatinye yang sudah pandai menapak...Mana bisa mungkin saye tegar, perlakukan seperti itu....

Hati saye sudah tidak tertanggung...jadi pade teman-teman tempat saye mengadu. Terima kasih kamo-kamo, saye hargai setiap kate-kate dari kalian. Memang kata-kata kalian ada benarnye tapi....

Ade teman2 berkata, (bunyiknye lebih kurang la sebab saye xingat sangat)

"please move on. You just have a crash on him. He's not yours anyway so tak payah la nak sedih-sedih."
yes, he's not mine. And die memang bukan pernah jadik boifren saye pon tapi hati saye terlalu lama suke kan die...sedari saye dibangku sekolah rendah lagi. Saye terseksa sebab langsung tak pernah luahkan hati saye pade die...mungkin kesudahan bakal berlainan kalu saye pernah bgtau tentang perasaan yg terbuku ini. Mungkin saye direject atau mungkin saye bakal rase sedikit bahagia. Kemungkinan terlalu banyak yang akan saye perolehi sekiranya saye luahkan. dan itu lebih baik dari tiada satu pon kemungkinan bila tak meluahkan.

"Buatkan semue tu jadi pengajaran...ade lebih baik yang sedang menanti kamu"
Yes...saye amat berharap tentang yang satu itu! Tapi sebelum yang itu tiba saye mesti buang sikap saye yang pelik ni jauh2...saye harus ade keberanian untuk meluahkan. Sebabnye, selepas die juga saye ade crash on someone yang akhirnye turut kejinjang pelamin. Tapi seksanye sekejap sahaja kerana tempoh sukekannye tidaklah selama yang ini.

"So that's the starting point. So, jangan tunggu lelaki yang approach..."
ini masalah saye, saye terlalu malu sehinggakan lelaki akan mengangap saye ni jual mahal, ego, or what soever. Susah!

"lupakan lelaki macam tu...entah2 die langsung xingat kat ko"
Tak...die bukan lelaki yang macam tu. Die tak pernah tahu pon saye suke kan die sebab kawan kamo ni pelik sikit dalam bab2 begini. Die memang memenuhi kriteria lelaki idaman saye. Mungkin orang akan cakap, bile dah suke semue nampak indah. Tak, bukan begitu. Die dan abang die memang lain. Die sangat hormati orang tua sampaikan mak dan ayah saye pon suke. Makcik2 kat kampung saye memang selalu puji2 die sebab die tak macam abang die. Mase saye kecik-kecik dulu...kebanyakan kawan-kawan kampung saye mesti ade sedikit crash pade die. Bila saye tahu tentang itu saye hanye diam, saye hanya simpan perasaan saye sendiri dan tak akan biarkan sesiapon tahu tentang itu.

"Entah2...ko yang perasan lebih-lebih kot ros! Kalau tidak masakan die kahwin dengan isteri die. Unless kalu family die yang aturkan semuenye, hahaha" (Adeh, ayat ini memang betol-betol menusuk ke jantung saye oke. Jujur betol kawan saye yang sorang ni, hahaha)
Saye terkesima sebentar. Entah! Saye benar-benar tak tahu. Mungkin juge ade betolnye kate-kate kawan saye tu. Mungkin saye yang perasan lebih-lebih. Tapi, sometimes kite boleh tahu bile seseorang tu juge ade menaruh perasaan pade kite kan. Mungkin kelakuan die...mungkin dari care percakapan die atau mungkin ape-ape sahaja hint dari die. It's hard to explain anyway. So, mungkin bagus jugak kalau saye pegang saje kate-kate kawan saye yang sorang ni...mungkin saye saje yang lebih-lebih sebenarnya~

Semalam, bile saye terpandangkan die...saye masih dapat rasekan yang die masih tetap org yang same seperti tiga tahun yang lalu. He's gentleman type, yang sekiranya sesiapun pandang pasti akan terpaut hati padanya.

adeh, sudah tiga tahun berlalu...tiga tahun oke. Tapi........saye masih tak dapat lupakan die. Kenapa? Ini yang saye takuti bile perlu ketemu sama die lagi. Jangkaan saye, saye hanye akan luangkan masa sejam due sahaja di sana tapi rupanye sehingga tamat acara...Bayangkan hati saye sepanjang majlis itu...memang pedih.


sepanjang majlis, saye menahan tangis...saye pandang die dari kejauhan. Perasaannye masih same. Pandangan saye masih tetap pade orang yang same seperti orang sebelum tiga tahun yang lepas...masih mahukan die! Tadi juga die telah membuatkan perasaan suke saye padenya makin bertambah bila mana kehulur kehilir die menggendong puteranya yang comel....So sweet kan :)

Depan mak dan my sister dan depan semue hadirin saye cube tersenyum walau kadang2 air mata berlinang tak semena-mena....cepat2 saye kesatkan dengan tangan. Tapi bile mate sedikit merah, saye khabarkan habuk termasuk mata...dan mereka percaya!

~Munajat Cinta by Dewa~






4 comments:

KyLa is KaLyLa said...

ros.. i am truly sorry for this...
bolehhh x i nangis baca entri ni
:(...I am so and so understand this kind of feelings... I am praying and hoping that u will get a good and a great man..
u have to believe it in ur mind, heart and soul... There is someone over there already waiting up for u..Let the time shows... Anything just buzz me k.. Love u my friend...

Anonymous said...

pergh!!! buat jual ni.. hahahaha!

Cik bunga mawar said...

kel: don worry, sudah sedikit terawat :) ...tp sekali sekala masih tetap ingat~

en. azmi: apenye yg buat jual ni eyh?? kurang kefahaman la pulok~

inspecta alize said...

kenapa aku rasa sedih biler baca entry ko yang ni....aku rasa kalu ko tambah lagi few lines,mesti aku nangis jugak...sobsobsob

*sangat menyentuh perasaan ye...ouchhh,cinta ialah melihat org yang kite cintai bahagia...sabar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...