Pages

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Futsal punya pasal



Salam dearist :)

Dah lama saya tak menulis kan? Tetiba mood rajin datang malam-malam macam ni. Baiklah! Seharusnya saya tidak mensia-siakan peluang sebegini. Maklumlah, mood rajin selalunya datang tak kira masa. 

Ok. Last weekend saya ada Futsal Tournament anjuran company. Each department kena hantar peserta dan wajib diwakili oleh lelaki dan perempuan. Maksudnya Mix team member. Mula-mula saya malas nak join sebab dah lama tak sertai aktiviti-ativiti macam ni. Al-maklumlah, badan pun semakin sihat dengan jayanya. Jadi mana mau sertai aktiviti-aktiviti yang bakal membakar lemak-lemak peliharaan kan kan. Tetapi, memandangkan orang lain lagi lah tak ada semangat kesukanan yang tinggi, maka akhirnya OK lah jawapan dari saya. 


2009 - solid lagi time ni, stamina pun tinggi

Dulu masa time-time belajar adalah jugak main benda alah ni. Seingat saya kali terakhir main futsal 2009 ketika di FSTEP dulu. Wow, empat tahun yang lalu! Tapi, masa tu badan masih solid, tough dan berjiwa kental. Sekarang....hurmmm!


2013 - tengok pun dah tahu, stamina tahap apa. (Tapi ada jugak yang kata saya tough)

Dipendekkan cerita, saya diletakkan di posisi pertahanan. Maka, bermainlah saya secara membuta-tuli. Dengan tidak tahu rules dan regulationnya, saya tetap bermain dengan bersungguh-sungguh. Untuk game yang pertama sahaja, saya telah dicederakan oleh tiga lelaki dari team yang berlawanan. Mereka telah diingatkan supaya tidak bermain kasar dengan wanita-wanita, namun semuanya hampas belaka.

Lelaki pertama, memijak kaki saya dan menyebabkan buku lali saya merah dan bengkak. Saya bertahan. Yang kedua, saya jatuh terlentang bersamanya kerana berebut bola. Dan yang ketiga, melanggar dirusuk kanan. Saya tetap jugak bertahan sehingga ke game yang terakhir. 

Pada mulanya, team saya menjangkakan yang kami hanya akan bermain sampai game keempat sahaja kerana game seterusnya adalah mereka-mereka yang berjaya ke peringkat suku akhir. Namun, nasib menyebelahi kami. Mahu tak mahu, saya terpaksalah jugak bertahan walaupun ketika itu sakit sudah mula menerobos setiap inci badan. 

Akibat dari aktiviti tersebut, buku lali saya bengkak dan jalan juga terhincut-hincut dek lutut terseliuh. Berlanjutan jugaklah selama 3 4 hari. Tulang rusuk kanan saya jugak mula menampakkan kesakitan yang amat. Sakit yang tidak terhingga. Bayangkan, saya terpaksa menahan kesakitan terlampau apabila, ketawa atau sneezing. Menggerakkan tangan kanan juga terpaksa berhati-hati.

Apabila sudah tidak tertanggung kesakitannya, saya cuba mendapatkan rawatan di klinik. Doktor menyediakan referral letter untuk saya melakukan ujian xray di klinik pakar bagi memastikan tulang rusuk saya tidak retak/patah. 

Saya ke DEMC Shah Alam untuk membuat x-ray dan keputusannya tidaklah membimbangkan. Menurut hasil x-ray, kesakitan yang saya alami bukanlah berpunca dari patah/keretakan. Kata doktor, no fracture seen. Sakit tu mungkin berpunca dari keradangan (inflamation) atau pun hairline fracture yang tidak dapat dipastikan dalam x-ray. Doktor hanya menyarankan untuk mengambil ubat tahan sakit kerana sakit tersebut akan pulih dengan sendirinya. Mungkin dalam seminggu dua dan dalam tempoh tersebut saya tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lasak. Ok, baiklah encik doktor.

Btw, walaupun sakit-sakit tapi saya tetap enjoy each moments. Dah lama tak buat aktiviti-aktiviti macam nilah katakan. Somehow, I really miss my good old days. Zaman-zaman rajin buat itu ini dengan kengkawan semua.

Komen dari kakak saya: Tu lah, ingat badan tu muda lagi ke nak buat aktiviti-aktiviti macam dulu-dulu tu. Langsung tak memberansangkan kan. Komen dari rakan-rakan pula: Wow, superb! The skill are there though baru 2 3 kali training. Macam tu lah yang nak kita dengar kan kan. Barulah ada semangat hehe...

Ok. Tu saja yang saya nak share. So see you next time ^^





Monday, August 15, 2011

::diambang penyakit maut::

dalam sihat pon boleh sakit. Semuanya ketentuan dari-NYA.

menjadi penghuni hospital selam 3 hari 2 malam (dah macam pergi bercuti la pulak 3D2N)



PENGALAMAN

(cerita ni berlaku di hujung bulan enam yang lalu...mungkin cerita dah basi)




# hari jumaat pagi


Bangun tido macam biasa. Tapi terasa lain macam sikit. Sakit belakang. Sakit sangat2. Saya ingatkan sakit belakang yang biasa2. Sakit belakang yang macam selalu saya alami bila tak cukup rehat ataupon terlebih stress. Saya gagahkan diri jugak pegi mandi. Lepas mandi, siap2 dan terus pegi keje.

Masa drive, terasa sakit lagi tapi saya tak endahkan. Malas nak dilayan perasaan sakit ni. Sampai je dekat opis, sakit belakang ni makin menjadi2. Sampaikan saya tak boleh nak duduk atau nak berdiri lama2. Memang rasa nak nangis time tu sebab dah tak tertanggung rasa sakit. tapi bila dipikir2 balik kalau nangis rasa tak macho la plak kan. Oke. sebenarnya saya cengeng and kuat nangis, so air mata bergenang jugakla kat tubir mata. Ngadu kat kak Cheenai (one of my colleague) Then, kak Cheenai tolong bawakkan pegi klinik terdekat.

Doktor: sakit apa?
Saya: Bla bla bla (explain kat doktor sambil meleleh air mata, adoii)
Doktor: kenapa nangis??
Saya: sebab sakit sangat... (air mata meleleh lagi)
Doktor: Jangan lah nangis (sambil tekan2 tulang belakang saya)

Doktor: ni kena inject ni. lepas ni, hilanglah sikit sakit belakang tu.
(saya diam seketika sambil pandang doktor)

Saya: Ermm!! Ermm...ada tak cara lain untuk nak hilangkan sakit ni selain dari cucuk.
Doktor: Ada! kena makan ubat la...tapi tak mujarab sangat. The best solution is injection.
(saya pandang lagi muka doktor)

Doktor: Kenapa?
Saya: Takpelah...doktor bagi je lah saya ubat tu. Saya taknak kena cucuk.
Doktor: Lah kenapa pulak?
Saya: Saya takut jarum. Last kena cucuk masa sekolah dulu. Tu pon masa tingkatan tiga.
Doktor: Macam2 lah awak ni. Oke lah, saya bagi ubat. Tapi kalau sakit lagi, awak kena inject jugak.

(saya angguk laju2 sebab hati dah rasa lega. Yeah2, tak payah kena cucuk!)


Doktor bagi MC tapi saya tak boleh nak balik lagi sebab tak dapat nak drive kereta. Nasib baik pagi tu ada kawan saya tumpang pegi keje skali, so saya tunggu dia sampai waktu balik [dalam 5.30 ptg camtu] sebab nak suruh dia tolong drivekan.

Balik rumah, badan saya dah seram sejuk. Sejuk gila sampai mengigil-gigil...




...to be continued





Tuesday, June 21, 2011

::sudah JATUH, diTIMPA tangga::

disaat WAKTU terhenti
kosong...
disaat DIRI sendiri
bolong...
disaat HATI ternanti
lohong...

Ku pandang ke KANAN, tiada apa-apa...
Ku pandang ke KIRI, juga tiada apa-apa...
Lantas ku toleh ke DEPAN penuh berharap, masih tiada apa-apa...
Lalu ku toleh pula ke BELAKANG, tetap utuh dengan harapan walau sudah bersisa...
Hampa, kerna jawapan yang ada masih juga tetap sama...

Disetiap penjurunya yang ada hanya sepi...

Aku redha.

Empati menggunung membuahkan faham
Faham tentang ertikata;
Setiap manusia pasti punya kesulitan tersendiri,
Sejajar dengan kemampuan dirinya.
Cumanya dalam faham, kadangkala masih juga tetap terdetik...

Itu biasa! biasalah!
Lumrah manusia seperti kita!
Terlalu jauh dari sempurna!

Apa yang penting, dalam minda harus ada ini.
Setiap ujian mendatang, ada maknanya.
Setiap kesusahan yang datang, ada tandanya.
Itu semua, tandanya DIA sayangkan kita...

Bertabahlah. Bertabahlah.
Mungkin ini masih bukan apa-apa.
Mungkin ada yang lebih besar dari ini sedang menuju kemari
Atau mungkin juga, sudah ada sang pelangi yang sedang menanti
Siapa tahu kan?

Yang pasti, itu semua kerja TUHAN.
KITA, hanya mampu merancang,
Namun segalanya pasti berbalik kepada DIA.

Kuatlah. Kuatlah.
Bak kata pepatah;
Alah bisa, tegar biasa


Adios.
Perlu masa untuk diri sendiri.





Wednesday, February 24, 2010

::berkerja dengan jayanye ----> berkerjaya::


wiu...saye sudah start keje semula. hari ni masok hari ketiga tp kalu ikut kehadiran semasa berkerja baru hari kedua. bukan saja ponteng tp sebab saye jatuh sakit oke. masa hari pertama lagi dah batuk2 (ekceli, malam setelah berjimba2 tu dah mula rase sakit tekak sebenarnye)....makin lama makin terok. batuk plak makin menjadi2 (hurm, tolong imagine batuk setiap mase yang sampai boleh jadik tadak suare tu yea) orang dengar saye cakap pon gelak, sbb garau nak mampos. tapi time tu tak demam pon.

niza:
ros jangan la demam nanti saye takde geng nak belajar claims ni...mesti bosan kalau sorang2.

saye:
(dengan nada riaknye) ish, takde maknenye nak demam2 ni...saye kalau sakit tekak selalunye tak demam. tapi kalau start selsema, ye. (sengih dekat niza)

(oke dont worry...riak saye tak lame sebab saye memang selalu dibayar cash kalu cakap berlebih-lebihan aka riak2 ni...dah banyak kes sebenarnye, hoho)

haih, nak dijadikan cerita. tiba2, mase balik keje...hujan turun dengan lebatnye (dan kebetulan pade mase tu saye terlupe la pulak nak bawak payung....padahal sebelom ni tiap2 hari saye bawak oke). Sampai jek umah badan dah jadik seram sejuk, so cepat2 saye mandi supaye tak demam. nampaknye macam tak berkesan, badan dah mula rase sengal2 ayam. batuk memang tak payah nak cerita lah...agak2 nak tido lena jek, mesti terjaga sebab batuk teruk sampai nak termuntah2...jadik keesokan paginye badan saye memang jadik lemau (pinjam ayat seseorang) gila lemau.

Dalam kul 10 setengah saye ke klinik mintak ubat dan mintak mc skali sebab dah terponteng keje kan. tengah2 dok tunggu turn nak jumpe doktor, Benjamin aka Team Leader saye call. Die tanye khabar and suruh saye take care. Wah! agak gedik rasenye. mana taknye Ben ni lebih kurang sebaye jek denga ai, baik plak tu, suke senyum and cute sangat, wakakaka...(ade terbau unsur2 perasan di sini yea, kalau menyampah sila skip bab2 itu. Ayat sedar diri: padehal die call sebab saye ni kan anak buah die...dushum2 muke banyak2 kali, biar kasik sedar sikit oke) well, smalam seharian dok rumah jek.

hari ni, demam dah kebah tinggal batuk2 and sakit tekak. Jadi pegi keje macam biasa. Saye bawak sekali ubat sakit tekak yang doktor bagi (macam gula2). Ubat batuk tak bawak sebab boleh ngantuk. Kat tempat keje, sepanjang mase asek batuk2. terok. maklomlah tempat berakon kan, tekak asek rase kering jek all the time. rasenye satu department tu dengar suare saye jek dok batuk2.

untuk mengelakkan batuk2 yang kadang2 buat saye rase sesak nafas tu, saye kulum lah ubat sakit tekak. Lepas satu...satu. tak sampai separuh hari dah abes 6 bijik saye bedal. kawan saye dpt tau, die bising. Die tanye bape banyak yang doktor suh makan. saye geleng. saye ingat benda tu macam gula2 so ikut suke ati lah kan nak bedal berapa banyak pon. Die suh check kat plastik ubat tu. owh! HANYA 4 bijik dalam sehari. Oke saye tau...saye dah terover dos :(


jadik baki yang separuh hari tu memang saye terseksa oke. terasa macam nak mati bile sesak nafas datang menjengah sekali sekala.

Baiklah, sekarang saye nak makan ubat and tido. jangan ganggu tau.


Owh, nak balik tadik Ben skali lagik cakap take care.. pastu die cakap go back home and take a rest oke, dont forget to take medicine, katenye...(oke2, biarkan saye perasan barang seminit due oke...tettttt!)...dah la, boleh blah !(kate2 utk diri sendirik)

*selain makan ubat, ade tak care nak kurangkan batuk ni?...penat la, hari2 batuk,hoho. saye dah beli jus asam jawa. Ayah saye yang suh minum sebab die kate cuaca sekarang memang panas sangat.




Wednesday, September 2, 2009

::quick update::



saye sedang demam...

:(

Anyway, I'm NOT suspected with H1N1, just a NORMAL fever and headache,
ALHAMDULILLAH~!


cik rosmawar...berTABAHlah~!



* lately ni saye suke sangat menggunakan perkataan BERTABAHLAH, menggantikan perkataan chaiyok2 atau gambatte atau gud luck...terase cool la sngat konon2nye ;p




Monday, June 15, 2009

::maseh saket::




Ahhhh...!!
chummmm...!!!




saya maseh saket~!
saket tinge + saket kpale + saket lidah + batuk + saket tekak + selseme
sib baek demam belom agi


(T___________________________T')



...skang...

...xdok sape nak jage2 saya...
...nak tingok2 kan saya...
...dan nak manje2 kan saya...
...bila saye saket...


nona
kene kije...dia dah balik KLIA~!
minggu depan baru dia balik sini...tapi masa tu mungkin saya dah baek dr saket ,
[ walaupon dia slalu kuar gi dating2 ngan en. ehem2 tapi dia tetap jage saye dengan baek..]


...nak family saye...
...nak nona...
nak
kawan2 saye yang laen jugaks~!
bile time saket2 nih...diri saya jadik sngat ngade2
sangat mudah tersentuh okay,huhuhu





* selsema nih makin menjadi2 bila malam..sngat susah mo tido2 okay (t_______t')



Sunday, June 14, 2009

::makan free::





...mo gi makan ni...
nona banje, weehuuu~!


lompat tinggi2


so nak order makanan paling mahal lah kat situ,
(nanti leh la banje2 selalu yea ling~!)

(~_____________^")



UPDATED: oleh sebab dia baek sangat membanje saya makan2 ari nih...jadik, saya pun dengan rela hati membanje dia makan ice cream pulak, hihu~!




* masih saket lagik...skang tekak pulak rasa perit,huhuhu....




Saturday, June 13, 2009

::sekali sekala menerima sakit::



saya tengah sakit telinge merangkumi sebelah kepale sekali and sakit lidah juga..telinge n sebelah kepale tu rase sakit sngt, gile sakit bile disentuh... pendek kata kulit kat area situ terase mcm disiat-siat...lidah pulak naik bijik2 and bintik2, nak cakap pun kene cover-cover....and bile nk ckp, sedikit pelat bunyiknye, huhuhu...bile dah macam tu, badan pun mule la ngade-ngade nk rase sengal-sengal ayam [ade ke perumpamaan ini, ahh~ belasah aje~!]...

harap ini tiade kene mengene dengan simptom H1N1 ataupun sipmtom2 virus berbahaye yang lain...mintak dijauhi dari semua itu, AMIN~! So, plan ari nih...mo ketiduran and baring2 jer sepanjang hari~!

T__________________________T





* sempat lagi menulis blog walaupun sakit gila2 tahap dewa tingkat lapan belas[hardcore blogger gamaknye]...anyway, dah tak tahan nak tanggung sakit nih. mo rest cepat2, sayonara people~!



Monday, June 8, 2009

::terasa kehilangan...mood yang sangat tidak stabil::





....





....







....









....









....











....















feeling lonely...













feeling empty...















I felt

...so numb...

...so lonely...

...so empty...

...so sad...



...so negative...



my life would suck without all of you [heart soooo much] arounds me...




damn~!!
I just hate these feeling~!






* nape semua org mesti kena jauh jauh dari aku~! Aku TAK NAK~! TAK NAK berjauhan...aku tak biasa,aku sunyi, TAHU TAK~!

T_____T




Thursday, April 9, 2009

::I got MC today::



hari ini saya tak dapat pergi keje. Saya diberi MC oleh doktor kerana mengidapi penyakit ACUTE GASTROENTERITIS atau bahasa mudahnya SAKIT PERUT/CIRIT BIRIT la kalau tak salah saya,ehehehe...

Saya sakit perut and cirit birit [dah tak larat asyik ulang-alik pergi toilet...dari pukul 5 setengah pagi tadi saya menjadi penghuni setia toilet. Bila dah tak tahan sangat saya nekad pergi klinik depan rumah [actually,I hate clinic]

Waktu masih pagi, jadi tiada orang di klinik. Hanya saya. Dan doktor juga masih belum sampai. Terpaksalah saya menunggu doktor tu. Lebih kurang dekat 20 minit jugaklah, nasib baik ada toilet kat situ...

Bila doktor sampai dia terus panggil.

'rosmawar...masuk'


aku pun masuk...jalan perlahan2 sahaja sebab menahan sakit yang amat.

'sakit apa' doktor tanya.


'sakit perut'


doktor check denyutan nadi, check suhu badan and tanya beberapa soklan yang lazim. [siapa yang pernah g hospital sure tahu punya soklan apa kan...]

'owh...ni kalu perutnya sakit sangat, kena injection nih,' doktor pandang muka aku..


'injection!! Doktor, boleh tak kalau saya tak nak injection...'aku pandang doktor sambil buat muka paling comel dengan harapan takyah diinject. [I hate injection...takut sangat]


doktor fikir sekejap, dia senyum 'okay, kalau macam tu saya bagi ubat kena makan tau. Saya bagi ubat cuci perut..minum satu paket,ubat demam sebab badan awak panas. Nanti kena minum banyak air masak...ubat bla bla bla'[banyaknye ubat...I wish mak aku ade sebab dia akan paksa aku makan ubat. Kalau tak ubat tuh mesti tak berusik karang..anyway, aku kena paksa diri aku sendiri kalau nak baik, betul tak...]


aku angguk tanda paham.

doktor sambung lagi,'elakkan makan atau minum diary product'


'huh! tak boleh makan sampai bila2 ke doktor?'


'ishk tak lah. Untuk dua tiga hari nih jer...elakkan. Perut awak tengah tak stabil...pastu jangan makan makanan pedas dan berminyak. Better makan sup...'


'terima kasih doktor'


+_+



* badan rasa lemah sangat


Monday, March 9, 2009

::..ambil kesah..::

for my ayah,


for the past two weeks,my dad got a fever and still not okay yet,he have not ate 'nasik' for almost two weeks...now,he looks so 'cengkung' and 'kurus'...i am a bit worried about him...

ayah!
hope you will be okay soon....
...and...
dont forget to take a medicine k,



from your daughter

::...guesing please..::



HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHU
HUHUHUHUHUHUIHUHUHUHUHUHU
HUHUHUHUHUHGOTUHUHUHUHUHU
HUHUHUHUHUHUAHUHUHUHUHUHU
HUHUHUHUHUSERIOUSUHUHUHUHU
HUHUHUHUHUHFLUUHUHUHUHUHU
HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHU

Sunday, February 22, 2009

::sihat vs sakit::


sepanjang minggu lepas, hari2 saya tidak begitu indah:-

saya mengalami:-

1.headache
2.backache
3.heartache
4.can't sleep
5.cannot breath properly (not all the time la)
6.sakit kaki


adakah itu petanda saya sedang mengalami stress??!!?

*harap minggu ini sahaja saya begini



Sunday, February 1, 2009

::headache::


Adoiiii...

*sakit kepala*

*rasa mau muntah*

*pening*


Wednesday, December 31, 2008

::benarkah::


tiada begitu percaya...
tapi,
itu kenyataannya....

hanya sebulan...
berat aku merudum jatuh...

semasa belajar pernah mencecah 63 kg...
di semester akhir, turun sedikit-sedikit...
tamat periksa, sebulan yang lalu..
tinggal 53.2 kg
dua minggu kemudian timbang lagi...
sudah 52.1 kg

*lompat gembira

dua tiga hari lepas...
buat medical check up...

*terkejut

berat yang tercatat di form medical check up itu aku tatap lama,
serius...
berat aku merudum lagi...
tinggal hanya 48 kg

*bimbang bersarang di hati

itu berat sewaktu sekolah menengah...
itupun semasa aku baru menjengah ke tingkatan 1,2,3 barangkali..

*takut

aku begitu bukan disebabkan senaman...
selama tamat ijazah,
sebulan yang lalu...tiada istilah senaman dalam diari aku...
haaiiisshhh, benar benar takut


Sunday, December 7, 2008

::Al-Fatihah::

*harap entry ini tidak terlalu kelewatan*

*A lecturer and a female student of Universiti Teknologi Mara (UiTM) were killed and four others injured in a road accident in New Zealand on Wednesday*

Al-Fatihah buat Tuan Haji Shafiee Ahmad [Timbalan DEKAN fakulti Komunikasi dan Pengajian Media] dan Mariyam Sakinah Ahmad [Pelajar tahun dua Penyiaran] ...Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....

kepada empat lagi pelajar yang masih bersabung nyawa di hospital New Zealand...diharapkan agar mereka2 cepat sembuh dan pulih,

*AMIN*

Tuesday, November 25, 2008

::aku kelihatan seperti itukah::


tadi bertemu family yang dah lama dirindui....rasanya sudah lama tidak menjengah ke kampung halaman, hampir beberapa bulan...hurmmm~~

semua datang shah alam untuk convocation ida tanggal 25 haribulan, so peluang itu aku ambil untuk melepaskan RINDU...

mak kata aku nampak kurus...
Yess!! sape yang tak suka nampak kuruskan....

*senyum*

tapi...
satu ketika,
emak tanya aku...ada masalah kah??

*pandang mak*

*hairan*

mak kata aku nampak SAKIT...tak macam selalu.

ayah pulak bisik kat mak...aku nampak TAK CERIA, tak seceria selalu...kenapa?

betulkah aku kelihatan SETERUK itu?

kak ita menyelit, katanya dia nampak aku seperti TIADA TUJUAN HIDUP, dan banyak masa dihabiskan dengan tido, tido dan tido...

ida dan hawa juga berpendapat begitu...katanya aku jalan tak bermaya, badan kelihatan sedikit BONGKOK dan MELENGKUNG....

adakah aku seteruk itu??

*bimbang*

sebenarnya, aku juga merasainya cuma tidak duga seteruk itu....

aku bilang pada mak, pada ayah, pada family 'takdak apa-apa, tak perlu risau' kerna aku tak mahu riak gundah pada raut wajah mereka....

aku hairan,

kenapa dan mengapa...??

apa masalahnya?

besarkah? atau kecilkah?

kerana masalah rumah sewakah? kerana masalah kerjayakah? kerana masalah kewangankah? kerana masalah cintakah? atau kerana masalah hidupkah....

*pening*

kesimpulan...
kerana kesemuanya barangkali,
masalah berpadu menjadi satu....

tapi sentiasa perlu diingatan...bahawa,
hidup akan sentiasa diundangi masalah. kita perlu bijak membendungnya...tanpa masalah pasti hidup kekurangan rencahnya...

*fikir*

benar barangkali....

*fikir lagi*


Tuesday, November 18, 2008

::harap ini entry terakhir buat kamo::


Haiisshh!

tadi sambut birthday kelly kat TGI Friday subang parade..
walaupun biasa2 tapi meriah...
kelly kena buli,
pekerja2 TGI paksa dia nyanyi,hahahahah...

tiba-tiba mood aku agak hilang,
dah lah perut meragam
and sengal-sengal gigi masih terasa...

aku pandang pekerja2 TGI tu,
berbaju merah dan memakai cap..
memang itu uniform mereka tapi...
ia mengingatkan aku pada 'dia'
kerana photo terakhir yang aku lihat...
'dia' memakai baju merah dan memakai cap...

agak sedih...
memang sekarang aku sedang cuba melupakan,
namun bukan boleh sehari dua...
kena perlahan-lahan...
rosmawar,
pasti boleh!


::agnes monica~matahariku::

Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Reff:*
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh terhening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to Reff:*

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku

Back to Reff:**



Monday, November 17, 2008

::beauty is pain::


hari ini,

aku pergi pusat kesihatan UiTM sebab nak 'cuci' gigi. Nama saintifik dia aku tak pasti. Kalau tak silap skilling ke scaling ntah [watever]...dah lama sangat rasanya tak meng'check' gigi ni mesti parah gila dah,hahahaha [last check masa time sekolah dulu2 kot,lama gila kan]....Berdebar-debar jugaklah, al maklumlah tak pernah lagi cuba rawatan 'cuci dan mencuci' gigi ni. Dengar cerita sakit! Mak ai, kecut jugalah tali perut aku nih..haaiiisshh ='(

tapi orang cakap 'beauty is pain'. So, nak cantik kena la berkorban sikit [at least walau muka hodoh tahap apa skali pun, kalau gigi cantik kira oraitla tu kan...ada gak aset yang mahu ditunjuk,hahahaha]

Sebelum proses 'cuci' ni di lakukan, sempat lagilah aku tanya doktor tu itu dan ini...membebel jugaklah dia kat aku sekejap. Proses men'cuci' gigi ini agak sakit jugak, ngilu tak payah nak cakaplah....abes berdarah semua sampai aku rasa lepas ni macam dah tak ada harapan mau senyum dengan sempurna dan memiliki gigi yang penuh, macam dah tercabut habis semua gigi aku nih,huhuhu...BUT 'beauty is pain' kan...

So, sekarang dah ok cuma rasa sengal-sengal gigi jer...

*lesson for today : beauty is pain!*


Saturday, November 15, 2008

::hati aku retak lagi::


hari ini gembira,
gelak-gelak sama teman-teman...

tapi,
sedang sibuk membaca blog seseorang,
aku tersentap!
tersentap kerana kisah cinta gembira...
itu cinta gembira mereka...
namun pada aku,
itu cinta suram...

*mata bergenangan*

malam gembira bertukar suram..
kala ini,
hati aku sangat dingin..
penuh dengan kesedihan..

*diam*

tuhan uji aku lagi..
dulu,
selesai diploma,
lelaki yang aku cinta rahsia...
menjadi milik orang pada 2006
kini,
selesai degree,
lelaki kedua yang aku cinta rahsia...
juga menjadi milik orang pada 20o8

*nanges*

ini salah aku...
salah aku kerana cinta rahasia sama mereka...
mereka menjadi milik orang tanpa tahu,
bahawa gadis ini sangat sayang sama mereka...
ini aku,
kebanyakannya rahsia...

*makin nanges*

aku mahu dia tahu yang aku sayang sama dia,
tapi sudah kelewatan...
dia sudah tersurat bukan milik aku...
bukan milik aku untuk selamanya...

*mahu nanges dan terus nanges*

tuhan,
pasti kau telah ciptakan seseorang untuk aku...
yang pasti,
dia ini bukan kau ciptakan untuk aku...

*sukar membendung kesedihan*

tuhan,
sekiranya aku...
bertemu sama insan yang telah kau ciptakan untuk aku itu,
berikan aku kekuatan untuk meluahkan cinta sama insan itu...
biar ini jangan berulang lagi,
kerna ianya sangat seksa,
sangat sakit...
sangat pedih...
seolah-olah jantung terhenti dari denyut,
waktu terhenti dari masa,
dunia terhenti dari berpusing....

pasti malam ini tidurku ditemani air mata...
seperti yang dulu,
seperti yang lepas,
ke mana sahaja memikirkan dia bukan milik aku...
hah, gi mana caranya mau merawat hati ini lagi?
mungkin biar sahaja masa merawatnya...
aku mahu tidur dan terus tidur....
biarkan aku begini buat seketika

*lelaki pertama sudah kenal ketika kecil, lelaki kedua kenal ketika awal perpindahan ke puncak perdana [kedua-duanya ditakdirkan bukan untuk aku...]*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...