Pages

Monday, August 15, 2011

::diambang penyakit maut::

dalam sihat pon boleh sakit. Semuanya ketentuan dari-NYA.

menjadi penghuni hospital selam 3 hari 2 malam (dah macam pergi bercuti la pulak 3D2N)



PENGALAMAN

(cerita ni berlaku di hujung bulan enam yang lalu...mungkin cerita dah basi)




# hari jumaat pagi


Bangun tido macam biasa. Tapi terasa lain macam sikit. Sakit belakang. Sakit sangat2. Saya ingatkan sakit belakang yang biasa2. Sakit belakang yang macam selalu saya alami bila tak cukup rehat ataupon terlebih stress. Saya gagahkan diri jugak pegi mandi. Lepas mandi, siap2 dan terus pegi keje.

Masa drive, terasa sakit lagi tapi saya tak endahkan. Malas nak dilayan perasaan sakit ni. Sampai je dekat opis, sakit belakang ni makin menjadi2. Sampaikan saya tak boleh nak duduk atau nak berdiri lama2. Memang rasa nak nangis time tu sebab dah tak tertanggung rasa sakit. tapi bila dipikir2 balik kalau nangis rasa tak macho la plak kan. Oke. sebenarnya saya cengeng and kuat nangis, so air mata bergenang jugakla kat tubir mata. Ngadu kat kak Cheenai (one of my colleague) Then, kak Cheenai tolong bawakkan pegi klinik terdekat.

Doktor: sakit apa?
Saya: Bla bla bla (explain kat doktor sambil meleleh air mata, adoii)
Doktor: kenapa nangis??
Saya: sebab sakit sangat... (air mata meleleh lagi)
Doktor: Jangan lah nangis (sambil tekan2 tulang belakang saya)

Doktor: ni kena inject ni. lepas ni, hilanglah sikit sakit belakang tu.
(saya diam seketika sambil pandang doktor)

Saya: Ermm!! Ermm...ada tak cara lain untuk nak hilangkan sakit ni selain dari cucuk.
Doktor: Ada! kena makan ubat la...tapi tak mujarab sangat. The best solution is injection.
(saya pandang lagi muka doktor)

Doktor: Kenapa?
Saya: Takpelah...doktor bagi je lah saya ubat tu. Saya taknak kena cucuk.
Doktor: Lah kenapa pulak?
Saya: Saya takut jarum. Last kena cucuk masa sekolah dulu. Tu pon masa tingkatan tiga.
Doktor: Macam2 lah awak ni. Oke lah, saya bagi ubat. Tapi kalau sakit lagi, awak kena inject jugak.

(saya angguk laju2 sebab hati dah rasa lega. Yeah2, tak payah kena cucuk!)


Doktor bagi MC tapi saya tak boleh nak balik lagi sebab tak dapat nak drive kereta. Nasib baik pagi tu ada kawan saya tumpang pegi keje skali, so saya tunggu dia sampai waktu balik [dalam 5.30 ptg camtu] sebab nak suruh dia tolong drivekan.

Balik rumah, badan saya dah seram sejuk. Sejuk gila sampai mengigil-gigil...




...to be continued





3 comments:

Dear bella said...

Ala... Baru semangat nak baca tut tut continue... Eager to know what happen...

anismelon said...

sakit ape kah ini..skait tulang belakang ke

Cik bunga mawar said...

bella: hahaha, nanti la saya sambung...kang bosan pulak nak baca kalau panjang2~

anis: mula2 memang ingatkan sakit belakang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...