Pages

Monday, August 1, 2011

::memori RAMADHAN::

Salam Ramadhan kawan2. Well, hows ur 1st day of puasa? Hope everything goes well.

Okelah. Hari ni saya nak bercerita pasal memori berpuasa masa kecik2 dulu. FYI, if kamu2 ada memori menarik ketika ramadhan masa kecik2 dulu...boleh la share dengan bloger2 lain. Mesti seronokkan. Bertukar2 cerita. Senyum sorang2 sebab kita pon pernah buat benda yang sama.

Caranya mudah saje, korang join la Segmen: Memori Ramadhan by Sakura. Hurmm, kebetulan hari ni memang mood saya nak tulis entry berkenaan cerita2 berpuasa dulu. So, bila nampak segment ni kat entry anis terus decide nak join :)



nak join kelik banner kat atas ni.


Ada dua-tiga cerita yang saya rasa menarik nak kongsi bersama kamu semua.


1) part time jadi penghantar kuih

Masa kecik2 dulu bila puasa menjelang je, saya & adik saya Ida lah orang yang paling bz sekali especially pukul 6 petang ke atas. Bukan bz di dapur tapi bz sebab nak kena hantar juadah berbuka dekat jiran2. Mak saya pulak jenis yang rajin. Bayangkanlah; habis semua jiran2 dia nak bagi, so terpaksalah anak2 dia ni berjalan satu kampung. Serius tak tipu! Selalunya pukul 7 lebih baru saya sampai rumah balik. Bila waktu berbuka, juadah mesti penuh satu rumah. Lepas makan je masing2 perut kedepan macam orang kecacingan.

Ada satu hari tu, adik saya ditugaskan untuk menghantar kuih dekat rumah jiran saya yang paling dekat. Tiba2 dari kejauhan terdengar sayup2 suara adik saya berlari balik. Semua tertanya2. Kenapa kah? Setibanya adik saya kat rumah terus dia bagitau yang jiran kami, Tok Bedah tu bagi kuih planet.

Kami semua tercengang! Kuih planet? Kuih apa tu, tak pernah dengar pon. Adik saya tunjukkan bekas kat tangan dia. Semua orang gelak terbahak2 sebab kuih tu memang macam bentuk kapal terbang UFO pon. Mana taknya, patutnya kuih tu bentuk segi empat sama [tak tau nama kuih tu apa] Agaknya jiran saya tu terlebih kreatif atau pon dia takde acuan, so dia guna tudung tuperware yang ada bonjol bulat kat tengah2. Amik kau, sekali dia bagi satu bijik je kuih tu sebab dah besar gedabak [mesti uols tak boleh nak imagine kan tapi yang pastinya memang macam kapal terbang UFO la]


2) kantoi ponteng puasa

selalunya saya akan terliur bila adik saya makan di waktu siang. Mana taknya. dia boleh makan dengan bestnye depan saya yang tengah tekun nak habiskan puasa ni. Saya apalagi, mesti la akan mintak sesuap [iman senipis kulit bawang la katakan]. Selalunya pujukan saya tak berjaya tapi ada satu hari tu adik saya ni ringan je tangan dia nak suapkan. saya tak mintak lebih, satu suap je...lepas tu sambung la balik puasa tadi kan[satu suap pon puasa tetap batal jugak, sengal betol aku ni sebab boleh ingat puasa boleh sambung2]

Tapi yang susahnya, adik saya ni asyik nak ugut bagitau mak saya je kalau saye tak buat apa yang dia nak [siot je adik aku ni. well, ini pengajaran untuk semua juga. sebelum buat, pikir dulu kesannya oke]

adik: nak tu
(merengek2 nak benda kat tangan saya)

saya: tak boleh

adik: habaq kat mak kak tak posa
(sambil dia buat muka macam nak kena lempang)

(apalagi, saya berangin la satu badan sebab tu je lah modal dia hari2)

saya: habaqlah. mak dah tau pon. mak kata takpa.
(mimik muka kasik riak sikit supaya adik saya percaya yang konon2nya saya dah bagitau mak saya pasal ni)

mak: roih! hang tak posa!!!!
(tetiba dengar suara nyaring mak kat dapur)

(alamak, kantoi sudah! so, kena la tahan telinga sebab kena ceramah sepanjang hari oleh mak, adoiiii!!)

Lepas insiden tu, saya dah tak berani dah mintak adik saya suapkan nasik ketika puasa. So, sebagai alternatif lain saya akan curik2 minum air dalam bilik air tapi tu kalau dah tak tahan sangat lah [tak serik2 lagi]. Bila keluar bilik air je mak mesti tanya minum air ke? saya dengan lajunya akan menidakkan. Mana ada orang yang buat salah akan mengaku salah kan.



Banyak lagi cerita yang nak dikongsi, macam; sanggup mengaku puasa sebab nak bertanding dengan kawan2 kat sekolah siapa puasa lagi banyak [yang puasa penuh, cikgu akan bagi duit raya], ponteng puasa dengan budak2 lelaki lepas main aci ligan, lepastu bagi diorang makan jeruk rambai yang mak saya buat supaya diorang tak bising dekat sekolah besok [mak ai, buruknye perangai], tak tau solat terawih tapi buat2 tau yang akhirnya jadi tunggang-langgang tak tentu hala dan banyak lagi.

Tapi tu semua nantilah. Entry ni pon dah cukup panjang. Nanti ada pulak yang bosan.

oke. adios.

6 comments:

snOw sakura said...

hehe, nice! nakal eh kecik2 dlu.. btw, thx sudi join+share cta.. =)

Cik bunga mawar said...

seronokkan bila ingat balik cite time kecik2...

thanks singgah cik snow sakura :)

CikMiMiey said...

memori time tecik tecik memang terindah , part nakal tuh mmg xleh luper kan ...

btw , selamat berpuasa di bulan yg mulia ni buat cik bunga mawar sepemili ^^

Cik bunga mawar said...

selamat berpuasa jugak pada cik mimiey jugak...

and thanks sebab rajin singgah :)

dhiera said...

nakal ea masa kecik2..
tapi itu lah kenangan paling indah~

Cik bunga mawar said...

ha'ah...betol2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...