Pages

Saturday, August 6, 2011

::scents of jealousy::


hahaha. apa kes? nak jeles2 dengan orang cantik.

[tengah control mood jeles]

Cantik tu kan subjektif. Mungkin kita rasa seseorang tu cantik tapi belom tentu orang lain akan sama pendapat dengan kita kan kan. Mungkin pada diorang, biasa2 je. So, terserah pada definasi cantik masing2. Selalu yang kita tengok, kebanyakan artis2 semuanya cantik2 belaka.


Tapi tak dinafikan, sesetengahnya tu jadi cantik dengan bantuan teknologi terkini. Contoh, kosmetik, botox, plastik surgery and etc.



[cantik + bakat = meletop]

Ulasan: Dah lah cantik berbakat pulak tu. Memang pakej lengkaplah. Tak hairanlah kalau diorang sangat MELETOP! kebaboom dan digilai ramai. Bak kata omputih: Born to be a STAR. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: Lisa Surihani [haruslah saya letak sebab my feveret artis ni]




[cantik + kurang bakat = rezeki]

Ulasan: Mereka popular disebabkan kecantikan yang dimiliki. Sudah REZEKI diorang. Kalau nak ikut bakat takde lah semenggah mana. Harap artis2 yang jatuh dalam kategori ni akan memperbaiki bakat yang mereka ada. Dengan bantuan teknologi moden terkini, apa pon mampu dilakukan. Sekarang ni kan banyak program2 atau kursus2 untuk memperbaiki mutu persembahan seperti kelas lakonan, kelas vocal etc.

Siti Nurhaliza yang memang dah femes amos tu pon masih berusaha menggilap bakat dia ke level yang lebih tinggi. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: Maya Karin [masa awal2 kemunculan dia la, tapi sekarang dah meletop. Tak percaya cuba korang tengok cerita dulu tajuk no problem punyo. Ini pon feveret artis saya jugak ni]




[kurang cantik + bakat = hebat]

Ulasan: Kategori ni marvelous. HEBAT! Kenapa saya cakap macam tu. Mana tak nya, diorang popular bersandarkan bakat yang diorang ada, bukan paras rupa. Artis2 kategori ni memang berusaha keras untuk capai apa yang diorang mahu. Dan sekiranya mereka perolehi, pasti menimbulkn satu kepuasan. Tabik springlah kat diorang. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: Elly Suriati [hebat gila. Bagilah watak apa pon mesti dia boleh buat punya. Watak jahat ke, watak baik ke semuanya dia berjaya menjiwai]




[kurang cantik + kurang bakat = gila glamour]

Ulasan: Kalau kategori ni, artis ni akan femes atau laku sebab dia guna kaedah lain [paham2 lah sendiri] Kebiasaanya saya gelarkan artis-artis sebegini, artis yang GILA GLAMOUR! Mereka ni cari makan dengan cara2 yang tak berapa nak bagus lah. Tapi kalau lah diorang guna cara yang bagus kira oraitlah kan. Contoh artis yang saya rasa sesuai dalam kategori ni: n/a [nantikan ada pulak yang kena saman kan, so better tak payah tulis kat sini]


Apa-apa pon, muka komersial, bakat meletop sebab tu depa laku masuk TV. Cer bagi cik bunga masuk TV, diri sendiri pon nyampah nak tengok [cik bunga pernah jugaklah jadi awk2 kat TV masa zaman belajar2 dulu] sampai sekarang tak dapat nak terima kenyataan oke. Gemuk and muka tak komersial lansung. Bencilah! =.="

Kalau korang nak tau, kita akan nampak lagi gemuk [berbanding biasa] bila dalam tv dan muka haruslah xberapa nak komersial/cantik sangat. unless korang memang fotogenik or memang cantik gila2 [tu pon kat dalam TV muka akan jadi pale kalau tak make up] Sebab tu artis akan tepek makeup tebal satu inci sebab nak nampak cantik dalam TV oke. So, kalau kita tengok artis2 yang kurang cantik/gemuk bila kat dalam TV tu..tak semestinya realiti dia nampak macam tu jugak.




*nota kaki:
#Ini hanya pandangan peribadi saya, so pada yang tak setuju tu, harap maaf.
#all photo taken from google image



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...