Pages

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Monday, October 13, 2014

459. Sudah sejauh ini kakiku mengorak langkah





I'm proud of myself! 

(pat on the back!)

From a clueless-young-girl-which-always-lack-of-confident-and-afraid-to-face-the-future-alone, to what I'm today :)

(senyum selebar-lebarnya)

Thanks to all my-precious-previous-entry. They have thought me a lot. I have learned to appreciate more! and not to take people/things for granted.

Kita selalu diajar: Jangan dikenang perkara yang lepas, sebab takut-takut merosak diri. Tapi kadangkala kita perlu juga menoleh kebelakang; bukan untuk memberatkan jiwa dan fikiran, tapi untuk sentiasa menjadi pegangan kita untuk lebih beringat, dan untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

Membaca entry-entry yang lepas, especially those in 2008 and 2009 (most of the entry yang berendamkan-air-mata) membuatkan saya ketawa. Too naive maybe! 

And I just realize that I have a lot of crush! (Erk! tapi sampai sekarang pon masih single). Crush to remains as a crush! Ohhh Ohhh..By the way, the biggest progress/changes in my-love-life-matter (so far) is.....that I've made a love confession (once) to my crush! and It didn't killed me! Though it's a one-side-love (rejected - and I'm struggling to get over him right now), I still can smile widely and live my life confidently. Couldn't agree more with the below quote: 

"sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya"

Daejoubou Rose-chan! Everything happen for a reason. And there is always a silver lining in every dark cloud. 

Whatever it is, I'm celebrating the past and embracing the future! May Allah ease everything and always guide us! Let's live life to the fullest guys!

Gambarimasu Rose-chan!! Fight-on!

(smile widely)

























Thursday, September 11, 2014

My baby Mika


In memory!

Allah hanya pinjamkan dia sebentar untuk temani aku..lapan bulan yang penuh makna. Mommy miss you so much Mika!

Tuesday, November 26, 2013

Rindu pada dia..



Malam ni, aku merajinkan diri menyelak entri-entri lama. Ummm.. quite Impressive, thus far! Well, I have gone through so many phase in life. From an innocent clueless student to who am I today. Yet, the journey keeps going on. 

Dalam mengimbas kembali memori dulu-dulu, tiba-tiba mataku terpana pada satu entri yang ditulis pada tahun 2009. Not a really good entry but..my heart beating fast when I read this-short-entry. Haha! Immature thought maybe. But the entry do make me feel of him. 

Dia, seorang yang quite good-looking. Sweet talker. Dan yang paling penting seorang yang kelakar. Aku pulak gadis biasa-biasa. Kekok emosi. Dan yang paling penting pemalu tahap gaban. 

So, nampak tak perbezaan kami disitu. Memang macam langit dan bumi kalau nak dibandingkan aku dengan dia ketika itu. Yang sekarang ni, memang lagi tak la kan. My shape all gone. Kedut-kedut mula terserlah di mana-mana. I am not younger anymore. Dan semua anak-anak kecil sudah layak memanggil aku makcik. Tapi nak menyedapkan halwa telinga, aku akan ajar diaorang untuk panggil aku Aunty. Nampaklah sedikit educatednya. Eh! Ye ke?

By the way, entry tu tak adalah panjang mana pon. Lebih kurang macam ni lah ringkasannya:

He asked me to going out with him. And I turned it down. All the time. 

Bukan tak suka, tapi aku adalah gadis paling pemalu dalam dunia. Memikirkan untuk keluar berdua sahaja dengan lelaki pon sudah bikin wajahku merona kemerahan. Inikan pula, nak berhadapan dengan a good-looking guy. Mau aku sorok muka bawah meja nanti. FYI, aku tak pernah bertemu dia. Suara pon tak pernah aku dengar. Kami hanya berinteraksi melalui myspace dan sms. Pernah sekali dia call, tapi aku tak angkat. Sebabnya satu sahaja. Aku malu. Dan aku malu! 

We have been contacting each other more than a year. Tapi melalui myspace and sms aje lah. Contacting disini bermaksud, "we contating each other just like a normal friend". Not more than that. For me, I'm still in doubt about it. Kenapa orang seperti dia mahu berkawan dengan aku? 

Sepanjang perkenalan dengan dia, aku selalu ingatkan diri aku supaya menganggap dia hanya sebagai seorang kawan! Tapi, tipulah kalau aku kata aku langsung tiada hati pada dia. Cuma aku lebih rela biarkan perasaan ini bermain-main di benakku sahaja. Egoku terlalu tinggi bukan?! Dan aku juga seorang gadis yang keras hatinya. Aku biarkan sahaja dia memanggilku sayang tanpa aku membalasnya. Aku tidak mahu menabur sekelumit harapan pon pada dia.

By the way, I am a tyical girl. Mudah melenting. Ada satu sikap dia yang buat aku kurang senang. Dan kerana sikap yang satu itu, aku cuba menyepi dari dia. Padahal aku pon tidak pasti adakah sikapnya memang begitu. Mungkin ya! Mungkin juga tidak! Dan aku lupa bahawasanya dia juga manusia biasa. Pasti ada cacat-celanya. Aku terlalu memandang pada sikap yang satu itu, sehinggakan aku mengabaikan sikap baiknya yang lain.

Aku memilih untuk berdiam diri, daripada bertanya terus pada dia untuk meminta kepastian. Aku terus-terusan menyepi dan mungkin itu telah menimbulkan berang dihatinya. Akhirnya, dia mengeluarkan aku dari friendlist myspacenya. Dan, thats the end of our story...



P/s: Tiba-tiba saya rindu dia - Saya rindukan "kamoo", Mr. Mellow.










Monday, October 15, 2012

Sebuah kisah klasik untuk masa depan


Sandarkan pada kenangan....

Entri ini ada kaitanya dengan kisah yang lalu. Pada bulan persis begini empat tahun yang lalu, aku merungkaikan sezarah rasa hati di alam maya. Ianya biasa-biasa sahaja. Ya, biasa-biasa sepertimana tuan blognya yang juga seorang gadis biasa-biasa. 

Tentang apa ya? Tentang sesuatu yang biasa-biasa aja. Entri tentang kita-kita. Hurm, masih tetap tersimpan teguh dalam entri yang lalu. Insyaallah, selagi aku termampu akan aku cuba untuk simpan selama-lamanya. Pasti rugi besar kalau mahu dideletekan kenangan-kenangan itu. Entri-entri terdahulu mengingatkan kita betapa gembira, alpa, phatetic, berhati kuat waima naifnya kita dahulu. Suatu perasaan yang tak akan dapat dijual beli walau dengan wang ringgit sekalipon. Mungkin boleh..tapi tahannya pasti seketika cuma. Does not last forever!

Biar pahit. Biar manis. Biar terdera hati. Biar senyuman tak lekang di bibir. Biar kita tahu bahawasanya itu semua yang mencorakkan diri kita menjadi kita yang ini. Berjaya? Mungkin masih terlalu jauh. Namun, sedikit sebanyak sudah boleh bawa secebis senyuman dalam hati. Bersyukur! Itu yang paling utama.

Tentang entri itu, aku telah akhirinya dengan satu persoalan. Persoalan yang tidak bisaku jawab ketika itu, namun akan terjawab di masa depan. Macam back to the future pulak rasanya. Apa-apa pon, dalam tempoh empat tahun ini pelbagai peristiwa aku lalui and I believe same goes to everybody. Kita dah semakin matang. Betulkan? Sekarang aku sudah sedikit jelas dengan persoalan-persoalan yang timbul waktu dulu-dulu itu. Jawapan-jawapannya semakin terbuka luas di depan mata. Just have Faith in HIM. Kerna DIA pasti sudah punya rencana untuk kita-kita. Oleh itu , Smile!

Oklah. Seperti entri yang lalu, entri ni juga mahu diakhiri dengan persoalan. Siapakah aku dimasa akan datang? Mungkin dalam tempoh masa dua tahun? lima tahun? atau sepuluh tahun lagi? Adakah, aku akan tetap menjadi orang yang sama? Mari berimaginasi :)


Your Truthfully,
masih gadis yang sama



Sunday, August 12, 2012

Bulan Ramadhan & Raya - dulu dan sekarang [versi cik bunga]


DULU [MASA KECIK-KECIK]

Bulan Puasa
Seronok tp dalam masa yang sama risau sebab dah tak boleh nak makan waktu siang, lepas tu ligat pikirkan cara mcm mana nak ponteng puasa tanpa family dapat tau sengaja takmo puasa [buat2 termakan la, suruh adik kecik yang tak puasa suapkan makanan masa dia tengah makan pastu warning dia suruh diam, pegi main sampai penat lepas tu balik buat muka seposen ataupon kalau dah susah2 sangat, minum air pili je waktu mandi pastu cakap beria2 puasa if mak kita syak something]

Menjelang hari-hari terakhir berpuasa
Sibuk pasang pelita and lepas tu main mercun tengah-tengah malam tak hengat dunia sebab orang kata hantu syaitan semua kena ikat [so tak payah nak takut hantu lagi dah]

Malam Raya
Sibuk nak tolong mak kat dapur, pastu sekerat jalan je dah hanyut dibuai mimpi [paling seksa bila kena paksa jugak berjaga untuk siapkan kuih raya kakak-kita-yang-garang-mcm-singa tengah buat]

Hari Raya
Sangat seronok sebab dapat pakai baju baru sambil bawak beg sandang cute, lepas tu pegi jalan raya dengan harapan dapat kutip duit raya banyak2 and boleh bandingkan dengan kawan-kawan masa bukak sekolah nanti [tengok siapa lagi banyak dapat-kumpul-duit-raya, dialah paling awesome]



SEKARANG [BILA DAH BESAR]

Bulan Puasa
Seronok dapat tempohi ramadhan sekali lagi [umur panjang] walaupon tak dapat nak menghayati betul2 erti ramadhan disebabkan kesibukan kerja seharian. Sedar tak sedar dah dekat nak raya qhupenye [dem! baju raya tak siap lagi, duit raya tak tukar lagi, kuih raya tak beli lagi] dan dalam masa yang sama mencari alasan2 munasabah lagi bernas yg nak diberikan pada saudara-mara bila diorang tanya soklan cepucemas [bila nak kawen oi! umur tu dah meningkat sambil bagi pandangan maut kat kita. OMG, soklan ni paling tak gemor]

Menjelang hari-hari terakhir berpuasa
Pasang pelita keliling rumah pastu tengok adik2 main mercun or bunga api [pernah join sekaki tp takde feel yang macam dulu2 tu.. and stamina pon dah berkurangan. End up jadi permerhati jelah kat adik2 takut apa2 jadik]

Malam Raya
Paksa pulak adik2 kita tolong kita untuk siapkan apa2 yang patut [selagi tak siap,tak boleh tido - ala-ala balas dendam untuk yg dulu-dulu tu la, kekeke]

Hari Raya
Seronok dapat menziarahi saudara-mara tapi dalam masa yang sama risau sebab memikirkan mesti-banyak-duit-akan-habis-nak-kena-hulur-duit-raya kat anak2 sedara yang semakin lama semakin berlipat kali ganda ramainya. Nanti bila raya dah habes, mee segera and biskut kering ler jawabnye  [fening]


Korang pulak, macam mana?





Monday, March 19, 2012

::Who I would like to meet the most::


someone which dearly to heart has asked me this question

Saya diam. Entah jawapan apa yang patut saya beri ketika itu. Mungkin saya mahu berjumpa dengan semua kawan2 yang saya kenal. Tapi mana mungkin saya berjumpa dengan kesemuanya. Jangan tamak. Jadi...

*berfikir*

Hurm, siapa gerangannya yang saya benar2 ingin ketemu. Siapa??

Kalau difikir-fikirkan semula. Ya! Ada! Saya sudah ada jawapan untuk persoalan itu...Namun, saya tidak menzahirkannya dengan kata2.

*diam*

Jadi, disini saya cuba zahirkannya.

Mereka yang benar2 saya ingin ketemu adalah kawan2 baik saya ketika zaman universiti dahulu. Kalau boleh, saya ingin ketemu dengan diri mereka2 pada 5 atau 6 tahun yang lalu dan bukan dengan mereka yang sekarang2 ini.

Yang sekarang2 ni bukannya tak bagus. Bagus. Saya tumpang gembira dengan kehidupan yang mereka miliki sekarang ini. Dan juga saya happy dengan apa yang saya miliki. Cumanya, saya rindu akan diri mereka2 yang dulu-dulu tu. Yang saya rasakan benar-benar mengambil berat tentang diri saya walaupon saya seorang yang kekok emosi [dari dulu sampai sekarang tetap sama]

Saya benar2 ingin ketemu dengan mereka2 ini. Kenapa? Mungkin disebabkan, mereka2 yang dulu itu banyak mengajar saya tentang erti kehidupan. erti sebuah persahabatan. erti kasih-sayang. Ya, terlalu banyak untuk disenaraikan disini.

*senyum*

Begitu banyak kenangan untuk dikenangi. perkara gembira, bahaya, bodoh, semuanya saya lalui bersama mereka2. Dan ketika itu, kami mengorak langkah tanpa memikirkan apa yang bakal menanti kami dihadapan. Ibarat kata pepatah, live life to the fullest!

Wow, what a life! Anyway, back to reality.

*tampar2 pipi*

Saya sedar yang semua tu tak mungkin terjadi lagi. Time changes people. But being me...my brain keeps hanging on the past. How pathetic I am...



kepada kalian yang lainnya [teman sepermainan / teman seuniversiti / teman sekuliah / teman fstep / teman2 yang mengenali saya], saya juga sayang akan kalian semua...cumanya mereka yang diatas ini adalah mereka2 yang saya begitu ingin sekali ketemu.


"Time, which changes people, does not alter the image we have retained of them"
~Marcel Proust~



Monday, August 1, 2011

::memori RAMADHAN::

Salam Ramadhan kawan2. Well, hows ur 1st day of puasa? Hope everything goes well.

Okelah. Hari ni saya nak bercerita pasal memori berpuasa masa kecik2 dulu. FYI, if kamu2 ada memori menarik ketika ramadhan masa kecik2 dulu...boleh la share dengan bloger2 lain. Mesti seronokkan. Bertukar2 cerita. Senyum sorang2 sebab kita pon pernah buat benda yang sama.

Caranya mudah saje, korang join la Segmen: Memori Ramadhan by Sakura. Hurmm, kebetulan hari ni memang mood saya nak tulis entry berkenaan cerita2 berpuasa dulu. So, bila nampak segment ni kat entry anis terus decide nak join :)



nak join kelik banner kat atas ni.


Ada dua-tiga cerita yang saya rasa menarik nak kongsi bersama kamu semua.


1) part time jadi penghantar kuih

Masa kecik2 dulu bila puasa menjelang je, saya & adik saya Ida lah orang yang paling bz sekali especially pukul 6 petang ke atas. Bukan bz di dapur tapi bz sebab nak kena hantar juadah berbuka dekat jiran2. Mak saya pulak jenis yang rajin. Bayangkanlah; habis semua jiran2 dia nak bagi, so terpaksalah anak2 dia ni berjalan satu kampung. Serius tak tipu! Selalunya pukul 7 lebih baru saya sampai rumah balik. Bila waktu berbuka, juadah mesti penuh satu rumah. Lepas makan je masing2 perut kedepan macam orang kecacingan.

Ada satu hari tu, adik saya ditugaskan untuk menghantar kuih dekat rumah jiran saya yang paling dekat. Tiba2 dari kejauhan terdengar sayup2 suara adik saya berlari balik. Semua tertanya2. Kenapa kah? Setibanya adik saya kat rumah terus dia bagitau yang jiran kami, Tok Bedah tu bagi kuih planet.

Kami semua tercengang! Kuih planet? Kuih apa tu, tak pernah dengar pon. Adik saya tunjukkan bekas kat tangan dia. Semua orang gelak terbahak2 sebab kuih tu memang macam bentuk kapal terbang UFO pon. Mana taknya, patutnya kuih tu bentuk segi empat sama [tak tau nama kuih tu apa] Agaknya jiran saya tu terlebih kreatif atau pon dia takde acuan, so dia guna tudung tuperware yang ada bonjol bulat kat tengah2. Amik kau, sekali dia bagi satu bijik je kuih tu sebab dah besar gedabak [mesti uols tak boleh nak imagine kan tapi yang pastinya memang macam kapal terbang UFO la]


2) kantoi ponteng puasa

selalunya saya akan terliur bila adik saya makan di waktu siang. Mana taknya. dia boleh makan dengan bestnye depan saya yang tengah tekun nak habiskan puasa ni. Saya apalagi, mesti la akan mintak sesuap [iman senipis kulit bawang la katakan]. Selalunya pujukan saya tak berjaya tapi ada satu hari tu adik saya ni ringan je tangan dia nak suapkan. saya tak mintak lebih, satu suap je...lepas tu sambung la balik puasa tadi kan[satu suap pon puasa tetap batal jugak, sengal betol aku ni sebab boleh ingat puasa boleh sambung2]

Tapi yang susahnya, adik saya ni asyik nak ugut bagitau mak saya je kalau saye tak buat apa yang dia nak [siot je adik aku ni. well, ini pengajaran untuk semua juga. sebelum buat, pikir dulu kesannya oke]

adik: nak tu
(merengek2 nak benda kat tangan saya)

saya: tak boleh

adik: habaq kat mak kak tak posa
(sambil dia buat muka macam nak kena lempang)

(apalagi, saya berangin la satu badan sebab tu je lah modal dia hari2)

saya: habaqlah. mak dah tau pon. mak kata takpa.
(mimik muka kasik riak sikit supaya adik saya percaya yang konon2nya saya dah bagitau mak saya pasal ni)

mak: roih! hang tak posa!!!!
(tetiba dengar suara nyaring mak kat dapur)

(alamak, kantoi sudah! so, kena la tahan telinga sebab kena ceramah sepanjang hari oleh mak, adoiiii!!)

Lepas insiden tu, saya dah tak berani dah mintak adik saya suapkan nasik ketika puasa. So, sebagai alternatif lain saya akan curik2 minum air dalam bilik air tapi tu kalau dah tak tahan sangat lah [tak serik2 lagi]. Bila keluar bilik air je mak mesti tanya minum air ke? saya dengan lajunya akan menidakkan. Mana ada orang yang buat salah akan mengaku salah kan.



Banyak lagi cerita yang nak dikongsi, macam; sanggup mengaku puasa sebab nak bertanding dengan kawan2 kat sekolah siapa puasa lagi banyak [yang puasa penuh, cikgu akan bagi duit raya], ponteng puasa dengan budak2 lelaki lepas main aci ligan, lepastu bagi diorang makan jeruk rambai yang mak saya buat supaya diorang tak bising dekat sekolah besok [mak ai, buruknye perangai], tak tau solat terawih tapi buat2 tau yang akhirnya jadi tunggang-langgang tak tentu hala dan banyak lagi.

Tapi tu semua nantilah. Entry ni pon dah cukup panjang. Nanti ada pulak yang bosan.

oke. adios.

Friday, December 31, 2010

::last day in 2010::


....tarrrraaa....
this is my new layout
what do you think?

well, seperti mana perubahan di sini, seperti itu jugalah harapan untuk,
HIDUP SAYE
..
..yang bakal mendatang.
harapnye penuh dengan
warna-warni
:)

hurmmm, cepatnye mase berlalu kan kan.
esok dah masuk tahun baru.
tahun 2011.

harapnye tahun baru akan membawa seribu makna dalam kehidupan kita semua.
lets PRAY for our best.
~gambaremasu~


Wednesday, July 21, 2010

::nak cakap mereng tahap ape pon tak tau, sengal betol::


...atoiiyaiiii...


lately ni (jap pikir jap. lately ni je ke? rasenye mmg slalu je terbuat benda alah ni). oke, semula. lately ni, saye kerap bebenor tersalah send sms kat orang.

nak msg si A, terhantar kat si B. nak msg si C, terhantar plak kat si D. macam mane tu! haishh, betol2 jiwe kacau sunggoh....

jadik pade sesiape yang ter'dapat' atau ter'terima' sms dari saye tapi menurut firasat anda2 msg itu bukanlah purposely ditujukan untuk anda2...paham2lah yea, sile abaikan sms tersebut. but do alert me. sbb sometimes saye tak tau pon saye tersalah send sms.

cube anda2 bayangkan, saye ni dok lah menanti balasan sms tersebut (ibarat menunggu kucing bertanduk) padehal org2 yang sepatutnye tu tak tau pon tentang kewujudan sms tersebut...hurm, kesiankan!


*rase2nye, itu dikire penyakit ke ape eyh?



Monday, January 25, 2010

::terjumpe kembali::


.tak sangke.
.terjumpe kembali kawan2 sekolah menengah di facebook.
.ramai jugak.
.dah hampir 9 tahun lamanye saye menyepikan diri dari semue orang.

.hurmm, masing2 dah berubah.
.kebanyakannye dah kawen.
.dah ade anak.
.paling tidak pon sudah menjadi tunangan orang.

.perasaan saye kali ini lain.
.entah.
.tak macam perasaan dulu-dulu tu.
.saye rase gembira.
.mungkin sudah mampu terima semuanye.
.terima seadanya.

gambar sekadar hiasan

Sunday, January 17, 2010

::peterpan akan sentiase menjadik pujaan hatiku::


saye tak suke duduk diam2 sebab saye akan banyak pikir...mungkin badan saye dapat rehat secukupnye tapi pale hotak saye tak akan pernah berhenti berehat, lepas tu mule la saye jadik emo2 tak tentu hala, huhu...yang ni memang part yang paling saye tak suke gile, jadi sile tampar muke saye 100 kali oke...

haih, layanlah bideo klip kat bawah ni. Trase macam kene jek ngan jiwe saye ketika ini....zassss!


saye suke ini bideo klip sebab saye rasa Aril tersangat lah kacak oke:)


sekarang saye memang sangat perlukan pekerjaan, supaye saye akan bizi2 selalu dan tak payah pikir tentang hal2 yang macam ini..Mungkin saye perlukan pekerjaan2 yang bizi terok macam hari tu, pukul 8 ataupun 9 malam masih lagi di opis. Waktu sampai rumah dalam kul 11 atau 12 malam (yang ni bergantung kepada transport yang saye naik oke). Time saye sampai tu sure saye dah penat tahap dewa...dan boleh terus tido saje...

Wednesday, September 9, 2009

::hanya satu perkataan sahaja dapat digambarkan buat masa ini::










~
rindu~









Thursday, February 19, 2009

::missing someone very badly::

I REALLY miss u…miss u damn much,
Don’t you MISS me?

It's almost 2 month…
we were not smsing each other,


It’s seems like you don’t care about ME...
about THEM...
about US anymore,


Are you REALLY HATE me? Hate them?
I know, you are probably HATE me the most!
coz I am the ONLY one who should be blamed

Am I really a BETRAYER?

Am I really that BAD?


Tell ME,
what am I suppose to do…to make sure everything will be back to normal,


Please…!!



*SORRY for the lousy English.


Monday, February 2, 2009

::why I hate ENGLISH::

Nowadays, ENGLISH is crucial.

For example, in FSTEP, I should speak ENGLISH with all my colleagues and staffs because in FSTEP area, everybody is not allowed to speak others than ENGLISH. Actually, it’s good because FSTEP try to encourage its entire participant to converse well in ENGLISH especially for those people whose lack of confident like me.

ENGLISH classes under British Council which are provided by FSTEP are compulsory to all its participants. So, it’s an opportunity for me to improve my ENGLISH.

My ENGLISH panel, Mr. George Chong encourage us to keep practicing speak ENGLISH all the time.

So, I chose Sunday, Monday, Wednesday and Friday as my ENGLISH days. I already told my friends to speak or text me in ENGLISH during my ENGLISH days. And I also encourage them to give an advice if I do a mistake when I text or speak to them. It’s embarrassing. I should learn ENGLISH though.

Anyway, I had a difficulty to learn ENGLISH. It’s seemed like ENGLISH and me are not mend to be together. Is that true??

There is a story behind all this.

Note: MY STORY


Why I hate to learn English…

I would like to tell you guys about one story of mine. Maybe it is less important than yours but I just want to share it. Mind to share?

Anyway, title of my-so-call-story is ‘Rosmawar and Its poor English’.

Why I hate English so much?

It’s due to a bad experienced of learning ENGLISH that I had. I called it bad experience because that incident created phobia into my life….and until now, I trying hardly to overcome it. It’s such a terrible experience that I have to go trough.

The story begins…

A few years ago….back to 1992
It’s happened during my primary school life. At that moment, I was in standard two…just a little small girl right.
I was live in a small village that I am proudly call it as ‘US’ a short form for Ulu Sepetang. It is a nice village with a friendly peoples live there including me,hahaha….it’s sound seems sarcastic!

Ulu Sepetang it’s a village where almost 90 per cent of its populations is Malay. So, my life was surroundings by Malay culture and people who normally proudly speak of our mother tongue language.

One day…I went to school as usual.

Yesterday was a last day for my English teacher, Khairiah Chik in my school. She was transferred to other school. I was so sad because she was a very lovely teacher. She was kind to her students.

Anyway,

Today, my class will get a new teacher. I’m afraid, how was she is. My other school mates always call her as a ‘singa’….Is it true?

It is time for my English class. That day, my new teacher comes in. Her name is Ms. Chua. She entered my classroom and straight to the teacher’s table, without a smiled on her face. Oh my Gosh!

My classmates and I give a welcoming greeting as usual. “Good Morning Teacher!”

“Have a seat,” she said seriously.

The first sessions, she asked us to introduce ourselves one by one. She want to know our names.

After that, she started to teach us.

Ms. Chua wrote some sentences on the blackboard.

A few minutes later, she looked at us and called someone name to come in front and try to answer those questions.

“Rosmawar….try to answer these questions.”

Oh God! She called out my name. “Mati aku…”

I feel nervous. Only God knows what inside me.

I’m stand up. Then, slowly walk to the blackboard. I pick a ‘kapur’ then started guessing answers for each questions.

It’s takes time. Very difficult!

“Rosmawar…quickly! Don’t waste time..” She started to push me.

So, I just guess the answer quickly and write it out on the blackboards.

Suddenly, she came to me and slapped my face. She slapped me in front of my fellow friends.

The class was in a silent mode. Everybody look at me and our new teacher, Ms. Chua quietly.

I touched my cheeck, its hurt.

I was shocked. I’m only an 8 years old village-Malay-students. What she expected from me.

“Are you stupid? These questions are easy enough….itu pun tak boleh nak jawab ke!” She said angrily.

“Okay! Who knows the answer?”

Everybody looked down, just see the floor. Just to note. In a polite way, I am one of the best students in my class.

“Don’t tell me, nobody knows the answer…!”

And, started from that day…I have a difficulty to learn ENGLISH. I’m lack of confident to converse and to ask a question when it’s come to ENGLISH. I’m afraid if I will do a mistake again. So, as a result, I will keep it to myself and pretend that I understand all the time.

For me, it is much easier to learn Japanese than ENGLISH.

So, please help me…Help me to improve my ENGLISH by giving a constructive comment, please =)


Sunday, January 4, 2009

::speechless, hanya ini yang mampu::


yang namanyaMANUSIA ITUsentiasaBERUBAH
namun
bilaTIDAK BERUBAHseperti apa YANG DIMAHUKAN OLEH ORANG LAIN...
DIA dianggap MUSUH,
sudah dianggap tidak sebulu...
DIANGGGAP BERPALING TADAH barangkali...

BILA MENGENANGKAN itu sungguh sayu hati ini,
sebegitu mudah KEPERCAYAAN itu LUNTUR DAN hilang...
LENYAP...sama sekali,
hanya kerana satu PERUBAHAN YANG BERLAKU...
PERUBAHAN itu tidak senada, maka si PERUBAH dihukum..
kebaikan yang selama ini BERGUNUNG GANANG runtuh hanya pada satu gegaran...
sungguh TERKILAN,

tiada terucap KATA-KATA,
kelu lidah untuk berbicara...
KERNA SEMUDAH ITU,
ANDAIAN dibuat..
sedangkan YANG BERUBAH ITU mengharapkan KEBAIKAN,
adalah kearah kebaikan UNTUK semua,
MUNGKIN bunyinya begitu sinikal TAPI itu kenyataannya,
dihati si PERUBAH TIADA sekelumit pun perasaan setan,
NAMUN SI TEMAN PERUBAH,
TIADA gemar akan perubahan ITU
yang dipandang bukan KEBAIKAN yang akan berlaku...
LEBIH MEMILIH untuk memandang ke SUATU sudut yang KEBANYAKAN negatif...
SAYANGKAN....


padahal itu kongklusinya sahaja,
hanya menurut pandangannya yang satu, padanya mungkin tiada...
tiada HARUS ADA pandangan lain yang harus diterimanya...
WALHAL dia hanya mengeraskan hatinya,
PANDANGANNYA DISOROTKAN hanya pada suatu arah sahaja,
tiada mahu langsung BERPALING pada arah-arah lain,
pada ARAH-ARAH YANG MUNGKIN MENDATANGKAN makna yang jauh berbeza,
makna yang jauh LEBIH BAIK...

mungkin pada DIA,
dia TIADA mahu tahu ITU SEMUA,
tiada AMBIL TAHU pandangannya yang lain...
bila MAHU BEGITU makanya harusnya BEGITU,

sebenarnya BUKAN BEGITU...
APA YANG berlaku pasti ada KESANNYA...
negatif positif itu TERGANTUNG pada individu,
sekiranya dia mahu POSITIF,
maka...kebanyakannya pasti positif...
kalau sebaliknya,
HARUS sedia maklum...
hari pasti jadi MENDUNG,
hidup PASTI SENTIASA SURAM...

teman,
fikirlah...
MANUSIA ITU TIADA yang SEMPURNA,
pasti PERNAH tersentuh kesalahan...
DAN BILA kesalahan itu tersentuh...
jangan difikir negatif,jangan difikirkan kegagalan...
CUBA berfikir pada sudut positifnya...
KESALAHAN itu bakal mengajar kita UNTUK TIDAK mengulanginya lagi...

haiisshh,
HATI SI PERUBAH kadangkala terguris tanpa sesiapa pun SEDARI,
kerna pada TEMAN PERUBAH itu tiada penting...
pentingnya HANYA PADA PERASAAN mereka...
HATI MEREKA PERLU didulukan...
namun mereka LUPA bagaimana hati TEMAN teman SEKELILING,

si PERUBAH ITU tidak semaksum NABI,
tiada SEMULIA malaikat...
kadangkala tetap ada SEKELUMIT syaitan...
kerana DIANYA hanya MANUSIA BIASA,
makanya SI PERUBAH mahukan perubahan...
menjadi seorang YANG LEBIH BAIK,

tolonglah,
jangan selalu mengkongklusikan segalanya bersendirian...
kerna kongklusinya pasti tersasar...
selagi namanya itu MANUSIA maka selama-lamanya MANUSIA,
TIADA boleh membaca hati ORANG SEKELILING dengan persis,
dengan TEPAT....tiada,

walau apa YANG BERLAKU,
hati SI PERUBAH tetap sama...
masih DAN SENTIASA akan menyayangi teman-temannya..
si PERUBAH cuma berubah kerana itu dirasakannya PERLU,
KETAHUILAH ITU,
satu yang diPINTA,
sentiasalah MENYOROTKAN PANDANGAN pada paksi yang positif...

dan,
kewujudan entri ini jangan DISALAH ERITKAN,
wujudnya SEKADAR melempiaskan perasaan PEDULI,
BUKAN untuk mencaci...
IANYA terwujud KERNA PERASAAN KASIH yang menggunung...
sekian WASSALAM..




Friday, December 12, 2008

::ini namanya rindu ::


*luahan + aku = negatif*

*aku + emosi = kekok*

aku ini memang susah mau pamer emosi...terlalu kekok,
entah sampai bila TAPI ternyata...kini,

*sedang belajar untuk pamerkan*

*sabar*

aku mau bilang sesuatu...

*diam*

tapi malu...

*tarik nafas*

aku sangat rindu...
sama kalian,
sama rakan-rakan karib,
sama rakan satu rumah yang dulu,
sama rakan sekelas,
sama pensyarah pensyarah,
sama fakulti masscomm,
sama senior2 dan junior [walaupun kenalnya entah tidak]
sama UiTM..

*sangat rindu*

*rindu sangat*




Sunday, November 23, 2008

::perkenalkan...mereka-mereka ini temanku::

::ini teman-teman satu KELAS sewaktu ijazah::
kelas BROADCASTING 2006-2008




pasti aku akan merindui mereka-mereka ini....
KALIAN,
harapnya kalian tidak melupakan aku,
GADIS ini...

aku yakin,
kita pasti akan ketemu lagi...
dan ketika itu,
tentunya kalian,
kita-kita ini,
sudah menjadi seseorang,
harapnya...


Friday, November 21, 2008

::unsaid::


aku tahu,
there is an UNSAID thing between us,

seakan-akan,
ada sesuatu yang tidak TERLUAH antara kita,

entah,
aku tidak pasti sama ada AKU sudah sedia,

tapi,
sekiranya KAMU bersedia,
silakan,
aku akan CUBA untuk bersedia,

kerana,
aku juga MAHU keadaan menjadi normal seperti biasa...


Thursday, November 20, 2008

::picnic tak terancang::


::09 November 2008::


ber'picnic' di tasik shah alam...tak dirancang pun.

Mula-mula aku terasa nak buat sandwich, so ajak diorang datang rumah untuk makan-makan...Tiba-tiba nu'ui suggest makan sandwich sambil pergi picnic kat mana-mana. Hurmm macam menarik!

Petang tu kami berpicnic sakanlah walaupun tak cukup korum [nona dengan karen xdok] Kak ieda bawak anak sedara dia [shira] join skali....

So, ini antara photo yang sempat di ambil ketika berpicnic ;)



p/s: walaupun ber'picnic'kan hanya berlatarkan tasik shah alam... tetapi 'memori'nya tetap indah


Tuesday, November 18, 2008

::harap ini entry terakhir buat kamo::


Haiisshh!

tadi sambut birthday kelly kat TGI Friday subang parade..
walaupun biasa2 tapi meriah...
kelly kena buli,
pekerja2 TGI paksa dia nyanyi,hahahahah...

tiba-tiba mood aku agak hilang,
dah lah perut meragam
and sengal-sengal gigi masih terasa...

aku pandang pekerja2 TGI tu,
berbaju merah dan memakai cap..
memang itu uniform mereka tapi...
ia mengingatkan aku pada 'dia'
kerana photo terakhir yang aku lihat...
'dia' memakai baju merah dan memakai cap...

agak sedih...
memang sekarang aku sedang cuba melupakan,
namun bukan boleh sehari dua...
kena perlahan-lahan...
rosmawar,
pasti boleh!


::agnes monica~matahariku::

Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Reff:*
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh terhening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

**
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Back to Reff:*

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karena panah cinta menusuk jantungku

Back to Reff:**



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...