Pages

Tuesday, November 26, 2013

Rindu pada dia..



Malam ni, aku merajinkan diri menyelak entri-entri lama. Ummm.. quite Impressive, thus far! Well, I have gone through so many phase in life. From an innocent clueless student to who am I today. Yet, the journey keeps going on. 

Dalam mengimbas kembali memori dulu-dulu, tiba-tiba mataku terpana pada satu entri yang ditulis pada tahun 2009. Not a really good entry but..my heart beating fast when I read this-short-entry. Haha! Immature thought maybe. But the entry do make me feel of him. 

Dia, seorang yang quite good-looking. Sweet talker. Dan yang paling penting seorang yang kelakar. Aku pulak gadis biasa-biasa. Kekok emosi. Dan yang paling penting pemalu tahap gaban. 

So, nampak tak perbezaan kami disitu. Memang macam langit dan bumi kalau nak dibandingkan aku dengan dia ketika itu. Yang sekarang ni, memang lagi tak la kan. My shape all gone. Kedut-kedut mula terserlah di mana-mana. I am not younger anymore. Dan semua anak-anak kecil sudah layak memanggil aku makcik. Tapi nak menyedapkan halwa telinga, aku akan ajar diaorang untuk panggil aku Aunty. Nampaklah sedikit educatednya. Eh! Ye ke?

By the way, entry tu tak adalah panjang mana pon. Lebih kurang macam ni lah ringkasannya:

He asked me to going out with him. And I turned it down. All the time. 

Bukan tak suka, tapi aku adalah gadis paling pemalu dalam dunia. Memikirkan untuk keluar berdua sahaja dengan lelaki pon sudah bikin wajahku merona kemerahan. Inikan pula, nak berhadapan dengan a good-looking guy. Mau aku sorok muka bawah meja nanti. FYI, aku tak pernah bertemu dia. Suara pon tak pernah aku dengar. Kami hanya berinteraksi melalui myspace dan sms. Pernah sekali dia call, tapi aku tak angkat. Sebabnya satu sahaja. Aku malu. Dan aku malu! 

We have been contacting each other more than a year. Tapi melalui myspace and sms aje lah. Contacting disini bermaksud, "we contating each other just like a normal friend". Not more than that. For me, I'm still in doubt about it. Kenapa orang seperti dia mahu berkawan dengan aku? 

Sepanjang perkenalan dengan dia, aku selalu ingatkan diri aku supaya menganggap dia hanya sebagai seorang kawan! Tapi, tipulah kalau aku kata aku langsung tiada hati pada dia. Cuma aku lebih rela biarkan perasaan ini bermain-main di benakku sahaja. Egoku terlalu tinggi bukan?! Dan aku juga seorang gadis yang keras hatinya. Aku biarkan sahaja dia memanggilku sayang tanpa aku membalasnya. Aku tidak mahu menabur sekelumit harapan pon pada dia.

By the way, I am a tyical girl. Mudah melenting. Ada satu sikap dia yang buat aku kurang senang. Dan kerana sikap yang satu itu, aku cuba menyepi dari dia. Padahal aku pon tidak pasti adakah sikapnya memang begitu. Mungkin ya! Mungkin juga tidak! Dan aku lupa bahawasanya dia juga manusia biasa. Pasti ada cacat-celanya. Aku terlalu memandang pada sikap yang satu itu, sehinggakan aku mengabaikan sikap baiknya yang lain.

Aku memilih untuk berdiam diri, daripada bertanya terus pada dia untuk meminta kepastian. Aku terus-terusan menyepi dan mungkin itu telah menimbulkan berang dihatinya. Akhirnya, dia mengeluarkan aku dari friendlist myspacenya. Dan, thats the end of our story...



P/s: Tiba-tiba saya rindu dia - Saya rindukan "kamoo", Mr. Mellow.










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...