Pages

Thursday, April 28, 2011

::angin-berangin la jugak::


terkejut jugak bila mak call saye td...tapi rase nak gelak pon ada. ada pulak org yang datang mengaku dekat mak yang saye ni tengah dilamun chenta tahap dewa dengan dia.haishh!! tak masok akal betol. jangankan muka, nama pon saye tak pernah dengar oke.

"Hello, roih. Hang kenai dak oqang nama M****n?"

"Ha, sapa tu?" saye terpinga-pinga. rasanya lansung tak pernah kenal dengan orang nama M****n ni.

"Roih, hang habaq kat mak betol-betoi" bernada serius.

"dia penah call hang dak?" banyak pulak soalan mak kat saye time tu. itu ini semua dia nak tahu.

"awatnya? oqang tak kenai dia aiihh..." dalam hati dok terpikir mak aku ni nak kenen2 kan aku lagi kah?

"dia kerani baru kat tempat mak qeja. ada degree. dia kata dia kenai hang. dah lama dah hampa kenai. kot hang dok kenai2 dia kat intenet ka. dia ni memang suka dok main intenet" nada suara mak macam cemas semacam je.

hamboi2 ingat saye ni senang2 nak kenal2 dengan orang yang saye tak kenal ke. mak saye ni pon satu, senang sangat nak percaya2 benda ngarut2 macam tu. tapi dalam masa yang sama otak saye ni dok ligat berpusing cuba mencari kepastian. kompem. memang tak pernah kenal.

sambung mak lagi "tadi pon dia kata dia ada call hang dalam pukui satu macam tu tapi hang tak angkat. dia kata hang bizi qeja la tu. Roih, habaq la kat mak betoi2"

"eyh eyh! bila masa plak. mak, oqang nak habaq macam mana lagi..dah memang tak kenai"

saye try jugak check henphone...memang sunyi sepi dari tadi. mak saye siap suh adik saye, hawa forwardkan nombor org tu. dia suh saye check kalau2 ade nombor tu penah call saye.

"ala mak ni. dia nak main2 kan mak kot. betoi, orang tak kenai lansung. cer tanya dia, macam mana dia kenai oqang?"

"tak tau lah. dia tau nama penuh hang semua. dia kata kat mak, ni mak rosmawar kan? pastu macam2 la dia cerita. mak susah hati ni. takot la hang kena guna2 ka apa? depa cakap serius tak tipu."

"depa?" soal saye.

"kawan hang Jo pon dok cakap yang M****n tu cakap semuanya betoi"

saye dah start nak berhangin dah time tu.

"Jo mana?"

" ala, Johari yang dok B***k B*****a M***k tu.."

"Owh, Johari tu oqang kenai la...satu kelas ngan oqang dulu masa sekolah qendah. dia pon oqang dah tak penah jumpa dah lepas masuk sekolah menengah mak oii..."

dan perbualan saye dan mak diteruskan....

hangin betol saye. dah lah mengaku saya ni makwe dia. siap cakap lagi, saye ni sanggup nak kawen dengan dia dan duit hantaran kami dah bincang RM7500 dan akan dikongsi bayar half-half. kalau mahal sangat, kami akan kawen lari ja.

manalah mak saya tu tak susah hati. kang dibuatnya saye betoi2 kawen lari kan.
Tapi apa2 pon, saye memang tak kenal siapa itu Mr M****n pon okay. description yang mak saye bagi semuanya macam tak pernah saya tahu, adoiiii...

geramnya! grrrrr...

kalau nak melawak dengan mak saye pon biar bertempatlah. mak saye tu dah la ada darah tinggi, bengong. kang tak pasal2 masuk ward ke hapa, kan susah. kata belajar tinggi2 tapi otak letak kat lutut.. tak tau nak pikior...


ayat last mak saya sebelom letak talipon: " Roih, hang cari yang lain na. jangan dengan M****n tu tau. Cari sendiri, pilih yang elok2." dalam hati saye ni, sempat lagi mak aku ni...hadoiii la~



Sunday, April 3, 2011

::mari berfikir atau lebih tepat lagi mari muhasabah diri::



*blank *blur

*macam ada sesuatu yang berlegar2 dalam kepala

*tapi macam tak berapa nak pasti, apakah dia?

* tiba2 terbaca akan entry ini.

[cuba kelik sini untuk baca]

-----------------------------------------------------------

hebat bukan? nukilan seorang penulis, seorang gadis, dan rasanya dia berpangkat adik kepada saya.


Aishah Nur Hakim, sedapkan nama tuan empunya diri [kalau tiba2 Aishah terbaca ini, mohon dihalalkan]


Orangnya kecil molek sahaja tapi setiap pengisiannya penuh dengan kematangan. dan ketulusan. pengisian yang bakal membuatkan hati kita2 ni terdetik: ha'ah, betol la. atau pon. kenapalah aku tak terfikir macam tu. Apa? tak setuju? tak setuju, tak apa. setiap individu bebas untuk miliki dan berpegang pada pendirian masing-masing.

Pada saya, gadis ini senantiasa berjaya membuatkan saya kagum tatkala usai meneliti setiap bait bicaranya. fizikal saya pegun namun minda...nun jauh menerobos langit ke tujuh cuba mencari erti yang terdalam disebalik yang tercoret. paham? tak paham? macam mana nak digambarkan perasan itu yea...ha! macam ni. barangkali boleh diibaratkan seperti minda yang kebiasaannya dibiarkan malas untuk ambil pusing tentang keadaan sekeliling, tiba-tiba ligat berputar.

Mungkin setiap apa yang ditulisnya didedikasikan khusus untuk diri sendiri tapi percayalah. pada orang-orang seperti saya, Aisyah seolah2 menulis bagi pihak saya. pihak hati saya. dan pihak minda saya. Setiap bait yang dicoretnya seakan merealisasikan, meluahkan apa yang tersirat dalam nurani saya. Setiap yang terpendam dijiwa saya terluah olehnya dengan bait dan lenggok bahasa yang terpaling indah. dia berjaya mencari kata2 yang tidak bisa saya ketemukan.


*ada beberapa penulis lain lagi yang selalu menjadi sumber inspirasi saya dalam diam. diam disini bermaksud, saya menjengah ke blog mereka2 kebiasaannya tanpa mereka tahu. tidak meninggalkan sebarang tanda. atau sebarang komen. atau dengan bahasa yang lebih mudah saya menjdi pembaca diam- silent reader lah tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...