Pages

Sunday, April 3, 2011

::mari berfikir atau lebih tepat lagi mari muhasabah diri::



*blank *blur

*macam ada sesuatu yang berlegar2 dalam kepala

*tapi macam tak berapa nak pasti, apakah dia?

* tiba2 terbaca akan entry ini.

[cuba kelik sini untuk baca]

-----------------------------------------------------------

hebat bukan? nukilan seorang penulis, seorang gadis, dan rasanya dia berpangkat adik kepada saya.


Aishah Nur Hakim, sedapkan nama tuan empunya diri [kalau tiba2 Aishah terbaca ini, mohon dihalalkan]


Orangnya kecil molek sahaja tapi setiap pengisiannya penuh dengan kematangan. dan ketulusan. pengisian yang bakal membuatkan hati kita2 ni terdetik: ha'ah, betol la. atau pon. kenapalah aku tak terfikir macam tu. Apa? tak setuju? tak setuju, tak apa. setiap individu bebas untuk miliki dan berpegang pada pendirian masing-masing.

Pada saya, gadis ini senantiasa berjaya membuatkan saya kagum tatkala usai meneliti setiap bait bicaranya. fizikal saya pegun namun minda...nun jauh menerobos langit ke tujuh cuba mencari erti yang terdalam disebalik yang tercoret. paham? tak paham? macam mana nak digambarkan perasan itu yea...ha! macam ni. barangkali boleh diibaratkan seperti minda yang kebiasaannya dibiarkan malas untuk ambil pusing tentang keadaan sekeliling, tiba-tiba ligat berputar.

Mungkin setiap apa yang ditulisnya didedikasikan khusus untuk diri sendiri tapi percayalah. pada orang-orang seperti saya, Aisyah seolah2 menulis bagi pihak saya. pihak hati saya. dan pihak minda saya. Setiap bait yang dicoretnya seakan merealisasikan, meluahkan apa yang tersirat dalam nurani saya. Setiap yang terpendam dijiwa saya terluah olehnya dengan bait dan lenggok bahasa yang terpaling indah. dia berjaya mencari kata2 yang tidak bisa saya ketemukan.


*ada beberapa penulis lain lagi yang selalu menjadi sumber inspirasi saya dalam diam. diam disini bermaksud, saya menjengah ke blog mereka2 kebiasaannya tanpa mereka tahu. tidak meninggalkan sebarang tanda. atau sebarang komen. atau dengan bahasa yang lebih mudah saya menjdi pembaca diam- silent reader lah tu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...