Pages

Showing posts with label hometown. Show all posts
Showing posts with label hometown. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

Snack ala Japan: Terung bersalut Telur & Oat


Anneyong^^

Hari ni saya nak share resepi yang sangat mudah. Saya dah cuba dan hasilnya amatlah memberansangkan. Ianya sesuai dibuat snack ketika minum petang :)

apa macam? Menarik tak?




Bahan-bahan:
1) Terung / Eggplant

2) Telur

3) Oat / Serbuk roti
 
4) Garam secukup rasa



Cara-cara membuatnya:
Potong terung nipis-nipis, kemudian ketepikannya dahulu. Ambil beberapa biji telur, pecahkan dan pukul sehingga sebati [letakkan garam secukup rasa yea, kalau tidak terung salut kita tu akan rasa sedikit tawar]. Sebolehnya, hanya gunakan putih telur sahaja untuk kesan yang lebih rangup. [tapi saya campur je dua-dua sebab malas nak asingkan...boleh?!]. 

Setelah telur menjadi sebati, ambil terung tadi dan celup ke dalam telur, kemudian dibalik-balikan pulak dalam bekas yang berisi oat [ulang proses ini sebanyak 2 kali - motif? Untuk tebalkan oat yang bersalut kat terung tu].

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, Tadaaaaaaa! Dah siap sedia untuk dimakan. Dihidang pulak bersama dengan kopi panas, perghh, nikmat!!



Selamat mencuba^^






Friday, August 17, 2012

BERNAS: Iklan Raya 2012 - The Journey


This video really touched me. Speecless! As I watching it, tears began to stream down my face.


Moral of the story: Jangan sia-siakan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu-bapa kita selama ni. Hargai mereka sementara mereka masih ada. 

Nota raya: Salam Idul Fitri to all and for those who will be going back to your hometown, have a safe journey

Jom balik kampung^^


Keindahan Ramadhan
Rose





Sunday, August 12, 2012

Bulan Ramadhan & Raya - dulu dan sekarang [versi cik bunga]


DULU [MASA KECIK-KECIK]

Bulan Puasa
Seronok tp dalam masa yang sama risau sebab dah tak boleh nak makan waktu siang, lepas tu ligat pikirkan cara mcm mana nak ponteng puasa tanpa family dapat tau sengaja takmo puasa [buat2 termakan la, suruh adik kecik yang tak puasa suapkan makanan masa dia tengah makan pastu warning dia suruh diam, pegi main sampai penat lepas tu balik buat muka seposen ataupon kalau dah susah2 sangat, minum air pili je waktu mandi pastu cakap beria2 puasa if mak kita syak something]

Menjelang hari-hari terakhir berpuasa
Sibuk pasang pelita and lepas tu main mercun tengah-tengah malam tak hengat dunia sebab orang kata hantu syaitan semua kena ikat [so tak payah nak takut hantu lagi dah]

Malam Raya
Sibuk nak tolong mak kat dapur, pastu sekerat jalan je dah hanyut dibuai mimpi [paling seksa bila kena paksa jugak berjaga untuk siapkan kuih raya kakak-kita-yang-garang-mcm-singa tengah buat]

Hari Raya
Sangat seronok sebab dapat pakai baju baru sambil bawak beg sandang cute, lepas tu pegi jalan raya dengan harapan dapat kutip duit raya banyak2 and boleh bandingkan dengan kawan-kawan masa bukak sekolah nanti [tengok siapa lagi banyak dapat-kumpul-duit-raya, dialah paling awesome]



SEKARANG [BILA DAH BESAR]

Bulan Puasa
Seronok dapat tempohi ramadhan sekali lagi [umur panjang] walaupon tak dapat nak menghayati betul2 erti ramadhan disebabkan kesibukan kerja seharian. Sedar tak sedar dah dekat nak raya qhupenye [dem! baju raya tak siap lagi, duit raya tak tukar lagi, kuih raya tak beli lagi] dan dalam masa yang sama mencari alasan2 munasabah lagi bernas yg nak diberikan pada saudara-mara bila diorang tanya soklan cepucemas [bila nak kawen oi! umur tu dah meningkat sambil bagi pandangan maut kat kita. OMG, soklan ni paling tak gemor]

Menjelang hari-hari terakhir berpuasa
Pasang pelita keliling rumah pastu tengok adik2 main mercun or bunga api [pernah join sekaki tp takde feel yang macam dulu2 tu.. and stamina pon dah berkurangan. End up jadi permerhati jelah kat adik2 takut apa2 jadik]

Malam Raya
Paksa pulak adik2 kita tolong kita untuk siapkan apa2 yang patut [selagi tak siap,tak boleh tido - ala-ala balas dendam untuk yg dulu-dulu tu la, kekeke]

Hari Raya
Seronok dapat menziarahi saudara-mara tapi dalam masa yang sama risau sebab memikirkan mesti-banyak-duit-akan-habis-nak-kena-hulur-duit-raya kat anak2 sedara yang semakin lama semakin berlipat kali ganda ramainya. Nanti bila raya dah habes, mee segera and biskut kering ler jawabnye  [fening]


Korang pulak, macam mana?





Thursday, February 11, 2010

::susahnya ouhh!!::


memang sekarang ni nak carik epal hijau susah eyh? td berpusing2 kat semue gerai2 buah sebab nak carik buah ni, tapi semuenye takdok....takdok stock katenye. Limau mandarin ade la berlambak-lambak, haih!

saye nak EPAL!
bukan buah LIMAU MANDARIN!


tp limau pon saye antu jugak sebenarnye so beli la dalam sekotak :) cumenye waktu ni epal hijau amatlah diperlukan oke..

Bukan ape...mak yang pesan suruh beli epal ijau. Mak sekarang ni tengah amalkan makan epal ijau setiap hari. Bukan sebab mo berdiet ataupon awet muda. Sebab musababnye adalah kerana minggu depan mak ade appoinment dengan doktor untuk check darah tinggi die yang tak turun-turun tu,hoho...Bak kate pepatah "an apple a day, keeps the doctor away".

tetibe teringat sesuatu. Ayah SELALU sebut EPAL sebagai EPOL! hahaha...jahat gilekan sebab saye dan adik beradik yang lain selalu gelakkan ayah bile die sebut yang pelik2 tp die cool and wat bodo jek, malas nak layan anak2 die yang sengal agaknye. Well, thats make me love my family's more!



Wednesday, February 10, 2010

::saye dalam mood bercuti2::


uhuk! uhuk! haha, ini sebagai kiasan yang saye dah lame tak jengah blog ni kan....

kini saye sedang bercuti2 dikampung terchenta selama dua minggu (Taiping with Love)...hurmm, mo nikmati cuti ini sebaik mungkin sebelom mula bekerja kembali. Tujuan utama untuk cuti2 dikampung ni adalah bagi merehatkan minda dan jiwa yang letih dan penat dengan banyak perkara. Salah satunye adelah ini. Seseorang telah membuatkan saye terase disampahkan. Serius! sangat terase tidak dihargai oke! enough is enough...

well, lets cut it short. taknak cakap pasal die, buatkan hati saye sakit saje. Hurmm, mari saye khabarkan tujuan kedua saye pulak. Saye mo menghabiskan mase dikampung ini adalah untuk menjadi anak baik, ahahaha (tp memang selama ni dah jadik anak baik pon cume nak cube menjadik yang terbaik, hehehe...)

Monday, March 9, 2009

::..ambil kesah..::

for my ayah,


for the past two weeks,my dad got a fever and still not okay yet,he have not ate 'nasik' for almost two weeks...now,he looks so 'cengkung' and 'kurus'...i am a bit worried about him...

ayah!
hope you will be okay soon....
...and...
dont forget to take a medicine k,



from your daughter

Wednesday, September 17, 2008

Its getting hot! Hotter! and Hottest!

Today, 17 Sept. 08 ~ So maknanyer dah 17 hari umat Islam berpuasa. Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan kita berada di bulan Ramadhan. Masa awal puasa hari tuh, cuaca sejuk coz hujan memanjang but now....panas! panas! and makin panas! Aku pulak dahaga! dahaga! and makin dahaga, haisshh Rosmawar-chan...gambatte kudasai....

Shah alam ni memang semakin membahang, tambah-tambah di bulan Ramadhan yang penuh ujian dan rahmat nih, adushhh. Terik sungguh sinaran matahari. Peritnyer terasa bila bahangnya melewati kulit aku yang dah memang sedia hitam nih [bertambah hitamla gamaknya aku nih...] Rindunyer kat umah aku, rindu kat tepeng...Taiping nantikan kepulanaganku








Time-time macam ni lah terasa macam nak balik tepeng and lepak-lepak kat taman tasik taiping [latar filem SEPI tuh..]...Fuhh, nyaman sungguh walaupun ditengahari...

me and myself ~rose~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...