Anneyong^^
Hari ni saya nak share resepi yang sangat mudah. Saya dah cuba dan hasilnya amatlah memberansangkan. Ianya sesuai dibuat snack ketika minum petang :)
apa macam? Menarik tak?
Bahan-bahan:
1) Terung / Eggplant
2) Telur
3) Oat / Serbuk roti
4) Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Potong terung nipis-nipis, kemudian ketepikannya dahulu. Ambil beberapa biji telur, pecahkan dan pukul sehingga sebati [letakkan garam secukup rasa yea, kalau tidak terung salut kita tu akan rasa sedikit tawar]. Sebolehnya, hanya gunakan putih telur sahaja untuk kesan yang lebih rangup. [tapi saya campur je dua-dua sebab malas nak asingkan...boleh?!].
Setelah telur menjadi sebati, ambil terung tadi dan celup ke dalam telur, kemudian dibalik-balikan pulak dalam bekas yang berisi oat [ulang proses ini sebanyak 2 kali - motif? Untuk tebalkan oat yang bersalut kat terung tu].
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, Tadaaaaaaa! Dah siap sedia untuk dimakan. Dihidang pulak bersama dengan kopi panas, perghh, nikmat!!
Selamat mencuba^^
No comments:
Post a Comment