Anneyong people^^
Tau tak apa itu kuih masalodeh? Ini bukan kuah masak Lodeh yea kawan-kawan, tapi kuih Masalodeh. Saya pon kompius sebenarnya dengan nama kuih ni. Dari kecik saya panggil Masalodeh (ini antara kuih feveret saya) dan dekat rumah saya pon semua orang panggil masalodeh.
Ha! Sempena musim hujan je sekarang ni kan, saya nak share macam mana nak buat kuih masalodeh cara simple. Resepi ni saya google kat internet jer. Dah lama buat sebenarnya (beberapa bulan yang lepas) tapi baru sekarang nak share kat sini. Dan disebabkan dah lama buat, so saya tak ingat saya ambil resepi ni dari blog siapa.
By the way, if dapat makan kuih ni panas-panas sambil disulami air kopi memang sedap kan time-time hujan macam ni^^
saya buat kecik-kecik je sebab senang nak makan and comel juge!
Bahan-bahan:
2 Cawan kacang Dhal
1-2 tangkai Daun Kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Kering - ini pun digunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Hijau - potong dadu [yang ni optional]
1 biji Bawang Besar- potong dadu
1 sudu kecik Jintan
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Rendam kacang dhal semalaman. Kemudian toskan. Separuh dari kacang dhal tadi dikisar/blend halus dan sebahagiannya lagi dikisar kasar-kasar.
Campurkan kesemua bahan-bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak. If kamu-kamu tengok masalodeh tu dah timbul, maknanya ia dah masak. Done!
So, selamat mencuba kawan-kawan :)
13 comments:
rajinnye wat kue...:)
bila bosan teramat..kita2 ni kadang boleh jadi rajin hehe
My fevret. Nk try buat nnt.. X sgka sgt begitu mudah.hee
cuba jangan tak cuba...senang je babe :)
salam ziarah.. wah.. feveret saya juger..
cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,chat box pakjoe x kira k hihihihttp://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html
pendek kata, kuih feveret semua lah hehe...sedap kan^^
pakjoe: thx sebab sudi senggah..dah gi terjah balik dah hehe
nampak sedapp..nak try juga la resepi ni
try2 jangan tak try hehe
anis pon panggil masalodeh gak..huuu..salu beli je..
sedapnya.
anismelon@ buat sendiri lagi sedap anis sebab kita boleh letak kacang dal banyk2, yang jual kat luar tu kadang2 tepung je lebih hehe
zOeY zAu YaH@ sedapppp :)
Post a Comment