DULU [MASA KECIK-KECIK]
Bulan Puasa
Seronok tp dalam masa yang sama risau sebab dah tak boleh nak makan waktu siang, lepas tu ligat pikirkan cara mcm mana nak ponteng puasa tanpa family dapat tau sengaja takmo puasa [buat2 termakan la, suruh adik kecik yang tak puasa suapkan makanan masa dia tengah makan pastu warning dia suruh diam, pegi main sampai penat lepas tu balik buat muka seposen ataupon kalau dah susah2 sangat, minum air pili je waktu mandi pastu cakap beria2 puasa if mak kita syak something]
Menjelang hari-hari terakhir berpuasa
Sibuk pasang pelita and lepas tu main mercun tengah-tengah malam tak hengat dunia sebab orang kata hantu syaitan semua kena ikat [so tak payah nak takut hantu lagi dah]
Malam Raya
Sibuk nak tolong mak kat dapur, pastu sekerat jalan je dah hanyut dibuai mimpi [paling seksa bila kena paksa jugak berjaga untuk siapkan kuih raya kakak-kita-yang-garang-mcm-singa tengah buat]
Hari Raya
Sangat seronok sebab dapat pakai baju baru sambil bawak beg sandang cute, lepas tu pegi jalan raya dengan harapan dapat kutip duit raya banyak2 and boleh bandingkan dengan kawan-kawan masa bukak sekolah nanti [tengok siapa lagi banyak dapat-kumpul-duit-raya, dialah paling awesome]
SEKARANG [BILA DAH BESAR]
Bulan Puasa
Seronok dapat tempohi ramadhan sekali lagi [umur panjang] walaupon tak dapat nak menghayati betul2 erti ramadhan disebabkan kesibukan kerja seharian. Sedar tak sedar dah dekat nak raya qhupenye [dem! baju raya tak siap lagi, duit raya tak tukar lagi, kuih raya tak beli lagi] dan dalam masa yang sama mencari alasan2 munasabah lagi bernas yg nak diberikan pada saudara-mara bila diorang tanya soklan cepucemas [bila nak kawen oi! umur tu dah meningkat sambil bagi pandangan maut kat kita. OMG, soklan ni paling tak gemor]
Menjelang hari-hari terakhir berpuasa
Pasang pelita keliling rumah pastu tengok adik2 main mercun or bunga api [pernah join sekaki tp takde feel yang macam dulu2 tu.. and stamina pon dah berkurangan. End up jadi permerhati jelah kat adik2 takut apa2 jadik]
Malam Raya
Paksa pulak adik2 kita tolong kita untuk siapkan apa2 yang patut [selagi tak siap,tak boleh tido - ala-ala balas dendam untuk yg dulu-dulu tu la, kekeke]
Hari Raya
Seronok dapat menziarahi saudara-mara tapi dalam masa yang sama risau sebab memikirkan mesti-banyak-duit-akan-habis-nak-kena-hulur-duit-raya kat anak2 sedara yang semakin lama semakin berlipat kali ganda ramainya. Nanti bila raya dah habes, mee segera and biskut kering ler jawabnye [fening]
Korang pulak, macam mana?
No comments:
Post a Comment