Pages

Tuesday, November 25, 2008

::aku kelihatan seperti itukah::


tadi bertemu family yang dah lama dirindui....rasanya sudah lama tidak menjengah ke kampung halaman, hampir beberapa bulan...hurmmm~~

semua datang shah alam untuk convocation ida tanggal 25 haribulan, so peluang itu aku ambil untuk melepaskan RINDU...

mak kata aku nampak kurus...
Yess!! sape yang tak suka nampak kuruskan....

*senyum*

tapi...
satu ketika,
emak tanya aku...ada masalah kah??

*pandang mak*

*hairan*

mak kata aku nampak SAKIT...tak macam selalu.

ayah pulak bisik kat mak...aku nampak TAK CERIA, tak seceria selalu...kenapa?

betulkah aku kelihatan SETERUK itu?

kak ita menyelit, katanya dia nampak aku seperti TIADA TUJUAN HIDUP, dan banyak masa dihabiskan dengan tido, tido dan tido...

ida dan hawa juga berpendapat begitu...katanya aku jalan tak bermaya, badan kelihatan sedikit BONGKOK dan MELENGKUNG....

adakah aku seteruk itu??

*bimbang*

sebenarnya, aku juga merasainya cuma tidak duga seteruk itu....

aku bilang pada mak, pada ayah, pada family 'takdak apa-apa, tak perlu risau' kerna aku tak mahu riak gundah pada raut wajah mereka....

aku hairan,

kenapa dan mengapa...??

apa masalahnya?

besarkah? atau kecilkah?

kerana masalah rumah sewakah? kerana masalah kerjayakah? kerana masalah kewangankah? kerana masalah cintakah? atau kerana masalah hidupkah....

*pening*

kesimpulan...
kerana kesemuanya barangkali,
masalah berpadu menjadi satu....

tapi sentiasa perlu diingatan...bahawa,
hidup akan sentiasa diundangi masalah. kita perlu bijak membendungnya...tanpa masalah pasti hidup kekurangan rencahnya...

*fikir*

benar barangkali....

*fikir lagi*


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...