Pages

Sunday, November 16, 2008

::entry buat kamo::


entry ini buat kamo..
juga ada beberapa entry lain,
sebelum ini yang aku tujukan khas buat kamo...

Bodohkan aku!

padahal tahu,
entry-entry aku ini..
sikit pun tidak akan dijengah kamo..
tapi aku puas...begini,
seolah-olah aku meluahkannya di hati kamo...

Sekali lagi...aku kelihatan dungu!

mana mungkin hati kamo tahu,
apa yang aku tulis ini...
tapi kenyataannya,
semua ini tercatat abadi di friendster blog aku..
ketahuilah!
memang entry ini aku dedikasikan khas buat kamo...

kekasih rahsiaku!


August 21st,2008 [1.22 pm]
::Aku mahu membencinya::

Aku benci ‘Lelaki’ itu….

Kenapa??? Why????!?!?!

Haish, aku ingat aku dah melupakan dia tp baru aku sedar yg memang susah nk buang dia dr ingatan aku. Aku benci dia. Kenapa dia yg aku selalu impikan? Kenapa dia yg selalu bermain difikiran? Aku benci dia. Kenapa dia? Kenapa bukan org lain yg bertakhta di hati ni?

Setiap kali terpandang namanya, aku jadi sedih. Aku jadi runsing. Aku jadi terluka. Bodohkah aku ni? Dia mungkin bergembira tp aku?

Entahlah…siapa yg harus dipersalahkan dlm hal ni? Rasanya tiada siapa yg harus dipersalahkan. Aku rasa dia tidak bersalah. Malah mungkin dia tak tahu pun yang aku sukakan dia. Mungkinkah aku yang bersalah? Hurmmm, mungkin aku yg bersalah…..sbb menyukainya dalam diam. Mungkin aku yg bersalah kerana tidak berterus terang padanya dulu…[tp aku tidak mahu menjadi 'perigi mencari timba']

[Tolong aku] Tolong aku utk membencinya. Tolong aku untuk melupakannya. Melupakan ‘lelaki’ itu yang pernah hadir dalam anganku. Aku mahu membencinya. Aku mahu memberi ruang hatiku ini pada insan lain dan bukannya dia. Tolong aku……

Listening to:
[kertas band~kekasih yang tak dianggap]
[Laluna~selepas kau pergi]
[Tere~aku patut membenci dia]

#entry ini aku tulis ketika hati sakit, terkenangkan kamo...kamo sentiasa muncul difikiran. Setiap kali terpandang namamu di friendster, ym malah di blog kamo, aku jadi runsing. Memang aku tak seharusnya mengintai di blog itu, tapi hati aku meronta-ronta untuk tahu apa aktiviti harian kamo...bodohkan! Akhirnya aku yang sengsara#


May 17th,2008 [1.49 pm]
::50 things...dikala kebosanan::

21. Do you believe in soul mates? Sumtimes, tambah2 lepas tengok cite Korean - Soulmate (Cepat2 la dpt calon,hehehe)
28. Do you miss someone right now? Yup
29. Do you think they miss you too? Entah…kalau dia pun rasa cm tu bagus jugak,hehehe
50. Someone on your mind? Yup……

#entry ini membuktikan bahawa aku sentiasa memikirkan kamo...sentiasa! sehinggakan survey yang aku jawab di kala kebosanan ini pun aku turut selitkan kamo walaupun ketika itu hanya aku sahaja yang tahu..tiada sesiapa#


March 11th,2008 [11.06 am]
::A weird thing about me::

13. Easy to fall in luv but its hard for me to luahkan terutama pada orang berkenaan [Lebih suka memendam walaupun tahu ianya amat menyeksakan jiwa raga]
14. If I like someone, I will ignore him. Pretend like there are nothing [tak nak dia tahu aku suka kat dia....malu siot]
15. Selain family, aku pernah nangis gila2 untuk tiga orang lelaki padahal diorang bukan tahu pun aku nangis untuk diorang [lelaki pertama, bila dapat tahu dia akan berkahwin...Lelaki kedua, bila dia terlibat dalam pergaduhan, cedera dan masuk hospital....Lelaki ketiga, terserempak dengan dia, dan time tu dia jalan2 ngan awek dia]

#Ingat tak..kita selalu ketemu di kolej tapi setiap kali terserempak aku akan berpura-pura biasa, mungkin di mata kamo aku langsung tiada reaksi namun itulah aku...hanya teman-teman terdekat sahaja tahu bagaimanakah aku ketika itu, gembira dan tidak keruan...dan untuk pengetahuan kamo,lelaki ketiga yang dimaksudkan itu adalah kamo#


February 16th,2008 [9.49 am]
::aku sudah L.E.T.I.H::

Letih dengan CINTA….
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…

Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan… sedia setia

Benar kata orang,hanya perlukan beberapa saat untuk mengenali seseorang TETAPI untuk melupakannya kita memerlukan masa seumur hidup….Kalau diikutkan hati memang aku setia menanti. Tak pernah putus harapan. TAPI sampai bila? Suatu hari pasti aku akan berhenti juga. PASTI!Kerna aku sudah letih!

#Ini juga aku tulis buat kamo...aku sentiasa menunggu kamo, tapi bodohkan kerana kamo langsung tidak tahu mengenai hal ini...aku yang sangat bodoh! tapi kadangkala wujud juga perasaan letih di hati#


December 26th,2007 [9.56 am]
::takdir atau kebetulan??!!??::

Aku kompius…

Bukan ape, aku kompius coz bile benda yg kita x rancang berlaku tanpa ada sebab. Tapi mungkinkah itu suatu petunjuk atau ianya hanya mainan hatiku ini sahaja. Entahlah…..

Cube bayangkan bile kite sudah lama tidak bertemu dengan seseorang itu…dan merasakan bahawa kite x akan pernah berjumpenye lagi, pasti itu suatu yang amat menyedihkan dan menyakitkan. Itulah yang sedang bergelodak dan mengusik sanubariku.

Aku sudah redha kalau dia bukan untukku. Dan seperti biasa aku akan sentiasa berpegang kepada pepatah ini “Kalau ada jodoh tak akan kemana”…. “Kita hanya perlu menanti kerna cinta umpama gunung. Tak akan lari gunung dikejar”…. Betulkah tindakan aku ini? Entahlah. Adakah kerana aku terlalu berpegang pada prinsip tersebut…sampai sekarang aku masih lagi keseorangan.

Setelah sekian lama menanti, dan mungkin sudah penat menanti….aku berkata pada diriku.. “Rosmawar! Lupakan dia! Kalian sudah lama tidak bersua dan tidak pernah bersua. Mungkin itu tandanya, dia bukan untukmu.” Namun untuk menyedapkan hati, aku juga berkata… “Ya, Allah kalau benar aku dan dia ditakdirkan bersama…mungkin aku akan bertemu dengannya walaupun ianya kedengaran agak mustahil…. Dan kalau tidak, aku pasrah”

Namun, takdir tuhan… beberapa jam kemudian, aku bersua dengannya. Aku tergamam. Bermimpikah aku???!! Aku hairan. Aku terkejut. Aku panik. Semuanye bersatu menjadi satu. Apakah semua ini? Ianya takdir ataupun satu kebetulan….. Entahlah.! Aku bingung!! Aku kompius!!!!

Aku yang kompius,
Rose

#entry ini wujud setelah lama kita tidak bersua...lama sangat! selepas kamo tamat pengajian, kita seolah-olah tiada harapan untuk ketemu lagi....dan ketika itu aku berserah. Namun, takdir tuhan sengaja menguji aku. Kita ketemu kembali. ketika itu, aku tergamam. Aku ingin menegur kamo tapi langkah kaki mati. Aku tiada kekuatan. Aku tahu kamo nampak aku dan kamo juga seolah-olah menanti aku untuk datang merapati. Nampaknya aku sia-siakan peluang itu. Teman-teman menyaksikan air mata ini menitis kerana kebodohan aku#



kamo!
semua entry-entry ini,
untuk kamo...
tapi sayang..sudah terlambat barangkali,
aku tahu,
aku tiada peluang lagi...
itu kenyataannya...

walaupun...
aku bersedih,
aku berduka,
tapi,
aku tetap mahukan kamo bahagia,
aku akan sentiasa doakan kamo berbahagia disamping dia...
insan yang kamo pilih..
pasti dia sangat membahagiakan kamo..


#Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya#


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...