Salam dearist :)
Dah lama saya tak menulis kan? Tetiba mood rajin datang malam-malam macam ni. Baiklah! Seharusnya saya tidak mensia-siakan peluang sebegini. Maklumlah, mood rajin selalunya datang tak kira masa.
Ok. Last weekend saya ada Futsal Tournament anjuran company. Each department kena hantar peserta dan wajib diwakili oleh lelaki dan perempuan. Maksudnya Mix team member. Mula-mula saya malas nak join sebab dah lama tak sertai aktiviti-ativiti macam ni. Al-maklumlah, badan pun semakin sihat dengan jayanya. Jadi mana mau sertai aktiviti-aktiviti yang bakal membakar lemak-lemak peliharaan kan kan. Tetapi, memandangkan orang lain lagi lah tak ada semangat kesukanan yang tinggi, maka akhirnya OK lah jawapan dari saya.
2009 - solid lagi time ni, stamina pun tinggi
Dulu masa time-time belajar adalah jugak main benda alah ni. Seingat saya kali terakhir main futsal 2009 ketika di FSTEP dulu. Wow, empat tahun yang lalu! Tapi, masa tu badan masih solid, tough dan berjiwa kental. Sekarang....hurmmm!
2013 - tengok pun dah tahu, stamina tahap apa. (Tapi ada jugak yang kata saya tough)
Dipendekkan cerita, saya diletakkan di posisi pertahanan. Maka, bermainlah saya secara membuta-tuli. Dengan tidak tahu rules dan regulationnya, saya tetap bermain dengan bersungguh-sungguh. Untuk game yang pertama sahaja, saya telah dicederakan oleh tiga lelaki dari team yang berlawanan. Mereka telah diingatkan supaya tidak bermain kasar dengan wanita-wanita, namun semuanya hampas belaka.
Lelaki pertama, memijak kaki saya dan menyebabkan buku lali saya merah dan bengkak. Saya bertahan. Yang kedua, saya jatuh terlentang bersamanya kerana berebut bola. Dan yang ketiga, melanggar dirusuk kanan. Saya tetap jugak bertahan sehingga ke game yang terakhir.
Pada mulanya, team saya menjangkakan yang kami hanya akan bermain sampai game keempat sahaja kerana game seterusnya adalah mereka-mereka yang berjaya ke peringkat suku akhir. Namun, nasib menyebelahi kami. Mahu tak mahu, saya terpaksalah jugak bertahan walaupun ketika itu sakit sudah mula menerobos setiap inci badan.
Akibat dari aktiviti tersebut, buku lali saya bengkak dan jalan juga terhincut-hincut dek lutut terseliuh. Berlanjutan jugaklah selama 3 4 hari. Tulang rusuk kanan saya jugak mula menampakkan kesakitan yang amat. Sakit yang tidak terhingga. Bayangkan, saya terpaksa menahan kesakitan terlampau apabila, ketawa atau sneezing. Menggerakkan tangan kanan juga terpaksa berhati-hati.
Apabila sudah tidak tertanggung kesakitannya, saya cuba mendapatkan rawatan di klinik. Doktor menyediakan referral letter untuk saya melakukan ujian xray di klinik pakar bagi memastikan tulang rusuk saya tidak retak/patah.
Saya ke DEMC Shah Alam untuk membuat x-ray dan keputusannya tidaklah membimbangkan. Menurut hasil x-ray, kesakitan yang saya alami bukanlah berpunca dari patah/keretakan. Kata doktor, no fracture seen. Sakit tu mungkin berpunca dari keradangan (inflamation) atau pun hairline fracture yang tidak dapat dipastikan dalam x-ray. Doktor hanya menyarankan untuk mengambil ubat tahan sakit kerana sakit tersebut akan pulih dengan sendirinya. Mungkin dalam seminggu dua dan dalam tempoh tersebut saya tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lasak. Ok, baiklah encik doktor.
Btw, walaupun sakit-sakit tapi saya tetap enjoy each moments. Dah lama tak buat aktiviti-aktiviti macam nilah katakan. Somehow, I really miss my good old days. Zaman-zaman rajin buat itu ini dengan kengkawan semua.
Komen dari kakak saya: Tu lah, ingat badan tu muda lagi ke nak buat aktiviti-aktiviti macam dulu-dulu tu. Langsung tak memberansangkan kan. Komen dari rakan-rakan pula: Wow, superb! The skill are there though baru 2 3 kali training. Macam tu lah yang nak kita dengar kan kan. Barulah ada semangat hehe...
Ok. Tu saja yang saya nak share. So see you next time ^^
No comments:
Post a Comment