Pages

Saturday, October 13, 2012

Resepi mudah: Omelette Cik Bunga!


Happy Saturday guys! 

Lapar tak? Dah makan pon lapar lagikan. Kalau lapar, meh sini...saya nak share satu resepi simple yet delicious. Memang sesuailah untuk kita-kita yang bujang-bujang ni. Nak tahu? Jom!

1st time - terlebih inti, so susah nak gulung!


 2nd time - barulah nampak rupa sebenar!


Bahan-bahan A [Base]:
2-3 Telur
1/6 Bawang besar yang diracik halus
Sedikit Garam / Penambah Perisa

Bahan-bahan B [Inti]:
Sedikit daging Cincang
Cheese / Keju [tak payah susah nak beli yang parut, beli je cheese yg kita makan ngan roti tu]
1/6 Capsicum / Cili Benggala dipotong dadu [saya suka mix warna, baru nampak meriah uolss]
1/6 Bawang besar yang dipotong dadu
Sedikit Garam / Penambah Perisa


Cara-cara membuatnya:
Tumis bawang besar dan cili benggala bersama-sama dengan daging cincang. Kemudian masukkan sedikit garam dan penambah perisa secukup rasa. Kalu nak letak blackpaper pon boleh,ikut suka anda. Apabila dah siap, ketepikan seketika.

Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati bersama sedikit garam dan penambah perisa. Kemudian masukkan bawang besar yang diracik halus tadi. Sediakan kuali leper [kalau ada] dengan kuantiti minyak yang sedikit, dan panaskan. Untuk kuali yang memang tak akan melekat tu, tak nak guna minyak lansung pon boleh. Goreng telur seperti biasa.

Apabila telur dadar kita tadi sudah separuh masak, letakkan cheese di atasnya. Kemudian letakkan pulak bahan-banhan B yang digoreng sebentar tadi. Akhir sekali, gulung/lipat telur tersebut dan sedia untuk dihidang!


*Bahan-bahan B tu optional. Tak kisah nak guna apa-apa pon. Kalau nak buat omelette sausage rasa blackpaper pon boleh. Pendek kata, mengikut kreativiti masing-masing lah, ok :)



Senangkan? Selamat mencuba :)




4 comments:

Che Rosliza Che mat said...

Em sedapnya....terliur tengok...

Cik bunga mawar said...

cubalah try...kak ros masak mesti lg power :)

BAIZURA NATASHA said...

X bujang boleh try x? Hahaha. Ros, ko slalu cuci x minced beef bfore pakai? Sbb chefwan ada berkata kalo cuci hlg khasiat.tp kalo x cuci geli la plak.xpst kilang proses bersih ke x kn?kdg2 ada drh lagikk.

Cik bunga mawar said...

malu nak suruh yang xbujang try, sebab org xbujang ni selalunya lagi hebat bab masak-memasak ni kan kan...

aku selalu cuci dulu sebab gelila ada darah semua...biarlah hilang khasiat, janji kita rase bersih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...