Birthday present for a very special Man in my life.
To ayah,This is for you! Hadiah yang tak seberapa dari anak-anak ayah. Seumur hidup ayah, orang tak pernah nampak ayah pakai barang-barang yang berjenama. Mungkin duit gaji ayah, ayah habiskan untuk menyara anak-anak ayah yang lima ni. Hanya berbekalkan gaji lapan ke seribu sebulan, ayah tetap berjaya menyara kami setiap satunya sampai ke menara gading.Alhamdullilah! Walaupun, ada suara-suara sumbang dari jiran-jiran dan saudara mara, ayah tetap teruskan niat. Bagi ayah, istilah perempuan akhirnya ke ceruk dapur itu sudah tidak releven. Biarlah, bersusah-susah dahulu kerana ayah dan mak percaya sinar kebahagian pasti akan menyusul selepas itu. Terima kasih ayah! mak! Kerana memberi kehidupan kepada kami.Nampaknya November dah tiba. Dan ini bermakna, hari lahir ayah pon akan menjelang tak lama lagi. Bila anak-anak ayah tanya, ayah nak hadiah apa untuk birthday present tahun ni, ayah cakap apa-apa pon boleh. Tapi kami anak-anak ayah memang dah ada perancangan untuk belikan ayah jam tangan baru, menggantikan jam tangan uzur ayah yang menanti masa untuk putus talinya.Kebanyakan jam-jam ayah semuanya di beli di pasar malam yang tahannya cuma seketika. Jadi kali ini, kami mahu belikan jam yang lebih berbaloi untuk ayah. Ayah cakap, kalau nak beli jam tangan dekat tesco ada banyak. Tapi mahal-mahal lah. Dalam lima ke enam puluh ringgit.Orang terdiam bila ayah cakap macam tu. Betapa besarnya nilai note lima puluh di mata mak dan ayah. Bagi kami, yang hidupnya sentiasa dihabiskan di hutan batu ni, nilai wang lima puluh itu tidaklah sebesar mana. Boleh hilang dalam sekeli mata. Betapa nilai kesusahan mengajar kita menghargai hidup ini. So ayah, this is for YOU!Ayah, orang sayang ayah banyak-banyak :)From Anakmu,Oih (Panggilan manja family untuk saya)