Pages

Tuesday, December 9, 2008

::surat untuk aku V::



kehadapan aku,


sudah lamakan aku tidak menitipkan surat pada engkau wahai aku....sangat2 lama, dek kesibukan mengharungi hari-hari sebagai aku, aku telah mengabaikan diri engkau kan wahai aku?? Kesian engkau....Bodoh aku ni!


*fikir*


aku,


aku tahu, sejak akhir-akhir ini...aku selalu menstresskan diri engkau dengan pelbagai persoalan, di minda engkau, di benak engkau...kesian pada engkau wahai aku. Aku ini sungguh kejam barangkali...sangat2 kejam,


aku kejam kerna membiarkan engkau menjadi seperti ini, kelihatan sakit dan tidak bermaya. Aku yang memilih jalan sebegini untuk engkau? Jahatkan aku!


Wahai aku!


Aku tahu, aku tidak peka pada keadaan engkau. Engkau letih dan penatkan, wahai aku...tapi aku tetap bergegil mahu memuaskan hati, akhirnya engkau yang menerima akibat. Bila difikir-fikirkan kembali, aku ini memang melampau kerna membiarkan engkau sebegini. Sungguh melampau!


aku,


Teman-teman menasihati aku supaya 'relax...' namun aku tidak endahkan. Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...kata aku pada engkau, aku yakin engkau mampu! Aku tidak menimbang sebaik mungkin. Akhirnya aku hanya menyiksa diri engkau...pasti engkau marah pada aku kan, wahai aku?


aku,


aku mohon maaf...aku akan cuba berusaha untuk membahagiakan diri engkau, wahai aku...percayalah! percayalah kerna aku amat sayang akan engkau, amat sayang pada diri aku.....


*nota kaki untuk aku*


aku, engkau perlu belajar cara untuk menyayangi diri sendiri...tak kiralah, sama ada kadangkala engkau pernah terfikir atau terluah...aku benci diri ini! Sebenci manapun engkau pada diri sendiri, kebenaran yang tersimpan adalah engkau sangat sayang pada diri ini. Kerna terlalu sayang...apabila gagal, engkau cepat benar melenting dan menyalahkan diri sendiri...akhirnya kata yang terpacul tanpa niat dari mulut engkau adalah AKU BENCI DIRI SENDIRI!


Aku, engkau perlu sayang pada diri sendiri. Engkau tetap tidak boleh menolaknya kerana engkau adalah aku dan bukannya orang lain. Apa pun yang berlaku, engkau perlu berpegang pada pepatah...aku tetap aku! Wahai aku, engkau tidak perlu bersusah payah untuk menyukai diri, tetapi engkau perlu menyayangi diri ini seadanya ;)


sampai disini dulu surat yang aku titipkan buat engkau,wahai aku....jumpa lagi di surat yang seterusnya nanti,


*senyum penuh harapan*



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...