Pages

Monday, December 28, 2009

::ini sambungan cerita cinta yang dulu::


ini kisah dulu-dulu yang pernah saye tuliskan di blog frenster saye. Ini kisah saye:

Aku dan Cinta...
Sambungan-Aku dan Cinta...
Sambungan ke 2 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 3 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 4 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 5 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 6 - Aku dan Cinta...
Sambungan ke 7 - Aku dan Cinta...
Tamat - Aku dan Cinta...


Rupenye masih tidak berkesudahan ceritera cinta ini! dan mungkin ini sambungan ke 8-Aku dan Cinta...


Tahun 2007 sehingga penghujung 2009,

Tahun 2007, sedikit demi sedikit aku cuba lenyapkan E-dil dari hidup aku. Memang sudah mustahil lelaki itu bakal jadi milik aku lagi. Sedih, memang sedih tetapi itu semua sudah tersurat yang dia bukan milikku. Tahun pertama perkahwinannya, E-dil tetap bertandang kerumahku bila hari raya menjelang, namun kali ini dia membawa isterinya bersama untuk dikenalkan pada mak dan ayah aku. Bayangkan perasaan aku diwaktu itu. Sedih. Mungkin selama ini E-dil tidak pernah menyimpan perasaan padaku. Aku yang lebih-lebih barangkali.

Ketika E-dil bertandang, aku berada di dapur menolong kak Ita memotong sayur-sayur untuk dibuat kuah lontong. Tiba-tiba mak bersuara. Mak suruh aku hidangkan air pada mereka. "ros...pi hantaq ayaq kat depan tu, E-dil datang,"

Aku toleh sedikit ke arah ruang tamu. Kelihatan ayah dan E-dil sedang berbual-bual. Wajah isterinya aku tak nampak kerana terselindung di balik langsir.

Aku enggan sebab aku tak mahu bersedih tentang itu. "ala, malas la...oqang tengah hodoh ni." Kebetulan ketika itu aku masih memakai baju biasa-biasa. Terasa begitu malas sekali mahu mengenakan baju raya.

Macam-macam alasan aku bagitau mak. Akhirnya Ida yang jadi mangsa untuk hidangkan air serta ketupat rendang. Aku tarik nafas lega. Ya, aku langsung tidak berkesempatan untuk melihat wajah isterinya. Mungkin lebih baik begini, bisik ku.

Dan selepas hari itu, aku sudah tidak ketemu sama dia lagi. Cerita tentang dia pon sudah tidak kedengaran lagi. E-dil juga sudah jarang pulang ke rumah neneknya. Mungkin sangat jarang sehinggakan aku tak pernah melihatnya lagi selepas 2007 itu. Kadangkala pernah juga berharap agar dia datang bertandang setiap kali raya menjelang tetapi hampa. Hanya saudara maranya sahaja yang selalu bertandang.

Dan ketika itu aku sudah mulai meneruskan kehidupanku seperti biasa. Menghabiskan degree Penyiaran di UITM pada 2008. Memasuki Program yang disponsor IBBM / BNM selama setahun. Kemudian intership di AIA. Keluargaku juga berpindah ke rumah baru kami yang kini sudah agak jauh dari rumah neneknya. Banyak pengalaman suka duka aku tempuhi sepanjang tempoh itu.

Namun, di penghujung 2009...kisah E-dil muncul kembali. Tiga minggu sudah, mak bagitau yang dia nak datang ke KL. Aku hairan. Kenapa tiba-tiba sahaja. Rupa-rupanya, mak mahu menghadiri majlis perkahwinan Ko'ei, abang E-dil di Keramat. Mak mahu kami turut serta di majlis itu. Kak Ita setuju. Aduh, aku sebolehnya tak mahu pergi tetapi apa alasan yang kukuh perlu aku beri.

"Oqang tak boleh pegi sebab oqang belajaq kereta hari ahad tu," Aku harap alasan aku diterima.

"Alah, tunda hari sabtu la..." alamak, aku baru teringat yang aku pernah bagitahu kak Ita yang aku belajar hanya hari ahad sahaja untuk minggu tersebut.

"Ala, kalau oqang tak pi pon bukannya oqang lain kisah kan. Kak nak pi, pi je la."

"Tak boleh. Hang kena jadi co-pilot kak. Kalau sesat, atleast ada hang skali...kita sesat sama-sama." Kak Ita sengih. Boleh pulak macam tu kan.

"Nanti cikgu orang marah...asyek dok tunda-tunda ja." Aku sudah kekeringan idea. Mana mungkin cikgu memandu marah kalau diberitahu dia awal-awal mahu tunda kelas. Jadi, nak taknak aku terpaksa ikutkan juga kemahuan kak Ita.

Pagi 27 haribulan, dalam pukul 10.00 aku seperti biasa melayari internet sambil mendengar lagu-lagu bagi merehatkan minda. Tenang. Sangat tenang kerana cuti tiga hari ini, aku habiskan dengan memanjakan diri dirumah.

Tiba-tiba kak Ita bagi sms. 'mak tanye jadi ka kita pi kenduri cucu mak long weh tu. Mak dah ada kat sana dah, dia sampai tengah malam tadi. Hang call kak sat, kak takdak kredit tak topup lagi'.

Aku balas kembali sms tersebut. "Entah...macam malas ja! Sat orang pon takdak kredit...nak pi topup sat". Aku cuba mencari ikhtiar supaya aku tak perlu hadirkan diri aku di majlis itu nanti.

Ah, dalam hati aku jadi ribut seketika. "Alamak, jadi ke ni...ingatkan tak jadi sebab senyap je masing-masing. Mak pon tak kata apa-apa dah hari tu. Aduh, macam mana nak buat ni". Bukan aku tak mahu menghadirkan diri cuma aku sangat tidak senang bila mengenangkan yang aku bakalan jumpa sama E-dil. Itu sudah pasti. E-dil pasti hadir kerana itu kenduri abangnya si Ko'ei... Pikirku, pasti aku akan sedih bila melihat E-dil dan isterinya nanti.

Aku telefon kak Ita. "Hello kak...awat kak nak pi ka? Oqang macam malas ja. Ingat kan tak jadik sebab mak pon senyap ja hari tu.."

Kak Ita jawab. " Kak pon malas sebenarnya tapi kak nak jumpa mak...Mak pon tak paksa tapi dengaq suara macam nak suruh kita pi jugak".

"Ala, orang malas la..dah la tengah gemok sekarang, malu nak jumpa sesapa".

"La, pakaila baju yang longgaq-longgaq sikit supaya tak nampak berisi sangat. Jomla..."

"Mana ada..semua dah jadi sempit-sempit, ala malas la nak pi," Alasan apa lagi yang patut aku beri. Memang badan aku sedikit berisi sekarang ni tapi masih ada baju-baju yang boleh dipakai kerana dulu aku pernah berisi macam ni jugak...

"Ala tak pa...kita pi bukan nak jumpa sesapa pon, kita pi nak jumpa mak. Kak rindu kat mak.."

"Ala....." Aku sudah benar-benar kehabisan idea bila kak Ita cakap macam tu. Tak kan aku nak cakap aku tak nak jumpa mak bila mak dah ada kat sini kan. "Ha, yelah-yelah...kul brapa nak siap. Eee, malas la.." Aku setuju dengan berat hati.

"Dalam pukul 12 kak pi umah hang...siap tau" Kak Ita terus mematikan talian.

Lemah longlai sahaja aku merapati baju-baju yang bakal aku pakai untuk kenduri itu. Aku malas mahu pikir panjang jadik terus sahaja aku capai baju kurung coklat yang pernah aku pakai waktu konvo dulu. Besar pon besar, selesa pon selesa.

Aku dan kak Ita bertolak dalam pukul 1 lebih. Sampai sahaja area KL, kak Ita suruh aku telefon mak guna handset dia. Kak Ita suruh aku tanya mak jalan ke Keramat. Aku terus dail nombor mak. Empat lima kali jugak lah aku mendail nombor mak ni. Yang kali ke lima baru mak jawab.

"Hello mak, oqang ni. Kami dah on da way dah ni, macam mana nak pi sana?" Aku tanya mak.

"Sat-sat. Sat lagi hangpa call balik, mak suruh anak kak Piah cakap."

"Anak kak Piah." Tuntasku didalam hati. Aku berdebar sebab aku dapat rasakan yang mak akan suruh E-dil tunjukkan arah ke sana.

"Mak kata apa?" Soal Kak Ita.

"Ha.." Aku tersentak sedikit. " Mak kata nanti dia suruh anak sapa ntah bagi direction. Mak tak tau nak cerita."

Tiba-tiba nombor yang tidak dikenali call kakak aku. Aku pas kat kak Ita sebab aku rasa tak sedap hati.

"Hang la cakap, kak kan tengah drive ni..." Kak Ita jeling pada aku.

Aku cuba cadangkan sesuatu agar aku tak perlu menjawab panggilan tersebut. " Kalau macam tu oqang buat loud speaker je lah." Terus aku tekan button angkat dan loud speaker lalu halakan telefon ke arah Kak Ita.

"Hello..." Kedengaran suara lelaki di talian, dan serasa aku suara itu milik E-dil.

"Aa, hello...ni kak Ita. Aa...macam mana nak pegi sana eyh?"

Suara itu memberi arah-arah menuju ke sana. Kemudian kak Ita mengakhiri perbualannya.

"Ingat tak dia cakap masuk mana?" Kak Ita tanya aku.

Aku geleng kan kepala. Mana mungkin aku mendengarnya bila hati aku melayang jauh entah ke mana.

Tiba-tiba kami termasuk lorong yang salah. Akhirnya berpusing-pusing di Pavillion. Tak semena-mena nombor tadi call lagi, bertanyakan keadaan kami. Sekali lagi dia menjadi pemandu arah kami. Kali ini dia menunjukkan jalan yang lain pula sejajar dengan tempat kami berada sekarang. Tetapi sekali lagi kami sesat. Kali ini di Bukit Bintang pula. Aku sudah tiada mood mahu ke sana. Kak Ita juga.

"Lepas ni kalau sesat lagi kita balik shah alam terus je la...malas ladah nak pegi" Nampaknya Kak Ita memang sudah hilang sabar. Aku tersenyum sebab ini juga membawa maksud aku tak perlu ketemu sama E-dil. Tiba-tiba Kak Ita ternampak akan signboard seperti yang diberitahu oleh lelaki itu tadi. Ah, Kak Ita mengikuti signbord-signboard tersebut dan kini kami sedang menuju ke arah Keramat.

Lelaki itu call lagi. "Macam mana? Dah sampai mana dah?" Soalnya.

"Dah, dah...kami dah jumpa jalan nak ke sana dah ni." Jawab Kak Ita.

"Owh oke," kata lelaki itu.

"Lepas tu apa?" Soal Kak Ita mahu kan sign-sign yang seterusnya. Lelaki itu, memberitahu dengan panjang lebar.

Aku dan Kak Ita tiba di sana kira-kira pukul 2.45 petang. Sesampai sahaja kami di dewan yang dimaksudkan, Kak Ita suruh aku call mak supaya mak datang jemput kami di kereta yang diparkir diluar kawasan dewan. Aku dan Kak Ita malu memulakan langkah sendiri. Beberapa minit kemudian mak kelihatan datang menjemput kami. Aku nampak E-dil dari kejauhan, sangat mencairkan hati.....Walaupun aku sedikit rabun tapi aku memang boleh agak itu adalah dia melalui ciri-ciri fizikalnya. E-dil juga turut pandang ke arah kami, aku yakin tentang itu. Kak Ita jalan beriringan dengan mak manakala aku mengekori dari belakang, malu.

"Nanti pi salam dengan E-dil, pastu cakap terima kasih kat dia. Dia dok risau takut hangpa sesat," kata mak.

"Lah, mak ni...ada pulak suruh pi salam ngan oqang tu, mana elok kalau oqang tengok," gerutu Kak Ita. Aduh, mak aku ni pon satu, ada ke patut kami yang malu-malu ini disuruh bersalaman dengan lelaki.

"Ha, kalau tak salam pon, jangan dok menyombong dengan dia...senyum sikit."

Aku hanya diam. Kalau boleh aku mahu menghilangkan diri ketika itu juga. Namun apabila aku menghampiri dewan, E-dil memusingkan badannya ke arah lain. Ke arah yang tiada apa pon disana untuk ditatap. Hanya pokok-pokok menjadi santapan mata. Langsung tiada pandangan dilontarkan pada aku dan Kak Ita yang baru tiba. Walhal, menurut mak dia yang paling risau bila aku dan Kak Ita sesat-sesat sehinggakan berjam-jam nak sampai ke situ...Kenapa macam tu? Ah, lantaklah dia...Aku seboleh mungkin cuba membuang fikiranku yang bukan-bukan itu jauh-jauh.

Kami bersalaman dengan Mak Long Weh, dan sedara mara pengantin. Ada yang kenal, ada yang tidak. Kemudian mak bawa kami bertemu pengantin pula. Nampaknya Ko'ei memang dah banyak berubah. Nampak lebih serius, tak macam dulu-dulu...nakal tak ingat dunia. Selesai sesi beramah mesra, kami ke meja makan untuk menjamah juadah kenduri yang nampak enak. Mak long Weh dan anaknya kak Nora sibuk melayan aku dan Kak Ita. Aku hanya menjamah sedikit sahaja makanan dihadapan, selera makan sudah tiada. Hilang sama sekali. Dari jauh aku nampak E-dil mendukung seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan setahun lebih. Aku dapat rasakan itu anaknya, comel. Tiba-tiba, hati aku menjadi sayu.

Selesai makan kami ke meja mak. Di situ ada dua tiga sedara mara E-dil sedang berborak dengan mak. Mereka bertanyakan itu ini pada aku dan Kak Ita. Aku nampak E-dil dan anaknya serta isterinya duduk di meja yang hanya selang sebuah sahaja dari kami. Kebetulan, kedudukan kerusi aku benar-benar bertentangan dengannya, aduh! Wajah isterinya masih tak kelihatan kerana isterinya duduk membelakangi aku. Ketika itu aku berasa kurang selesa jadi cepat-cepat aku pindah duduk ke kerusi yang menghadap ke arah lain.

Tidak lama kemudian. Kak Ita ajak aku menemaninya ke tandas. Seboleh-boleh mungkin aku tak mahu.

Tiba-tiba mak bersuara. "Pi la teman kak hang sat,"

Aku jalan seiringan dengan Kak Ita. Tiba-tiba, aku nampak kelibat E-dil sedang mendukung anaknya dihadapan. E-dil turut berjalan di laluan yang sama. Aduh! Mahu patah balik juga sudah terlambat. Lagi pula aku tak mahu kelakuan aku itu dikesan Kak Ita atau sesiapa sahaja. Nafas kutarik sedalam yang mungkin lalu kugagahi untuk berjalan. Tiba saat aku dan E-dil berselisihan, mata kami bertentangan tetapi cepat-cepat aku larikan ke lantai. Namun aku sempat melemparkan sedikit senyuman kepadanya. Aku sangat sedih. Aku cuba menahannya. Air mata mula bermain ditubir mata, cepat-cepat ku sapu agar tiada yang perasan tentang itu.

Sepanjang majlis, aku cuba tersenyum bagi mengelakkan orang-orang disekeliling tahu tentang perasaanku. Mujur ada orang yang dikenali untuk aku sembang-sembang. Majlis tersebut selesai lebih kurang pukul 5.30 petang. Selesai sahaja majlis, aku lihat E-dil cepat-cepat meminta diri untuk pulang. Sekali lagi timbul tanda tanya di benakku. Kenapa? Ah, sudah lah Rosmawar...dia bukan untuk kamu selama-lamanya.

Aku harap selepas ini, aku tak akan pernah berjumpa dengannya lagi....


~Tinggal Kenangan by Caramel Band~

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih






-Tamat-




*****************************************************************************

arghhhhhhhhh!!!!

jam menunjukkan ke angka 1.30 pagi...saye terjaga dari tido. Hati saye tak tenang, saye tak boleh melelapkan mate sangat. Di fikiran asek terbayang die.

Nampaknye, kali ini terapy tido tidak begitu sukses...walau tido, wajah die tetap datang menjelma dalam mimpi, so how?? Sekarang ini tido dan jaga tetap membawa maksud yang sama...saye mahukan die. Saye tetap mahukan die. Kalau ikutkan akal yang kurang waras, mau saje saye mengofferkan diri menjadi kekasih gelapnye....Gile! Memang gile! Ye, saye sedang gileeeee....
Tapi kenyataannye, saye tidak sekejam itu...saye tersangatlah mahukan die tapi saye tahu saye tidak pernah bisa dapatkannya lagi. Die sedang berbahagia bersama isteri dan putera hatinye yang sudah pandai menapak...Mana bisa mungkin saye tegar, perlakukan seperti itu....

Hati saye sudah tidak tertanggung...jadi pade teman-teman tempat saye mengadu. Terima kasih kamo-kamo, saye hargai setiap kate-kate dari kalian. Memang kata-kata kalian ada benarnye tapi....

Ade teman2 berkata, (bunyiknye lebih kurang la sebab saye xingat sangat)

"please move on. You just have a crash on him. He's not yours anyway so tak payah la nak sedih-sedih."
yes, he's not mine. And die memang bukan pernah jadik boifren saye pon tapi hati saye terlalu lama suke kan die...sedari saye dibangku sekolah rendah lagi. Saye terseksa sebab langsung tak pernah luahkan hati saye pade die...mungkin kesudahan bakal berlainan kalu saye pernah bgtau tentang perasaan yg terbuku ini. Mungkin saye direject atau mungkin saye bakal rase sedikit bahagia. Kemungkinan terlalu banyak yang akan saye perolehi sekiranya saye luahkan. dan itu lebih baik dari tiada satu pon kemungkinan bila tak meluahkan.

"Buatkan semue tu jadi pengajaran...ade lebih baik yang sedang menanti kamu"
Yes...saye amat berharap tentang yang satu itu! Tapi sebelum yang itu tiba saye mesti buang sikap saye yang pelik ni jauh2...saye harus ade keberanian untuk meluahkan. Sebabnye, selepas die juga saye ade crash on someone yang akhirnye turut kejinjang pelamin. Tapi seksanye sekejap sahaja kerana tempoh sukekannye tidaklah selama yang ini.

"So that's the starting point. So, jangan tunggu lelaki yang approach..."
ini masalah saye, saye terlalu malu sehinggakan lelaki akan mengangap saye ni jual mahal, ego, or what soever. Susah!

"lupakan lelaki macam tu...entah2 die langsung xingat kat ko"
Tak...die bukan lelaki yang macam tu. Die tak pernah tahu pon saye suke kan die sebab kawan kamo ni pelik sikit dalam bab2 begini. Die memang memenuhi kriteria lelaki idaman saye. Mungkin orang akan cakap, bile dah suke semue nampak indah. Tak, bukan begitu. Die dan abang die memang lain. Die sangat hormati orang tua sampaikan mak dan ayah saye pon suke. Makcik2 kat kampung saye memang selalu puji2 die sebab die tak macam abang die. Mase saye kecik-kecik dulu...kebanyakan kawan-kawan kampung saye mesti ade sedikit crash pade die. Bila saye tahu tentang itu saye hanye diam, saye hanya simpan perasaan saye sendiri dan tak akan biarkan sesiapon tahu tentang itu.

"Entah2...ko yang perasan lebih-lebih kot ros! Kalau tidak masakan die kahwin dengan isteri die. Unless kalu family die yang aturkan semuenye, hahaha" (Adeh, ayat ini memang betol-betol menusuk ke jantung saye oke. Jujur betol kawan saye yang sorang ni, hahaha)
Saye terkesima sebentar. Entah! Saye benar-benar tak tahu. Mungkin juge ade betolnye kate-kate kawan saye tu. Mungkin saye yang perasan lebih-lebih. Tapi, sometimes kite boleh tahu bile seseorang tu juge ade menaruh perasaan pade kite kan. Mungkin kelakuan die...mungkin dari care percakapan die atau mungkin ape-ape sahaja hint dari die. It's hard to explain anyway. So, mungkin bagus jugak kalau saye pegang saje kate-kate kawan saye yang sorang ni...mungkin saye saje yang lebih-lebih sebenarnya~

Semalam, bile saye terpandangkan die...saye masih dapat rasekan yang die masih tetap org yang same seperti tiga tahun yang lalu. He's gentleman type, yang sekiranya sesiapun pandang pasti akan terpaut hati padanya.

adeh, sudah tiga tahun berlalu...tiga tahun oke. Tapi........saye masih tak dapat lupakan die. Kenapa? Ini yang saye takuti bile perlu ketemu sama die lagi. Jangkaan saye, saye hanye akan luangkan masa sejam due sahaja di sana tapi rupanye sehingga tamat acara...Bayangkan hati saye sepanjang majlis itu...memang pedih.


sepanjang majlis, saye menahan tangis...saye pandang die dari kejauhan. Perasaannye masih same. Pandangan saye masih tetap pade orang yang same seperti orang sebelum tiga tahun yang lepas...masih mahukan die! Tadi juga die telah membuatkan perasaan suke saye padenya makin bertambah bila mana kehulur kehilir die menggendong puteranya yang comel....So sweet kan :)

Depan mak dan my sister dan depan semue hadirin saye cube tersenyum walau kadang2 air mata berlinang tak semena-mena....cepat2 saye kesatkan dengan tangan. Tapi bile mate sedikit merah, saye khabarkan habuk termasuk mata...dan mereka percaya!

~Munajat Cinta by Dewa~






Sunday, December 27, 2009

::dah ku duga pasti ini yang terjadi::



tadi siang, dipakse ke kenduri kawen...bukan salah yang memakse kerna mereka tak pernah tahu tentang itu dan saye langsung tak mahu mereka tahu tentang itu...sedikit pon tidak! Saye enggan bukan kerana membenci tapi kerna saye amat pasti tentang hati saye...hati saye tak akan pernah kuat untuk itu...

Macam-macam alasan dah saye khabarkan sehinggakan saye ketandusan idea...saye mengalah, akhirnye saye turutkan jua kemahuan mereka...saye pergi walau dalam hati tuhan sahaja yang tahu, saye pergi walau hati tak pernah mahu...

Ya memang benar seperti yang diduga. Ianya sedang terjadi! hati saye sangat hancur ketika ini, hancur sehancur-hancurnye...hancur hati ini bukan kerana pasangan pengatin baru siang tadi tapi kerana melihatkan pasangan pengantin yang sudah tiga tahun punya ikatan sah :'(

(salah saye kerna terlalu memendam cinta)


*mengeluh*


...jadi, pade waktu sebegini...




...biarkan saye lena buat seketika...

:'(



Tuesday, December 22, 2009

::mari berpuitis::



entry ni terhasil sebab saye mo budak kat sebelah saye ni xsedih2,die macam saye jugak...jenis susah nak meluahkan~


anyway, bait2 kat bawah ni plak terhasil setelah chating2 ngan die seharian...actually, die pon ade tulis2 cam ni gak, so sebagai membalas ayat2 die yang puitis2 belaka tu saye pon karanglah pulak bende alah kat bawah ni

:)

so pade nek syu...jangan sedih-sedih oke,
masih ramai lagi yang sayangkan anda... kalau die xsayangkan anda, biarkan saja..
aku, kak G and Dieya kan ade, tetibe terqoute name mereke2 ni skali...mane taknye, mereka2 ni jugakkan rakan chat room tetap kite, hehehe~


puitiskah saye??

Bukan maksudku meninggalkanmu sendiri,
Cume ketakdayaan menguasai diri…
Masa terlalu suntuk..suntuk sekali, hati pula berbelah bahagi,
Kau harus tahu ini, ku juga sendirian di sini

Sayang, jangan dilayan perasaan hati
Kerna bisa meracun minda, merosak diri
Biarkan dirimu tenang , setenang air dikali
Biarkan deru nafasmu hela lega sekali ini

Pikirlah sedalam mana pon kerna mase hadapan tetap juga datang…itu pasti
Cumenya pengakhirannya kau aku tak ketahui
Memang segalanya kabur tapi kita boleh suluhkannya dengan misi,
Pasti itu mampu mencetuskan sekelumit yakin dalam diri

Sayangku, jangan selalu toleh kebelakang seperti ini

Kerna kau pasti akan rase lenguhnye nanti
Cube fikirkan secara sonsangnya setiap yang terjadi
Pasti semue luka, pasti semue duka, ade hikmah yang tersembunyi

Lupakan sahaja orang yang melupakanmu sebegini
Jangan gundah kerna Tuhan sudah janjikan seseorang yang lebih baik untuk kamu nanti
Seseorang yang bisa menukarkan duka menjadi sayang, menjadi cinta suci
Percayalah, saat itu bahagia akan kamu kecapi



* bende ni juga sebenarnye dtujukan pade gadis yg bernama ROSMAWAR...biaselah, saye memang pandai berbicara begini tp bile kene kat batang hidung sendiri..adeh~




::kesah boipren adik saye..Hawa::


hari tu, pagi jumaat...


pagi-pagi lagi saye dah bangun sebab janji nak balik Taiping. Patotnye hari khamis tu, lepas balik keje terus kene pulang tapi disebabkan tempat keje saye buat event Sparkling Cristmas and Year-End Party so terpakse la ditunde waktu kepulangannye...my sister dah bising2 sbb xdapat balik seperti yang dijanjikan, maklomlah saye tompang naik kete die, so nak tak nak die tetap kene tunggu saye. Kebetulan pulak, mak telefon cakap boipren Hawa accident and sedang koma. Jadik kakak saye bertambah la bising bile Hawa sedih xdapat nak pulang awal (Hawa ngan Ida spend time two weeks kat umah my sister. Sorang cuti sekolah, sorang lagi cuti semester...saye jek yang tak cuti2)

anyway just nak kongsi kat sini sebagai selingan, I got Philip Food Processor for my lucky draw...Mungkin, kamo2 boleh cakap...alah! kecoh la minah ni, dapat bende alah macam tu pon nak cerita-cerita. For me It doesnt matter bcoz it's really make my day. Try to imagine this...saye ni kalau bab2 lucky draw tak pernah nak bertuah, paling hebat yang pernah saye dapat pon pensel oke.Di ulangi pensel hahaha~ so, what do you expect from me when they calling my name, ofkos la gembira sakan but saye xdelah tunjuk sangat yang saye sangat suke kan =) Bende alah tu akan saye bagi pade mak memandangkan saye ni amatlah malas bab2 memasak, saye memang sangat pemalas oke...

anyway, tak sia-sia saye stay sampai habis event tu. Sebenarnye, memang kene stay sampai habes event pon sbb saye and Manje incharge bahagian sounds and lighting kat control room sepanjang event berlangsung....nasib baik ade abang Azizul, kalau tak maunye sound/lighting event tu hancus dikerjakan saye dan Manje rasenye.

enough pasal event. Back to our main topic oke. Boipren adik saye, Joe, accident and koma kat Hospital Taiping. Dah seminggu die koma. Mase die accident, Hawa habiskan cuti sekolah kat shah alam, kat umah my sister. Hawa asek nanges2 sebab sebelom accident Joe banyak kali call tapi adik saye ni xnak angkat...so,rase bersalah lah tu.

Sampai jek umah, rehat2 kejap...lepas tu petang, mak terus ajak pergi melawat Joe. Hawa dapat call yang Joe dah sedar. Ececeh, trase macam dalam drama la pulok. Tibe2 lak boleh sedar, macam tau2 jek Hawa nak datang melawat.

Dalam wad icu tu, xleh masok ramai2...so, saye kene masuk ikut turn. Mule2 mak bwk Ida and Hawa, then Ida keluar Kak Ita pulak masok. Last kali baru turn saye...Adam pulak memang xboleh nak masok sebab dibawah umur.

saye banyak jadik observer jek kat dalam tu sbb saye ni kan pemalu. Gile tak tau nak sembang ape, yang saye mampu buat hanye senyum sepanjang mase,hahaha... Mak and Hawa je yang banyak cakap and layan Joe time tu. Kesian...die nampak memang xde tenaga lansung, bile batuk jek nampak sangat die tengah menahan sakit yang amat.

Saye baru dapat tahu yang rupe-rupenya ini kali kedue Joe accident and koma. Yang dulu pon lebih kurang sminggu due jugak la die koma. Dalam dok sakit2 and suare pon dok masih serak2, sempat lagi die buat lawak oke. Die cakap, ni kali kedue die accident and koma...so kalau lepas ni accident lagi (kali ketiga) sure terus padam. Boleh pulak cakap macam tu kan, so kene la bebel dengan mak saye barang sepatah due...

Menurut mak...disebabkan accident yang dulu tu, die kehilangan maknye. Mak Joe meninggal disebabkan terkejut dek berita yang Joe ni ditimpa kemalangan. Part yang paling menyayat hati saye ialah bile mak saye cakap mase Joe sedar dari koma dulu, die cari mak die tapi malangnye mak die dah sminggu meninggal. Sedihkan...dan disebabkan itu, mak saye dah anggap Joe ni macam anak sendiri walaupon tempoh kenal xdelah lama sangat. Mase die sihat hari tu, die selalu jugak la bawak adik die datang main dengan adik saye, Adam.

Mase mula2 hari tu, ayah saye xbrape nak berkenan sangat dengan si Joe ni. Yelah, Hawa tu kan masih kecik lagi dah nak cinte2 (Kalah kakak2nye yang masih single trang tang tang ni oke) tapi lama kelamaan ayah oke sbb ayah kate Joe ni baik. Saye, Kak Ita and Ida pon cube trime die seadanye. ..So far so good la memandangkan masing2 xpernah ade adik lelaki sebesar itu, trase agak weird jugakla, but its oke. Ewah, dah macam Hawa tu kompem2 jek kawen ngan si Joe ni kan =) ade jodoh xkemana, kalau xde jodoh pon die still macam adik saye...

~insyaallah~




Monday, December 21, 2009

::hearty rhapsody::



kawan.
tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.
tapi perlu hari2 ingat.
tak perlu hari2 dekat.

yang penting --
yang peduli.


...ini bait-bait yang saye petik dari one of my feveret blog -
f
ynn jamal cakap

I love her writing style, memang meresap jauh pade jiwe saye...


bait-bait ini sangat endah
kerna mengingatkan saye tentang suatu perasaan manes dulu-dulu...

bait-bait ini sangat asek
kerna saye juge pernah merasainye, memilikinye suatu ketika dulu...

tapi, semue itu dulu...
mereka itu mungkin kisah lampau saye,
ataupon saye ini mungkin kisah lampau mereka,

sekarang ini saye dalam fasa penafian,
saye cube nafikan..saye cube keraskan hati,
saye cube jadi selfish...saye cube untuk melupakan

someone told me,
lantaklah orang nak kate ape pon, padehal diorang yang selfish because putting u (me) at the same position...

tapi hati saye tak tegar....

hati saye hancur luluh, seperti ditumbuk lumat,
bila saye pura-pura tidak rindu tatkala nama mereka disebut..

hati saye keronyok, bagai kertas contengan digumpal-gumpal,
bila saye pura-pura tidak pedulik walhal saye terlalu pedulik tentang mereka...

hati saye remuk, umpama tin aluminium kosong dihenyak kaki,
bila saye pura-pura happy sedangkan hampir separuh jiwa saye masih lagi ade pade mereka...

mulut saye berbohong tapi hati saye berkata yang benar...
saye berbohong bila saye kate saye sudah tidak pedulik akan semuanye...
kerna yang sebenarnye, saye masih pedulik tentang itu semue...

andai waktu boleh diputar kembali...akan saye putar pade kenangan bahagie dan slowkannya sehinggakan waktu seolah terhenti.

Ya! saye jahat, sebab kalau boleh saye mahu kemahuan saye dituruti...kalau boleh saye mahu paksa kesemua mereka-mereka kembali kepada mereka yang dulu-dulu itu...bukan yang sekarang-sekarang ini. Tapi saye bukan TUHAN, saye hanye manusie biase, saye tak boleh putar kembali dan terus hentikan waktu...

lumrahnye setiap manusie perlukan perubahan. Namun, berubahlah kalian ketahap apa pon, saye percaye...hati saye masih tetap mahu pedulik...

yang penting...yang pedulik



Saturday, December 12, 2009

::emotional breakdown tempohari sudah berlalu pergi macam angin::



..GUMBIRA TAK TERKATA..



Rase ingin hupdate sebab banyak mahu di'story-mori'kan kat sini tentang hari ini...
tapi mate sudah SANGAT mahu lelap...jadi mahu tido~
so, besok-besok saja okay :)

cuma mahu cakap ini...
I had a blast! sangat hepi...

...thank you kalian...

luv
me


Wednesday, December 9, 2009

::Ya! saye antisosial ketika ini::




saye perlukan ruang untuk bernafas...

penat~


Hal-hal dunia semuenye memenatkan kepala...Kenapalah, susah sangat orang-orang mau paham saye? Atau diri saye yang sebenarnye sukar difahami...tapi saye selalu mengalah! Jadi, kenapa kamo, kamo dan kamo yang saye kenal tak pernah cube untuk mengalah demi saye...cume sekali sahaje pon cukuplah...Kenapalah kamo, kamo dan kamo tak pernah rase nak cube mengalah? Kenapa?? kenapa harus saye sahaja yang mengalah...Mungkin sudah bertimbun-timbun dosa-dosa saye sebab memaki hamun kamo, kamo, kamo di dalam hati ni, jadi tolonglah sekali-sekala belajar mengalah...supaya dosa-dosa saye tidak semakin bercambah~

terkadang bile hati sudah membuak marah, saye juga pasti tak mahu kalah...biar kamo, kamo dan kamo tahu ya, saye juga punya hati sekeras batu...degil~! tapi degil saye seketika sahaja..keranaaaa, bile tak mengalah, macam ni lah jadinye...di akhir cerita, sendiri pasti tanggung rase bersalah!

Untuk pengetahuan kamo, kamo dan kamo..kecik hati sudah tidak terhitung banyaknya...saye mau tanyakan, pernah semue pedulik?? pernah semue cube ambil pedulik??

penat bile terus-terusan jadi yang kedua, ketiga waima yang terakhir! Yang pernah duduk ditempat seperti saye harus tahu bagaimana rasenye itu...

saye tau...
saye bukanlah hamba yang baik...
bukanlah anak yang taat...
bukanlah adik yang mendengar kata...
bukanlah kakak yang mulia...
bukanlah kawan yang setia...
dan segala-galanya bukan~

tapi tolonglah jangan terus-terusan perlakukan saye macam ni...saye ini insan lemah, punya hati yang goyah~

kalau boleh...kalau saye punya keberanian...

mau saja saye melarikan diri dari semuanye..
lari jauh dari dunia seharian saye...
lari jauh dari keluarga saye...
lari jauh dari kawan-kawan saye...
lari jauh dari semue orang yang mengenali saye...

mungkinkah "missing in action" itu bahagia??

saye mahu tenang dalam sendirian...kalau boleh mahu pergi bercuti di pulau-pulau sambil menghirup udara nyaman, melemparkan pandangan nun jauh ke lautan luas...saye mahu hamburkan segala-galanya disana...ditempat yang semua org tidak mengenali saye....

tapi itu cuma kata-kata kalau...
itu cuma kata-kata Mat Jenin, angan-angan Mat Jenin,
dan itu juga cuma kata-kata kalau saye punya keberanian sebab saye dibesarkan dengan perkataan jangan, jangan dan jangan~

jangan itu...
jangan ini...
semuanye jangan...

jadi kalau mahu bercuti seorang diri, pasti kedengaran mustahilkan?? kerana minda saye sudah acap kali disogok orang dengan hal-hal semacam ini...

1) perempuan jangan terlampau berani-berani sangat, jangan rase boleh lakukan semuenye seperti lelaki...kerna campaklah kemanapon, masih tetap juga seorang perempuan...perempuan itukan lemah!

2) Jangan pernah melawan cakap orang tua-tua kerna pasti dilaknat tuhan...pasti akan terjadi apa-apa petaka... Ya, saye tahu itu tapi bagaimana kalau cakap-cakap mereka itu kadang-kadang tidak masuk diakal, atau mungkin boleh memudaratkan?

Hurmmm...Mungkin saye hanya berani untuk berimaginasi tentang percutian sebegitu, mungkin saye juga hanya berani menaipkan kata-kata sebegitu disini... What a Loser!

Nampaknye...Jangan itu banyak membentuk siapa saye hari ini...Jangan membuatkan saye lemah! Jangan membuatkan saye takut itu dan ini...Semuanye kerana jangan. Jangan juge kadang-kadang membuatkan saye jadi antisosial ketahap ini.

Harapnye, jangan tidak akan mengspoilkan mood saye Jumaat ini..
untuk Ahad juga,
Dan kalau boleh, untuk sepanjang hidup saye...



INSYAALLAH!



p/s: adakah saye salah bile saye tunding jari pade jangan kerana membentuk diri saye seperti ni?? Anyway, apa-apa pon jangan yang berfaedah tak mengape kalau masih mahu berpegang tapi kalau jangan itu memudaratkan, harus cepat-cepat buang...faham!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...