sekarang kenapa begini? seolahnya kamo cuba menjilat kembali ludah sendiri. well, bila marah manusia yang tidak sempurna seperti kita2 ini sememangnya tanpa banyak pikir akan laju sahaja menuturkan kata2 tiada rasional dari mulut.tapi tahukah kamo yang kata2 itu umpama peluru. sekali picu dibidik, kita tidak boleh menangkap kembali peluru yang telah meluru laju kehadapan.
hurm, nampaknya kita memang berlainan pendapat. pade saye teman2 itu penting. seiring kepentingan keluarga dan kerjaya dalam hidup kita2. pendek kata semuanya sama penting dan saling melengkapi untuk mencipta dan memberi bentuk kepada sesuatu yang kita namakan kehidupan kita2. tidak kiralah teman itu teman baik, teman biasa waima teman yang dianggap kawan makan kawan sekalipon.
kenapa saye berani mengatakan yang mereka2 ini penting? cuba fikirkan, teman2 adalah sebahagian orang2 yang pernah hadir atau bakal hadir sepanjang perjalanan kehidupan kita. mereka ini akan menyentuh kehidupan seharian kita sekaligus bisa merubah hidup kita2 ini, betol tak? sama ada merubah ke arah kebaikan atau keburukan itu terserah kita kerana kita punya hak untuk memilih.
kadang2 saye kesian melihat kamo. hidup kamo sangat perlu dikasihani. tapi sebenarnya tanpa kamo sedar kamo yang buat hidup kamo begitu. WE ARE WHAT WE THINK. tak perlu sentiasa membandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih bagus dari kita, kerna itu rezeki dia. perbandingan begitu bakal membuatkan kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita miliki. cuba kita bandingkan diri kita2 dengan orang yang kurang bernasib baik kerana dari situ kita akan sedar berapa beruntungnya diri kita2 dilahirkan sebagai kita2.