Entry ni patotnya ditulis pada waktu siang di mana matahari pon masih belum lagi rasa nak memunculkan diri, tapi memandangkan saya ni career women, terpaksalah...jadi pada sesapa yang agak2 tengah baca entry ni pada waktu ni (yea! yea! andalah tu yang saya maksudkan), sila bayangkan anda tengah membacanya di pagi buta dan juga dihari jumaat. Sejuknya...oke?
Ceritanya bermula begini. Hari ni mood malas gila nak pegi keje. hurm, nasib baik dah JUMAAT! YEAY!! seronoknya, sambil lompat2 gembira (tapi dalam kepala hotak je lah) taknak bagi Jaja terjaga...kang dia pikir roomate dia ni gila pulak sebab terkinja2 tak tentu hala.
Bangun tido, gosok2 mata terus pegi mandi. Sudah mandi, main capai je baju apa yang saya rasa sesuai (sekali lagi bernasib baik sebabnya if hari jumaat, boleh pakai casual pegi keje). nampaknya T-shirt yang jadi pilihan saya, color hijau (feberet color). Pakai T-shirt ni senang sebab tak payah susah2 nak iron bagai (nampak sangatla pemalasnya tu kan) Pastu siap2 (kena la touch up apa yang patot kat muka ni sikit sebab muka saya xdelah secantik Juliana Evans tu. memang jauh panggang dari api la kan) akhirnya pegi keje macam biasa...
tetiba sampai je kat opis...
jeng! jeng! jeng!
nak tau tak uols!
crush saya tu pon pakai baju t-shirt color hijau jugak . hah? crush yang mana? ala, yang saya cerita kat dalam entry ni. Color baju kitorang lebih kurang sama je uols, so harap2nye berjodoh la yea haha~
oke nak cakap tu je sebenarnya. bye!
nota kaki: oke! mari senyum ramai2 kerna besok adalah sabtu dan bukannya isnin, yeayyy!