ofkoslah sedap. mahal weh!(agak mahallah bagi org2 macam saya ni) apa2pon, benda mahal mestilah kena sedap kan kan. kalau tidak..pasti akan aku amukkan!
Bulan Julai hari tu, Tutti Frutti mengadakan grand opening outlet baru kat area opis saya, betul2 depan opis saya ni. Kalau nak jalan kaki tu rasanya tak sampai 5 minit kot. Outlet ni satu2nya kat cyberjaya. Dengar cite masa opening hari tu, Tutti Frutti ada bagi 50% discount pada setiap pelanggan.Untungnya!
Tapi time tu saya tak pulak rasa nak makan sebab asek dengar cerita dari teman2 benda alah ni mahal tahap babun. Bayangkan 100g harga dia RM5++. Dan2, saya rasa macam tak berbaloi la pulak! tapi sekali cuba, ambik kau! sedap tak hengat.Dapat pulak makan ketika waktu panas terik, sluuurrppp!perghhh! Huhu, rugi tak pegi masa hari opening tu. Kalau tak boleh makan puas2.
first time beli, saya and manje ajak Hani sebab dia expert sket (ade step woo nak beli benda alah ni. yea, saya JAKUN!).
Disebabkan mahal, saya ambik sikit je...takut terover bajet (sila refer gambar 1st. sikitkan? setengah cup tu je. tu pon dah harga RM12++) patutnya, kena ambik banyak2 macam gambar bawah ni...barulah meriah kan kan.
second time pulak org belanja tapi kena beli sendiri. sekali silap ambik flavor la pulok. Ingatkan nak ambik vanilla, tetiba terambik original yogurt. masam! rugi2!(saya kalau air yogurt bliss tu bolehlah diterima tekak, tapi kalau yogurt...adoiii! rasa macam makan susu basi yang dah masam, uwekkk.
anyway, Tutti Frutti ni lebih sihat berbanding ais krim sebab dia adalah sejenis yogurt yang dibekukan.
2 comments:
huhuhu...
saya x pernah rasa tutti frutti nie...
sebab kat TRG xde mende nih... hehehe...
apa kata awk pulak bukak cawangan tutti frutti kat terengganu...apa kata? hehe
Post a Comment