Pages

Tuesday, October 26, 2010

::personality?::


sbenarnya kuiz ni saye ciplak dari email yang dihantar kawan saye mase kat opis tadi...so tetiba terasa nak share la pulak dengan kengkawan kat sini. bak kata pepatah omputih, sharing is caring kan kan (eleh, benda2 merepek, lagi tak mendatangkan duit mcm ni la yang ko sibuk2 nak sharing2 ngan orang lain kan)

Anyway, just for fun k :)

tapi sebelom tu, saye nak bgtau la kat sini. sbenarnya saye dah tak berapa nak ingatla word2 yang diguna pakai dalam email tu jadik saye pepandai merekacipta ayat2 sendirik. boleh? tapi dont worry, intipatinye masih tetap sama.

cara2 menjawab: quiz ni ade 3 soklan (sbenarnya ade 4 tp saye rase yang last tu tak berapa nak penting sangat so saye dengan tanpa segan silunya telah menggugurkan beliau dari kuiz ini hehe. beliau disini bermaksud, soklan ke 4 yea kengkawan semua). anda dikehendaki menjawab setiap soklan dengan jujur dan seikhlas hati.

tips bagaimana mahu berlaku jujur: normally, benda first yang terlintas kat dlm kepala anda tu lah yang selalunya hampir menyamai dengan diri anda (paham ke ayat saye ni? kalau tak paham pon, buat2 paham je lah sbb saye pon tak tahu nak explain mcm mane).

Bagi memudahkan anda2 untuk merefer jawapan anda nanti dengan jawapan yang telah disediakan, anda dinasihatkan untuk tulis jawapan anda tu kat mana2 sahaje (jangan conteng kat dinding rumah masing2 sudahla). so, ape lagi! cepatlah gi carik pen dan kertas :)


oke. dah sedia untuk mula?


jangan main tipu tau.



baiklah..............


soklan pertama:
Sila susun semula haiwan2 dibawah ini mengikut kesukaan dan keutamaan anda.
a) Harimau
b) Kambing biri2
c) Khinzir
d) Lembu
e) Kuda

soklan kedua:
Apakah yang terlintas difikiran anda2 apabila terpandangkan benda/perkara yang disenaraikan dibawah ini.
Hanya tulis satu perkataan sahaja pade setiap item (ingat satu saje tau):
a) Anjing
b) Kucing
c) Tikus
d) Kopi
e) Laut / pantai

soklan ketiga:
Namakan orang2 yang anda kenal yang mana anda merasakan mereka2 ini penting dalam hidup anda mengikut warna2 dibawah (dan pastikan mereka pon mengenali diri anda. maksud disini bukanlah selebriti etc oke hehe):
a) Kuning
b) Oren / Jingga
c) Merah
d) Putih
e) Hijau


soklan tamat!




sekarang, tibalah masa yang dinanti2.....


jeng...



jeng.....



jeng........





sudah bersedia dengan jawapan? Kalau sudah jom check...

Jawapan untuk soklan pertama:
Susunan yang anda pilih adalah menggambarkan perkara2 yang anda beri keutamaan dalam hidup anda.
a) Harimau - MARUAH / HARGA DIRI
b) Kambing biri2 - CINTA
c) Khinzir - DUIT
d) Lembu - KERJAYA
e) Kuda - FAMILY

Jawapan untuk soklan kedua:
Perkataan yang anda tulis menggambarkan

a) Anjing - PERSONALITI DIRI ANDA
b) Kucing - PERSONALITI DIRI PASANGAN ANDA
c) Tikus - PERSONALITI DIRI MUSUH ANDA
d) Kopi - PERSONALITI SEKS ANDA
e) Laut / pantai - KEHIDUPAN ANDA

Jawapan untuk soklan ketiga:
Mereka2 yang anda pilih merupakan orang yang:
a) Kuning - DIA ADALAH ORANG YANG SENTIASA ANDA INGAT
b) Oren / Jingga - DIA ADALAH KAWAN BAIK ANDA (TRUE FRIENDS)
c) Merah - DIA ADALAH ORANG YANG SANGAT ANDA CINTAI
d) Putih - DIA ADALAH TEMAN SEJIWA ANDA (SOUL SISTER)
e) Hijau - DIA ADALAH ORANG YANG TIDAK AKAN PERNAH ANDA LUPAKAN SEUMUR HIDUP ANDA



hurm, macam mana? puas hati dengan jawapan anda? Harap anda2 terhibur...

(adeh, susah jugak nak translatekan kuiz ni ke dalam bahasa melayu. dah lah kuiz ni saye main ingat dalam kepala hotak ni je. Sometimes, tulis dalam bahasa Inggeris lagi senang sebab ayat2nya direct to the point. xde berbelit otak nak memikirkannye )


oke. itu saje. jumpa lagi nanti...


Sunday, October 3, 2010

::suatu hari nanti::


I wish...
no, I really wish I can be a writer one day
a good writer
to be more specific,
"a fantastic novelist"

saje nak bagi nampak lagi bongkak dan berlagak,
saye sangat ingin jadik seorang penulis novel yang hebat, cute dan sweet juge :)
hurm (sambil angkat2 kening),
what do you think? am I good enough...

well, wish me luck oke
walaupon tak tahu bile la akan tercapai impian saye yang satu ni



::entry khas untuk mereka yang tersayang::

...turut tumpang gembira yang amat pade mereka yang telah pon bertemu chenta hati..

Karen & chenta hati


dah 65 hari die kawen baru saye nak buat entry ni kan....actually dah lama dah buat tp tu la. kebelakangan ni macam2 benda berlaku, haih!(well, tak baik mengeluh). hurm, walaupon sudah 65 hari, tp saye still tak boleh terima kenyataan yang die ni dah kawen. Dont know why la. Mengongkan! Mane taknye, dulu kenal masing2 mcm budak2 lagi kan kan...still je rase macam baru kenal die smalam kat dalam kelas mama (tetiba teringat plak mase zaman university dulu. terlalu banyak benda yang berlaku yang mendorong kepada kehidupan kami sehingga kini)

Okelah, nak buat confession skit (ren jangan marah yea). Dulu mase awal2 kenal, saye sedikit rase annoying dengan die ni sebab mulut die sangat bising dalam kelas. yelah, kalau nak compare dengan saye yang penyenyap ni memang sangat berbeza la kan. tambah2 time tu popular dengan call 2 3 second. ala, time tu maxis ade offer benda alah ni. kalau talipon duit dia tak potong kot rasenye (ah, lantaklah kalau korang xpaham pon sbb saye sendiri pon tak berapa nak paham sangat dengan konsep ni, ngeh2). So, talipon die asek dok bunyik2 jek setiap masa. dalam hati dok cakap, ala ingat die sorang jek yang ade talipon sambil dok pandang2 talipon sendiri yang langsung xberbunyik2 sikit tu pon, hahaha.

tp last2 kami jadik kawan, tak sangke betul. masuk tahun ni dah 7 tahun saye kenal die. sangat pantas masa berlalu kan kan. well, bila dah kenal baru tau die ni memang sangat peramah and sangat garang juga hehe. walaupon die banyak cakap tapi hati dia sangat baik sebenarnya. Mungkin sebab tu la orang selalu kata, tak kenal maka tak chenta kan kan.


Dieya & chenta hati


Dieya ni saye kenal dalam kelas euro mase kat FSTEP dulu. she's my classmate. sangat garang tapi sebenarnya hati die sangat baik (napelah nasib saye asek dapat kawan dengan orang yang garang2 je kan kan, hahaha). well, saye suke personaliti die, die tegas dalam setiap tanggungjawab yang diberikan. dan die tak suke orang perangai yang mengada2, pantang betol bagi die. (aku tak macam tu kan dieya?) well, sebab kegarangan dan ketegasan die nilah membuatkan semua orang takot kot dengan die. (takot ke, hehehe). Dieya, aku rase ko memang sesuai jadik pemimpin la babe. ape kate!

Mase saye mula2 nak kenal dengan die pon saye takot2 sebenarnya. yelah, time tu saye pon tengah dilanda masalah dengan isu kengkawan sampai kan saye betol2 phobia nak cari kawan baru. takot terluka lg. ditambah pulak dieya ni ade sedikit ciri2 kawan saye yang pernah melukai hati saye dulu. so saye jadik takot sangat nak rapat dengan die ni (mana taknya, asal tempat pon same oke). dieya, ini kiranya confession aku kat ko la eyh. sorry eyh. jangan marah aku tau, huhu. apa2 pon aku sayang kat ko.


Nisa & chenta hati


Nisa ni pon saye kenal sebab satu kelas mase kat Fstep dulu. Die ni lemah lembut orangnye. sopan santun gitu. bila die senyum bertambah2 la manis wajahnye. mungkin sebab tu kot chenta hati die terpikat kan kan. Kalau nak dibandingkan dengan saye ni memang jauh panggang dari api la kan kan.

Ingat lg, mase kat dalam kelas euro dulu, ade sorang mamat ni (nama dirahsiakan la walaupon ramai sebenarnya yang dah tau pasal ni) suke gila dekat dia. sooo obviously yang mamat ni memang suke tahap dewa kat Nisa ni. tp last2 dia pilih orang lain, haruslah mamat ni rase frust kan. nak buat macam mana dah bukan jodoh kan.


Rosmawar & chenta hati


sapelah chenta hati saye kan? hanya ALLAH yang mengetahui. rimas jugak kenkadang bila orang dok sibuk bertanyakan perihal chenta hati ni, especially bile time balik kampung and terpaksa pulak jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa kan kan. haih, pening kepala dok memikirkan nak cakap apa. Pening! Pening! Maybe I'm not ready yet. tapi takkan la jawapan tu yang nak diberi pade sedara-mare. nak kena pelangkong kepala! mesti kena tolak mentah2 la kan.

pade saye, terlalu berat tanggunjawab yang perlu dipikul untuk bergelar si isteri pade sang suami. untuk bergelar si ibu pade sang anak. sudah bersediakah? jawapan saye secara jujurnya, TIDAK. tanggunjawab yang dok ade sekarang ni pon tak terpikul, tambah2 nak tambah tanggungjawab lain lagi. memang tak la kan.

Ape pandangan korang la eyh, umur 26 tu dah tua sangat ke? saye rase macam muda lagi kot. kakak saye pon tak kawen lagi. Apa2 pon, saye still menanti chenta hati saye datang. dan pade mase tu, saye akan umumkan dengan bangganye. INSYAALLAH, jodoh itu akan tiba juga. bezanya hanya lambat atau cepat sahaja. Amin!

hurmm, nanti kalau saye kawen saye nak ambil gmbar2 mcm ni lah. cute kan! especially gambar yang naik basikal kat atas tu. boleh? ala, boleh la boleh la. tapi part2 sexy tu saye tak tiru la oke :)


p/s: semua gambar2 adalah hasil dari rampokan dari teman2 dan encik google. harap dihalalkan. sekian.


Friday, October 1, 2010

::everyday, lovely day::


I'm looking forward
...beautiful life...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...