Pages

Tuesday, October 26, 2010

::personality?::


sbenarnya kuiz ni saye ciplak dari email yang dihantar kawan saye mase kat opis tadi...so tetiba terasa nak share la pulak dengan kengkawan kat sini. bak kata pepatah omputih, sharing is caring kan kan (eleh, benda2 merepek, lagi tak mendatangkan duit mcm ni la yang ko sibuk2 nak sharing2 ngan orang lain kan)

Anyway, just for fun k :)

tapi sebelom tu, saye nak bgtau la kat sini. sbenarnya saye dah tak berapa nak ingatla word2 yang diguna pakai dalam email tu jadik saye pepandai merekacipta ayat2 sendirik. boleh? tapi dont worry, intipatinye masih tetap sama.

cara2 menjawab: quiz ni ade 3 soklan (sbenarnya ade 4 tp saye rase yang last tu tak berapa nak penting sangat so saye dengan tanpa segan silunya telah menggugurkan beliau dari kuiz ini hehe. beliau disini bermaksud, soklan ke 4 yea kengkawan semua). anda dikehendaki menjawab setiap soklan dengan jujur dan seikhlas hati.

tips bagaimana mahu berlaku jujur: normally, benda first yang terlintas kat dlm kepala anda tu lah yang selalunya hampir menyamai dengan diri anda (paham ke ayat saye ni? kalau tak paham pon, buat2 paham je lah sbb saye pon tak tahu nak explain mcm mane).

Bagi memudahkan anda2 untuk merefer jawapan anda nanti dengan jawapan yang telah disediakan, anda dinasihatkan untuk tulis jawapan anda tu kat mana2 sahaje (jangan conteng kat dinding rumah masing2 sudahla). so, ape lagi! cepatlah gi carik pen dan kertas :)


oke. dah sedia untuk mula?


jangan main tipu tau.



baiklah..............


soklan pertama:
Sila susun semula haiwan2 dibawah ini mengikut kesukaan dan keutamaan anda.
a) Harimau
b) Kambing biri2
c) Khinzir
d) Lembu
e) Kuda

soklan kedua:
Apakah yang terlintas difikiran anda2 apabila terpandangkan benda/perkara yang disenaraikan dibawah ini.
Hanya tulis satu perkataan sahaja pade setiap item (ingat satu saje tau):
a) Anjing
b) Kucing
c) Tikus
d) Kopi
e) Laut / pantai

soklan ketiga:
Namakan orang2 yang anda kenal yang mana anda merasakan mereka2 ini penting dalam hidup anda mengikut warna2 dibawah (dan pastikan mereka pon mengenali diri anda. maksud disini bukanlah selebriti etc oke hehe):
a) Kuning
b) Oren / Jingga
c) Merah
d) Putih
e) Hijau


soklan tamat!




sekarang, tibalah masa yang dinanti2.....


jeng...



jeng.....



jeng........





sudah bersedia dengan jawapan? Kalau sudah jom check...

Jawapan untuk soklan pertama:
Susunan yang anda pilih adalah menggambarkan perkara2 yang anda beri keutamaan dalam hidup anda.
a) Harimau - MARUAH / HARGA DIRI
b) Kambing biri2 - CINTA
c) Khinzir - DUIT
d) Lembu - KERJAYA
e) Kuda - FAMILY

Jawapan untuk soklan kedua:
Perkataan yang anda tulis menggambarkan

a) Anjing - PERSONALITI DIRI ANDA
b) Kucing - PERSONALITI DIRI PASANGAN ANDA
c) Tikus - PERSONALITI DIRI MUSUH ANDA
d) Kopi - PERSONALITI SEKS ANDA
e) Laut / pantai - KEHIDUPAN ANDA

Jawapan untuk soklan ketiga:
Mereka2 yang anda pilih merupakan orang yang:
a) Kuning - DIA ADALAH ORANG YANG SENTIASA ANDA INGAT
b) Oren / Jingga - DIA ADALAH KAWAN BAIK ANDA (TRUE FRIENDS)
c) Merah - DIA ADALAH ORANG YANG SANGAT ANDA CINTAI
d) Putih - DIA ADALAH TEMAN SEJIWA ANDA (SOUL SISTER)
e) Hijau - DIA ADALAH ORANG YANG TIDAK AKAN PERNAH ANDA LUPAKAN SEUMUR HIDUP ANDA



hurm, macam mana? puas hati dengan jawapan anda? Harap anda2 terhibur...

(adeh, susah jugak nak translatekan kuiz ni ke dalam bahasa melayu. dah lah kuiz ni saye main ingat dalam kepala hotak ni je. Sometimes, tulis dalam bahasa Inggeris lagi senang sebab ayat2nya direct to the point. xde berbelit otak nak memikirkannye )


oke. itu saje. jumpa lagi nanti...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...