Pages

Friday, November 30, 2012

Lunch Treats^^


Anneyong Haseyo! Assalamualaikum! 

Wah, dah lama tak jengok blog and blog walking ke blog2 lain. Limited connection sebab jarang ada kat rumah. Last 2 weeks, ke Terengganu. Bertandang ke majlis kahwin sebagai 'pengapit' kepada teman baik. 

Bila tengok balik gambar-gambar semua rasa macam nak nangis la pulak. Bukan sedih sebab kawan kawen tapi sedih sebab badan makin kebaboom debabbbbb! Double chin tu tak payah nak cerita lah dah memang sejak azali ada huhu. Oke2, enough cerita pasal kawen-kawen ni. Later saya cerita kat entry lain, special^^

Well, hari ni saya nak cerita pasal makan-makan. Topik feveret saya ni (pastu whining pasal berat badan yang degil tak mau turun-turun. Nak kena ketuk kepala gamaknya saya ni). Back to the main topic! Today is my company Financial Year End. Soooooooooo, semua orang dapat makan free!! Yeayyy!! 

Oke, first dengar je 'makan' terus saya senyum sampai telinga. Then, dengar pulak 'free' lagilah bertambah senyuman saya ni hehe.

Nando's Lunch treat from Company to everyone :)


That's all for today. By the way, mungkin saya akan berjauhan dari connection semula. Till then, adios.








Tuesday, November 6, 2012

Resepi Mudah: Masalodeh / Masala Vadai


Anneyong people^^

Tau tak apa itu kuih masalodeh? Ini bukan kuah masak Lodeh yea kawan-kawan, tapi kuih Masalodeh. Saya pon kompius sebenarnya dengan nama kuih ni. Dari kecik saya panggil Masalodeh (ini antara kuih feveret saya) dan dekat rumah saya pon semua orang panggil masalodeh.

Ha! Sempena musim hujan je sekarang ni kan, saya nak share macam mana nak buat kuih masalodeh cara simple. Resepi ni saya google kat internet jer. Dah lama buat sebenarnya (beberapa bulan yang lepas) tapi baru sekarang nak share kat sini. Dan disebabkan dah lama buat, so saya tak ingat saya ambil resepi ni dari blog siapa.

By the way, if dapat makan kuih ni panas-panas sambil disulami air kopi memang sedap kan time-time hujan macam ni^^


saya buat kecik-kecik je sebab senang nak makan and comel juge!


Bahan-bahan:
2 Cawan kacang Dhal
1-2 tangkai Daun Kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Kering - ini pun digunting kecik-kecik
1 tangkai Cili Hijau - potong dadu [yang ni optional]
1 biji Bawang Besar- potong dadu
1 sudu kecik Jintan
Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:
Rendam kacang dhal semalaman. Kemudian toskan. Separuh dari kacang dhal tadi dikisar/blend halus dan sebahagiannya lagi dikisar kasar-kasar.

Campurkan kesemua bahan-bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak. If kamu-kamu tengok masalodeh tu dah timbul, maknanya ia dah masak. Done!

So, selamat mencuba kawan-kawan :)







Monday, November 5, 2012

Sekala-sekala nak benci kerja sendiri tak apa kan?


Salam semua,

Today, I feel so tired. Emotionally, physically & spiritually exhausted. Selalu pon penat tapi penat hari ni penat yang lain sikit. 

Sebenarnya tadi dah berkira-kira nak tidur awal. Tapi tetiba mata macam tak nak lelap. Pusing kanan, pusing kiri - mata tetap macam tu jugak walaupun badan dah tak berdaya nak berfungsi dengan betul. Kepala otak dok serabut pikir macam-macam. Mungkin, perasaan yang terbuku di hati ni harus dikeluarkan dahulu, baru tenteram jiwa untuk beradu. 

By the way, saya bukanlah nak bercerita pasal kerja pun dekat sini. I am ok with my nature of work. Dah hampir tiga tahun pun bertahan kat sana. Tapi yang tak bestnya, dan semakin menjadi-jadi ketakbestsannya itu adalah pasal orang-orang di tempat keje. To be more specific, I want to talk about the selfish superior at work (yang selalu rasa diri tu besar dan bagus sangat). Penat jiwa raga nak melayan karenah-karenah orang-orang selfish ni.

Tak paham apa yang nak dibanggakan sangat dengat pangkat yang disandang tu. Padahal, pangkat-pangkat tu orang lain pon ada jugak, tapi relax je saya tengok. Tak payah sangat lah nak menunjukkan yang kau tu berpangkat besar dan hebat sebab orang akan makin menyampah tengok. Humble is more attractive you know?!

Anyway, saya tak ambil port sangat pon. lantak pi lah kat sesapa pon nak berpangkat besar ke apa. Tapi yang menjadi isunya sekarang ni ialah apabila masalah dalaman diorang (same level) bercakau-cakau sesama sendiri tertempias kat subordinate bawahan macam saya ni. Jangan ingat, anak-anak buah kau ni tak ada mata otak untuk observe dan berfikir bagi setiap tingkah-laku korang tu. Bergaduh macam budak-budak pulak tu. Haishh!

Sebab kau tak puas hati dengan Si A, maka anak-anak buah Si A ni pon kau nak pulaukan sekali. Atau, sebab kau sakit hati dengan Si B, anak buah dia tanya pendapat kau pon tak semena-mena kena marah kaw-kaw. Terpinga-pinga dan terpisat-pisat lah budak-budak ni sebab tak tahu cerita yang sebenarnya. 

What the HELL is that! Di manakah sifat keprofessionalisman kamu-kamu wahai bos-bos ku. Ni lah payahnya bila satu team ada 3 4 orang bos. Dan lagi best bila kesemuanya adalah Lady boss! Saya tak maksudkan semua lady boss berperangai sedemikian tapi most of that macam tu kan. Betul tak? Selalu sangat terbawak-bawak dengan emosi. Oke, nampaknya saya pon senang terpengaruh dengan emosi..jadi harus dielakkan untuk menjadik boss yea. 

Anyway, TEAM (Together we achieve more) is about teamwork tapi apa yang saya nampak depan mata ni dah tak macam dulu-dulu masa zaman saya baru menjejakkan kaki di sana. Entah kemana lesapnya sifat kerjasama yang dulu-dulu tu. Yang tahu, sekarang ni masing-masing nak selamatkan bontot masing-masing aje. 

Perkara ni dah lama berlaku, cumanya dulu tak nampak begitu ketara. Mungkin kita boleh ibaratkan dia seperti kanser; merebak dalam senyap, tau-tau jer dah stage terakhir. Kalau inilah sikapnya, dont blame us if you do not earn our respect at the end of the day. Dan beringatlah wahai bos-bos ku, if you do not set a good example yourselves, then how can you expect others to behave well. 

Selalunya saya akan pendamkan aje kisah-kisah macam ni, Yelah, benda-benda amarah macam ni tak elok nak diperbesar-besarkan. Tapi hari ni terpaksa jugak luahkan sebab saya dah tak tahan lagi. Fuhh! Lega dapat hamburkannya disini walaupon bukan seratus peratus yang saya keluarkan. Hurm, barulah boleh tidur dengan nyenyak lepas ni.






Saturday, November 3, 2012

Majlis pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle- Soo Sweet!



Sweetnya! sampai buatkan saya rasa nak kawen style macam ni jugaklah. Verangan lebih-lebih!
Photo credit to Ohbulan.com


Nak layan photo-photo yang lain sempena majlis tersebut berlansung, sila klik SINI. Semua photo kat Ohbulan ni cantik-cantik belaka.


Oklah, bye! Nak pegi sambung buat something^^







Freaking Out!


I'm gaining too much weight! See, sampai tak sempat nak bagi greeting sebab freaking out to the max. Anyway, anneyong & Salam people. 

Berbalik pada cerita tadi. Ni lah berat badan paling berat yang saya pernah ada. Just few months tak timbang, tetiba..oppsss! I really need to do something...jin-jja!

Dulu saya pernah cakap nak diet kat SINI, tapi bertahan only for 2 weeks je. Lepas tu, dalam kepala otak ni asik ingat nak makan. makan. makan. Konklusinya, tettt! Gagal!  Haishh! Sangat tak tahan godaan la cik Rosmawar ni +______+

I hope this time for real. Aja! Aja! Fighting! Rosmawar sshi (muka penuh dengan harapan)

Oke lah, dah start nak buat something kononnya. Bye :)








Snack ala Japan: Terung bersalut Telur & Oat


Anneyong^^

Hari ni saya nak share resepi yang sangat mudah. Saya dah cuba dan hasilnya amatlah memberansangkan. Ianya sesuai dibuat snack ketika minum petang :)

apa macam? Menarik tak?




Bahan-bahan:
1) Terung / Eggplant

2) Telur

3) Oat / Serbuk roti
 
4) Garam secukup rasa



Cara-cara membuatnya:
Potong terung nipis-nipis, kemudian ketepikannya dahulu. Ambil beberapa biji telur, pecahkan dan pukul sehingga sebati [letakkan garam secukup rasa yea, kalau tidak terung salut kita tu akan rasa sedikit tawar]. Sebolehnya, hanya gunakan putih telur sahaja untuk kesan yang lebih rangup. [tapi saya campur je dua-dua sebab malas nak asingkan...boleh?!]. 

Setelah telur menjadi sebati, ambil terung tadi dan celup ke dalam telur, kemudian dibalik-balikan pulak dalam bekas yang berisi oat [ulang proses ini sebanyak 2 kali - motif? Untuk tebalkan oat yang bersalut kat terung tu].

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung tadi sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, Tadaaaaaaa! Dah siap sedia untuk dimakan. Dihidang pulak bersama dengan kopi panas, perghh, nikmat!!



Selamat mencuba^^






Thursday, November 1, 2012

Men feel sad too


"It is about a man who wants to act tough when he is breaking up, but actually becomes weak and wants to cry". 

This is one of the new songs from our Han Namja Kookie 7th album. This song portrays men’s true feelings. 

By the way, the full track album will be officially released today, hoho! Well, after almost 3 years finally we'll get to hear his new song...I'm looking forward to it, suke^^.

sweet smile - melting



Here are some of the photos from his album jacket - promotional photos of his 7th album. Credit to KJKGlobal for the photos :)



 so handsome^^






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...