Pages

Saturday, September 20, 2014

455. "I like your dolls" - Annabelle



Annabelle (2014)!

Inilah filem horror yang saya tunggu-tunggu untuk tahun ni! Selepas kejayaan besar Filem The Conjuring dan The Insidious, sekarang tibalah giliran Annabelle pulak untuk menghantui hidup korang. 

Siapa Annabella ni? Ni patung yang muncul awal-awal masa Filem The Conjuring tu, ingat tak? Filem ni diterbitkan oleh penerbit hebat, James Wan bersama-sama dengan Peter Safran dan John R. Leonetti.

Hebat tak hebat, korang kenelah tonton dulu filem ni yea (ceh! macamlah saya pon dah tengokkan. Saya pon tengah tunggu filem ni ditayangkan kat pawagam sebenarnya! Btw, Nuffnang ada bagi free passes untuk primiere screening Filem Annabelle ni.

Macam mana nak dapatkan free passes ni dan jadi orang yang terawal untuk menonton? Kalau korang nak, korang klik link #NNPremiereScreening dan ikuti arahan-arahan kat sana.  





Sinopsis (copy paste from Nuffnang blog's)

"She terrified you in “The Conjuring,” but this is where it all began for Annabelle. Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut—visited only by a priest who blesses her twice a month.
DSC_0499.dng
John Form has found the perfect gift for his expectant wife, Mia—a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress.  But Mia’s delight with Annabelle doesn’t last long.
On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple.  Spilled blood and terror are not all they leave behind.  The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now…Annabelle."
ANNABELLE


Bagi saya ni filem wajib tonton untuk saya satu family. Dari kecik memang mak ayah selalu ajak tengok filem-filem seram camni. Kalau dulu, ayah saya akan sewa video tape; pastu tonton satu family, malam-malam sambil letak bantal selimut semua depan TV. Dan waktu tu semua akan duduk/baring rapat-rapat sebab lampu ruang tamu akan ditutup. Baru ada feel katanya. Haha.

Harapnya filem ni sama hebatlah dengan filem The Conjuring tu. Btw, saya ni takdelah berani sangat orangnnya, tapi genre horror ni tetap jadi genre favourite saya (always). If cerita tu tak seram, mesti kecewa tahap muncung empat belas hahaha.

Okaylah, malas nak bebel panjang-panjang dah. Kita tunggu dan lihat je yea. 

Adios! :)









454. Kerana Terpaksa Aku Relakan!



Cerita dah basi, tapi saya nak letak jugak!

Btw, korang kenal tak diorang ni siapa? Kalau dah tengok tajuk kat atas nun, sure la korang kenal kan kan. Hari ni saya nak letak gambar selfie ngan diorang jer dulu.

Ni throwback masa saya pegi event sempena Episode Akhir Drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' ni. Cerita pasal event tu nanti eh! Lain hari bila saya rasa rajin nak karang ayat panjang-panjang, saya buat entry pasal ni okay :)



Indah Halina and Me!
(Izreen Azminda)


Abang Zen and Me!
(Amar Baharin)


Fahin and Me!
(Syafiq Kyle)



Okaylah saya dah ngantuk *menguap sambil tutup mulut*

Jumpa lagi di lain entry! Sayang korang ketat-ketat

Ja mata kimasu, muah muah muahhhh :)






Friday, September 19, 2014

453. Perjalanan Blog Bersama Nur As!



Hellllloooo!

Haish, nampaknya, malam ni, malam saya rajin nak join segmen-segmen bloger lain. First of all, terasa nak join segmen by CAHAYA ALAM MAYA ni sebab terpandang akan bannernya yang cantik. Seriously terpukau! :)




Cantikkan banner ni? Kalau korang nak join jugak segmen ni, sila lah rajin kan jari anda tu untuk klik banner kat atas nun.

Okayla, thats all from me! Bye and adios :)







452. Segmen: Saya sayang Blog saya!



Hi semua! :)

Saya sayang blog saya! *shout kuat-kuat*

Dan mesti korang pun sayang blog korang kan? Kalau sayang, apakata kita reramai join segmen by AYU INSYIRAH. Senang je kalau korang nak join, hanya klik je kat banner comel di bawah ni okay :)




Hi, saya Cik Bunga! Selamat datang dan selamat berkenalan semua :)

Domo Arigato Gozaimasu and Sayonara!








Tuesday, September 16, 2014

451. Selamat Hari Malaysia



Teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu bila masuk pertandingan melukis sempena hari Kemerdekaan! Mesti nak lukis gambar Menara Kuala Lumpur, Bunga Raya dan Bendera Malaysia - itu items wajib. Mesti korang pon macam tu kan kan. Betul tak?:)

photo - taken from google website



Inilah Malaysia Kita!

Rakyat-nya berbilang kaum dan agama!
Hidup bertoleransi memupuk perpaduan di hati!
Minta dijauhi anasir-anasir luar yang sentiasa dengki!

Inilah Malaysia Kita!

Keunikannya terserlah!
Menjadi kebanggaan kita semua untuk bermegah!
Jangan kerana agenda jahat manusia lainnya kita berpecah!

Inilah Malaysia Kita!

Satu tempat yang indah untuk didiami!
This is the beauty of our country!
Jangan biarkan generasi depan hilang hak untuk merasai!

Inilah Malaysia Kita!

Semoga MALAYSIA kita sentiasa di bawah lindungan ILAHI :)




Yang sentiasa Bersyukur!
Saya Anak Malaysia :)


Monday, September 15, 2014

450. How to forget..



Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hati aku masih mengharap padanya!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari depan mata!

Bagaimana nak lupa,
Kalau hari-hari dilayan baik-baik saja!

Bagi tau aku!
Bagi tau hati aku!

Aku patut lupa,
Sebab dia bilang tak pernah suka!

Aku patut lupa,
Sebab bukan salah dia tapi hati aku punya angkara!

Aku patut lupa,
Sebab jurang kami terlalu banyak bedanya!

Aku patut lupa,
Sebab perbezaan usia yang amat ketara!

Aku patut lupa,
Sebab kami berlainan bangsa dan agama!

Aku patut lupa,
Sebab itu yang sepatutnya!

Tolonglah hati,
Tolonglah lupakan dia!





Sunday, September 14, 2014

449. ALS Ice Bucket Challenge!



Good Morning Lovelies!

Happy Saturday!



Korang pernah dengar pasal #alsicebucketchallenge atau pon orang melayu sebut sebagai #cabaranmandiais tak? Harini saya nak share tentang pengalaman saya sahut cabaran ni. Sebenarnya saya dah buat cabaran ni pada 28 Aug hari tu tapi baru sekarang rajin nak share kat sini (memang dasar pemalas) haha.

Tapi sebelum tu, korang tau tak apa itu ALS? Dan apa kaitannya dengan cabaran mandi ais ni? 

ALS ni singkatan untuk Amyotrophic Lateral Sclerosis. Sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf atau lebih tepat lagi melibatkan sistem motor neuron. (macam doktor lah pulak rasanya guna ayat-ayat jargon macam ni. Btw, ini sebahagian kerja yang saya buat sekarang ni as a Medical Claims Assessor kat AIA shared services)

Simptom-simpton ALS ni pelbagai, antaranya otot-otot tidak dapat befungsi dengan baik (hilang upaya), keupayaan otot-otot merosot dengan cepat dimana ia menyebabkan kesukaran untuk bercakap, menelan makanan/air liur, bernafas dan sebagainya. Jangka hayat mereka yang disahkan mengalami ALS kebiasaanya adalah lebih kurang tiga ke empat tahun. (Wallahu a'lam, kerna ALLAH lebih mengetahui). Untuk pemahaman yang lebih lanjut sila rajinkan tangan korang untuk klik Amyotrophic Lateral Sclerosis ni :)

Pada yang pernah menonton drama bersiri Jepun 'One Litre of Tears' suatu ketika dulu, tentu korang tahu penyakit yang di alami oleh watak heroinnya yang dipegang oleh Erika Sawajiri. Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh seorang gadis Jepun bernama Aya Kito yang menghidap penyakit Atakasia Spinoserebelar (penyakit ni lebih-kurang sama dengan ALS kerana ia juga melibatkan neurodegenarative disorder - simptom yang di alami hampir sama). Beliau bermula menulis diari apabila disarankan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. 



Tentu korang tertanya-tanya apa kaitannya ALS ni dengan #icebucketchallange ni kan? Tujuan untuk cabaran ni tidak dinyatakan dengan jelas. Kempen ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang-ramai tentang penyakit ni dan mengutip derma bagi tujuan penyelidikan ALS. Tapi saya percaya, dengan melakukan Ice bucket challenge ni, sedikit-sebanyak kita dapat mendalami jiwa pesakit-pesakit ALS. Kita akan merasai simptoms-simptoms yang mereka alami seperti, numbness, brain freezing, tingling sensation etc.

Sehubungan dengan itu, department saya (Singapore Corporate Solution Claims) mengambil inisiatif untuk memulakan cabaran ini, And now..sampailah turn saya untuk sahut cabaran mandi aissssss ni :)




Lepas dah buat, jangan pulak tak donate ye kengkawan! Sebab nilah tujuan ALS yang sebenar-benarnya. Untuk menderma, sila klik ALS Donation

Ok, selamat mandi ais dan beramal ye semua...bye! 









448. #Kotex1minSelfV by Kotex!



Hai semua!




Hari ni saya nak share dengan semua orang kat sini tentang #Kotex1minselfV. Ala, mesti korang pernah dengarkan contest ni.. (uhuk! harap-harap ada-lah orang-orang yang singgah kat sini dan dengar apa yang aku tengah membebel ni)

Ceritanya macam gini, #Kotex1minselfV ni adalah contest yang diorganize oleh Kotex. Jangan pulak korang tak tahu, hadiah yang disediakan tersangatlah lumayan hokay! Tak caya, cuba tengok kat bawah ni..terbeliak bijik mata tak?! hehe

Jom cepat sertai untuk menangi hadiah-hadiah ini!


Macam mana nak sertai contest ni?! Mudah aje. Korang hanya perlu muatnaik gambar selfV korang dan ikuti 3 langkah-langkah mudah macam yang kat bawah ni. 

1. Klik link (https://www.kotexselfv.kotex.com.my/) dan muatnaik gambar selfV korang :)




2. Log in Facebook




3. Pilih gambar SelfV terbaik korang, Muatnaik gambar tersebut, Isi e-form dan Hantar!






Untuk info lanjut, sila layari laman web kotex (http://www.kotexselfv.kotex.com.my) atau klik sahaja DI SINI!

Ternyata terbukti keberkesanannya :)











Thursday, September 11, 2014

My baby Mika


In memory!

Allah hanya pinjamkan dia sebentar untuk temani aku..lapan bulan yang penuh makna. Mommy miss you so much Mika!

Wednesday, September 3, 2014

Love hurts isn't it?



entah!
tak rasa apa-apa pon...
I think i'm okay

but!
why i feel like something is missing...
deep down inside my heart

Aneh!
satu perasaan yang sukar untuk dimengerti...
sukar untuk ditafsirkan

heartbreak?
tapi orang lain punya heartbreak menangis bagai nak rak..
jerit sana-sini, merayu minta dikasihi, paling-paling ugut nak bunuh diri (minta simpang)

Aku!
i dont feel like crying, or shouting..
or hurting myself or anything else

Just!
I just feel like not doing anything...
Am i miserable?

statik!
masa seolah lambat berlalu...
Am i miserable?

I think!
this song suit me well...
my feeling is just like the melody itself..

Again!
Am i miserable?
which is I'm hoping that I'm not..










Monday, September 1, 2014

When U think HE's the ONE for you...



BUT he's NOT!
 
and I believe, ALLAH knows the best :)
 
 
Baru-baru ni, saya telah membuat sesi 'luahan hati' pada seseorang. Yup, confession of love! Benda yang kedengaran agak mustahil pada mereka-mereka yang mengenali diri saya.
 
Sifat pemalu saya yang sangat extreme, sering menjadi batu penghalang. Dan kerana itu, saya lebih memilih untuk memendamkan sahaja perasan dari membiarkan orang yang saya 'cinta rahsia' itu tahu. For me, saya boleh mati kalau mereka dapat tahu tentang itu (secara harfiah-nya)..such a coward!

Dan inilah pegangan saya selama ini, selama 30 tahun saya diberi nafas untuk hidup...Dan selama itu jugalah, satu-persatu mereka yang berjaya mencuri hati saya secara diam-diam...pergi dari hidup saya. Tanpa sempat saya tahu apa isi hati mereka. Mungkin suka! Mungkin juga tidak!
 
Namun akhirnya, saya lepaskan pegangan ini buat pertama kalinya. Untuk dia! Ya, untuk dia. Entah, apa yang merasuk diri saya sehinggakan saya punya keberanian seperti itu. Walau saya tahu jurang kami terlalu banyak dan terlalu besar untuk dihitung-kira, tapi...saya tetap teruskan niat. Instinc yang terlalu kuat! Saya sudah muak untuk menyesal tanpa usaha. Sekurang-kurangnya, saya akan mendapat  jawapan yang pasti kepada setiap persoalan hati ini.

Yes! I did it!

Unbelievable!..but I did it!

Saya sendiri pun seolah-olah tak percaya dengan semua ni! Well, the answer is 'NO'..something that I've expected! But I've prepared myself for this...its taking me months to prepared myself for the 'NO'. Btw, he's such a gentlemen. The answer he gave me and the way he make me feel after the rejection is such a good thing. And we both act like nothing happen between us..just like before the confession. I feel so relieve!

Lega! Tapi tipulah kalau saya cakap saya lansung tak rasa kecewa kan...but I take it positively!



it takes a minute to have
a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to
forget someone.





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...