Good Morning Lovelies!
Happy Saturday!
Korang pernah dengar pasal #alsicebucketchallenge atau pon orang melayu sebut sebagai #cabaranmandiais tak? Harini saya nak share tentang pengalaman saya sahut cabaran ni. Sebenarnya saya dah buat cabaran ni pada 28 Aug hari tu tapi baru sekarang rajin nak share kat sini (memang dasar pemalas) haha.
Tapi sebelum tu, korang tau tak apa itu ALS? Dan apa kaitannya dengan cabaran mandi ais ni?
ALS ni singkatan untuk Amyotrophic Lateral Sclerosis. Sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf atau lebih tepat lagi melibatkan sistem motor neuron. (macam doktor lah pulak rasanya guna ayat-ayat jargon macam ni. Btw, ini sebahagian kerja yang saya buat sekarang ni as a Medical Claims Assessor kat AIA shared services)
Simptom-simpton ALS ni pelbagai, antaranya otot-otot tidak dapat befungsi dengan baik (hilang upaya), keupayaan otot-otot merosot dengan cepat dimana ia menyebabkan kesukaran untuk bercakap, menelan makanan/air liur, bernafas dan sebagainya. Jangka hayat mereka yang disahkan mengalami ALS kebiasaanya adalah lebih kurang tiga ke empat tahun. (Wallahu a'lam, kerna ALLAH lebih mengetahui). Untuk pemahaman yang lebih lanjut sila rajinkan tangan korang untuk klik Amyotrophic Lateral Sclerosis ni :)
Pada yang pernah menonton drama bersiri Jepun 'One Litre of Tears' suatu ketika dulu, tentu korang tahu penyakit yang di alami oleh watak heroinnya yang dipegang oleh Erika Sawajiri. Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh seorang gadis Jepun bernama Aya Kito yang menghidap penyakit Atakasia Spinoserebelar (penyakit ni lebih-kurang sama dengan ALS kerana ia juga melibatkan neurodegenarative disorder - simptom yang di alami hampir sama). Beliau bermula menulis diari apabila disarankan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen.
Tentu korang tertanya-tanya apa kaitannya ALS ni dengan #icebucketchallange ni kan? Tujuan untuk cabaran ni tidak dinyatakan dengan jelas. Kempen ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada orang-ramai tentang penyakit ni dan mengutip derma bagi tujuan penyelidikan ALS. Tapi saya percaya, dengan melakukan Ice bucket challenge ni, sedikit-sebanyak kita dapat mendalami jiwa pesakit-pesakit ALS. Kita akan merasai simptoms-simptoms yang mereka alami seperti, numbness, brain freezing, tingling sensation etc.
Sehubungan dengan itu, department saya (Singapore Corporate Solution Claims) mengambil inisiatif untuk memulakan cabaran ini, And now..sampailah turn saya untuk sahut cabaran mandi aissssss ni :)
Lepas dah buat, jangan pulak tak donate ye kengkawan! Sebab nilah tujuan ALS yang sebenar-benarnya. Untuk menderma, sila klik ALS Donation
Ok, selamat mandi ais dan beramal ye semua...bye!
No comments:
Post a Comment